"Aku tak minat sains..."

,10:37 | 4 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
 untuk geng2 aku batch 96, kalau jumpa kawan lama or nak tanya khabar.. mesti akan ada pertanyaan "ko dapat matrik kat mana?" takpun "Ko dapat ke Interview IPG?"

and kalau kawan aku tanya aku macam tu, aku dengan muka menyampahnya akan jawab "Aku tak mintak matrik.." and  "Aku tak mintak IPG..."

KENAPA?
yes, why?

sebab aku taknak menyusahkan orang! ye lah, dah memang aku tak minat and kalo dapat pun aku tahu yang aku takkan pergi. so, buat apa nak menyusahkan orang dengan nak tapis, nak interview bagai ..

maybe ada yang cakap .. "aku mintak banyak ni untuk preparation aje. kalau tak leh UPU, aku pergi la matrik. kalau tak pun aku pergi IPG."

oh, no.no.no. 
aku bukan orang yang jenis macam tu. "kalau tak dapat yang ni.. aku pergi yang tu.. " 
aku bukan jenis yang boleh 'Go with the flow' macam tu aje. 
aku TAK BOLEH , bila aku cakap "TAK MINAT", maknanya aku "TAK MINAT" lah... yang korang boleh pulak tanya "Kenapa tak minat?" tu kenapa? nak rasa backhand aku agaknya..

MINAT tu tak boleh diubah sayang ooii.. kalau boleh, dah lama aku ubah minat aku supaya minat KIMIA, and ADDMATH. tapi TAK BOLEH. 


aku jadi sakit hati bila teringat perbualan aku melalui telefon dengan sorang 'Cikgu' hari tu.. lepas aku bagitau result aku, dia tanya nak ambik course apa. aku blur lagi masa tu then cikgu tu pun cakapla ..

Cikgu : ni boleh ni kalau nak ambik "bla..bla...bla..." pastu sambung "bla.. bla.. bla.." (aku buat pekak aje sebab aku tahu dia suruh aku sambung dalam bidang sains.)
aku : TAK MINAT SAINS....
cikgu : tak minat? KENAPA TAK MINAT
(ok. masa tu seriesly kalau cikgu tu ada depan aku, memang aku piat-piat telinga dia, ko tau!)
tapi at that time, aku diam aje lah. dalam hati ni terfikir, rupa-rupanya ada jugak Cikgu yang tak berapa nak cerdik ...

and masa aku keep silent tu, boleh pulak cikgu tu tanya aku ,
cikgu : Habis tu awak NAK JADI APA? awak nak JADI APA? (Dengan suara sarkastik tahap dewa as if kalau aku tak further dalam bidang science , aku tak ada masa depan)
aku pun apa lagi, dengan marah yang tertahan-tahan  aku jawab "Nak jadi ORANG ..." 
bhuahahahaha.. padan muka engko, cikgu!

and perbualan yang penuh kebencian selepas tu tak payah la aku ceritakan ..

nak katanya, ada orang yang masih berfikiran sempit. 
yes. memang aku ambik sains tulen. tu pun sebab Umi yang suruh.  Biology and Physics aku dapat B+ . Kimia aku B solid. Addmath aku C+ (erk. malunye..)

biarlah orang nak kata "Tu dapat B+ tu ok lah.. dah dekat dengan A dah tu."
Beb. A ke tak A , menda tu takleh ukur minat kita. 

kita je yang tahu minat kita. jangan ikut cakap orang . macam aku, aku minat bidang penulisan. aku nak letak kat pilihan pertama dalam UPU, tapi Umi pulak tak bagi. Umi cakap, aku dapat 7A, tapi nak mintak bidang penulisan. UiTM pulak tu. tak kehlas. Umi suruh mintak UM. aku pun ikut ajelah. and hasilnya, tak dapat pun interview UM! lega hati aku! kihkihkih..

sorry la aku membebel banyak sangat hari ni. actually hari ni keputusan UPU akan keluar. jap aje lagi, pukul 12.00 .

and satu benda lagi yang dah lama aku pendam  .tapi hari ni aku nak let go semua. bak kata Elsa Frozen , "Let it goo.. let it gooo....."

*WEY! dengar sini wahai manusia2 sekalian!engko ingat engko jadi doktor engko hebat? orang lain jadi nelayan, petani tu ko pandang tutup mata aje. ko lupa ke, ayam yang ko makan tiap-tiap hari tu, sapa yang ternak? Pegawai bank kah? Nasi yang ko mamah tiap hari tu, sapa yang tanam? Engineer kah? jangan ko lupa, kalau takde petani kat dunia ni, In Sha Allah engko doktor-doktor dan engineer sekalian akan mati kebuluran!*

done. puas hati. babai. nak gi siang ikan. 

4 comments:

  1. perrgghhh. respect. hahahaha. setujuuuuuuuuuuuu gilaaaaaa. :D *thumbs up* !

    ReplyDelete
  2. goodluck for ur future study..:)

    ReplyDelete
  3. buatlah pilihan sendiri yang rasa terpikul, jangan ikut cakap orang...

    ReplyDelete
  4. apepun pilihan awak semoga berjaya ok.. :)

    ReplyDelete

Silakan u olls komen disini dulu ye. Your comment memang tak akan terus keluar kat sini.. I will publish and reply your comment once I open this blog. Ok? ☺

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...