Cara Nak Bezakan Antara Junior dengan Senior.

,20:40 | Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
  semalam ada Annual Dinner sebab senior yang paling atas kos aku ni dah nak abis final year ... pastu yang menjayakan majlis tu ialah senior yang tengah tu.  paham tak? istilah diorang guna 'inter' ke apa benda ntah.... maknanya senior yang atas aku la... yang  senior paling atas tu kira senior atas atas aku. haaa.paham tak? konpem korang tak paham kan?? hahahaa.. kira camni la susunan dia : batch aku (paling junior) > batch atas aku (pertengahan/inter) > batch atas senior atas aku. (yang final).. yang nak diraikan is batch yang tengah menghadapi final exam sekarang ni laa.... 
so nak dijadikan story, dalam program tu, setiap sem mesti ada buat persembahan kat depan. kalo nak kira sepatutnya ada tiga persembahan la kan. pastu pulak sudah semestinya lah geng-geng junior yang menjadi mangsa first untuk buat persembahan tuuuu...
and masa kitorang tengah berbaris sebelum nak masuk 'pentas' tu.. ada la sorang abang senior yang dah final year tu tanya aku.. 'buat persembahan ape ni?' ye laaa.. dah rupa macam kumpulan nashid boria campur marhaban dah gaya kitorang masa tu...   hahaha.  aku pun dengan suara yang keluar tak nak keluar, cakap la.. "coral speaking"  lepastu memang naik merah la muka aku. tak sanggup eden nak nengok muka abang tu lagii.. terus aku pandang kat tempat lain. bhahahahahaaaa...
lepas tu cerita masa masuk 'pentas' pulak... kenapa aku letak pembuka kata dan pengikat kata kat perkataan 'pentas' tu??? sebab nyaa... bukan ada pentas sangat punn.. kali ni punya annual dinner diorang buat sempoi aje.. kat tempat yang takde ekon . takde pentas . even mike pun takde. 'pentas' tu pun siap ada pokok bagai.. pengerusi majlis main jerit-jerit ajeee... sebab lagi? sebab ni last minute punye preparation. so buat dalam unisza ni aje  .. tak keluar pi mana mana pun. duit pun jimat... kahkahkahh.
dan.. sambung lagi pasal tadi.. so. pentasnya takde kan? jadi memang kitorang berdiri tu dekat giler dengan penonton  .. aku pulak kena berdiri dekat ngan penonton lelaki. depan senior-senior lelaki batch final!! memang laa... memang habis skrip aku lupe. masa mula-mula masuk tu, memang keje aku gelak aje. tu nasib baik aku berdiri kat barisan belakang. kalau kat bahagian depan? humph! maunya aku pengsan disebabkan rasa malu yang overload ..hahaha.. 
maka macam yang diketahui umum la.. memang coral speaking kitorang berterabur. masa part aku yang cakap sorang-sorang tu, memang slow aje bunyik suara aku. ala dengar tak dengar. kahkahkahhh. malu siotttt.. kalau nak ikutkan, aku nak senyap terus aje. tapi tak baik la kann. kesian kat kawan-kawan yang tengah semangat nak buat persembahan tuuu. . hihi.
sepanjang buat persembahan tu, memang la semua senior pakat duk gelak ajeee.. ade yang gelak sebab kesian kat kitorang, ade yang gelak mengejek, ada yang gelak sinis. heh . aku tak pandang pun muka diorang  tapi dengar suara aku dah tahuu....nak angkat muka? aku? aku nak angkat muka?? memang tak ahhh.. kalau boleh nak aje masukkan kepala dalam guni beras masa tu.
maka setelah berakhirnya fasa yang penuh dengan ke'junior'an tu, aku pun berjalan la keluar laju-laju sebab dah tak sanggup nak menanggung rasa batak yang membelenggu diri nii..hohohohooo...
so lepas persembahan junior tu, maka tibalah giliran para inter pulak untuk buat persembahan.. diorang buat ape?? ehmm.. tak payah cakap lahh.. sudah semestinya persembahan yang penuh sempoi dan menunjukkan ciri-ciri ke'senior'an diorang!! just 2 orang je abang inter pergi depan. sorang main gitar dan sorang lagi nyanyi. gile smart ah baq hangg! enjoy je aku tengok abang tu petik gitar. teringin jugak nak mencubaaa..hahahahaa..
maka sejurus selepas itu, (ayat jenis nak masuk dalam karangan SPM punya ni) Yang DiPertua senior yang final tu pergi la depan. pastu cakap, untuk sem diorang, diorang takde prepare persembahan punn .. sebab takde masa la..ape la.. ye la boleh dimaafkan la sebab masa ni memang diorang tengah hadapi final exam. pastu abang YDP tu cakap dia just nak bagi nasihat la sikit untuk junior-junior ni.. pastu tetibe dia mintak maaf sebab dia cakap geng2 dia (senior2 final) tu lewat datang program nii.. dia mintak maaf la kat bebudak inter yang uruskan annual dinner tu sebab diorang sebagai senior datang lambat pastu tak bagi kerjasama ape ntah. YDP tu siap mention lagi pengarah program tu panggil dia pergi depan pastu suruh senior-senior sem last tu mintak maaf kann.. masa tu dah agak pressure la disitu. suhu pun dah makin naik. aku pun pikir jugak, eh ni dah kenapa nak feeling-feeling terlebih ni? biasalah tu lewat sikit. geng-geng junior (batch aku) ni pun lewat datang jugakk..
