"Takyah takut lahh.."

,10:02 | Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

  

semalam aku pergi bank BSN, nak buat kad , akaun dah lama ada. pastu macam biasa lah kan, isi borang, ambil nombor, pastu pergi kaunter. lepas akak kat kaunter tu siap proses borang-borang tu, dia mintak la tangan aku nak ambik cap ibu jari. aku hulur la, pastu kan ada banyak helai yang kena cap jari. then masa helaian ke berapa entah, aku ingat dah habis dah, so aku tarik la tangan aku balik. tapi ada lagi rupanya borang yang nak dicap. so, kalau akak di kaunter tu baik hati, at least cakap la "tak siap lagi ni ." ni tak, aku dapat akak yang cakap "tak payah takut lah" dengan muka toya tahap cipan kebuluran.

eh. bila masa pulak aku cakap aku takut hah? ingat aku tak tahu ke ko nak cap ibu jari aku , je? apa ingat aku tak pernah pegi bank? ishh.. geram betul aku dengan pegawai tu. eyy.. aku mention nama dia dengan cawangan BSN mana, baru tahu! aku ingat tau nama dia. hahahah... tapi takpe lah, nanti kesian pulak kat dia.

ekcelli 'dialog' tu aku dah pernah kena dah dulu. kat BSN cawangan ni jugak.. ayat yang sama 100% ! ish! BSN ni memang tagline dia "takyah takut lah" kerrr? masa tu aku first time pergi bukak akaun BSN. benda yang sama berlaku. aku masa tu budak lagi, tak tahu la dia nak cap ibu jari sebab kaunter tu kan tinggi yang amat. ayah aku yang tukang bercakap dengan pegawai bank tu. aku pulak buat derk aje lah, pandang sana, tengok sini. tetiba ayah aku cuit aku. bagi isyarat tangan aje. aku ni yang first time pegi bank, memang la tak tahu... terus pegawai bank tu cakap "takyah takut lah.." iiyy.iyhh.iyhhh.. masa tu terasa gak nak luku kepala akak tu.

even guard kat BSN tu pun, orang tanya sepatah, dia jawab sepatah. aku pun jadi malas nak gi tanya dia.
 ok. tu cerita BSN. sekarang ni bukan aku nak memburukkan mana-mana bank, tapi aku cuma cakap perkara betul. as a customer, kita ada hak, kan? orang dah bayar gaji diorang, bukan untuk buat muka cam panda demam. tapi untuk layan kita baik-baik. dah kalau orang tanya, jawablah betul-betull!

ni aku nak cerita pasal BANK ISLAM pulak. 

aku pergi nak bukak akaun. guard kat situ bagus woo.. dah agak tua, kalau aku boleh la nak panggil 'pakcik' .. masa pergi tu, terus dia tanya "nak ...?" Umi pun jawablah "Nak bukak akaun.." dia pun ambil borang , belek satu persatu, cakap yang ni kena isi, yang ni tak payah, pastu tandatangan apa sume. bagus! tapi masa tu aku blur sikit. hehe.. so, lepas isi tu, ada yang aku tak tahu kena tandatangan ke tak, aku gi tanya balik dengan abang aku. dia pun cek la sekali lagi, pastu cakap kat mana kena tandatangan. 

so, siap isi, tak payah ambik nombor lagi, dia suruh pergi kaunter kat belah hujung tu .. untuk yang baru nak bukak akaun rasanya. dah duduk tu, pegawai lelaki tu , ya Allah... kalau korang tengok muka dia pun, korang akan pikir dia ni baru lepas mati bini!! dah siap dia cop borang aku tu sume, dia pun cakap lah, pergi ambik nombor. aku pun terus blah macam tu aje . nak ucap 'terima kasih' pun terasa lekat kat kerongkong aje. huh.,

