Ada Orang Risik Aku??!

,07:44 | 5 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
 
ceritanya bermula apabila aku dibawa ke suatu tempat oleh ayah aku. masa tu mak aku tak ikut pun.. sesampai je kat situ, kitorang jumpe sorang pakcik ni.. katanya anak dia la yang nak 'risik' aku.. so kitorang pun duduk le kat situ bersama pakcik tu, sembang-sembang ape ntah aku pun tak ingat.

then, beberapa saat lepas tu, ayah aku dan pakcik tu pun pegi somewhere dan tinggalkan aku kat situ yang mana aku sendiri tak tau apa sebabnya berlaku keadaan sedemikian rupe.. .. kehkehkehh.. dan setelah sekian sekejap aku duduk disitu, datang la sorang lelaki niii.. tetibe je duduk depan aku. okeyy.. die ni keee? aku kenal die niii... arghh ape die buat kat sini??
ehh? ke dia orang yang nak risik aku tuu? kitorang pun berbalas-balas pandangan la buat seketika. tapi apa yang peliknya,.. tiap kali aku pandang dia, dia mesti tak pandang aku. dia buat-buat pandang kat tempat lain. pastu bile aku pandang kat tempat lain, sibukkk pulak dia nak tenung aku. huh. so, sepanjang aku ngan dia duduk situ, pandangan mata kitorang tak pernah bertembung.  ooookeeyyy... kes main tarik tali apakah iniii??

jadi.. setelah 'perjumpaan' tu selesai, kitorang pun pulanglah ke rumah masing-masing. tapi aku bukan balik rumah taww! aku balik asrama kediaman aku kat UniSza ni hahh.. dan keesokan harinya, aku dapat berita yang semua orang dah bersetuju nak satukan aku dan dia.. including me, okey! aku pun pegi bantai cakap setujuu!! ihhh ape ke bengap la ko ni aisyah.. eh!eh! betol ape.. aku belajar fiqh munakahat, ade hadis nabi yang cakap, kalo ade laki datang mintak, and kite tengok die takde lah teruk tahap penagih dadah or kaki pukul pompuan, sebaiknya kite terima je lah dia. haaaaaa ... kann?? so aku terima je lah..

dan sebaik sahaja aku tersedar dari mimpi tu.. aku terus bergolek-golek atas katil dan tendang kaki aku sambil jerit dalam hati kuat-kuat "IIhhhhh.. taknak ahh dia tuuu!! dah la tak hensemm.. perasan pulak tuuuu!!!"  aku tak leh nak jerit betul-betul, nanti roomate aku dengar wehh. bhahahahaaaaaaa..

ni cerita malam semalam ekcelli.. tapi aku baru sempat nak update hari ni sebab semalam kelas full dari pagi sampai la malam. series ase cam nak pengsan.

dan pasal mimpi aku tu tadi, dalam mimpi tu, aku masih duduk kat bilik yang sama aku duduk sekarang ni, dan roomate aku pun sama. so, mimpi tu seolah-olah berlaku betul betul pada masa sekarang ni.. bukan sem depan! bukan tahun depan! tapi tahun ni! sem ini!! aduyyyhh. yayyy.. aku tak mao nikah lagi.. aku masih muda. ihh.. tak sanggup gue. tak kuasa I.

kenapa laaa aku boleh bermimpi sedemikian rupa.. ya Allah.. selamatkan aku dari tipu daya syaitannn..! AMINNNN..!! hapuskan si dia dari mimpi aku.. tak nak dah bagi dia masuk mimpi akuu! seramm woooo.. nightmare!!

so, korang-korang ada jugak ke yang penah mimpi camni?? kalau ade, boleh la share-share dengan aku sikitt.. hihiii..
 

5 comments:

  1. Hahaha...kelakar. Pembaca pun tertipu sudah...
    Mimpi rupanyaaaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu.. xde penipuan yang disengajakan dalam entry ni okeyy.. cume berlaku proses memutar belitkan ayat sikit. haha

      Delete
  2. Haha sy pon pernah mimpi lebih kurang sama. Kena kawen paksa dahla pengantin lelaki x hensem ! Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nightmare btul kann.. hahahahaa. 😂

      Delete

Silakan u olls komen disini dulu ye. Your comment memang tak akan terus keluar kat sini.. I will publish and reply your comment once I open this blog. Ok? ☺

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...