6 Sebab Kenapa Aku Tak Suka Ambik Gambar

,22:32 | Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 

Dalam meniti kehidupan di kampus hari-hari ini, kebanyakan remaja tidak akan terlepas dari aktiviti mengambil gambar pada setiap saat dan setiap waktu.. justeru itu, para mahasiswa dan mahasiswi haruslah bijak dalam mengendalikan setiap tingkah laku agar tidak melakukan perkara yang akann............

Haaa.. udah-udah le tu syah.. tak payah nak sambung lagi ayat mengarut engko tu.. ingat nak buat karangan SPM ke hapee…


Okeyy..okeyy.. straight to the point..

Sebab Pertama : Maybe Gambar Aku Tu Akan Diupload Ke Alam Maya.

Okeyy.. ni sebab yang paling major , yang membuatkan aku tak mau amek gambar setiap kali orang ajak.. kalau korang tengok blog aku ni punn… ye.. aku memang penah upload gambar aku dalam blog ni.. duluu.. masa-masa jahil dulu. .. hihi. Tapi sikit je. Paling banyak aku ingat ade 2 keping je. Yang 1 tu saiznye ma sha Allah... Kecik yang amat.. yang satu lagi tu aku edit sampai tak nampak muka real aku. Dan sampai sekarang aku belom padam lagi gambar tu di blog ni.. okey. Kalau korang rajin boleh la try cari… ahahhaa…

Kalau duluuu.. masa kat sekolah, kawan-kawan rapat aku sume memahami.. diorang pun bukan jenis yang suka upload gambar dalam fb or tweeter or wechat (or pape je la laman sosial yang ada atas dunia ni..) so, kalau diorang nak amek gambar aku pun, aku tak kisah sangat, sebab aku tau dan yakin.. gambar tu Cuma akan tersimpan dalam henfon diorang dan takkan terlepas ke alam maya , dengan izin Allah.. 

Tapiii… sejak masuk U ni…. Umm..
Aku tak tau nak cakap macamana. Yup. Memang aku dalam fakulti pengajian Islam. Mula-mula tu aku pikir,, diorang-diorang ni macam sama dengan aku lahh.. bukan jenis yang suka selfie dan upload.. tapi… memang betull lahh ..cubaann.. memang masuk U ni, apa-apa cara pun, kita mesti bukak pemikiran kita. Aku dah tak boleh ada 1 perspektif je pada orang. Kalau dulu, aku mengaku, memang pemikiran tertutup. Sejak masuk U ni ,,. Baru aku kenal.. ohh.. budak Pengajian Islam pun ada yang suka upload gambar. Budak Pengajian Islam pun ada yang suka berselfie. Okey. Bukak pemikiran. Terima seadanya. Tak suka, tak payah ikut. Tapi jangan judge orang sesuka hati. Itu prinsip aku.

Honestly, aku memang tak suka, tak nak , tak hingin dan tak de nafsu nak upload gambar aku di laman-laman sosial.. pegi la stalk fb akuu… kalo ade gambar aku pun sekeping dua jugak.. tu pun kabur tak nampak muka..

In sha Allah… aku masih sedang cuba menjaga.. aku masih belum rela muka aku ditatap oleh lelaki bukan mahram lain dengan PERCUMA.. alhamdulillah… doakan aku tetap berada di jalan ni okey.

Sebab Kedua : Aku Tak Suka Posing.. (seriess malluu wehh!)

Aku paling paling palingg palingggg tak suka posing, terutamanya depan orang ramai!! 

err.. jap.  Tak suka ke, tak reti??

Eh. Samalah tu kann.. kalau dah tak suka , macamana nak reti…. Thehehee..


muka aku dalam gambar Kos setiap semester, takde pun yang turn out well. Hehehee.. sebab aku maluu.. dan aku tak suka posing lama-lama.. lamaa kott wehh nak tunggu cameraman tu click button kamera dia tuhhh.. paling lama aku boleh ‘palsukan muka’ aku pun 2 saat je. Kalau lebih, memang aku tak leh go on. Mesti lepas tu aku akan tergelakk dan palingkan muka ke arah lain. Okeeyy… mengaku. Memang dalam gambar masa sem 2 , ada je muka aku yang tengah on the way nak pusingkan kepala ke arah belakang..  memang buruk abis ahh gambar aku sebab ada pergerakan. 
Hahaha… well, ada aku kesahh?? Tak luak pun duet aku kalau gambar aku tak cantikk.. huhuhuuu..

