Bila Ditegur Pasal Laptop 'Panas'....

,12:11 | 2 Comment


  tadi baru kene tegur ngan mak..
well.. tak kira lah sape yg tegur , sebab aku letak laptop atas bantal macam tu jer.. 
takut cepat 'panas' katenye.. biase kan orang lapik pakai fan gitu.. tapi aku malas nak angkutpi depan tv. so?? care yg paling pantas kalau mak or abang yg tegur, terus aku buang sanggul rambut tas kepala, and taruk bawah lappy. hahaaaa.. sonang keje. ye, dak??

Segmen : tambah & kenali kaki blog mengikut bulan kelahiran.

,17:42 | 5 Comment
 
 
simple segmen.. tak rugi join. boleh tau birth date blogger2 yg laen,
 
Isya Purple punye BirthDate : 16 Disember 1996.
suke sangat tarikh tu!! it brought sooo many pleasure in my life..~!
sape same birth date ngan sy?? angkat kening belah kanan!!! hehe..

SEGMEN FATIN FARHANAH MENCARI BLOGLIST MARCH.

,20:57 | 4 Comment
 
 
 
lame dah aku tak upadate blog nih.. hurm. takpelah. nak join segmen dulu. syarat simple. and memang pon aku malas nak join segmen yang banyak giler syarat. terutama yg suruh like hampir 10 fanpage and blog. hadoooiiy.. malas ceq! huhu. membebel macam mak nenek. :p 
 
 


campaign imageFeeling awkward talking about a women’s most intimate area? Don’t be!

Learn more about loving your V from the experts at Lactacyd. Watch V-episodes, ask the specialists and ‘Like’ their Facebook page to keep yourself constantly updated with the latest news and tips on keeping your V healthy!

Don’t forget to join the Lactacyd VIP Club for fabulous perks too. Remember, a healthy V is a happy you!

Kaum Wanita Sila AMBIL PERHATIAN! "Bila nak naik TEKSI..."

,21:04 | 3 Comment
 
 
 
SILA AMBIL PERHATIAN!! & [SHARE]

Jika anda dapati ada bunyi semburan minyak wangi atau penulen udara di dalam teksi, SILA ARAHKAN TAXI TERSEBUT UNTUK SEGERA BERHENTI!! Ianya telah berlaku kepada seorang wanita kira-kira pukul 0:45. dia mendapat ke dalam teksi yang dipandu oleh seorang lelaki berbangsa melayu. Ketika dia berada di teksi untuk beberapa minit, dia tiba-tiba terdengar bunyi semburan dan terdapat bau seperti penulen udara. dia berasa pelik mengapa pemandu tersebut meletakkan dua jenis pembersih udara dalam teksi beliau. “Bau tersebut segera mengingatkan saya tentang emel yang pernah saya baca. Saya mula menjadi sedar di sekeliling saya. Tetapi sedutan penulen disimpan dan muncul setiap beberapa minit. Saya mula berasa sangat bimbang dan takut.

Secara beransur-ansur, saya merasakan bahawa badan saya mula berasa lemah dan lemah. Penulen disimpan di pertengahan dari tempat duduk belakang, betul-betul di belakang saya. saya benar-benar merasakan seluruh badan saya semakin lemah, saya cuba mengarahkan pemandu tersebut untuk membiarkan saya turun di tepi jalan. Tetapi dia terus cuba untuk bercakap dengan saya dan bertanya kepada saya mengapa tidak menurunkan saya di destinasi saya sahaja. Saya berfikir yang dia sedang cuba untuk memanjangkan masa.

Saya mulai berasa seram, saya merasakan kedua-dua tangan dan kaki saya seperti lumpuh dan tidak bertenaga, dan hampir tidak boleh bergerak. Apabila saya bercakap kepada pemandu tersebut, saya tidak mampu bercakap dengan betul, saya cuba menjerit untuk mendapatkan bantuan,tetapi tubuh badan saya benar-benar terlalu lemah .Sesampainya di lampu isyarat, saya membuka pintu, melompat keluar dan berlari meninggalkan teksi tersebut untuk mendapatkan bantuan.

Saya benar-benar berterima kasih kepada Tuhan kerana menyelamatkan saya. Jika tidak, saya benar-benar tidak boleh bayangkan apa yang akan berlaku kepada saya. Saya menjadi trauma dengan kejadian ini.

