Kat UniSZA ada "Mak Cik Karipap" ke??
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
tuk ! tuk ! tuk ! bunyi tingkap yang berada disebelah Aimi diketuk ketika dia sedang sibuk menyiapkan assignmentnya lewat malam itu. jam sudah pun menunjukkan pukul 3 pagi.
'ishh.. siapa pula maen ketuk2 tingkap time macam nii nehh.....' gumamnya dalam hati.
"Nak beli karipap, dik...?" suara lemah seorang makcik kedengaran disebalik tingkap itu. Aimi menoleh ke kanannya. kelihatan satu lembaga berselubung kain batik sedang terbongkok sambil memegang sebuah bakul ditangannya. Aimi segera melompat bangun dari kerusi. ............. and blah...blahh.. blahhh..
hahaha.. selalu memang akan ada cerita pasal hantu kat mana-mana institusi pengajian di negara nih kann.. yang paling common sudah semestinya ialah si 'makcik karipap' kannnn? heheheee..
beberapa hari lepas pun aku ada terbaca 'tips masuk U' di wassep grup kelas aku.. ade pulak diorang pi tulis nasihat mengarut pasal jangan pegi tandas tengah-tengah malam lah.. jangan basuh baju pukul 1 pagi lah.. jangan pilih katil menghadap tingkap lah.. pastu cerita pasal keseraman katil double decker pulak.. hahaha.. banyak sangat dowhh..
tapi.... persoalannya.. betul ke sume cerita neh? kena ikut ke sume 'pantang larang' tu?? well, di universiti dan kolej laen aku tak tahu lah.. tapi kalau korang tanya aku pasal UniSza, aku boleh tolong cerita sekarang gakkk.. hehhee..
seram sangat ke sidai baju kat ampaian lepas pukul 12 tengah malam?
jawapannya tidak sama sekali.. except kalau korang memang jenis yang suka pikir dan bayangkan yang bukan-bukan.. means that korang suke bayangkan antu tetibe keluar dari sebalik sidaian kain tu and sergah korang dari belakang atau ade antu tengah duduk mencangkung disudut ruang ampaian tu.. kahkahkahhh..
tapi siries.. sejak aku mula masuk Unisza lagi, aku dah cuba biasakan diri.. coz sometime you really cant escape from that situation.
contohnya masa time orientasi. memang takkan ada waktu selain tengah malam untuk korang basuh baju. kite dibenarkan keluar dewan pun dah dekat pukul 1 pagi dowh... nak tak nak kena hadap lah.. kalau macam aku, hari yang ke 4 orientasi rase letih sangat nak stay up...so aku berpakat dengan roomate bangun pukul 4 pagi basuh baju. hehehehe... pastu roomate aku siap dulu..maka tinggallah aku seorang diri pada pagi buta membasuh baju di tandas bersama linangan air mata. huuuuu.. haha.. takde lah weyy.. mane de aku nanges. aku kan sadhoo.. kehkehkeh.. buat ilek je lah basuh dengan tenang dan sidai dengan gumbira. takde pun jumpe mak langsuir ke hape..
itu cerita aku masa di blok baru. mase kat blok lama pulak, tempat ampaiannya sebelah bilik aje. . so takdelah serem sangat.. tu pun kalau roomate aku ade dalam bilik lah.. kalau takde or roomate aku dah tido?
no hal lah beb.. aku penah je stay up memalam buta sebab nak siapkan assignment. dekat pukul 3 pagi. aku terpaksa angkut kerusi dan duduk di tempat ampaian sebab kat situ je wifi laju. hahahaha... sorang-sorang.. pukul 3... main laptop.. huh? takde pun makcik karipap nak datang tegur aku dari balkoni bilik tu.. haha..
pasal katil dekat tingkap pulak...humm.. masa sem 2 dan sem 3 memang katil aku sebelah tingkap bilik aje. and i love it sooooo much! tak rugi woo pilih katil tepi tingkap.. bangun pagi-pagi lepas semayang subuh, aku suke bukak tingkap luas-luas dan hirup udara pagi. nak kata segar tu takdelah sangat.. kadang-kadang bau asap la jugak..kahkahkahh.. kalau masa sem 1 dulu duduk tingkat 5 pastu bilik menghadap hutan belakang unisza.. fuhh.. memang segarrrrr gile ah udara .. sejuk je.. tapi belom pernah lah..sumpah belom pernah lagi aku ternampak kain putih tergantung di tingkap or bile bukak tingkap tu ade 'benda' maen au chak-au chak dengan aku.. tengah malam pun same je.. yang penting hati kena sadho.. (haha..ape kaitan dowhh..)
