Bila 3 manusia tidur atas 1 katil SINGLE.

,16:10 | Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
hari tu ada kawan aku ni cakap nak tidur kat bilik aku.. biasanya kalau ada 'tetamu tak diundang' ni, aku ngan roomate akan gabungkan katil dan kitorang tidur 3 orang atas 2 katil single. 
 
lebih kurang gini le rupenya katil kat UniSZA..
tapi malam tu entah macamana bila aku masuk bilik lepas aku gi lepak kat bilik sebelah, aku tengok dah ada 'makhluq' yang tidak diundang tu atas katil aku. bhahahahaaa... takde la tak diundang sangat,.. kawan aku tu memang dah biasa dah datang bilik aku. so aku pun tengok dia tidur macam tak cukup katil aje. berleluasa macam tidur atas katil sendiri! hahahaa.. 

aku pun dengan nada gurauan cakap kat roomate aku yang malam tu aku nak tido atas katil dia dengan sorang lagi kawan kitorang yang masa tu tengah borak dengan roomate aku tu. so aku pun tidur la secara memanjang dengan kawan kitorang tu. pastu disebabkan roomate aku tu orangnya 'rendang' , maka dia tidur secara melintang.. haha.. dapat bayang tak? roomate aku tu tidur tempat yang untuk diletak bantal, dan aku dan kawan kitorang tu tidur tanpa bantal. 

malam tu berapa kali jugak lah aku tersedar sebab rasa nak jatuh bila tergolek ke kanan. haha.. tiap kali tersedar mesti rasa nak pi tolak kawan aku yang tidur atas katil aku tu ke atas lantai pastu tidur dengan amannya diatas katil sendiri. muahahahaa.. tapi tak sampai hati la pulak. maka dengan hati yang terpaksa aku pun tidur la jugak atas katil roomate aku tu sampai keesokan pagi.

esoknya.. kawan aku yang conquer katil aku tu tanya : "weh , awat hampa tidur 3 orang atas katil semalam?"
 aku pun macam errr... 


tapi sebagai seorang sahabat yang berhati mulia, aku jawab la jugak : "sebab ko la. tidur ganaih sangat sampai aku tak muat nak tidur kat situ..."


 
 
 
 aku dah start jual baju online!! sape-sape berminat nak usha bleh la yer klik gambar dibawahh..
http://thermstore.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Silakan u olls komen disini dulu ye. Your comment memang tak akan terus keluar kat sini.. I will publish and reply your comment once I open this blog. Ok? ☺

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...