pastu, pergi la ambik nombor dan tunggu. eh. tak payah tunggu pun. memang masa tu kaunter kosong. so, terus kena panggil. 'abang' tu kira okey la,.. tapi tak mesra alam sangat. humm.. lepas dia siap proses borang tu, dia suruh pergi kaunter lain pulak. aku pun pergi la. pegawai lelaki. dalam 30-an kot.. dia ambil borang ku pastu suruh aku masukkan nom pin kad. aku pun , biasalah kan, first time buat kad. buat ni pun sebab nak masuk Uni dah. kalau tak, memang takkan buat kad lah.. so, aku agak flustered la masa tu. dia pun terangkanlah dengan senyum, suruh masukkan nom pin ni, untuk guna masa nak ambik duit kat mesin ATM , aku pun angguk je .. hehe, aku tau je sebenarnya nom pin tu untuk guna di mesin ATM , aku tanya tu sebab dia cakap suara perlahan sangat. aku tak sure lah dia suruh masukkan nombor apa. tu yang ternganga kejap tu. tapi best la 'pakcik' tu.. dia senyum aje sambil bercakap dengan aku. aku pun otometik jadi senyum. dah siap tu, aku pun cakap la "terima kasih" .. haa,, .. tengok la tu, kita kalau buat baik dengan orang, orang pun buat baik dengan kita. kalau kita ni nak jawab pertanyaan orang pun macam ada jongkong emas dalam mulut, orang pun jadi malas nak senyum kat kita.

jadi, for those pegawai bank kat luar sana, aku nak nasihatkan la sikit, korang kalau tak mau kena cakap banyak, resign je la! pergi ambik jala, tangkap ikan kat laut. nah.. kat situ, tak ada orang nak borak dengan korang sebab takut ikan lari!
 

Tips Mudah Skor Addmath SPM

,12:27 | 63 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
 

sebelum aku nak cerita apa-apa, aku nak inform korang bahawasanya aku bukanlah lepasan SPM yang skor A+ masa SPM 2013 hari tu.. yes. aku bukan budak genius Addmath. aku budak failed addmath. selalu kalau exam aku dapat markah belasan sahaja. jarang sangat melebihi 20.

minat addmath? huh. aku rasa nak muntah setiap kali tiba masa addmath. bila cikgu addmath mula jejak kaki dalam kelas, aku rasa nak sembamkan muka atas meja pastu taknak bangun sampai cikgu keluar.

tapi tu hanya perasaan aku la. takde la pulak aku buat betul-betul. jaga hati cikgu. penting tuu!!

so, sekarang aku nak bagi tips ni sebab aku rasa ramai lagi orang yang senasib dengan aku. bukan otak matematik. and for your info, real SPM 2013 aku dapat gred C+ je untuk addmath.  tapi as for me, aku rasa bangga dengan diri aku sendiri. biarlah orang nak kata apa pun. bagi aku, aku dah berjaya. dari markah 13, 17, aku mampu lonjakkan ke gred C+ !! sebab aku tengok orang lain ada yang dapat E untuk real SPM. aku tak sangka ada. serius. aku ingatkan C tu dah kira teruk. ok. aku tak cakap korang teruk, tapi aku kesian kat korang sebab korang tak tahu teknik nak skor.

maybe ada yang cakap . "ko takpe lah. ko tak tahu aku ni macamana. betapa bengapnya aku ni kalau nak jawab soalan addmath.!"
wey..wey.. aku ni wey! aku ni ! korang nak tahu tak, aku pun memang bengap tahap cipan bila bukak buku addmath. aku dah pernah rasa semua tu.. aku pernah rasa nak menangis bila bukak soalan exam, then lepas baca soalan pertama, aku skip ke soalan kedua, then skip lagi sebab tak boleh jawab. then skip lagi. skip lagi dan lagi. sampai muka surat terakhir! sebab aku memang tak boleh jawab. tapi aku usaha la... korang jangan la main skip-skip , dahtu hantar kertas kosong. lepas aku sampai muka surat terakhir tu, aku U turn la balik, tulis setakat yang boleh. jangan tulis "cikgu, I lap U" sudahh..

dan korang tahu tak macamana aku ignore kan addmath ni? masa form 4 memang aku buang terus jauh-jauh. masa naik form 5, insaf kejap awal tahun tu. hah.. lepastu lupa balik. then masa nak exam, mulalah cakap addmath ni bangang la, kutuk orang yang cipta addmath la, habis sumpah seranah buku addmath. kesian kat addmath. hehe..
itu aku. korang jangan buat macam tu tahu!

