Showing posts sorted by relevance for query UNISZA. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query UNISZA. Sort by date Show all posts

Nak Putihkan GIGI!

,22:00 | 8 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
  malam ni aku tak tau nape, rase nak cari jalan untuk putihkan gigi lak. ekcelli benda ni tak mengganggu aku sangat punn.. sebab aku tengok gigi Yoo Jae Suk tu pun kuning gakk.. ramai aje yang minat dia. haha. 
ok. 
dah la mengumpat kat orang. tak baik wooo.. hihi..
so, berdasarkan research (kononnya) yang aku jalankan selama ni, kalau search kat uTube, memang jawapan yang korang akan dapat is GUNA SODA BIKARBONAT. kann?? banyak omputih yang buat menda ni. tapi diorang sendiri tak galakkan amal selalu sebab boleh mendatangkan kesan lain yang bahaya. so, this one, aku reject.
jadiiii.. aku teruskan research (kononnya, lagi) aku kat google . bila godek blog-blog dan website anak melayu ni, aku jumpa banyak cara. tapi memang kebanyakannya akan merosakkan enamel gigi dan boleh bawak mudarat. so, no.no.no.

dan finally, Ive decided cara yang aku taktau la berkesan ke tak sebab aku tak cuba lagi, tapi yang penting aman dan selamat untuk diamalkan. tu pun berdasarkan research ( tak habis2 dengan 'research' ko) aku laa.. bukan pengalaman. ingat nak try ugak kalo ada kesempatan. so.. apa dia  cara tu?

MINYAK ZAITUN, KULIT OREN/LEMON, DAN KULIT PISANG!


haa... minyak zaitun tu mungkin aku akan try dalam masa terdekat . malam ni keee??? sebab aku memang ada bawak stok minyak zaitun asli datang UniSZA ni hahh... hehe. korang jangan buat gila pulak gi tuang minyak zaitun yang dah diwangikan tu dalam mulut korang. kang tak pepasal masuk spital, datang saman aku pulak. minyak zaitun yang asli sahaja, ok!
caranya just guna minyk tu sebagai ubat gigi korang.. pastu boleh bilas laa..


tang kulit oren dan pisang tu, lain kali aje lah .... mana aku nak cekau pisang dan oren kat sini oiiii.. kat cafe ada ke, ekk? entah la. tak pernah teroka. hahahahaa..

kalo korang nak cuba boleh la . gosokkan aje bahagian dalam kulit tu kat gigi korang selama 2 minit. jangan tempek kulit tu semalaman kat gigi korang pulak.. kang semut gi hurung korang marah kat aku pulakk.

so, tu aje lah kot untuk hari ni. gile malas siot aku nak hapdet blog sebenarnya. pikir pasal assignment yang takde progress ni pun buat aku pening kepala dah.. acanner nak buat. dah assignment berkumpulan kann.. kena la buat sama-sama.

humm.. ok.
adios amigos
wassalamalaikum..
 

Kek Marble Gebu.

,20:01 | Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
  
beberapa hari yang lepas, birthday Abah.... so, selalunya aku yang kena kerah buat kek kalau ada bufdey sesape.. .. even befdey aku pun, aku turut serta dalam acara pembuatan kek tu.bahahaha.. 
tapi tahun ni, kakak aku nak buatkan sebab ari tu dia penah try buat kek coklat tuu.. Umi kata dah menjadi.. (means ada rasa n rupa kek la) so, dia pun nak la buat untuk bufdey abah.. 
dan hasilnyaaaa...?? kek coklat yang aku tak suke. hanya akak aku sendiri dan Umi aje yang suke. sebab kek coklat tu tekstur dia macam kek span. umi memang suke kek span..  bila potong dan bagi kat abah.. abah makan tak habis .. huu.. aku pun makan sebab ada topping ceklat je.. kalau takde topping, memang loya la nak menelan kek tu.. 
maka sehari lepas tu aku pun tengok la ada ovellete, choclate emulco dan butter yang sedang menghampiri saat-saat tamat tempoh. haha.. kalau nak tunggu aku balik lagi rumah ni, alamatnya tahun depan la. dan for sure benda-benda tu sume dah tamat tempoh.  so, walaupun kek akak aku masih banyak lagi ada dalam fridge tu, aku tetap la buat kek lain. haha. aku cakap kat Umi, takpe.. kalau takde orang makan, aku bawak balik unisza. buat bekal. haha. 
maka, bermulalah misi aku buat kek marble hanya guna tangan aje.. tak guna mixer electrik tu punn.. sume pakai manual aje. membazir elektrik, bak kata Umi.. kahkahkahh.. 
dan hasilnya? tengok kat bawah niii.. 
dari luar memang nampak burukk. tapi bila dipotoggg...
nampak tak ke'marble'annya disitu?hihihii
aku tak nak cakap ape la.  tapi masa abang aku makan tu, dia tanya Umi "buat ke ni?" 
umi : "ye la.. takkan beli kot. panas2 lagi tu .."
abang aku : "sape buat?"
umi pun tunjuk aku. 
abang aku pun cakap "ni baru nama dia kek yang sedappp." 
terus dia komplen kek kakak aku buat tuu. kombang 26 inci hidung aku hang tawwww.. hahahaaaa..
memang kek ni gebu sangatttt dan lembutt.. ye la.. kemain lagi sakit lengan aku nak membuatnyaaa.. kalau tak jadi gebu, memang menangislahhh..
nak resipi kek ni?? usha kat siniii : resipi kek marble gebuu
 