Ini adalah kes yang BENAR. Sila beringat!

Saya berasa pengalaman ini perlu untuk dikongsikan dengan anda semua, tidak kira anda lelaki atau wanita 'ini bukan tipu ,dan bukanlah cerita yang direka-reka .Ia benar-benar berlaku.

biarkanlah rakan-rakan anda, ahli keluarga dan saudara mara anda mengetahu tentang kes ini. Saya percaya anda juga sama seperti saya, tidak mahu sesiapa dijadikan mangsa dengan kes ini .. 'Sila berhati-hati apabila merancang untuk menaiki teksi, terutama wanita.'

Saya menerima e-mel beberapa bulan lalu tentang ‘seorang wanita masuk ke teksi dan berasa tidak selesa dan menjadi lemah apabila dia terhidu sesuatu seperti kemenyan yang dibakar. Dia bertindak bijak untuk mengarahkan teksi tersebut untuk berhenti serta-merta dan selepas membuang wang pada lelaki teksi tersebut ,dia segera keluar dari teksi. Beliau kemudian mendapat tahu bahawa jika dia tidak mengarahkan teksi tersebut untuk berhenti dan keluar, dia akan pengsan dan dirogol oleh pemandu lelaki teksi tersebut (atau geng perogol)!

Beberapa minggu lalu, seorang pengunjung ke tepekong kami yang tinggal di Puchong dan menaiki teksi yang dipandu oleh seorang lelaki berbangsa India. Apabila dia duduk ke dalam teksi, dia mendapati sedikit bau pembakaran kemenyan dalam teksi. Selepas seketika, dia berasa lemah dan tidak dapat bercakap atau menjerit. pemandu teksi berbangsa India tersebut terus memandu ke jalan yang sunyi di mana tidak ada sesiapa pun orang awam disitu lalu merogolnya. Sebelum dia dirogol, dia diberitahu oleh pemandu teksi warga india lelaki tersebut bahawa dia adalah mangsa yang keenam. Beliau bukan sahaja dirogol tetapi juga dirompak!

Apabila dia sedar ,dia segera berjumpa doktor. Perkara yang menyedihkan, doktor mengetahui dia telah dirogol tetapi tidak menasihati beliau apa yang perlu dilakukan. Doktor hanya membiarkan dia membuat keputusan untuk membuat laporan polis atau tidak .sebab dia tidak mengetahui nama perogol dan juga nombor plat teksi tersebut.dan dalam keadaan ketakutan dan trauma ,dia memberitahu doktor bahawa dia tidak berani untuk melaporkan kepada polis. Doktor berkata apabila dia tidak berani membuat laporan polis, beliau telah memusnahkan laporan perubatan! Dan perogol tersebut telah mengambil beg dan keseluruhan dengan IC dia di dalamnya, dia mengetahui alamat kamu dan mungkin berani datang terus ke rumah kamu dan cuba untuk merogol kamu lagi.

Sila beringat selalu agar tidak menaiki teksi yang berbau yang tidak menyenangkan yang menbuat anda ragu-ragu dan kalau boleh, jika anda mampu berbuat demikian, membuat panggilan atau sms kepada rakan-rakan atau saudara mara anda dan biarkan mereka tahu nombor pendaftaran teksi dan jika boleh, nama pemandu teksi tersebut.

CERMIN TINGKAP BIARKAN TERBUKA!

Kaum wanita sila ambil perhatian..

dan kepada semua sila KONGSIKAN kepada rakan-rakan wanita anda..


100% di copy dr news feed facebook  sy. jika cerita ini salah, maka salahlah sy.. cuma sy rase ia bagus utk dikongsi.. peace2~!

Baru Sign Up di MyHeppi..

,20:12 | 1 Comment
Assalamualaikum..
maybe ramai yg dah tahu pasal laman sosial ni.. tapi maybe jugak ramai yg belum tahu.. juz for sharing. sbb tadi baru ternampak ade orang post kat fb pasal 'MyHeppi'.
senang cakap, it's kinda Islamic Facebook. setakat ni, sy tengok konsepnya hampir sama. cuma cara yang berlainan. wanna feel the difference?? please sign up now!!!
klik sini>>MyHeppi
add sy jugak!! > Ctie Aiesyah
kalau ade yang tau lebih lanjut, boleh kongsi dengan sy tentang MyHeppi ni.maklumlaa.. sy baru sign up 10minit yg lalu. lepas ni nak pi teroka! hehe.. bubbye!