cerita aku lagi. haa.. ni aku nak dedahkan sume perangai negatif aku masa form 5 dulu. biar korang amek pengajaran. aku tak study addmath kecuali pada malam exam , tahu tak! exam bulan mac aku buat rilek. konon lambat lagi la nak spm. exam mid year, aku study la jugak hangat-hangat tahi ayam. Trial SPM? aku cakap kat diri aku suruh buat betul-betul, tapi tetap aje aku main-main sampai aku hanya dapat 17% untuk trial SPM. trial ok!

then, masa tu aku memang kecewa sangat-sangat. aku sedih. kenapa dapat rendah sangat? padahal SPM dah nak dekat! hah.. time tu start la nak menyesal bagai, nak meratap, nak undur balik masa.. macam-macam! tapi, masa itu takkan boleh diputar balik, kan? everyone know that. so, aku tenangkan minda aku. aku brainwash balik. pada masa aku betul-betul putus asa, aku cari semangat balik. dengan apa? dengan mengenang balik duit, usaha Umi dan Abah untuk hantar aku pergi sekolah.. aku kenang balik semua tu. aku cakap kat diri aku "wey.. kalo setakat nak fail addmath, baik ko takyah pergi sekolah, tuisyen bagai! tak pergi pun ko boleh dapat ! " jadi aku bangkit balik. aku ambil jalan paling senang dan mudah, iaitu : Kalau anda tak mampu skor A+ , skor lah yang paling terbaik.

"yang terbaik" tu terpulang pada korang. kalau sebelum ni korang tak pernah dapat C dalam addmath, jadi maybe C tu dah kira yang terbaik untuk anda. ingat! ukur baju dibadan sendiri. bukan ukur dengan orang otak matematik!

oh ye. please bear in ur mind. tips dan cara aku ni bukan untuk orang yang genius addmath. tips ni hanya untuk orang yang desperate , tak suka addmath, selalu study last minute dan nak skor semata-mata taknak cemarkan sijil SPM diorang nanti. yelah.. spoiled la kan kalau nanti semua dapat A, tapi tetiba terselit D pulak kat situ. haa.. kan dah tak chumell..

and... done membebel sudah! aku nak bagi tips yang simple dan mudah sahaja.
sebenarnya tips ni sesuai korang amalkan kalau sekiranya masa korang tengah baca artikel ni, korang memang dah selesai exam Trial SPM. sebab cara ni memang untuk last minute punya jihad! hehehe..

kalau seandainya korang masa ni baru di awal tahun, cubalah cara lain. cara untuk skor A+!

ok. jom kita mula.
pertama sekali, aku ambil cara yang ustaz aku cakap. cara ni memang dah klise dah pun.. korang mesti dah biasa dengar kan.

-TULIS-
yep. tulis apa yang korang nak diri korang jadi. macam "aku nak jadi doktor" pastu tampal la kat tempat yang korang selalu tengok. and as for me, aku buat cara lain sikit.. which is aku edit gambar ni kat photoshop..



haa... nampak tu? siap ada Moon Mason lagi tahu! hehe.. sebab aku suka budak-budak. sebab tu aku guna gambar ni. lepastu tulis la apa yang korang nak . contoh macam kat atas tu aku tulis "addmath mudah!" "jom buat addmath!"
gambar ni aku jadikan screen saver kat fon aku bermula selepas trial sampailah habis real SPM punya exam addmath!!
and cara ni menjadi tahu! bila bukak fon, nampak gambar mason konon tengah suruh aku gi buat addmath la. pastu dalam hati terus cakap "eh, moon mason suruh aku buat latihan addmath la!" then terus gi cepat-cepat bukak buku addmath. hahahahaha... nah.. kalau korang minat artis korea ke, contohnya. tak kira la Lee Min Ho ke ,Kim Woo Bin ke, Song Joong Ki ke, Lee Kwang Soo ke, Lee Dong Wook ke, EXO ke, Infinite ke, BigBang ke, Beast ke, 2PM ke, (alah. kalau aku nak list semua kat sini memang tak kan habis la kan) .. haa.. korang gunakan cara tu. kasi edit sikit gambar tu, letak caption kat situ. lepastu buat screen saver!

ok. tu yang dari segi mental la kan.. kalau dari segi fizikal , macam ni  pulak.