Bekalan Penting Semasa Banjir di UniSza.

,09:51 | 1 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
aku taknak cerita panjang-panjang la... just nak bagitau yang sekarang ni blok aku air dah hampir nak menenggelami tangga yang last.. maknanya kalau tangga tu tenggelam, maka air akan masuk ke rumah - rumah di tingkat satu. nasib aku kat tingkat 2 . hehehee.. loceng warning dari tadi tak berenti renti berbunyik. bingit telinga weyyy..

jadi.. buat adik adik akak abang yang nak masuk unija, ni je la info yang aku boleh sediakan untuk korang,, 
kalau musim banjir, antara bekalan yang perlu korang sediakan ialah..

cam biase.. payung..


rain coat. just in case payung hilang or dicuri or diterbangkan angin monsun barat daya.


dan kasut but PUA CHU KANG! haha.. sebab at certain time terutama kat blok kediaman baru, memang air akan sampai ke paras lutut. so, binatang-binatang reptilia yang chumel panjang, tak berkaki tu memang akan muncul.. sebab tu kena beware. biawak, cacing, ulat, tikus, tak payah cakap ar.. memang sume keluar dari tempat persembunyian mereka.
  
ahhh.. dan sebelum terlupa! bekalan terakhir!

 
 
UBI KAYU REBUS!! huuu... lapaaa... dari pagi tadi tak makan pape sebab takleh turun pi cafe. asenye cafe pun tutup kot.. sebab makcik-makcik cafe maybe dah takleh masuk ke unija sebab jalan kat depan unjia ni dah banjir terukk. .. kereta takleh lalu.. hanya lori dan hilux je ..
 
so, sila sediakan bekalan makanan yang mencukupi ok!
 nasib megi aku ada banyak lagi stok... hehehehee..
 
 

Rumah 'Baru' Rupa Dah Macam Bengkel.

,19:14 | Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
hiasan dr Google semata-mata.
 ok macam yang aku cakap dalam entry yang lepas, minggu ni aku start belaja balik kat Unisza kann.. soo buat pengetahuan umum, aku yang dari Blok I kena pindah ke blok D yang mana blok D tu sebelum ni diduduki oleh penghuni berlainan jantina dari aku a.k.a LELAKI. 
 

sebab tu memang sebelum check in bilik pun aku dah dapat bayang dah betapa banyak aku kena kemas. betapa kotor rumah tu dan betapa banyak sampah yang ditinggalkan kat situ!!
nasib baik aku sampai agak lewat dari roomate aku . so bilik tu kebanyakannya dia la yang bersihkan. oh terima kasih kawan. hahaa.. tapi ya ruang tamu rumah tu memang aku speechless gile masa mula-mula masuk. nak berjalan pun aku rasa berhabuk je sepanjang masa. 

 
 
tu baru aku. yang sampai mula-mula? hmph! roomate aku cakap, sampah berterabur, habuk tak payah cakap lahh.. almari? laci? meja study? sume kotor!
pastu dalam roomate aku punye almari pulak, siap ada beras, susu krimer, gula, uncang teh.. hah cakap aje. sume ade. 
 
http://islammy.com/wp-content/uploads/2013/07/buruk-sangka-kucing.jpg

tandas??? oh no.no.no. tak sanggup aku nak cerita. dengan sinki berkulat berlumut. lantai tak payah cakap lah. rase nak bunuh diri aje masa aku mula-mula jenguk tandas tu.