Yang paling latest ni pun, pergambaran sem 3, diorang buat kat depan-depan library! Maunya orang sekeliling tak tenung!! Aku masa gambar formal aku okey lagi. Masa gambar candid, cameraman dah start suruh posing macam gitu la.. macam gini la… aku posing 2 saat je. Dan bila button camera tu tak diklik lagi pada masa tu, memang aku terus palingkan muka aku dan nyorok disebalik orang kat depan aku. Hah. Tulahh sape suruh ko lambat sangat tekan button tu wahai encik cameraman oiiii…..!! .. gambar tu buat masa sekarang ni masih belum diterbitkan lagi.. tapi aku dah dapat agak dah. Mesti muka aku buruk nyee…  it sokeyylah aisyahh.. gambar buruk tak membuatkan ko gagal untuk dapat dekan sem nii..  ( (pujuk diri sendiri..)

Sebab Ketiga : Aku Lebih Suka Gambar Spontan..

Jap! Spontan keee candid?? Spontan la kann.. candid tu kekadang orang posing gakk.. haa.. 

Macam yang aku cakap kat atas tadi, aku kan tak suka posing.. so, aku lebih suka gambar aku diambil secara spontan dan natural .. aku palinngg tak suka kalau orang suruh aku posing sebab dia nak amek gambar dengan aku. Penah sekali sorang kawan aku ni.. masa majlis dinner dengan senior hari tu .. dari mula start program sammmpailaah abis program, dia duk asyik memaksa aku untuk amek gambar dengan dia. Dekat sejam jugakk lahh .. tapi hasilnya? Aku tetap taknak amek gambar dengan dia. Haha.. aku kesian jugak  sebenarnya dengan dia.. tapi nak buat macamana, dahh memang aku tak suke.. 

Even kalau aku nak amek gambar kawan-kawan aku pun, aku tak suka suruh diorang posing dulu.. memang aku takkan suruh.. sebab aku suka the art of spontan. Hihihiii.. kadang-kadang aku amek gambar curi-curi.. kadang-kadang orang tu tak perasan pun.. tapi aku suke.. I just… like it. 

Bagi aku, disitulah terpancarnya keikhlasan, dan gambar tu tak nampak palsuu… so u olls, kalau jumpe I ollss tengah jalan nanti, jangan nak mengada nak suruh iolss posing okeyyy.. kalau nak, sila amek secara spontan. .. kalau aku tak perasan lagi baguss… 

Sebab Keempat : Aku tahu muka aku tak cantik macam korang….

Yupp.. yang ini, memang aku sedar diri.. hahaha… entahlah.. bila aku amek gambar je, dan tengok muka aku sendiri, aku macam rasa pelik…

 ‘eh, ni ke muka aku?’
 ‘buruk gilee ahh muka akuu…’
 ‘weyy,, asal muka aku macam nii…?’

Sume tu akan bermain di fikiran aku.. hahaha… memang jenis yang tak bersyukur betul aku ni kann…?

Oiiitttt.. oittttt mulut tu cantekkk sikit ehh.. aku bukan tak bersyukurr.

Tapiii..

Akuuuu….

MERENDAH DIRI.

Pehhhh.  (sila jangan muntah darah)

Sebab Keenam : LECEH.

Hanya satu perkataan je. LECEH. Iye lahh.. leceh kot.. pargi kafe same-same nak selfie . pergi ceramah motivasi pun nak selfie. Pergi pasar malam pun nak selfie lagi. Pakai baju kos buat kali pertama pun nak selfie. Kali kedua pun masih nak selfie. Ehh? Kali ketigaa punnn tak puas-puas lagi ke selfiee cik akak oiii??

Leceh ahh.. leceh. Tiap kali selfie, nak ajak orang pulak tu. Selfie jek lah sengsorang. Pastu kalau orang tolak, mulalah nak cakap tak sporting la.. pemikiran jumud laa.. shadid laa.. aigooo.. adik-adik chumel sekalian… saya malas la.. takkan pakai baju matching warna pun nak selfie kot… 

Sebab keenam ?? 
Sebab akuuu… ummm… akuu……….
Akuuuuu….

Aku memang dah tak suka!! Yang korang nak paksa-paksa sangat tu kenapaa???

Yes.. aku tak suke. Sila faham satu perkara tuu..

Tapi.. ada pengecualian.
Aku hanya akan berselfie dan bergambar dengan bahagia bila aku ada dengan orang-orang yang buat aku rasa comfortable. 