-BUAT LATIHAN-

haaa... yang ni mesti korang dah lali dengar , kan? semua orang suruh buat latihan. tapi, macam yang saya cakap sebelum ni, tips ni hanya untuk orang yang memang desperate tahap petala ke lapan belas! untuk yang betul-betul hampir dengan real SPM exam!

jadi.. macamana?
aku nak kasi kat korang satu rahsia. tapi kena labur duit sikit la.. ala .. sikit je, tak sampai RM20 ponn.. kalau tu pun nak kedekut dengan addmath, baik nanti korang takyah masuk dewan terus masa SPM!

aku nak suruh korang beli buku latihan TOPIKAL! haa.. buku ni sebenarnya macam buku koleksi soalan-soalan tahun-tahun lepas. tapi koleksi soalan macam tu memang belambak kat kedai buku, kan? jadi kenapa aku suruh korang beli yang ini? sebab nilah satu-satunya buku yang diorang susun semuuua soalan tu mengikut tajuk! nahh. .. dari sini, korang lebih mudah nak kenalpasti jenis-jenis soalan untuk sesuatu tajuk. dan satu lagi yang special, jawapan sudah disiapkan Step-by-Step! !! hoi.. jangan la nak pemalas sangat! korang kena buat jugak latihan tu. haa.. kelebihannya kat sini, kalau tak faham, korang tak payah refer kat cikgu. boleh terus tengok kat belakang. senang! kat rumah pun korang boleh buat latihan ni tau! tapi kalau korang lebih senang refer kat cikgu , aku tak larang. lagi bagus. tapi kalau untuk orang macam aku yang malu nak tanya cikgu sebab takut cikgu kata macam-macam kat kita, hah! inilah caranya! BUKU SOALAN TOPIKAL!

aku boleh jamin woo.. buku ni berkesan! as long as korang buat semua latihan dalam buku tu lah..
korang nak tahu cerita aku? tak nak? ahh... apa aku pedulik! aku nak cerita jugak! kihkihkih...

 pasal buku tu, aku dah ambik gambar hari tu, tapi tanpa aku sedar aku dah terpadam. aku pun tak tahu bila masa aku padam.. hish.. lepastu pulak, buku tu ada budak (junior) aku yang mintak, nak guna. aku pun dengan berat hati la bagi kat budak tu . . (tapi ikhlas, ok!) haa. mana tahu dia guna buku tu and dapat A+ addmath, lepastu masuk surat khabar, dia mention nama aku! ahaks! sangat keterlaluan disitu, ok!

ni gambar aku baru search kat Google. nasib baik ade.. hhihii.. cover depan buku ni aku tak tau la still sama or akan berubah-ubah ikut tahun.. tapi untuk tahun aku, canni la rupe die.. ala kalau cover ditukar pun, korang cari jer la buku yang tulis "ANALISIS BERTOPIK"..


aku beli buku ni masa dah nak dekat exam TRIAL SPM. sebab buku ni memang diterbitkan lambat sikit.. bukan macam buku-buku soalan past year yang biasa korang nampak tu.. ye lah, nak kena kategorikan soalan-soalan tu lagi, nak kena bagi jawapan lengkap lagi.. memang la ambil masa bagi syarikat penerbitan tu kan.

so, masa nak dekat trial tu, aku hanya siap soalan-soalan untuk satu dua tajuk aje. tajuk-tajuk lain yang berlambak lagi tu aku tak sentuh langsung! maka tu lah akibatnya.. aku dapat 17% sahaja untuk trial SPM.

jadi, lepas tu , aku terus bertobat then balik rumah bukak buku tu..
bila dah bukak buku tu, first thing korang kena buat is tengok dan jelajah semuuuua isi buku tu dari awal sampai akhir! dari tajuk pertama sampai tajuk terakhir! masa ni lah korang kena kenalpasti bentuk-bentuk soalan dan korang kena tentukan tajuk mana yang korang nak jawab dalam real SPM nanti! yup. aku dah cakap banyak kali tadi kan.. ni untuk budak desperate sahaja. sebab korang mesti nak study benda lain jugak kan? jadi masa dah suntuk! macam aku, nak kena cover Chemistry, Biology, Physics.. jadi aku hitung hari. kalau nak cover semua tajuk addmath, alamatnya, aku tak sempat la nak sentuh buku Chemistry!

