Tak Profesional Langsung!

,23:16 | 2 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
haaa... tu diaa.. tajuk kemain lagi! memang ayat nak sembur orang tu. hiihii.
aku ekcelli malas nak cerita benda yang memburukkan orang ni . tambah-tambah memburukkan bangsa Melayu sendiri. tapi kalo diorang tu dah melampau sangat , aku ni bukannya sterika , takde hati dan perasaan. aku manusia yang punya banyak kelemahan! bab-bab SABAR ni, aku memang lemah arr..


tu baru muqaddimah beb! 
ceritanya macam ni hah.. tadi PTPTN datang nak kutip dokumen perjanjian. aku ni dah la sibuk sejak dari pagi lagi tau ,. stem hasil yang Umi pos baru nak gi ambik kat kaunter pos tu sebab semalam masa pergi, kaunter tu dah tutup. pagi tadi tu pun aku gi pukul 9 , so kena pi masuk pejabat dia sebab kaunter bukak pukul 11. mintak dengan pegawai yang ada kat situ nak ambil segera sampul surat tu sebab PTPTN datang hari ni kann.. nasib baik pegawai tu baik nak gi tolong bukakkan tanpa membebel. hehe.
so, done with stem. pergi pulak pejabat Fakulti, untuk mintak cop kat borang ptpn tu. aku ngan kawan aku kan tak biasa lagi dengan prosedur nak jumpa pensyarah kat situ. kitorang budak sem 1 kott.. pastu kawan aku tu siap ketuk, bagi salam lagi. pastu bila masuk, kena sembur . malas aku nak cerita. buat naik darah aku je. padahal bila ketuk pintu pensyarah yang lain, rilek aje pensyarah tu siap panggil suruh masuk lagi pastu cop kan tanpa membebel. humm.. alhamdulilllah . dah siap cop tu, kitorang terus pi masuk kelas.
lepas aje kelas , kitorang berjalan dari dewan kuliah sampai la kehujung galaksi UniSZA tau! sebab pejabat Hal Ehwal Pelajar ada kat sana... so, masuk bilik tu , malas nak cerita, .. akhirnya aku gi duduk kat salah satu kaunter tu. ada la dalam 10 kot kaunter kat situ. kaunter aku pegi tu pegawai dia pompuan. belah kiri aku pegawai lelaki. belah kanan pegawai pompuan gak. 
masa aku duduk tu, orang yang duduk kat kaunter belah kiri aku (pegawai dia lelaki) takde sebab gi cop kertas sekejap.
masa sesi penyerahan borang tu, dia cek satu-satu la kertas tu . yang aku paling bengang is boleh pulak pegawai tu tanya yang dokumen fotostat tu aku fotostat sekali ngan tandatangan ke? aku cakap tak.. tandatangan original..dia belek-belek lagi . pastu buat muka tak puas hati. huh. tak percaya la tuh! dia tanya sekali lagi . aku ni nada bercakap dah berubah dah. .. bukan dia ada bukti pun, nak main tuduh aje.. aku ni punya la jujur tahap petala kelapan belas.. memang betul aku fotostat benda tu kosong aje.. pastu baru aku sign. 
ok takpelah. yang tu belum masuk lagi tang fokus entry ni sebenarnya. saja jek aku nak luah perasaan ..kahkahkahh.. 
jadi, nak dijadikan cerita, aku ada la buat kesilapan kecil masa isi borang tu . boleh potong pastu tulis balik.. tapi pegawai belah kanan aku tu (pompuan) boleh pulak bantai gelak kuat-kuat pastu siap snap gambar lagi. aku ni dah rasa nak hempuk kepala dia ngan tong sampah tau tak. ala.. bukan kesilapan besar punn.. tapi aku malu nak cakap kat korang. ahahahaa..
then tak lama lepas tu, kaunter di kiri aku (pegawai lelaki) yang tadinya kosong, dah terisi balik dengan budak pompuan yang gi cop kertas tadi. aku tengok pemakaian dia, orang kelantan kata "jangok" la.. which mean a bit of bergaya la jugak. so, pegawai lelaki tu memang tak marah la kat dia even dia gi cop kertas tu lama , yang mana sepatutnya sekejap aje. siap boleh bergurau bagaii..
aku dalam hati ni "hummm.. jumpe pompuan cantik baru nak ramah .."
pastu pulak,  orang yang duduk kat kaunter belah kanan aku (pegawai dia pompuan) tu pulak dah siap penyerahan dokumen. so, dia bangun lah. lepas dia bangun tu, ada budak laki yang sama course dengan aku duduk kat situ. dia pun ada buat kesalahan jugakk.. kesalahan yang takleh dibaiki kat situ tau! kesalahan ape? ada yang dia tersilap print. mana aku tau? aku tau laa.. aku dengar. plus, masa pegawai pompuan tu cakap bukan print yang ni.. dia pun tanya, habis tu yang macamana? pegawai tu tunjuk dokumen aku .. macam ni.. dia cakap. so, aku tau la dia tersilap print dokumen mana . haha..
tapi boleh pulak aihh pegawai pompuan tu cakap baik-baik siap guna 'sayang' bagaiiii.. pastu yang dokumen kena cop tu, sebenarnya kita kena gi cop sendiri kat luar tau. tapi pegawai tu siap tolong cop lagi satu persatu untuk laki tuuu.. kesalahan yang dia buat tu dah la besar , siap kena gi print balik . tapi takde pulak kena bantai gelak macam akuuu....! what the fishhhh!!
pastu kebetulan or takdir, masa aku dah siap proses penyerahan dokumen and nak bangun , lelaki tu pun nak bangun jugak. yang paling buat aku rasa nak muntah hijau is, boleh pulakk pegawai pompuan tu cakap "nasib baik hensem.." (ditujukan kepada lelaki tu)
Allah. rasa nak pi muntah atas muka dia aje.
ellehhh.. lelaki tu bukannya hensem sangat punnn.. (hensem tak hensem, ramai pompuan kelas aku minat dia woo. haha) tapi aku tak berkenan punn.. alah. nak print dokumen pun tak reti. what the fishhh. bhahahahahahahahaa.. (sesedap rasa aje aku gelakkan dia. astaghfirullah al azimmm!)
so, disitu lah aku kata TAK PROFESIONAL!
pegawai lelaki - kalau dapat pompuan cantik baru nak jadi peramah.
pegawai pompuan - dapat lelaki hensem baru nak ber'sayang' bagai.. kalau tak, cakap macam nak telan orang!
jadi, itulah MELAYU. kenapa melayu tak maju? jangan salahkan orang lain .. salahkan diri sendiri. baru jadi pegawai kerajaan, dah nak berlagak macam presiden. what the fishhhh!

2 comments:

  1. betul tu..sabar2..itu adalah realitinya..manusia hanya sukakan kecantikan hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. manusia bila ikut nafsu .. humm..

      Delete

Silakan u olls komen disini dulu ye. Your comment memang tak akan terus keluar kat sini.. I will publish and reply your comment once I open this blog. Ok? ☺

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...