Pengalaman menyertai Program Penilaian Kompetensi (PAC) JAKIM bagi jawatan Penolong pegawai hal ehwal islam gred S29

,12:25 | 11 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Assalamualaikum..
Hari ni aku tetibe je rajin nak menulis pasal pengalaman aku menyertai program penilaian kompetensi (Program Assessment Centre) anjuran JAKIM buat pertama kalinya seumur hidup aku.

Masa isi SPA bulan Mei tahun lepas aku ada mintak jawatan penolong pegawai Hal Ehwal Islam gred S29(first choice).. tanpa tahu apa-apa pun pasal jawatan tu.. biasa la.. budak baru habis diploma pengajian Islam kan.. so dah tak nampak jawatan lain dah.. tu je jawatan yang sesuai dengan kos yang aku ambil ni.

Makanya pada bulan disember 2016 yang lalu aku dapat email untuk ambil exam online SPA .. juga buat pertama kali dalam hidup aku. Tanpa tahu format dan tak baca buku langsung, aku pun dengan selamba jawab exam online malam tu. Alhamdulillah, keputusannya aku lulus exam tu!

So, step seterusnya aku ingatkan just tunggu panggilan interview je.. tunggu punya tunggu, tiba-tiba dapat email jemputan ke program penilaian kompetensi ni hah.. atau singkatannya biasa orang sebut PAC (Program Assessment Centre).. masa dapat email tu rasa macam terkapai-kapai jugaklah.. nak pergi ke tak.. nak pergi dengan apa.. nak pergi dengan sapa.. nak pergi buat apa.. dah la jauh.. dari kelantan nak ke Bangi tu bukannya sejam dua.. maunya makan masa 8 jam jugak..

Bagi sesiapa yang tak tahu, untuk jawatan penolong pegawai and above, korang kena pi program ni kalau nak dapat interview. Kalau tak memang melepas lah.. if korang pi program ni pun belum tentu korang akan dapat interview tau.. hanya calon-calon yang berprestasi cemerlang dalam program ni je yang kan dipilih untuk ke step seterusnya iaitu interview SPA.

Akhirnya, pikir punya pikir, aku decide nak pergi je untuk cari pengalaman.  Sepanjang perjalanan ke Bangi tu memang cuak lain macam weh. ! first time aku bermusafir dalam keadaan jiwa kacau macamtu.. hahaha.. pikir macam-macam.. sebab aku tahu memang aku tak layak nak compete dengan calon-calon lain yang mintak jawatan ni jugak.. aku ni jenis sedar diri.. setakat mana sangatlah pengetahuan agama aku yang baru grad diploma ni nak dibandingkan dengan hakak-hakak dan bro-bro yang dah ada segulung degree tu..

Jadi, aku  cerita start dari pendaftaran pagi tu terus lah ye.. tak nak panjang-panjang bebel pasal preparation ke sana..

Pagi tu dalam pukul 7:15 aku bertolak ke sana dari rumah sepupu aku kat Kajang.. sampai kat Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dalam pukul 7:45 gitu la.. for your info, setakat yang aku tahu, memang kalau untuk PAC anjuran JAKIM ni akan diadakan kat ILIM,Bandar Baru Bangi untuk yang stay kat semenanjung Malaysia. Kat sabah sarawak aku tak tahu la. Ok. So, sesampainya aku kat sana, dah ada nampak orang duk beratur kat tempat pendaftaran. Aku ingatkan aku datang awal sangat. Rupanya ada yang lagi awal.. hahaha.. padahal pendaftaran start pukul 8 kot. Semangat gile aa diorang ni! Konfirm tak breakfast dulu sebelum datang ni.. aku dah telan nasik lemak sebungkus dah sebelum datang.. hehehehe..

Aku pun apalagi, terus pegi beratur belakang diorang. Tak lama lepas aku beratur tu ada urusetia kat situ datang bagi no. Badan kat aku. Aku dapat no 30 lebih.. tak nak lah mention exactly 30 berapa.. nanti kang ada yang cam aku pulak.. muahahah.. yang pastinya, aku antara orang yang awal sampai jugaklah. Sebab calon untuk hari tu ada hampir 100 orang..  nombor  badan ni penting tau.. untuk penilai bagi markah kat kita. So apa-apa hal yang berlaku sepanjang program tu nanti kita akan dipanggil dengan no. Badan. Nak announce apa-apa pun pihak urusetia takkan panggil “Puan Jemah! Sila ke kaunter A!” tapi diorang akan guna “No. 48, sila ke kaunter A!” so mohon hafal nombor badan masing-masing ye..

next step, bila dah lenguh berdiri dan bertegur sapa dengan calon-calon berdekatan aku, akhirnya pendaftaran bermula. Ada lebih kurang 4 kaunter semuanya. Each counter akan mintak dokumen berlainan. Borang profil, sijil akademik, and so on. Sampai ke satu kaunter tu, calon akan diminta untuk mencabut undi bagi tajuk pengucapan awam ..! haaa.. ni lah kaunter yang paling buat aku rasa cuak! Baca Bismillah elok-elok ye sebelum cabut tajuk tu.. aku sempat intai hakak kat depan aku masa dia pilih tajuk tu.. “Sabar dalam menempuhi ujian” (lebih kurang macamnila tajuk yang dia dapat) .. waaa.. siriesly aku jelesss wehh.. tajuk senang gile! Aku punye tajuk? Ehem. Rahsia. Mana boleh bagitauu.. muahahahha...