Contoh kalau korang baru kenal aku, pastu ajak selfie. Memang aku akan reject tanpa pikir 2 kali ahh.. tapi kalau dengan Umi ke.. dengan roomate aku ke… aku selesa. Jadi aku akan layan mereka untuk bergambar. Dengan syarat, cameraman tu pun kenalah orang yang aku rapat jugakk..

So, that’s my story. Korang pulak macamana? Kaki selfie ke? Kaki ambik gambar orang ke? Or… kaki paw kamera orang? hahaha..

No offense lah. Aku tak judge pun golongan-golongan yang suka selfie ni.. diorang ada hak memasing.. yang aku suka untuk ambik perhatian ialah apabila diorang start upload gambar tu ke tempat awam.. maksudnya upload kat FB ke, buat dp Wassep or Wechat ke.. kadang-kadang aku pun jadik mangsa.. dah la tak cakap sepatah punn.. alih-alih, gambar aku dengan dia yang terpampang kat wechat dengan fb tuu.. huh.. kureng asemm..

Sooo…di kesempatan ini, aku nak merayu pada golongan Hawa.. kalau korang  masih rasa korang ni cucu cicit keturunan nabi Adam, mohonlah terasa.. 

Aku tak marahh pun korang nak selfie.. nak selfie setiap jam pun takpe.. tapi .. gambar korang yang kiut miut tuu.. gambar korang yang mulut muncung tu.. gambar korang yang cool dan ayu tuu.. 
Silalah simpan dalam henfon untuk tatapan peribadi sahaja… kadang-kadang aku bukak FB, aku tengok kawan-kawan aku duk upload gambar selfie,,  ada yang tutup aurat. Tapi buat muka menggoda dan saiz gambar tu terlalu besar untuk si adam scroll tanpa berhenti dan click pada gambar tuu.. huhh.. kalau yang kuat iman aku tak tahu lahh.. 

Yang tak tutup aurat, lagi la aku sesak nafas .. ya Allah.. seluar jeans ketat. Kaki tak bertutup, baju fit, tudung tak cukup syarat.. Allah. Allah. Allah. Tak tau nak buat macamana. Dah banyak kali tegur.. 

DOA je lah yang mampu aku panjatkan ..

Tak siapa tahu.. mereka-mereka .. dan anda-anda.. suatu hari nanti akan jadi lebih baik dan terbaik dalam aspek menutup aurat.. aaamiiinnnnn…!!!
 

Malu tak? Malu tak?...

,17:41 | 2 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
  perkataan malu tu memang sinonim sangat dengan hari nii.. hahaha.. takk bukan aku.. tapi orang sekeliling aku yang alami perasaan malu tu. 
salah satu yang aku nak cerita sekarang ni, pasal budak laki kelas aku.. haaa jangan nak pikir negatif sangat lah.. mane ade aku usha die.  tak kuasee i tau takkk...
 
ceritanya pasal tengahari tadi. aku masuk-masuk kelas je, kelas kosong lagi. bebudak pompuan ramai yang belum datang. tapi bebudak laki dah ramai yang ada. pastu aku datang ngan kawan aku. duduk macam biase lah. tapi disebabkan suhu aircond dalam kelas tu amat-amat tidak memberangsangkan, tambahan pula belah pompuan duduk ni takde aircond, belah laki je adee., makanya aku pun cam panas and raup muka aku sambil 
pejam mata. dalam dua saat macam tu aje. pastu masa aku bukak mata tu, tepat-tepat je time tu ada sorang budak laki ni tengah jalan menuju ke arah kawasan budak pompuan sebab nak bayar duit kat member pompuan aku tu.. apa yang memalukan ialah.. masa aku bukak mata tu, aku direct terpandang ke arah dia dan dia masa tu tengah pandang aku jugakk . pastu bila mata aku bertembung dengan mata dia, duit yang dia pegang tu terus terabur jatuh atas lantaii.. bhahahahaaa.. makk kauu pandang orang sampai terjatuh-jatuh duitnya ehk.. masa tu aku pulak rasa nak tolong coverkan untuk dia. malu kot kalau benda tu terjadi kat aku..
 
ohh no no noo.. apa yang aku nak sampaikan kat sini, bukan aku nak cakap lelaki tu terpesona dengan aku pastu sampai terlepas duit kat tangan.. just aku nak cakap , kalaulah aku la alami benda tu.. contoh kalau aku terpandang sorang laki. pastu masa tu jugak kebetulan laki tu terpandang aku balik. then at that time duit aku pegang terjatuh berterabur atas lantai. pastu kena kutip balik depan dia.  makkkk aihhh maunye tak maluuu .. abahh...!
hahhaa.. tapi dia tu lelaki. lelaki biasanya tak malu sangat macam pompuan. kalau aku mesti dah pegi nyorok dalam gua pastu doa nak jadi cam ashabul kahfi. 
pehh..
 