jadiii.. macam aku cakap tadi. tentukan aje tajuk mana korang nak jawab. aku nak cakap pun sebenarnya aku tak berapa ingat dah tajuk addmath ni. hehe..
tapi secara ringkas la, aku boleh bagitau, ni kalau dah masa limited sangat macam seminggu or 2 minggu sebelum exam la..
-Tajuk Logarithm : Susah. better tinggal.

-tajuk probability dan yang seangkatan dengannya : ambik semua! cover semua! sangat mudah dapat markah!

-tajuk solution of triangle kalau aku tak silap. yang formula dia panjang sedepa tu hah.. nampak je susah, tapi korang buat satu dua soalan pun dah boleh ingat formula dia tu.

-lepastu tajuk pertama dalam setiap form . I mean, tajuk pertama yang korang belajar masa form4 and masa form5. yang tu boleh kira senang la..

-tajuk linear programming : sangat mudah. Pastikan cover semua bentuk soalan.

-tajuk integration : agak mudah, tapi bentuk soalan dia banyak. Kalau nak ambil, boleh aje.

-tajuk quadratic dan yang seangkatan dengannya tu pun ok jugak.

-statistic : yang ni kalau korang tak cover, memang rugi!

-tajuk vector : agak memeningkan bagi aku. Tapi bila buat lama-lama, ok aje. Aku ambil tajuk ni.

-tajuk permutation and combination : kacang sangat!

-trigonometric function : yang ni korang MESTI cover!



Untuk kertas dua, ada 3 section kan? Haa.. Yang section B tu kena jawab 4soalan dpd 5. Soalan yang kena lukis graf tu memang wajib jawab la kan, sebab senang. Lepastu kalau aku la, aku biasanya jawab vector, pastu yang ada probability tu, then circular measure.


Untuk bahagian C pulak, kena jawab 2 soalan dpd 4. yang korang wajib dan mesti cover is tajuk index numbers dan linear programming. Serius, 2 soalan ni terlalu mudah!!! Dan satu lagi, kalau korang nak cover, boleh ambil tajuk solution of triangle. Mudah jugak. Tapi masa SPM tu aku tak sempat nak cover semua. sangat tak cukup masa.


So, aku harap aku dapat bantu korang la.. Aku nak list semua tajuk , rasa malas pulak. Jadi, pendek kata, tajuk yang aku tak mention tu, agak susah sebenarnya. Kalau korang rasa senang, go on je la. Macam yang aku cakap dari tadi, tips ni hanya untuk orang yang desperate dan kesuntukan waktu plus bukan otak addmath macam aku ni. Tajuk-tajuk yang aku pilih tu kalau korang cakap susah jugak, tu maksudnya bukan addmath yang salah, tapi korang tu yang gila meroyan. Haaaa.. Kan dah kena. Usaha la sikit woy!! Aku pun bukan otak matematik jugak ..even mate moden aku dapat A+ .semua tu kira usaha dan taktik tackle soalan..

And sori la kalau aku tulis tajuk tu tak teratur .. Sebab aku pun dah ingat-ingat lupa sebenarnya... Hahahaha... Tu pun aku kena gi selongkar balik buku rujukan addmath yang berhabuk dalam bilik. Semuanya sebab korang lah! Korang punya pasal aku sanggup pi bukak balik buku addmath yang aku benci gile dulu. Hehe.. Tengoklah, aku ni 'kakak' yang baik, kan? Hahahahahaa.. Sengal.

jadi, setakat ni saja. usaha, usaha jugak. DOA dan RESTU ibubapa and cikgu jangan lupa pulak!