kitorang ni macam Ma sha Allah.. padahal umah kitorang dulu, sebelum nak check out tu, sebijik habuk pun takde tau. kalau ada barang yang kitorang tinggal pun, yang boleh jadi kegunaan ramai. sebab dulu kitorang housemate kongsi beli barang-barang rumah. so benda-benda macam selipar tandas, ridsect, cecair pencuci lantai, sos, kicap, memang kitorang tinggal sebab takde sape nak bawak balik.

fuh. memang beruntung llaa orang yang dapat rumah kitorang tu. tak payah kemas ape-ape dah. memang akan rasa macam check in hotel. aku? rasa macam check in rumah yang terbiar selama 2 tahun. padahal baru 3 minggu.

 humm.. aku agak kecewa la. bukan nak mengutuk. cuma nak luah perasaan. bengang tu, sape tak bengang. memang sume orang bengang. tapi nak buat macamana, senang kata, REDHA aje laaaaa....
 

Suka pulak dengar bunyi siren tu..

,20:54 | Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
  

masa minggu orientasi minggu lepas, bunyi siren tu la yang paling membingitkan telinga. paling menyakitkan hati. paling merimaskan perut. tapi, bila dah habis orientasi ni, pastu sekarang ni, geng2 yang rayuan pulak tengah orientasi, and aku dengar bunyi siren memanggil, rasa sayu pulak. rasa rindu pun ada .. rasa macam alunan melodi yang sudah sebati dalam diri. mana taknya, setiap masaa, setiap saat akak-akak tu bunyikan siren. masa nak kejut bangun pagi tu takyah cakap la kan. sampaikan kita tak sedar pun tu bunyi siren. ingatkan bunyi lagu dari mana. haha.. lena dibuai mimpi. 

um.. tengah mencari masa yang sesuai nak cerita semua pengalaman orientasi kat UniSZA ni .. nak tulis entry panjang-panjang! hehe.. tunggu hujung minggu sat lagi.. 
 

Trying To Stop Blogging..

,17:45 | 2 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
  

  well, sejak masuk UniSZA ni, aku berazam nak stop blogging. tapi ketagihan itu semakin memuncak pulakk.. haha.. tu dulu la.. masa mula-mula habis orientasi. sekarang ni assignment dah bertimbun. so, Im gonna say goodbye to blog . see u soon, ok!

maybe I'll be updating this blog once in a while. tengok keadaan la kott.. hihi.. 
so, annyeong !! Im gonna miss u guys!
 


3 Sebab Kenapa Perlu Meniru dalam Exam.

,17:51 | 11 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
yup! kenapa perlu meniru? kenapa perlu cheat dalam exam? 
ada sebab? of korss.. ade sebabnya. kat sini saya akan senaraikan 3 sebab kenapa seseorang tu meniru masa jawab exam.

http://img.modernghana.com/images/content/d28kc54bav_cheating_dreamstime_020130425090007.jpg

1. sebab dia tak baca buku sebelum masuk dewan... 
yang ini memang common la bagi mereka-mereka yang bersifat mazmumah iaitu malas.. masa exam mesti pilih nak duduk tepi orang yang dah baca buku kann.....???
 
2. sebab dia lupa jawapan... 
yang ni lagi satu masalah.. baca dah baca, siap hafal lagi..! tapi dah kalau Allah takdirkan dia blur masa jawab exam, inilah jadinya.. maka lepas tu mulalah nak bisik-bisik dengan orang sebelah. =,=
 
3. sebab hobi dia memang MENIRU ... 
eh? orang macam ni pun ada kee?? sape cakap takde?? aku penah jumpe je.. ! tiap kali exam, mesti ade yang die tiru kawan sebelah. naseb baek aku tak duduk sebelah dia. kahkahkahh..
 
okeyy. tu antara faktor yang aku dapat senaraikan lahh.. kalo korang ada faktor laen, boleh drop ur komen dibawah tanpa segan silu hokeyy..?

tapii .. sebenarnya, apa motif aku publishkan entry ni hari ni ?? nak galakkan korang meniru dalam exam? nak suruh gejala meniru dalam exam ni berleluasa di negara Malaysia niii???
 
ohh.. no..noo.. nooo... tidak sama sekali. justeru, tujuan aku ialah sebaliknya..
aku nak tekankan bahawa gejala ni walaupun nampak kecik, tapi effect buruknya akan timbul dalam jangka masa yang panjang. (kalau jangka masa pendek tu maknanya korang kantoi masa tengah meniru. hahahha...)
 
