ari tu mase tengah syok lepak kat bilik sambil korek idung , (hakhak.tipuu) roomate ade tanye akuu .. "churros tu ape ek?"
aku pun pelik lahh... tak penah dengar pun namanya.. ..
aku siap suruh dia eja satu-satu lagi. hahaha..
lastly, dia tunjuk whatsapp kawan dia tu.. aku baca. kawannya suruh dia beli churros.
ehh?? ntah. aku tak tauu..
pastu semalam, masa aku baru balik dari kelas , ternampak satu plastik yang menarik perhatian aku di antara plastik-plastik lain yang turut berada di tangga blok aku tu..
aku jenguk ke dalam. nampak satu bekas kecik. ada sticker tulis "Churros". RM 4.50. huhuuuu.. perlu ke mention harga dia?
ohhhh... jadi , ini lah namanya churros! aku baru ingattt.. ari tu coursemate aku penah beli and aku penah rasa benda nii.. hahaha.. tapi takde pulak aku nak menghafal nama pelik dia tu.. kihkihkihh..
so, kepada korang-korang yang belum kenal churros tu, boleh la rajinkan diri untuk menggoogle yer.
kat bawah ni, hasil penggooglean(ejaan berbelit takleh blah) aku tadi..
rasa dia macamana?? umm... nak kata sedap tu tak de lah sedap sangatt.. rase cam makan tepung goreng cicah coklat jer...
first time rase, memang agak awkward rasa diaa.. tapi lama-lama, okey lah kot..
korang pulak dah lama ke kenal makhluq ni?? or baru tahu bila baca entry ni??
series aku terkedu. terharu sangat bile tengok video ni tadi.. tak sangka rupenya kat australia pun, orang Islam masih dipertahankan oleh non Muslim. paling aku suke ayat "if you dont like it, go live somewhere else! but these people belong here"
dan kebanyakan orang yang nampak kejadian tu mesti akan cakap "Hey, leave her/him alone!"
the video below show an experiment to know what would the autralians do when a muslim is being insulted and accused about terrorism.
please do not misunderstand about the guy who bothered the muslim.
tadi tengah lepak ngan roomate dalam bilik. pastu roomate yang tengah baca wassep, tetiba tunjuk henfon die and tanye "betul ke ni?"
aku tengok sekilas. ade secebus ayat yang menyatakan bahawa TGNA sudah kembali ke rahmatullah.. masa tu, aku tak berapa nak percaya ah .. then bila aku bukak wassep kat fon aku pun, banyak grup-grup yang hantar mesej dan gambar pasal pemergian TGNA tuu.
Allahu...
tak tahu nak cakap apa dah.. selama duduk kat kelantan, baru beberapa kali je aku bersua muka dengan tok guru.. Allah..
perginya pada malam jumaat..
tarikh yang sama shahidnya Imam Hassan Al-banna.
masa tengah tengok2 wassep tadi, roomate pun tanya..
"hassan al banna? sape tu?"
aku bangun. capai al-Quran terjemahan dan bukak zip. aku amek maathurat sughra yang aku letak kat belakang kulit al-Quran tu . tunjuk pada roomate.
tuuh. nama imam Hassan al banna. tertulis jelas pada al-Maathurat.