Then calon akan proceed ke bilik untuk ukur BMI. Timbang berat badan dan ukur tinggi. Seterusnya sesi ambil gambar. Aku pun tak pasti apa tujuannya. Tapi senyum je la.. 1,2,3..click! So, dengan berakhirnya sesi photoshoot tu, maka berakhir lah sesi pendaftaran pada pagi itu. Mana-mana calon yang dah siap daftar, boleh terus ke dewan makan untuk breakfast. So tak payah risau lah bagi sesiapa yang tak sempat sarapan sebelum datang tu. Breakfast kat sini dia bagi free je. Hehehhe...
Masa kat dewan makan ni la semua calon pakat duk kalut google point-point untuk pengucapan awam. Aku pun turut tak ketinggalan. Tetiba slow macam siput pulak line celcom kat sini. So, kesimpulannya korang pastikan ada kuota data yang mencukupi sebelum datang ke program ni ye.. lain lah kalau ustaz ustazah yang memang ilmu penuh didada..dah khatam semua jilid kitab Ihya’ Ulumiddin sebanyak 36 kali.. yang ni kira special case la.. kalau setakat budak hingusan macam aku yang hadis 40 pun ingat tak ingat ni eloklah prepare awal-awal ye..

Eh! Tetiba terpanjang pulak intro aku kan. Tu baru cerita pasal pendaftaran. Kahkahkahh.. ok, kita proceed lagi. Lepas makan tu, semua calon dipanggil ke taklimat di dewan untuk dibriefing pasal perjalanan program pada hari itu. Calon akan diberi kertas yang mengandungi maklumat pasal kedudukan bilik-bilik dan blok-blok yang akan digunakan sepanjang program. sistem dia macam ni. Sehari tu ada 5 aktiviti. Untuk setiap aktiviti kita akan travel ke bilik berlainan dan juga bersama ahli kumpulan yang berlainan. So yang ada angan-angan nak berkepit dengan bestfriend sepanjang hari tu mohon bangun dari mimpi anda sekarang juga.

Untuk setiap aktiviti, satu bilik akan disertai oleh lebih kurang 10 orang. First sekali, ikut jadual yang diberi oleh pihak JAKIM, aktiviti pertama ialah ujian Qiraah. Setiap orang dikehendaki untuk membaca satu muka surat dan seterusnya orang lain akan sambung. Kira macam tadarus laa.. aktiviti ni paling rilek sekali sebab baca sambil tengok al-Quran aje.. kalau dia tetibe suruh baca surah al-Baqarah tanpa tengok al-Quran barulah aku gelabah.. hahahaha.. but no worries, kali ni dia test bacaan je. Bukan hafalan. And dia tak tanya hukum-hukum Tajwid pun..

Next, aktiviti kedua. Calon kena gi tengok papan kenyataan balik untuk tahu kat bilik mana dia ditempatkan untuk aktiviti seterusnya. So, aku kena bilik yang berbeza dengan bilik first tadi, tapi masih di blok yang sama. Tengok jam, eh kalau ikut jadual lama lagi ni nak tunggu start aktiviti kedua. So aku stay kat dewan dulu sambil-sambil prepare point untuk pengucapan awam. Then proceed ke bilik kedua. Masuk je bilik tu, Fasi terus bahagikan kitorang kepada 2 kumpulan. Then untuk aktiviti ni kitorang diberi task untuk bincang pasal isu bacaan Talqin dan Tahlil. Kami diberi masa 15 minit untuk bincang dengan ahli kumpulan dan tulis jawapan atas kertas untuk dibentang kepada penilai. Pembentangan diberi masa 13 minit. Kemudian ada sesi soal jawab. Ahli kumpulan yang satu lagi boleh bagi soalan kat kumpulan yang tengah present, dan Fasi pun tak ketinggalan jugak nak persoalkan jawapan kitorang. Masa ni kena ready kalau out of the blue korang kena panggil dan ditanya oleh Fasi, contohnya “No. 56, apa pendapat  peribadi awak? Adakah awak setuju dengan jawapan No. 73?” masa ni la penilai akan tenung korang macam nak tembus sambil tunggu jawapan korang dan aku sebagai orang yang tak suka ditenung memang rasa rimas sangat time tu. Kahkahkah..