What a hassle, carrying so many camera accessories without a proper bag! You can now carry your passion everywhere you go with a Kara Digital DPS Series Micro Rucksack with a compartment for everything!

Cerpen Bersiri : Hey,You! Jangan Sentuh Aku! -Bab 4!!

,12:23 | 2 Comment
 
 

First of all, i wanna say sorry kalau2 ade yang menunggu sambungan cerpen ni,,. (kalau ade laa.. ) kalau takde pon takpe.. hehe. 
sory sebab baru update sambungannye.. harap korang paham. tahun ni saya exam SPM.. so, mase tersangat mencemburui ., Insya Allah kalau ade kelapangan, sambungannya akan menyusul dengan segera.,
enjoy this~!


BAB 4.



Dato' Zainal berjalan beriringan bersama Dato' Hisyam ketika keluar dari bilik mesyuarat lewat petang itu. Masing-masing kelihatan ceria. Irham yang sedari tadi menunggu ayahnya cuba memasang telinga untuk mendengar perbualan mereka. Ketika itu, dia berada disebalik pintu masuk pantri pejabat. Dato' Hisyam tiba-tiba berhenti lalu menepuk-nepuk belakang Dato' Zainal.

"Saya harap kita boleh bekerjasama dengan baik dalam projek besar macam ni. Jangan hampakan saya." Ucap Dato' Hisyam seraya tersenyum. Sinis.

"Err... ya, Dato'! Terima kasih sebab percayakan saya. Insya Allah, saya takkan kecewakan Dato'," Balas Dato' Zainal pula. Walaupun kedua-duanya berpangkat Dato' , Dato' Zainal tahu, Dato' Hisyam mempunyai pengaruh yang lebih besar daripadanya.

Dato' Hisyam mengangguk-angguk kecil, kemudian berlalu dari situ, meninggalkan Dato' Zainal yang masih tertunduk kepalanya. Selang sesaat, Dato' Zainal mula mengangkat kaki, mahu beredar dari situ.

"Papa!" Laungan Irham dari muka pintu pantri menghentikan langkah Dato' Zainal. Teragak-agak Dato' Zainal berpaling ke arah Irham yang sedang bersandar di dinding berdekatan pintu masuk pantri itu. Namun, dipaksa juga mulutnya untuk tersenyum.

"Eh, Irham! Papa ingat Irham tunggu kat tempat parkir."

"Kenapa? Papa tak nak Irham tahu apa yang Papa cakap dengan Dato' Hisyam?" Irham bersuara tegas, namun masih dalam nada yang rendah. Dia tidak mahu seluruh isi pejabat menganggapnya sedang bertengkar dengan ayah kandungnya sendiri.

Dia kemudiannya terus melangkah laju menuju ke tempat parkir kereta. Dato' Zainal segera membuntuti Irham dengan agak tercungap-cungap. Namun, kaki panjang milik Irham dengan mudah dapat mengalahkan kaki tua milik Dato' Zainal. Setibanya di kereta, Irham menghidupkan enjin dan bersedia untuk memecut. Walaubagaimanapun, dia masih ingat akan ayahnya. Dia datang ke situ juga atas permintaan ayahnya sendiri, kerana kereta milik Dato' Zainal terpaksa dihantar ke bengkel seminggu yang lalu.

Usai Dato' Zainal melabuhkan punggungnya di atas kusyen kereta, Irham menekan pedal minyak kereta sekuat mungkin sehingga menyebabkan Dato' Zainal sedikit terkejut dan tersentak.
Klik sini untuk sambung baca cerpen ini...

                                                                                 Go to Part 5>

Untuk senarai penuh BAB-BAB dalam CerPen  ni, sila Klik di >SINI<

SpotCheck?? Alamak! Aku Bawak Pendrive!!!