aku sebagai senior SPM ni harap korang struggle la betul-betul. benda ni datang sekali je seumur hidup. kalau bukan sekarang, bila lagi korang nak rasa penat lelah macam ni? masa aku rasa takde mood dan busy giler, aku selalu cakap kat diri aku sendiri "wey, tahun depan ko dah takleh rasa macam ni dah... tahun ni aje. sekali ni aje. tahan la sikit. sekejap aje"
yelah.. sebab korang mesti lepas SPM ni, korang tetiba rasa sayang kat addmath. rasa taknak tinggal addmath. aku sendiri rasa macam tu. yang aku cakap ada budak mintak buku addmath aku tadi tu, masa nak bagi buku tu, aku rasa agak terkilan dan sayang la.. mana tak nya, aku nangis, aku meraung, aku menyumpah seranah, buku tu aje yang tahu. hanya antara aku dan Addmath sahaja. kejap aku baik dengan dia, kejap aku marah dia. tapi buku tu tak pernah lari dari aku. dia setia disamping aku sampai lah aku habis exam. dia biar aku cedok ilmu dari situ. sebab tu sekarang aku dah jatuh sayang .. hehe.. kenangan tu banyak woo... makin kita rasa susah dengan sesuatu matapelajaran tu, makin lah kita rasa sayang nak lepaskan .. sebab tu aku nak pesan kat korang , belajar betul-betul. nanti kalau dah lepas SPM, mulalah rasa rindu nak belajar addmath balik la, nak buat latihan addmath la.. so, grab ur chance now!

and.. tips yang aku bagi kat atas ni, korang bukan setakat boleh skor sampai C+ je tau, .. tak mustahil korang boleh jugak skor B or even B+ ! tapi dengan syarat! korang kena 'start engine' lebih awal dari aku. and fokus! itu kunci utama!

ok lah. rasanya dah banyak giler aku membebel ni sampaikan lenguh jari-jemari aku yang cantik ni. kahkahkah.. so, aku blah dulu lah. hope korang dapat skor YANG TERBAIK untuk SPM korang nanti.!!
 
Wassalamualaikum..
 

Mi Kuah

,08:38 | 2 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 


cerita semalam..
ari tu Umi beli banyak sangat Mi.. so, malam semalam Umi suruh la aku masak Mi Kuah. ekcelli aku tak tau nak panggil apa, tapi Umi sebut Mi Kuah, jadi aku pun sebut macam tu lah. kalau nak sebut Mi SUP, tak leh sebab tak letak sup bunjut ape semua tu. hehee..
so, aku ingat nak masak sama-sama dengan Umi. tapi malangnya, macam biasalah, Umi memang malas nak turun dapur malam-malam. selagi ada lauk, even secebis, Umi sanggup makan lauk tu aje, daripada pi masak .. haha..

so, semalam masa Umi pi shopping perkakas untuk aku masuk Uni nanti, aku la yang kena masak sorang-sorang kat rumah.. haha. sadis. Umi siap pesan lagi, "masak la. nanti Umi balik, nak makan"

jadi, inilah hasilnya.
 

resipi?  aku main campak-campak je.. haha.. 
mula-mula tumis bawang besar dan putih.
pastu masuk air, 
masuk ayam and fishcake,
then masuk telur,
akhir sekali sayur ..
garam dan penambah perasa jangan lupa! (oh . aku tak guna MSG ajinomoto ok. aku guna serbuk perasa keluaran Muslim, jenama HILAL. basically, memang takada jual di supermarket. )

pastu bila Umi balik, terus makan dengan Abah sekali. tak komen apa-apa pun. humm.. sedap la tu kot.. hahaha..

tapi tak apa lah, berbaloi kot, sebab Umi beli kat aku Mug warna pepel, gayung mandi pepel, hanger pepel, jug air pepel..! hahahah..sukenyee...
aku tanya, kenapa tak beli baldi warna pepel jugak? Umi cakap tak ada..

dan this one tu.. aku suruh adik aku beli kalau terjumpa ..

 
DICTION!!
 dah lama mengidam nak makan benda ni sejak tengok Running Man kat TV2 .. haha.
dulu masa kecik-kecik selalu beli yang plastik kecik tu, 30sen aje.. ni plastik besar ..RM2 .
ada logo Halal JAKIM ok. :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...