Next, ulang balik proses tadi, pergi tengok papan kenyataan dan terus bergerak ke bilik ketiga. Takde masa dah nak rilek-rilek.. bilik ketiga pun aktiviti sama je.. diberi task, bincang, and present. Kali ni kitorang dapat task untuk prepare satu kertas cadangan (paperwork) kononnya untuk dihantar ke pengarah JAKIM. aku yang memang takde pengalaman langsung dalam kerja buat paperwork ni memang ternganga je la.. masa Fasi tanya memang aku takleh nak jawab sebab memang aku tak tahu pape. Fasi kat bilik ni pulak macam strict sikit dan cara dia tanya kitorang tu macam buatkan aku rasa terkaku sebentar. the situation in this room was kind of tensed. Haihh.. redha je la, syah.. dah la dalam bilik tu ada makcik yang aku expect dia dah kerja berbelas tahun dan memang biasa buat paperwork. Sebab cara dia explain pasal paperwork tu memang nampak meyakinkan. Jangan harap laa aku dapat compete ngan diorang. time aktiviti tu memang aku rasa macam tunggul kayu yang dibasahi air hujan dan ditumbuhi cedawan jee.. Hohohohoo..
So, lepas aktiviti ketiga, kitorang dilepaskan untuk makan tengahari dan solat Zohor. Ngam-ngam je masa dia bagi. Selesai solat, aku terus pecut ke bilik aktiviti keempat. Kali ni dapat task pasal poligami. Agak hangat jugaklah perbincangan dalam bilik aktiviti tu.. Fasi kat bilik ni macam suka nak timbulkan banyak persoalan pada setiap jawapan kitorang.. tapi suasananya chill aje.. kitorang bersoal jawab dalam keadaan santai gitu..

Akhirnya tibalah masa yang ‘ditunngu-tunggu’ oleh semua calon program ni.. aktiviti terakhir : pengucapan awam. Bagi lelaki, diorang kena sampaikan khutbah mengikut tajuk yang dicabut tadi. Bagi perempuan, kena bagi tazkirah je.. and I was the first female candidate yang kena panggil tazkirah kat depan. Calon yang present sebelum aku tu lelaki, and his khutbah was absolutely excellent! Aku dah rasa macam tengok khutbah Jumaat kat TV1 je..  so aku sebagai first female candidate macam terkapai-kapai jugaklah nak buat muqaddimah.. aku plan nak tiru orang yang tazkirah sebelum aku, tapi end up, aku yang first sekali kena tazkirah! So dalam keadaan aku ni yang kali terakhir present project depan orang ramai ialah pada 7 bulan yang lalu sebelum aku menamatkan pengajian diploma aku kat UniSZA, tak perlulah aku nak cerita betapa berteraburnya ayat aku dan betapa aku rasa macam nak nangis bergolek-golek kat depan sume orang time tu.

Setelah tamatnya aktiviti terakhir tadi, semua calon dikumpulkan balik dalam dewan untuk majlis penutup. Program kali ni tamat lebih awal dari masa yang dijadualkan. Dah tamat tu aku terus balik je lahh.. tak mau dah tunggu lama-lama kat situ. So, tamatlah pengembaraan aku di situ untuk mencedok serba sedikit pengalaman dalam hidup aku.

akhirnya, aku nak bagi kesimpulan ni.. yang nak join program ni nanti korang bukan je kena tahu isu semasa ye... tapi pengetahuan umum pasal agama Islam kena tahu jugak.. aku ni kemain lahh cari isu-isu semasa.. baca pasal Syria, Rohingya, isu Syiah, isu Zakat ape sume tu.. last-last takde pun keluar benda tu. Hahahaha.. tapi takpela.. tak rugi pun sebab benda tu kita memang kena tahu pun sebenarnya.. tanggungjawab kita untuk ambil tahu tentang keadaan saudara seIslam kita yang berada dalam kesusahan. Lagi banyak kita membaca, lagi kite rasa yang kita ni tak tahu apa-apa sebenarnya.. eh. Dah sampai mana aku membebel ni? Hahaha..

Satu lagi aku nak pesan, pengalaman yang aku cerita kat sini ni berdasarkan apa yang aku sendiri lalui pada tarikh 22/1/2017.. kalau untuk tahun-tahun seterusnya tu aku tak jamin formatnya masih sama atau akan berubah yee.. tujuan aku cerita ni hanya untuk bagi gambaram bagi fresh graduate macam aku ni yang tak pernah join dah tak tahu pape pun pasal program ni. At least korang dah nampak la kan gambarannya macamana..

Benda yang paling buat aku rasa agak terasing dalam program ni ialah bilamana aku jumpa mana-mana hakak, dan aku tanya diorang umur berapa, mostly akan jawab 26, 27, 28, 30.. aku time tu terus rasa macam orang kerdil yang tak cukup saiz ketinggian.. bila aku cakap aku umur 21 je, terus orang tu buat muka  macam “Oh.. muda lagi..”.. but, its okay lah.. aku datang program tu pun dengan niat nak cari pengalaman dan kenalan aje.. sambil-sambil tambah ilmu pengetahuan.. aku tak berharap sangat pun untuk dipanggil ke interview nanti. Aku doakan korang yang dapat jemputan ke program ni nanti buat yang terbaik ya! Serlahkan potensi diri anda! Barulah dapat impresskan penilai kat situ.. huhu. Good Luck dan bittaufiq wannajah ye!!
Pada yang dah pernah ada pengalaman ke program ni, jemputlah share sedikit sebanyak tips-tips kat ruangan komen dibawah ye..

2

test 2.0

,09:44 | Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
  test sekali lagi. 
 

test

,21:50 | Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
  test.test
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...