,13:59 | 2 Comment

 

 
3 /2 2013.

sebelum aku nak cakap ape2, aku nak bagitau. yup. sekolah aku tak bagi pelajar bawak pendrive.
actually, aku tak tau nak mula cerita dari mana . tapi , ape yang perlu aku tekankan kat sini, aku ni budak baek, ok! dari darjah satu saaaaampai la form 4, tak pernah nye aku kene panggil dengan cikgu disiplin.
tapi nampaknye... form 5 ni laen sikit, .. taon last la katekan.. kalau tak buat hal, tak best pulak, kan??

whoa.. whoa... nanty dulu! tu mesti korang dah pikir macam2 pasal aku , kan?
hey... plez, ok! aku ni budak baek tau... tadi, mase prefect tu masuk je class, aku terus pegi cakap,
"eh, (saya) bawak pendrive ni. sebab ade presentation hari ni ...  camne??"
"um.. kene ambek (rampas) dulu la. pastu, pegi la bercakap dengan cikgu ." (dengan kata laen, "pegi la berdebat ngan cikgu, or bunuh diri jer!" )

>>giler aku nak pegi cakap ngan cikgu! tempah maut namenye tuh!!! pastu, prefect tu suruh letak je pendrive atas meja, bajet2 lepas ni diorang tetibe jumpe pendrive kat meja aku, pastu kene rampas. what the heck??!!! aku punye la baek, pegi bagitau dengan ikhlas hati and penuh kejujuran, tapi diorang nak buat camtu kat aku?? aku pun terus amek pendrive tu letak dalam poket baju aku.

then, spot check dimulakan dengan menyelongkar meja and periksa uniform sekolah. tau tak?? prefect yang check aku tu, dia tak jumpe pon pendrive yg aku letak dalam poket!!! aduh... vodohnye aku.. kalau la tadi aku tak cakap ngan prefect yang lagi satu pasal pendrive tu, mesti die tak panggil aku lepas spot check tu selesai. sebab aku bajet mesti la prefect yang check aku tu nak check satu- persatu ape yang ade dalam poket.. rupe nye tak pon.!!!! aduh.. satu kesilapan yang tidak disengajakan kat situ, ok !

lepas selesai spotcheck tu, aku kene panggil datang tempat duduk. lihatlah kevodohan prefect itu. die pegi cari pendrive tu dalam beg duet aku. haha. padan muke. then, bile dah ditanye, aku ni jenis yang tak reti menipu. aku pun terangkan la kat diorang. punye la lame duduk bla. bla. bla. padahal prefect tu kenal aku kot.. sekelas mase form3 .. die pun tau aku ni kategori budak baek. and sendiri paham yang ustaz aku punye pasal la, aku bawak pendrive. huh! then, die suruh rampas, pastu pegi cakap ngan cikgu disiplin yang paling digeruni kat sekolah aku, tau!!!!! giler tak giler!

tapi Allah itu Maha Adil. Dia tau aku tak bersalah. terus dia hantarkan orang untuk membantu aku yang sudah membuntu.  siapa?? she's my heroin.. heeheee.. kebetulan, ketua pelajar taon ni, budak kelas aku. die pon tau pasal hal ni. and ade budak kelas aku lain, yang back up aku jugak.

ketua pelajar tu pun prefect jugak laa.. die pun tau peraturan.. tapi takde la demand sangat macam prefect 'tu' .. memang aku sokong 100% la, die jadi K.P. taon ni!!! hehehe...

die pon tanya aku, " bawak pendrive?? " angguk. "presentation B.Arab ?" angguk lagi. then, die terus cakap kat prefect2 yang demand tu, "bagi kat die (aku) balik pendrive tu,. sekarang ni, die (aku) budak kelas aku.. biar aku yang cakap ngan cikgu. " wahh.. mase tu aku rase cam nak bagi tepukan gemuruh sambil tabur kertas warna-warni kat die.. kalau boleh nak bagi medal ngan sejambak bunga roses macam miss malaysia dapat tuuu... haha., punye la tanggungjawab, die tu!!!

aku pun ikut je die yang terus laju masuk dalam bilik disiplin. dalam 15minit menunggu, die pun datang kat aku and aku tanye die pasal hal aku. die jawab ape, tau? " pendrive dah ade kat kau, kan?" angguk. "ok. beres dah. boleh masuk kelas. " aku pun tanye lagi untuk kepastian , " takde ape dah ni??" dia cakap :"beres dah......" . . . . . wahhh.. syukur aku panjatkan kehadrat Ilahi. tu pun nasib baek K.P. yang pegi cakap ngan cikgu. baru cikgu terima alasan die. kalau aku?? huh! cikgu pandang sebelah mate je! pastu mesti tak pakai alasan aku.

