Belajar untuk Adapt dengan Pantas!

,09:06 | 3 Comment

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
 

Hari Sabtu , 20/6/2015.
Aku tiba di UniSZA. Dengan semangat perjuangan baru.
Semester baru kini bermula.
Walau berhadapan dengan kotak bersaiz separuh katil bujang untuk diangkat dari stor ke bilik ‘baru’, namun hati tetap kena redha. Kena sadho.

 https://amaliasolicha.files.wordpress.com/2009/03/pindahan.jpg

Tengahari itu aku sampai ke bilik.
Aku tenung katil ‘baru’ aku. Dan almari ‘baru’ aku. Juga meja study ‘baru’ aku.
Bilik air. Ampaian. Tandas. Tempat basuh baju.
Semua berbeza. Completely different.

As we all know, untuk semester pendek kedua ni, semua orang kena pindah bilik. Obviously, semua kena pindah ke blok kediaman lama. Sebab blok baru budak diploma kemasukan baru yang duduk. So, kami sebagai senior baru yang prihatin dan cakna akan keselesaan para junior pun berbaik hati untuk membiarkan mereka mengambil alih ‘rumah kami’ yang sudah hampir satu tahun diduduki. Kahkahkahh…

Kalau dahulu..
Bukak pintu rumah je, ade rak kasut. Ruang tamu. Bilik air. Tandas. Dapur. Ampaian. Pastu ada 6 buah bilik. Selesa. Macam duduk apartment.

Tapi kini…
Bukak-bukak pintu je, nampak katil terus. Almari disini pula tidak seluas dan banyak ruang seperti almari dulu. Meja study tak payah cakap.. ade drawer sebiji je. Tu pun punye susah giler nak bukak sampai terangkat meja bila ditarik drawer tu. Hahaha.. kalau dulu, almari punye la banyak drawer sampai tak tahu nak bubuh ape dalam tu. Banyak sangat ruang! Sampaikan bile kawan USIM aku tengok gambar meja study aku tu, dia boleh cakap “untunglah.. meja study cantik..” Masa tu rasa cam ‘eh. Apakah??’ jerr.. sebab tak tahu yang meja study orang lain tak seindah itu. Hahaha.. ni sekali kena atas kepala sendiri… hurmm.. baru tahu rasaaa..

Tu belom nak cerita pasal bilik air. Sangat lain dan ambil masa untuk aku sesuaikan diri. Kalau dahulu, di blok kediaman baru, ada bilik air yang besar dan selesa. Dalam tu ada 3 tempat shower dan 3 biji tandas. Disediakan dalam setiap rumah yang diduduki maksimum hanya 12 orang. Kalau ada yang lagi naseb baik, satu rumah ada 8 orang je. So, bilik air dan tandas memang mencukupi, selesa, tak perlu tunggu orang lain mandi.

Tapi di blok lama?
Satu aras ada 25 bilik. Which make the total of students is 50. Dan bilik air disediakan di kedua-dua belah hujung tangga kiri dan kanan. Setiap bilik air bilangan shower dan tandas sama macam di blok baru jugak.. tapi yang berbeza ialah bilangan pelajar yang menggunakan bilik air tu. Bayangkan kalo dulu 12 orang untuk satu bilik air. Kali ini 25 orang untuk satu bilik air! Dan tempat membasuh kain memang sangat tak efisien sebab hanya ada di salah satu belah tangga sahaja. (naseb baik dekat dengan bilik aku) .. dan dalam tu hanya ada  3 buah sinki sahaja! So, jangan cakap kitorang ni anak dara pemalas kalo lepas ni kitorang basuh baju guna washing machine je .. haha.

Dan satu lagi cerita lawak bila aku terpaksa tanya bebudak blok lama pasal cara-cara nak survive kat sini. Sampaikan soalan yang paling noob pun aku tanye gak.. which is “ wey.. nak basuh pinggan kat manee?” hahhaa.. sebab?? Sebabnyaaa.. kat blok baru dulu, ada disediakan dapur. Kan aku cakap.. blok baru tu dia macam apartmen. So, memang ada dapur yang sangat comfortable. Dengan kabinetnya, water boiler, dan sinki khas untuk basuh pinggan.

Kat sini?? Memang kena gune sinki tempat basuh baju tu jer lah.. takpun kalo korang rela nak pi basuh pinggan dalam sinki kat bilik air pun takpe.. which is sangat aku tak suke. Ahhahaaa..

