Kisah Pau dan Biskut Kering.

,18:35 | Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
  
seperti yang aku cerita sebelum ni, kat unija sekarang tengah banjir kan... so walaupun kitorang susah nak turun ke cafe, alhamdulillah ada jugak yang sanggup nak datang ke blok untuk agihkan makanan.. 
mula-mula masa aku duk baring atas katil tadi, dengar suara jerit suh sume turun amek makanan. ... pastu roomate aku gi amek sebab aku malas nak pakai stokinn.. huhuhu.. coz ada lelaki kat situ. 
then naik naik je dia bawak pau kaya.. huu.. lapor.. ngap kejap aje dah abis. pastu tak sampai 2 minit ada pulak yang panggil suh gi amek biskut keringg.. roomate aku sekali lagi jadi mangsa, (sorry kawan) .. dan dia amek tupperware aku yang kecik pastu gi isi biskut kat bawah.. sikit je yang dapat.. 
sekali housemate aku angkut tupperware besaarr punye gi isi biskut tu.. agak agak boleh buat bekal sebulan kot.. hahaha.. 

  its okay lahh..at least ari ni dah boleh save duet. makan megi dengan biskut kering aje.. hihihii..

Bekalan Penting Semasa Banjir di UniSza.

,09:51 | 1 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
aku taknak cerita panjang-panjang la... just nak bagitau yang sekarang ni blok aku air dah hampir nak menenggelami tangga yang last.. maknanya kalau tangga tu tenggelam, maka air akan masuk ke rumah - rumah di tingkat satu. nasib aku kat tingkat 2 . hehehee.. loceng warning dari tadi tak berenti renti berbunyik. bingit telinga weyyy..

jadi.. buat adik adik akak abang yang nak masuk unija, ni je la info yang aku boleh sediakan untuk korang,, 
kalau musim banjir, antara bekalan yang perlu korang sediakan ialah..

cam biase.. payung..


rain coat. just in case payung hilang or dicuri or diterbangkan angin monsun barat daya.


dan kasut but PUA CHU KANG! haha.. sebab at certain time terutama kat blok kediaman baru, memang air akan sampai ke paras lutut. so, binatang-binatang reptilia yang chumel panjang, tak berkaki tu memang akan muncul.. sebab tu kena beware. biawak, cacing, ulat, tikus, tak payah cakap ar.. memang sume keluar dari tempat persembunyian mereka.
  
ahhh.. dan sebelum terlupa! bekalan terakhir!

 
 
UBI KAYU REBUS!! huuu... lapaaa... dari pagi tadi tak makan pape sebab takleh turun pi cafe. asenye cafe pun tutup kot.. sebab makcik-makcik cafe maybe dah takleh masuk ke unija sebab jalan kat depan unjia ni dah banjir terukk. .. kereta takleh lalu.. hanya lori dan hilux je ..
 
so, sila sediakan bekalan makanan yang mencukupi ok!
 nasib megi aku ada banyak lagi stok... hehehehee..
 
 

Bermulalah Pembentukan "Kolam Buatan" UniSza.

,18:35 | Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
 
sebelum pape, aku nak bagitau entry ni bukanlah nak menyatakan ketidakpuashatian atau kebengangan yang melampau kepada pihak atasan yang nampaknya tak mampu nak selesaikan masalah yang melanda UniSza tiap-tiap tahun niii..
cuma saje nak share pengalaman aku kat Unisza ni. nanti kalau ada bebudak SPM tahun-tahun akan datang nak apply masuk Unija, senang la bagi mereka nak baca dan 'korek' ilmu tentang unisza ni.. aku nak mudahkan kerja orang lain. masuk je blog aku, search je keyword "UniSza", haa.. nanti keluar la sume cerita. kan ke senang dan menjimatkan masa? sume information hanya dalam satu blog! tak payah nak meng'google' banyak-banyak kali!

so... dah -dah la merapu raban wahai cik esyah.. ko nak cite apekebenda ni sebenanya?

haaaa.. as sume rakyat kat Malaysia ni dah tau, sekarang ni musim hujan dah bermulaa .. aku rasa most of negeri-negeri kat Mesia ni dah ditimpa hujan, kan?? ke ada yang masih kering kontang?
negeri Teganu tak usah cakaplahh... memang dah lama hujan.. 
lebih seminggu lepas lagi kalau tak silap. minggu lepas memang tiap kali pegi kelas , sarung kaki akan basah sebab air banyak gile kat blok kolej kediaman,

tapi pagi ni, paras air tu boleh kira paras air paling dalam la sepanjang aku duk unija ni, .. hujan pagi tadi memang tak berenti-renti. air kejap aje naik. sekali aku jenguk kat tingkap, anak tangga yang first kat blok aku ni hampir ditenggelami air.. pastu tak sampai sejam, aku tengok anak tangga tu dah ditenggelami dan anak tangga yang second dah separuh tenggelam!

ni gambar pagi tadi ... bukan gambar tahun lepas ke ape ekk..

nampak tak tangga tu? dalam gambar ni tangga first tu tak tenggelam lagi.. tapi masa kitorang nak gi kelas tadi memang dah tenggelam.


kalau hujan lama lagi,, tak mustahil la rumah kat tingkat 1 tu akan dimasuki air..

dan tadi kelas pukul 11.. ingat nak tunggu ujan berenti. tapi tak nampak pulak tanda-tanda hujan akan berenti.. so , terpaksalah kitorang ambik langkah keselamatan untuk ke kelas ..

still pakai baju kurung, tapi pakai seluar track kat belah dalam. so, nanti boleh le angkat kain sampai lutut... kasut?? jangan haraplah! kitorang pakai sandal je.. ada yang pakai crocs. (paling selamat). aku? huwaa...takde crocs! so pakai le kasut plastik. the first moment nak turun masuk dalam air tu , tak payah cakap ahh.. sume perasaan ada.. cuak yang paling penting. pastu rasa cam benda ni sume "unbelievable" ! "nonsense" ! "how can this be?!" "impossible!" perasaan dah bercampur adukk.. bayangkan lahh.. air tu memang takat separuh betis aku. kalau roomate aku maybe sampai lutut kott.. (:P) haha..  pastu arus pulak deras macam kat sungai! serius!

takut masa mula-mula nak "terjun" dalam tu. pastu bile dah redah, uhmm.. redha aje lahh...

masuk je kelas, rasa gatal sangat kat kaki.. tak selesa .. seronok, seronok jugak, tapi air banjir ni bukannya bersih sangat ... eh cop! memang tak bersih pun kann.. even dia mengalir laju macam air sungai.. 

ingat nak cari kasut but ngan raincoat! pakai kasut but ngan baju kurung pi kelas. haa... style, kan??? hahahahaaaa...

dan tadi terjumpa video ni kat FB.. dishare oleh somenone. ops! aku tak kenal, key!

ni video banjir tahun lepas.. tapi masa diorang rakam ni, aku tengok takde la tinggi sangat paras airnya.. yang pagi tadi punye lagi tinggii wooo....

 
first day redah banjir di unija. 
bukan nak mengeluh.. 
just nak share pengalaman .. 
by the way, best ape tiap-tiap ari boleh pi "swimming pool"?? besaaarr pulak tuuu.. hahahahaa...
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...