tapi kan... belum habis lagi . ni pun aku tengah stress lagi pasal tadi, tau! mencemar duli aku sungguh mase aku masuk dalam bilik disiplin tu bersama2 pelajar2 laen yang memang membuat kesalahan disiplin. dah la mase tu cikgu ramai giler. tengah ade jamuan. aduuuhh.. ustaz B.A aku pun ade!! mau je aku panggil ustaz tu, suruh explain kat cikgu disiplin! sakit hati betol!!

sebelum tulis post ni pun, aku terpaksa maen game naruto mugen dulu sebab nak sejukkan hati. pastu tengok video mase UNIC datang sekolah aku dulu. dengar je lagu2 diorang, sejuk hati aku... hehe. kalau tak, jawabnye hancur la keyboard ni sebelum sempat post ni selesai ditulis.

ok. da conclusion is.. :
bagi aku laa..

60% adalah salah ustaz aku. ye laa.. dah tau sekolah aku ni strict giler, pastu die suruh lagi buat presentation gune microsoft powerpoint semua.. siap kene bawak pendrive lagi. macam la aku ni budak universiti. kalau budak U pun, dapat markah, tau! aku, dapat ape?? dapat pegi bilik disiplin ade laa!!

30% salah prefect yang demand tak tentu pasal tu. halakan je la ooii... aku ni , punye la baek, nak pegi cakap kat hang. tapi hangpa semua buat aku lagu ni!! memang sah lepas ni aku tak jadi budak baek dah! logik ape? ye laa..dah aku jadi budak baek, kene pegi bilik disiplin. orang yang langgar peraturan lagi besar, tak kene pon. sebab ape? diorang pandai mengelak. sorokkan barang ape semua. nampak gaya lepas ni aku kene buat camtu jugak. what?? hangpa tak boleh salahkan aku naa.. sapa suruh hangpa layan aku lagu tu?
so, kepada prefect2 yang terasa demand sangat tu.. janganlah teruskan sifat mazmumah korang tu. korang tak tau, ape yang akan terjadi jika korang kekalkan sifat tu . . . budak baek macam aku ni pun boleh jadi lebih teruk dari budak jahat ,satu hari nanti, tauuw!!!!

10% lagi?? haaa.. yang ni, salah aku. tapi yang tak disengajakan la... kalau la aku buat macam budak jahat, and tak bagitau ape2 kat prefect tu, takde nye kene pegi bilik disiplin tu.. uurrghhh...!!!

kesimpulan seterusnya??

the major is kesalahan Ustaz. WELL.. ustaz tak bagitau pun, bile bawak pendrive tu kene bagi kat ustaz ke.. ape ke.. mane aku nak tau!!! pastu pulak, tak payah kot suruh budak2 ni buat presentation macam tu.. dah la keje sekolah laen banyak. takde makne nak ngadap laptop tu hah.. hurmm.. aku tengah marah lagi kat ustaz ni.. hish......!! tapi, 50% daripada 100% kesalahan ustaz aku dah maafkan. tinggal 50% je sekarang ni .ye laa.. orang kate, kalau nak hati tenang, kene maafkan orang , kan? tapi 50% lagi, aku belum sedia. hah ha.

so?? disebabkan rasa marah tu.. aku ade rancangan baek punyer.. hehehehehehe... hahahahahaaaaa.. (ketawa jahat)

urm.. actually presentation ari ni tak jadi. (nampak tak disitu.? satu lagi yang menimbulkan kemarahan aku)
so.. my plan is...
>minggu depan, tak payah bawak pendrive. biar 1 group aje yang present. kalau ustaz suruh group yang kedua, cakap je "pendrive tak bawak."

> minggu depan seterusnya : terpaksa bawak pendrive, takut ustaz denda. tapi, mase present, jangan cakap ape2. uruskan laptop and powerpoint je. biar partner yang laen tolong present. ok ape! aku punye letih ngadap laptop 2ari, nak siapkan benda tu,. takkan present pun nak suruh aku kot!!!
untuk lebih ekstrem, jangan tengok muke ustaz. buat donno je. mulut tu, jangan lupe muncungkan. buat muke sedih macam anak kucing peliharaan baru mati kene langgar lori depan rumah. kalau ustaz perli or puji ape2, jangan pedulik. kekalkan muke yang "tiada emosi"..
ok tak?? bagus tak aku punye plan?? hahahahaaaa.. plan terbaek punyer lah!!!

yang benar,
budak baek yang berubah menjadi jahat. :p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...