Aku terbitkan entry ni bukan untuk mengkomplain fasiliti di UniSZA.
Apa yang aku nak sampaikan disini ialah tentang kebolehan dan kemampuan seorang mahasiswa (or mahasiswi) untuk meng’adapt’kan diri dalam apa jua situasi. Terutama kat UniSza yang memang wajib ambik short sem untuk bebudak diploma. Short sem hanya makan masa selama 7 minggu sahaja. (tak termasuk cuti raya and else) so, memang kena belajar adapt dengan pantas.

Kalau nak bagi contoh diri ku sendiri, masa sem satu dulu (short sem) aku duduk di blok I (blok baru). pastu masa cuti sem tu, dah kena pindah dah. Bayangkan lah barang aku pun tak berapa siap nak unpack lagi, dah kena packing beg balik!! Ingat senang? Banyak kot harta aku angkut bawak mai sini.. dahtu pulak masa tu memang aku dah selesa dengan bilik tu dan baruuu je rase dapat adaptkan diri. Baruu je rasa boleh anggap housemate tu macam family.
And worst, cuti untuk sem satu hanyalah 2 minggu. Rasa cam tak dapat rehat lagi tangan ni mempacking barang , dah kena unpack balik untuk naik ke sem 2 di bilik yang berlainan, iaitu blok D.(masih blok baru) kira okey la sebab dapat blok baru.. kirenya susunan fasiliti masih sama dengan dulu.. cume dapat housemate yang berbeza jee.. dan kena belajar untuk sesuaikan diri dengan diorang pulak..
Dan untuk sem 3 , alhamdulillah kitorang tak perlu pindah.. so masih stay disitu. Selesa. Sangat kamceng dengan housemate. Sangat understanding dengan roomate. Lebih kurang 8 bulan kami di rumah itu. Rasa dah macam rumah sendiri pun ade. Rumah kedua. Honestly said, masa cuti sem 2 itu hari, memang ada rasa rindu nak kembali ke rumah di UniSza. Walaupun memang berat hati nak tinggalkan rumah di kelantan.

http://oliess.com/wp-content/uploads/2015/04/images-3.jpg 
And bile berakhirnya sem 3, disitulah berakhirnya kebahagiaan kami. Cuti sem 3 hanya 2 minggu sahaja. Tak rasa puas duduk kat rumah sendiri. Bila rasa macam baru je nak biasakan diri kat sana, dah kena balik semula ke unija and the most  important part is kena ngangkut barang dan unpacking balik!!


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi9R8e4uP7FqlEGwGM1ZhER8z74w8QEE0GoW0OrxdDn3uWgpZLPAc2G3P-kgjycJwYOF-2p_qsadrUNpux6Qj88ynPyQusEv9fmwqUOzz2HpLGHQCXcwDJ08VfRRu5LKiQuBztdrXuUwdw/s1600/9-Tips_Penting_Ketika_Pindah_Rumah_tiperumahminimalis.blogspot.com.jpg 
Tambahan pulak, macam yang aku cakap tadi.. sem ni duduk kat blok lama.. so memang banyak yang perlu dibiasakan..

Begitu. Kehidupan seorang mahasiswa.
Perlu berani menghadapi perubahan. Perlu cekap mengendalikan ketidakbiasaan. Perlu sentiasa belajar untuk improve diri sendiri. Disini, tak ada lagi mak ayah nak tolong siapkan bilik. Segala kelengkapan, cari dan susun sendiri mengikut keperluan. Tak ada lagi siapa nak tolong tanya samada kita selesa atau perlukan apa-apa.

Belajar. Belajar. Dan sentiasa belajar.
Itu tugas kita.
tanggungjawab kita.
 

3 comments:

  1. HYEEE...AKHIRNYA ! DAPAT JUGA BLOGWALKING..SYIRALOKMAN CUTI SEM :D JOM KE BLOG ..BANYAK GIVEAWAY AND CERITA NAK KONGSI :D

    ReplyDelete
  2. hye akakk. saya nak tanya blok E tu pun blok baru kah? and lagi satu how about budak diploma ditempatkan dekat blok al kindi? tkka pelik namanya tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai. blok E blok baru. blok alkhindi blok lama.

      Delete

Silakan u olls komen disini dulu ye. Your comment memang tak akan terus keluar kat sini.. I will publish and reply your comment once I open this blog. Ok? ☺

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...