Kenapa Manusia Suka Menyusahkan Diri Sendiri??

,20:06 | 2 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
 
look. firstly, aku bukan nak kondem sesiapa. bukan niat aku nak mengutuk sesiapa. aku just tulis post ni secara umum.

apa yang aku maksudkan dengan "menyusahkan diri sendiri" ?? sebenarnya, tanpa kita sedari, kita sendiri banyak je buat benda yang susahkan diri sendiri, yang mana kadang-kadang benda tu tak diperlukan pun sebenarnya.

kalau aku nak listkan sume, memang takkan habis la jawabnya. so, hari ni aku just nak fokus pada PEMAKAIAN TUDUNG. hijab. or anything else la yang korang panggil. tapi, secebis kain tu kadang-kadang mampu merosakkan mood hari kita. secebis kain itu kadang-kadang mampu menurunkan level of self confidence kita. secebis kain itu kadang-kadang boleh buatkan kita menyumpah-nyumpah depan cermin. now, tell me. am I right, ladiesss??

mengaku je lah. ... setiap makhluq yang bernama MUSLIMAH mesti pernah alami masalah dengan pemakaian tudung. huhuhuuu. even aku yang pakai tudung yang paling simple and senang untuk disarung ni pun , kadang-kadang penat jugak nak melayan kerenah tudung tu.


http://images03.olx-st.com/ui/11/24/52/1303471234_191342252_1-Pictures-of--TUDUNG-LABUH-KOSHIBO.jpg

yes. gambar disebelah tu menunjukkan jenis tudung yang paling common aku pakai. haa jangan nak mengata aku ni nak menunjuk pulak. Allah je tau niat dalam lubuk hati aku , ye kawan-kawan? 
aku kalau nak pegi kelas memang tudung ni yang jadi pilihan. senang . mudah. cepat. woii.. woiii ..aku tak meniaga tudung hokeyyy...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

dan kebanyakan housemate aku and coursemate aku pula , tudung ni yang jadi pilihan mereka.. ada je yang pakai tudung macam aku tu.. tapi sikit sangat la kalau nak dibandingkan dengan tudung bawal or tuduung bidang tuu.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

persoalannya, kenapa mereka suka susahkan diri mereka??
actually, timbul persoalan ni dalam diri aku sebab malam ni roomate aku ada majlis Dinner anjuran senior kos dia. ada lah temanya. so, roomate aku memang struggle la jugak dalam nak pilih pakaian tu.. sampaikan nak beli baju baru. nak beli tudung baru.. sanggup tuu pinjam dengan kawan sebab nak matchingkan. hahahaa.. then dia pegi pulak bilik kawan dia semata-mata nak suruh kawan dia make-up kan.. kihkihkihh.. pastu selama ni tak penah penah pegi kelas pakai shawl, malam ni busy melilit shawl dia. terkejar-kejar pulak nak solat maghrib. katanya senior suruh berkumpul pukul 7:35. huishhh awal gile.. sempat ke nak solat maghrib cik akak oiii.. apa ingat bilik kitorang ni 10 langkah je ke dari tempat nak berkumpul tuuu..?

manusia..manusia..
kenapa perlu menyusahkan diri sendiri pada perkara yang tidak sepatutnya?
banyak lagi kott benda yang korang boleh buat daripada korang duk busy usha tutorial melilit shawl di youtube tu.. takk.. aku tak cakap salah. aku tak cakap takleh pakai shawl. aku cuma pelik. hairan. taajub. (pehh. tu dah lari maksud)
pelik sangat dengan manusia zaman sekarang. menutup aurat itu senang, jangan jadikannya susah.

nasihat ni aku tujukan untuk diri aku sendiri jugakk.. moga-moga kalau suatu hari nanti, aku tergerak hati nak cuba melilit-lilit shawl, bila aku tengok entry ni balik, aku jadi insafpp. (fuhlamak walawehh..)
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...