effect jangka masa panjang yang aku nak sebut kat sini ialah result exam tu sendiri. 
masa sekolah dulu, aku bebudak hingusan jugakk.. pantang ada peluang, mesti lah nak tiru kann.. kalau aku tak meniru pun, tu sebab aku takut kantoi ngan cekgu pastu kertas kena rampas + dapat markah 0 secara otometik. 
 
tu masa sekolahh..
 
https://content4.bestthinking.com/s/1/t-topics/477/images/8124b847-3e30-46de-ac61-661c008ff66e_463x347.jpeg
 
bile dah masuk UniSZA???
 k fine. mengaku. aku still meniru jugak bile ade test or kuiz. tapi sikit-sikit je lahh.. exam final memang aku tak meniru langsungg.. sebab?? sebab ramai pengawas peperiksaan disekeliling.. huhuu.. kalau test or kuiz, duduk kerusi dekat-dekat, so memang tersangat boleh lahh nak meniru.
 
and i got pointer 3.94 .
'waw'! 
u just said 'waw!' , right?
actually, the first sem only contain 4 subject. so thats why its easy to grab the marks.

tapi bile aku kenang kenang balikk.. hummm .. did i really deserve it?? betol ke ini dari usaha aku sendiri?? yupp... memang lah kuiz n test tu tak banyak pun aku tiru. setakat 4 or 5 soalan je. dan peratusannya dalam result aku pun sikit aje.. about 20 or 15% je..
but still.. its not completely came from me..
when i mentioned my result to anyone, they just got 'aww!' everytime.! they called me a smart girl. they looked at me as if i'm a genius one! 

bermulanya semester 2,...
mereka masih memandang tinggi pada aku . setiap kemushkilan.. setiap persoalan.. mesti diorang tanya aku bila sume orang lain takleh jawab soalan tu! my reaction?? well, most of the time, i just said "Tak Tahu..." 
 
sebab aku memang tak tahu.. or kadang-kadang aku tak sure jawapan tu and aku tersangat-sangat tak suke jawab soalan orang bile aku sendiri tak yakin dengan jawapan aku tu.. lantaklah diorang nak cakap aku sombong kedekut ilmu ke hape. dah memang aku tak tahu. nak buat macamana..
dan antara sebab lain ialah aku taknak diorang terus pandang tinggi pada aku. aku taknak diorang anggap aku budak pintar... budak pandai.. budak genius.. budak IQ tinggi.. 
 
dan pada sem 2, aku bertekad.. sungguh-sungguh.. yang aku takkan sekali-kali meniruu.. biarlah aku tak dapat jawab ke hape ke.. memang aku berazam yang aku takkan meniru. dulu masa sem 1 aku masih budak mentah .. biasalah.. budak baru lepas SPM.. 
 
bila dah naik sem 2, otak aku dah boleh berfungsi dengan elok dan adil serta saksama. :P
 apa gunanya aku meniru?? supaya boleh tunjuk result gempak dekat kengkawan? supaya boleh tayang result cantekk kat mak bapak? supaya boleh show off kat pakwe? (ok lari topik dahh..)
sedangkan kite sendiri tahu benda tu bukannya datang completely pure dari kite punn.. tak ke VODOH (BODOH) namanya tuu???? itu namanya menipu diri sendiri..!


ingatlah kawan-kawan.. akak-akak..abang-abang .. dan adik-adik sekalian.. 
dengan result tu nantilah akan tentukan samada kite dapat dean list or tak. samada kite dapat diploma / ijazah kelas pertama or tak..
dengan result tu kite akan cari kerja.. dengan result tu kite pegi interview.. dengan result tu kite bagi makan anak-anak kite. sara idup keluarga kite... bagi dekat mak ayah di kampung...
persoalannya... BERKATkah???
rela ke mak bapak kat kampung tu kalau tahu korang meniru masa test dan kuiz?? rela ke bos korang amek korang kerja kalau dia tahu korang meniru dalam final ?
http://rs1img.memecdn.com/le-me-cheating-on-exam_c_1471223.jpg
sekarang aku dah boleh berfikir.. berfikir jangan cuma guna otak. guna hati dan IMAN.! 
kalau gune otak je, bile lecturer keluar kelas, mesti korang akan cheat. percayalah!
tapi kalau gune IMAN, korang takkan sekali-kali cheat. 
aku dah cube. amanah pada diri. 
integriti itu perlu .(uit,. dah macam iklan kat TV.haha)
but seriously, the point is, AMANAH! tambah-tambah bile kite ni muslim.. kite tahu Allah ada. kite tahu Allah sentiasa melihat. 
 
