Sahur...

,05:11 | 4 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
  kenapa ada tiga dot disitu?
tu menunjukkan yang aku takde mood .
hehehe.. boleh pulak.
patutnya excited la sebab diberi peluang untuk sampai ke bulan Ramadhan lagi. Alhamdulillah...
tapi...
sahur ni aku makan roti aje.
no nasi. no lauk. no duduk bersila atas lantai ramai-ramai.
fuhh. rindu family?
eh. tak lah. tak rindu mana punn.. *air mata dah nak meleleh*

Nak Putihkan GIGI!

,22:00 | 8 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
  malam ni aku tak tau nape, rase nak cari jalan untuk putihkan gigi lak. ekcelli benda ni tak mengganggu aku sangat punn.. sebab aku tengok gigi Yoo Jae Suk tu pun kuning gakk.. ramai aje yang minat dia. haha. 
ok. 
dah la mengumpat kat orang. tak baik wooo.. hihi..
so, berdasarkan research (kononnya) yang aku jalankan selama ni, kalau search kat uTube, memang jawapan yang korang akan dapat is GUNA SODA BIKARBONAT. kann?? banyak omputih yang buat menda ni. tapi diorang sendiri tak galakkan amal selalu sebab boleh mendatangkan kesan lain yang bahaya. so, this one, aku reject.
jadiiii.. aku teruskan research (kononnya, lagi) aku kat google . bila godek blog-blog dan website anak melayu ni, aku jumpa banyak cara. tapi memang kebanyakannya akan merosakkan enamel gigi dan boleh bawak mudarat. so, no.no.no.

dan finally, Ive decided cara yang aku taktau la berkesan ke tak sebab aku tak cuba lagi, tapi yang penting aman dan selamat untuk diamalkan. tu pun berdasarkan research ( tak habis2 dengan 'research' ko) aku laa.. bukan pengalaman. ingat nak try ugak kalo ada kesempatan. so.. apa dia  cara tu?

MINYAK ZAITUN, KULIT OREN/LEMON, DAN KULIT PISANG!


haa... minyak zaitun tu mungkin aku akan try dalam masa terdekat . malam ni keee??? sebab aku memang ada bawak stok minyak zaitun asli datang UniSZA ni hahh... hehe. korang jangan buat gila pulak gi tuang minyak zaitun yang dah diwangikan tu dalam mulut korang. kang tak pepasal masuk spital, datang saman aku pulak. minyak zaitun yang asli sahaja, ok!
caranya just guna minyk tu sebagai ubat gigi korang.. pastu boleh bilas laa..


tang kulit oren dan pisang tu, lain kali aje lah .... mana aku nak cekau pisang dan oren kat sini oiiii.. kat cafe ada ke, ekk? entah la. tak pernah teroka. hahahahaa..

kalo korang nak cuba boleh la . gosokkan aje bahagian dalam kulit tu kat gigi korang selama 2 minit. jangan tempek kulit tu semalaman kat gigi korang pulak.. kang semut gi hurung korang marah kat aku pulakk.

so, tu aje lah kot untuk hari ni. gile malas siot aku nak hapdet blog sebenarnya. pikir pasal assignment yang takde progress ni pun buat aku pening kepala dah.. acanner nak buat. dah assignment berkumpulan kann.. kena la buat sama-sama.

humm.. ok.
adios amigos
wassalamalaikum..
 

#MMSUNISZA : Hari Pendaftaran di UniSZA.

,08:04 | 67 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
  ok. walaupun hari tu aku da cerita sedikit sebanyak, kira aku nak repeat dengan agak mendalam la sikit kali ni. huhu.
masa mula-mula sampai tu, masuk pintu pagar. (of kos la kan, kalo tak masuk through pintu pagar, takkan nak masuk ikut longkang kutt. ) key, dalam surat tawaran tu, dia tulis daftar kat Foyer Pejabat Asrama Baru kann.. so , kalo taktau jalan, jangan risau , pak guard belambak kat situ ok. tanye aje jalan kat dia. sumenya baik-baik belaka. hehe. dah sampai foyer tu, ehem . ekcelli masa aku sampai tu, foyer dah kosong dahh.. well, pukul 11:30 kot. jadi tak ada lah acara beratur panjang-panjang macam tunggu nak amek air milo free. hahaha..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...