Letih aku menyorok belakang kain jemuran ni, tau !

,21:26 | 1 Comment



Kenapa aku menyorok belakang kain jemuran? Main sorok-sorok? Sembunyi sebab takut kena marah dengan mak?  No.. No.. No.. Bukan sama sekali. 

Alkisahnya tadi sepupu aku (lelaki) datang umah, sebab nak suruh ayah aku baiki kenderaan dia. Dari pagi sampai pukul 2 la jugak. So macam biasa la, aku kalau tak jejak kaki kat dapur masa Umi tengah masak, memang kena bebel sampai esok pagi la gamaknya.

Dah siap masak tu, aku menjelajah je la dapur tu sebab kalau nak pergi tengok TV pun takde cerita best. Makanan dah siap hidang kat ruang tamu , air basuh tangan pun dah sedia. Tetiba pulak abah masuk dapur, nak basuh tangan. Aku masa tu rilek je la kan. Pastu Umi yang duk kat ruang tengah antara ruang tamu and dapur tetiba cakap kat aku, "tu, dia(sepupu aku) nak masuk basuh tangan jugak," . Aku terus terkesima sebab dia tu bukan baru nak masuk, dah memang sampai muka pintu dapur dah. Nasib baik masa tu aku tengah berdiri belakang peti.

Then aku yang takleh nak pikir nak lari menyorok kat mana dah masa tu terus pecut pegi kat kain jemuran kat dapur. Kalau nak masuk tandas tak boleh, sebab kena lalu muka pintu dapur tu hah..

And for your info, memang kat dapur aku ada tali untuk sangkut baju-baju dengan hanger. Bukan sidai kat tali tu. Pastu depan baju-baju jemuran tu ada peti satu lagi. Fuhh. Lega kejap.

Haaaih.. Tapi punya la lama diorang tu. Aiesh. Basuh tangan je sudah la. Siap berbual pasal sabun Joy ape ntah.aku ni dah lenguh membongkok kat belakang kain jemuran ni hah.. Dia siap boleh berbasa basi dengan Umi, tak nak makan sekali ke. Ish. Ko ni, orang dah bagi makan tu, pi je la. Dah la main serbu je dapur orang, pastu duduk lama-lama. Kang kalau aku hempuk kepala ko dengan periuk belanga ko tanya kenapa pulak..

So, kesimpulan dan moralnya. Ye, saya tau korang tu lelaki. Lelaki memang tak pernah faham perempuan. Kalau korang duduk tempat kitorang baru korang akan tahu. Sebab korang tak pernah rasa. Sebab bila ada tetamu lelaki datang rumah, korang yang tengah syok lepak kat ruang tamu tak perlu lari pegi sembunyi dalam bilik. Even kalau tetamu perempuan pun korang tak perlu lari. Sebab tu bila korang datang rumah orang, korang (kebanyakan lelaki) main serbu je. Kalau kitorang perempuan takpe la. Kalau kitorang serbu pun, bila ternampak perempuan lain, bukan dikira aurat. Kalau ternampak lelaki pun takpe jugak. Lain la kalau lelaki tu pakai towel je.. Tapi kalau towel yang tutup lutut , okey la. Dah tutup aurat dah.

so, tolonglah faham perasaan kaum hawa ni. paling aku tak suka kes yang bila bagi salam sambil jenguk melalui pintu. adoiyy.. kang kalau masa tu kitorang (pompuan) tengah tido tertonggeng ke, hah. sapa nak jawab? dalam Islam pun dah ajar ekceli, bila bagi salam tu, jangan berdiri direct depan pintu. berdiri kat tepi. kalau la rumah tu kecik macam rumah aku, dari pintu boleh nampak sampai ke ruang tengah, hah. kan ke naya kitorang kaum hawa ni. and one more. 

kalau lepas bagi salam tu, tunggu la 5 saat baru bagi salam balik. korang bukan tahu dalam rumah tu masa tu ada lelaki or perempuan sahaja. kalau lelaki, senangla , diorang terus pi kat pintu jawab salam. kitorang perempuan, kena masuk bilik dulu, cari tudung, pakai, hah. tak ke makan masa di situ? so, hope sangat para kaum adam sekalian yang baca post ni akan bertindak dengan akal yang waras sebelum menyerbu rumah orang lain kali.

peace.no.racist.
wassalam.. 

Kelantan dah mula panas ...

,18:45 | Comment

ekcelli dari hari sabtu or ahad hari tu dah start panas . tapi hari ni baru aku nak update, heh heehh .. takpe la. asalkan update sudah. negeri tercinta kan, mana boleh miss update. 

as sume orang tahu, beberapa minggu lepas memang sejokk gile kat kawasan pantai timor ni kan. termasuk le kat Kelantan. paling sejuk kat Kuala Krai. kampung aku tu. tapi sekarang aku duk kat Kubang Kerian. pun shejukk sampai tulang tahu! pagi-pagi takyah cakap la. pukul 7 aku turun rumah, pi tunggu bas, angin bertiup sikit pun dah menggigil-gigil. terpaksalah menempuhi kesejukan itu seorang diri di tepi jalan raya pada pagi hari. macam Paris, u olls. hehee.. tapi bukan paris masa winter la. masa spring season kot. hehe..

tapi best sejuk, kan? even tengahari pun tak perlu pasang kipas, tetap rasa macam duk Cameron. hehe. 
tapi hari ahad tu masa turun nak pi tunggu bas, baru perasan cuaca dah mula panas. semalam memang matahari terikk sangat. hari ni okey sikit. fuhh. lebih suka sejuk . sejuk tanpa Hujan. haa.. mana nak cari. susah nak jumpa cuaca macam tu , tahu!

anyway, "tak jadi turun salji la.." bhahahaaa...

Jom kumpul Point dan tebus hadiah Samsung Galaxy Camera!

,21:26 | Comment

mesti dah ramai yang tahu pasal WhoHAA ni  kan? haa.. senang je. tak payah share iklan and tunggu orang klik. just tengok iklan yang disediakan, and jawab soalan yang diberi. soalan senang pulak tuh! dah memang jelas tertulis dalam iklan tu. cuma perlu copy dan paste kan aje. 


banyak hadiah menarik tau korang! kamera, pendrive, baucer kfc, tesco, and so on. so, wanna give it a try? click >>HERE<< and register now!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...