dan setelah berakhirnya sem 2, aku telah berjaya mengotakan janji aku pada diri sendiri dan tunaikan azam aku untuk tak meniru langsung!
and the result??
well.. of kors menurun sebab sem 2 ni ade 9 subjek sumenya.
but still, alhamdulillah.. dean list.
3.85
 
dan bile aku tengok result aku ni, aku rase puass hatiii sangat!! ni hasil usaha aku sendiri!! ni hasil aku stay up! hasil aku hafal banyak-banyak sampai cair! hasil aku buat assignment! 
 
and no one can deny that fact!!
dan untuk sem 3 sekarang ni, aku masih istiqomah di jalan ini.. and i hope i'll stay like this until the end of my life.. 
 
aku teringat masa test hari tu... memang aku takleh jawab . bukan sebab aku tak baca buku.. tapi soalan yang unpredicted sangat-sangat..! ustaz peruntukkan 20 markah untuk satu soalan besar tuh.. ada 40 tempat kosong yang kena isi.. dan soalan tu dia suruh isi nama-nama kitab + nama penulis + tahun kematian penulis. aku hafal.. tapi aku takde lah hafal sume..sebab ingatkan soalan yang jenis "sila nyatakan 3 nama kitab...."so, aku pun hafal la 4 je dari kitab-kitab yang banyak tu.. 
 tapi soalan ni dia copy 100% dari buku dan kosongkan tempat yang berkenaan. kesimpulannya, sape yang tak hafal sume, memang takleh jawab. so, aku redha je lahh. dah memang bukan rezeki aku. orang sebelah aku duk tunggu peluang nak tiru aku. hihi.. aku tahu.. sebab ada satu soalan tu aku tersilap tulis jawapan dan aku perasan jawapan die pun sama macam aku tulis jugak. .. naseb baik masa semak balik tu aku perasan dan sempat ubah.. pastu aku terbalikkan kertas supaya dia takleh tengok.hahahaha... 
 
https://raafayawan.files.wordpress.com/2012/02/10048849-classroom-with-two-kids-students-cheating-on-test-exam-at-school.jpg
 
dah selesai jawab, aku ajak la diorang pegi depan hantar sekali..tapi diorang taknak anta lagi sebab tengah busy nak menanya jawapan kat orang lain. diorang cam ingat aku dah siap dan boleh jawab sume ah sebab nampak aku nak hantar awal. aku pun terus tayang kertas aku. bahagian yang kena isi tempat kosong tu, aku cume dapat isi 14 je daripada 40 tempat kosong. see? tak sampai separuh! bile aku tunjuk je kertas aku tu, diorang cam tergamam la jugak.. ekspresi muka diorang macam "bia betol koo syahh!! dah kalau ko tak leh jawab, jom la tiru kitorang!"

aku buat muka selamba . aku cakap "memang ni je yang aku hafal. ni je yang aku boleh tulis. kalau aku duduk kat sini lama-lama pun, bukannya aku boleh jawab punn.. so, baik aku pegi hanta sekarang.."

i know the fact that takkanlah hidayah tetibe turun dari langit or kucing datang bagi jawapan kat aku kott.. so, sebab tu aku tak suke tunggu lama-lama.
i already gave all that i got.tak salah kan kalo aku hantar kertas kosong macam ni , instead of aku tiru orang lain and tunjuk result tu kat Umi dan Abah aku??tak rasa berdosa ke woii??! antara MARKAH dan KEBERKATAN, mana satu yang lagi pentingg??
 
masa test semalam pun sama.., aktiviti peniruan masih berjalan seperti biasa. orang depan aku, tepi aku, belakang aku .. sume berbisik-bisik.. main pas-pas kertas.. main isyarat tangan.
Allahu.. sabar aisyah... selagi ko boleh tahan, ko tahann... fuhh. *lap peluh*
 
http://radiotnn.com/wp-content/uploads/2015/02/exam-cheating.jpg
 
aku dah letih nak menaip panjang -panjang. korang pun dah besar, dah boleh pikir sendiri. KEBERKATAN itu penting. AMANAH itu perlu. JUJUR itu  compulsory. MATI itu pasti. (eh? tetibe terkeluar dari landasan pulak.haha.)

so, fikir guna IMAN. maka perbuatan korang pun in sha Allah berlandaskan iman dan akhlaq yang terpuji jugakk.. aku doakan korang yang terbaik dan harap korang doakan aku tetap di jalan ini okeyy.. 

wassalamualaikum.. :)
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...