Bila Aku Jatuh Suka Kat Someone...

,22:31 | 2 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
  dan kenapa aku tak tulis "Jatuh Cinta" intead of "Jatuh Suka" ??? 
sebab aku yakin bahawa aku tak jatuh cinta..
cuma.. suka aje. alah. biasalah tu kann... kat Universiti ni, macam-macam boleh jadi. macam-macam boleh kita lalui. even sebelum ni kita tak pernah rasa benda tu.
 
lebih-lebih lagi kalau yang jenis macam aku yang sekolah asing dengan lelaki. sume pelajar pompuan. kite bergaul, kite berselisih bahu, kite dalam kelas.. all the time dengan perempuan.
bila masuk Uni ni, aku admit la, memang masa first-first tu aku awkward gileeee bila nak masuk kelas sebab tak biasa ada lelaki dalam kelas aku. even kalau tengah jalan nak pi kelas pun, pastu ada lelaki yang jalan dalm arah bertentangan aku dalam jarak 10 meter pun aku terus mengelak ke tepi jalan. sampaikan kawan aku perasan dan tegur aku yang aku ni nampak macam 'takut'kan lelaki. huhuhuuu...

tapi memang betul pun. kalau selisih dengan lelaki, ase macam selisih dengan makhluq asing. bile kena present depan lelaki, rase macam kena present depan alien. series aku takleh nak adapt. tapi sekarang ni bile dah masuk sem 2, aku dah slow-slow boleh terima kenyataan laaa... kire cam takdelah menggigil dan lidah beku kalau nak bercakap dengan lelaki. hohohooo.. 

dan apa kena mengena sume carutan aku kat atas ni dengan tajuk entry nii? hahahaa.. aku pun taktau apa kaitannya.. kepala otak dah tak betul kottt..

recently, aku cam serabut sikt ah pasal hati ni.. biasalahhh.. aku memang mudah suka kat orang. kalau aku tengok variety show korea pun, aku akan minat seseorang retis tu pada pandangan pertama tanpa perlu nak kenal dia dulu.. seriesss wa cakap lu!!

dan normallah kalau kat Uni ni pun aku tetiba suka kat someone kann.. bagi aku, ini bukan cinta. cuma suka aje.. sama macam aku suka kat retis-retis korea and malay selama nii.. tiap kali perasaan tu timbul, aku akan cakap kat diri aku yang ni hanya mainan perasaan .. or kemungkinan besar hanya gangguan syaitan yang nak pesongkan hati aku biar aku selalu lagha dan lalaiii.. 

jadi kat sini, aku nakk sangat pesan kat mereka-mereka yang pernah or sedang rasa suka kat someone supaya pikir elok-elok. jangan terus anggap tu cinta pandang pertama la.. tu jodoh abadi korang la... and whatsoever. korang kena pikir secara rasional.!
jangan nanti kena tipu bodoh-bodoh aje dengan iblis!! kan ke sia-sia jee...
 

2 comments:

  1. hahahaha. Sy pun lalui perkara yang sama. Sy datang dri sekolah yg 'berjantina' lelaki dgn perempuan tapi bila jumpa lelaki, sy jadi takboleh. Sy rela buat pusingan U 2-3 kali asalkan takbertembung dengan lelaki. Cehhh, menipu benor. hehe Tapi lebih kurang mcm tu lah. Sy sendri pun akan cuba adapt dengan environment ni, InsyaAllah. Doakan sy ye eh. :) hihi

    (http://anies-msletoes.blogspot.com/2014/11/betul-ke-kau-kawan-aku.html)

    ReplyDelete
  2. hehehe teringat pesan cikgu masa sekolah menengah dulu....

    http://kylifa.blogspot.com

    ReplyDelete

Silakan u olls komen disini dulu ye. Your comment memang tak akan terus keluar kat sini.. I will publish and reply your comment once I open this blog. Ok? ☺

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...