#MMSUNISZA : Gimik 'Gedebuk' !!!

,20:38 | 2 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
Nampak tak ke'ridiculous'annya disitu? aku ni dah masuk sem dua, tapi citer pasal minggu orientasi yang aku janji sejak hari tu masih tergendala. astaghfirullah al azim.. mintak maaf sangat-sangat pada yang tercari-cari entry aku ni.. bhahaha.. macam la ada yang nak cari. tapi takpelah. aku nak tunaikan jugak janji aku pada korang sume.

so, what's with the title today? Gimik Gedebuk! apa yang gimik? apa yang gedebuk? hehe...

alkisahnya bermula pada tengahari hari rabu tu.. hari keempat orientasi. 
masa tu tengah ada taklimat dari pusat kesihatan UniSZA. macam biasalah.. minggu orientasi ni kerjanya tadah telinga aje. penuh dengan taklimat! and time-time macam tu.. memang lah, dengan mengantuknya, dengan letihnya, dengan rasa panasnya, .. maka penceramah tu pun bagilah take five sekejap. aku pun macam dah pelik la (tapi tetap bersyukur) sebab most of penceramah memang takkan bagi take five coz masa yang diberi untuk satu-satu talk tu memang dah cukup padat dah pun..
tetibe masa orang tengah rancak berbual dan aku tengah meregangkan urat saraf, satu dewan jadi sunyi bila ada bunyi 'gedebuk!' yang amat kuat menghentak lantai dewan gymnasium tu. kalau tak salah aku dalam dewan tu, lorong antara kerusi-kerusi yang disusun tu ada 4 lorong. kebetulan masa tu aku duduk berdekatan dengan lorong 'tempat kejadian'. sejurus aje bunyi 'gedebuk' tu menyapa gegendang telinga aku, maka aku dan kawan sebelah aku pun terjenguk-jenguk la kat depan dan kitorang nampak ada sorang budak lelaki (bukan 'budak' ekcelli , dia pun salah sorang peserta orientasi tu jugak.. haha. saje aku panggil 'budak' )  yang sedang 'meniarap' gaya cam cicakman kat atas lantai tu.. at first aku ingat pengsan ke apa budak tu.. then PM-PM yang ada kat belakang, dengan lajunya dan gaya macam soparmen terus berlari ke depan pastu angkat budak lelaki tu.ramai pulak tu! ada la dalam segerombolan jugakk.. haha


aku pun macam at first mesti la takjub gitu kann.. haaa.. tapi sedang PM-PM tu memapah budak tu , aku pun terus pikir dalam hati " eh budak ni. menyusahkan aje la. dah kalau sakit , asal tak bagitau awal-awal. kan ke PM-PM tu setiap masa dan setiap tempat tanya kite ok ke sakit.. pehal la dia ni.." 

and perasaan aku tu memang tidak salah sama sekali.. sebab? 
sebab akhirnya budak tu dipapah bukan dibawa ke belakang, tapi dibawa ke atas pentas!! aku pun macam uhmmmmm!!!! k fine. tipah tertipu. tipah tertipu lagi .. haha.. gimik semata-mata la!!! penceramah tu pun akhirnya start balik la ceramah dia dengan budak lelaki tu duduk atas pentas gaya cam orang baru sedar koma 5 bulan. hahahaa.. dia cakap la, gimik tu tadinya pasal ada budak terseliuh kaki.. pastu dia nak ajar la acanne kite nak rawat kalau ada emergency macam tu. 

aku pun lagi la uhmmmmmm..!! terseliuh je pun!! yang 'pelakon' lelaki tu nak over siap meniarap bagai atas lantai tu dah kenapaaa??? hahahaaa.. lawak tol laa.. 

akhirnya setelah selesai dia ajar cara-cara nak treat orang terseliuh tu , budak lelaki tu pun denga selambanya cabut balik kain pembalut kat kaki dia tu dan tanpa limping and whatsoever turun dari pentas.. bhahaha... 
dan begitulah taktik diorang untuk mengembalikan kewarasan kitorang untuk terus setia mendengar ceramah tu....   tapi.. 5 minit lepas tu? 
kitorang kembali ke alam khayalan masing-masing.!
 
 
*psst.. psstt ..! Nak tahu lagi cerita lain tentang Minggu Mesra Siswa UniSZA? Klik sini : Minggu Mesra Siswa UniSZA 2014/2015*
 
 
mORE StorY abOUt UNISZA?? click here pleasee.... >UNISZA GONG BADAK<

2 comments:

  1. salam kak. medical checkup mmg kene buat kt pusat kesihatan unisza sahaja eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Sy dlu buat checkup kt mana2 klinik je.. pegi unisza nnti tggal bgi result kt diorang.

      Delete

Silakan u olls komen disini dulu ye. Your comment memang tak akan terus keluar kat sini.. I will publish and reply your comment once I open this blog. Ok? ☺

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...