pastu YDP tu macam desak la wakil dari pihak senior final tu supaya mintak maaf kat bebudak inter. yang lagi menambahkan darjah kepanasan kat situ adalah bila abang-abang senior tu cam cakap-cakap kat belakang la pastu dengar ada sorang abang (abang A) tu cakap kat kawan dia(abang B) "ko la tu datang lewat" dengan suara yang kuat sampai sume orang boleh dengar. pastu abang B tu pulak duduk dekat aje dengan kerusi tempat aku duduk tu. dia pun menjawab la "eh ko pun lewat jugak" .. abang A tu pun lagi la jawab balik. masa tu aku memang ingat diorang bergaduh betul la..then tetibe abang B tu bangun dari kerusi gaya goku nak keluarkan kuasa dia sampai melambung semua kerusi-kerusi kat tepi dia tuu..sambil cakap dengan suare tak puas hati "aku ikut kau kan!? aku lewat pun sebab ikut kau!! kau yang lewat!" 
maka from that exact moment, memang aku dah agak diorang berlakon! ni mesti drama semata-mata nii!! terus aku bisik kat kawan sebelah aku yang aku rasa diorang ni belakon. tapi kawan sebelah aku tu cam pecaye gile2 yang diorang betul-betul gaduh.  alahhh.. aku dah pernah la kena gimik masa orientasi hari tu.. [baca kat SINI] korang takkan boleh tipu aku lagi..
then berlarutan la suasana hangat tu dengan kawan-kawan sekeliling abang B tu bangun jugak pastu tenangkan abang tu yang gaya macam nak pergi tumbuk muka abang A tu hahhh.. masa tu memang aku rasa nak tergelak la. ye la mana logik diorang gaduh sebab lewat pi program?? adoiyyy...lain kali cari la alasan munasabah sikit... abang YDP kat depan pun desak la wakil pompuan mintak maaf dengan bebudak inter yang handle program tu. akak yang bangun tu cakap sampai nak nangis korang tau. pastu akak yang duduk sebelah aku pulak lagi la.. siap marah-marah lagi cakap 'malu la kat adik-adik.. ' aku masa tu TERpecaya la jugak diorang gaduh betul-betul kann.. sebab pompuan mana reti nak belakon camtu..
pastu akhirnya aku malas nak cerita, last sekali abang YDP tu panggil la abang A dan abang B pergi depan nak suruh salam kan... boleh pulak masa kat depan tu abang B buat drama korea dengan sepak pokok yang ada kat situ sebagai tanda tak puas hati sampai gugur daun-daun pokok tu. bhahahaha... and masa tu jugakkk aku dah tak pecaya balik dah yang diorang gaduh.. first yang muncul dalam fikiran aku masa abang B tu sepak pokok tu ialah.. 'err. kuat gile dia sepak pokok tu. tak rosak ke kasut mahal dia tu?' hahah.. series aku pikir camtu.aku memang 100% la sure diorang berlakon punyeee..  siap buat muka toya lagi masa nak bersalam tu.. lagi la aku nak tergelak. 
dan akhirnya memang betul pun sangkaan aku tuuu... akhirnya lepas diorang salam tu, YDP pun bagitau la... "aku mintak maaf la sebab budak-budak aku macam nii..aku memang nak mintak maaf sangat2 kat korang.. sebab. ni la persembahan kitorang..." 
masa tu memang sume orang muka cuak habis laaa.. aku ? uhmmm.. dah agak dahhh.. YDP tu cakap, persembahan tu kira spontan la jugak.. takde skrip punn.. tak practice punnn... diorang2 je yang tahu. sedangkan akak2 sem diorang pun taktahu, tu yang ada sampai nak nangis bagai ttuuu.
tapi memang aku puji la bahagian lakonan diorang tu! tahap boleh terima anugerah pelakon spontan terbaik di malaysia ahh! hahah... cume kureng dari segi isi cerita aje la..
alahaiiii abang-abang! tu la nak cerita kat korang perbezaan antara senior dan junior! junior siap buat skrip bagai pastu usung satu course untuk buat persembahan kat depan!! tengok senior !! tak payah practice pun tetap best!wakakakakaaa... tapi takpelaa.. aku yakin, diorang dulu pun penah alami apa yang kitorang hadapii.. tu la salah satu fasa yang wajib bagi setiap junior sebelum nak jadi senior,.. iaitu.. memalukan diri sendiri!!! hahahahaha.. jadi takyah nak pelik sangat la. ia akan jadi satu pengajaran buat korangg.. and kesimpulannya? we really enjoy that night! memang jadi kenangan la.. tapi bukan kenangan indah buat aku. kenangan pahit. sebab malam tu aku memang tak boleh tido sebab tiap kali pejam mata, aku teringatkan peristiwa memalukan tu. pastu tergelak sorang2 sampai roomate aku pun tengok pelik kat aku.kahkahkaaahhh.. 
 

No comments:

Post a Comment

Silakan u olls komen disini dulu ye. Your comment memang tak akan terus keluar kat sini.. I will publish and reply your comment once I open this blog. Ok? ☺

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...