nak terkucil di tengah malam? ouwhhh. jangan risauu.. jangan risauu... dont worry be happy gais.. i olls tak pernah dengar lagi cerita budak terjumpa antu mase nak pi kencing tengah malam buta.. pukul 2 pagi ke.. pukul 3 pagi ke...blok lama ke.. blok baru ke.. sume same jee.. aku dah pernah try di setiap jam dan minit. hihii..
katil double decker? haaa.. yang satu ni aku memang tak de pengalaman...sebab kat blok baru, dalam setiap rumah tu, hanya ada satu bilik je yang ada katil double decker. jadi aku tak pernah lagi kena duduk di bilik tu.. cume selalu je lah melawat kawan aku yang memang menghuni bilik tu. katil double decker tu disediakan 2 buah. biasanya mestilah akan dihuni oleh 4 orang kann... tapi kat sini pihak unija tak penuhkan pun bilik tu.. (which is I dont even know why) . so 2 orang je lah yang diisi dalam bilik tu. dan katil tingkat atas memang dibiarkan kosong. kalau aku lah.. sebagai langkah keselamatan.. aku akan angkat tilam tu dan sandarkan ke dinding. sebab takut jugak ade benda yang menumpang tidur kat situ kann.. maklumlah.. ade tilam empuk disitu. tapi kawan aku dua orang tu rilek je biarkan katil tu macam tu ... maknanya diorang memang tak pernah alami apa-apa gangguan lah yang berkaitan dengan katil double decker nih kannnn? haaaa... pandai tak aku buat hipotesis dan kesimpulan sendiri? kahkahkahhh..
jadi , conclusionnya disini.. semuanya depend on diri kita sendiri jugak.. mula-mula nak jejak kaki dalam bilik 'baru' tu, jangan lupa baca ayat-ayat dan jaga adab kita. pasal benda ni korang boleh google sendiri. aku malas nak hurai kat sini.
dan yang paling penting, hiaskan bilik tu dengan solat , zikir , bacaan ayat Quran dan sebagainya. bukan nak kena hias dengan kertas lip lap lip lap jer.. ini tidak.. baca Quran pun 3 bulan sekali. mana lah jin dan syaitan tak nak bersarang dalam bilik korang tu.. pasang lagu pulak yang kpop je memanjang. sekali sekala pasanglah Qasidah ke. nashid ke. zikir ke. kasi 'mereka' panasss sikit..
dan sume cerita aku kat atas ni maybe tak leh diguna pakai kalau korang tetibe dapat bilik yang memang sudah lama 'berpenghuni' atau kat situ pernah terjadi kejadian bunuh diri ke pemujaan ke hape ke.. hehe. yang tu aku tak berani nak cakap ape.
but, in any case, just try to ignore 'them'. aku walaupun takde lah pernah nampak 'benda' tu depan mata, tapi gangguan yang kekadang macam dengar bunyi pelik-pelik ke.. atau bulu roma tetibe meremang masa masuk tandas dan sidai baju kat ampaian ke.. atau rasa macam ada orang berjalan kat belakang ke.. sume tu pernah je aku lalui. part bulu roma meremang tu memang biase. sebab 'benda' tu memang ada. aku tak nafikan mereka memang wujud. tapi as long as mereka tak ganggu aku secara terang-terangan, aku akan cuba buat tak layan. kekadang maybe 'benda' tu rasa boring and saje nak 'bergurau senda' dengan kite. dan boleh jadi kekadang sebenarnya imaginasi dan minda kite je pun yang rasa macam something wrong somewhere.. kalau dah namanye penakut, bunyi cicak je pun kite nak kata bunyi antu mengekek. hehehe...
dan yang paling penting sekali, dalaman kite mesti kuat. mesti ada amalan yang menjadi pendinding dalam diri kita. kalau dah kita ni bangun semayang tahajud tiap-tiap hari, 'benda' tu tengok pun dah rasa malas nak mengacau kita.. kannnn?
Kt tmpt mai study dulu pun ada pasal kisah mak cik karipap ni..ala kt mana2 pun ada kn..yg pntg diri kta sendiri..inshaaAllah tak da pape
ReplyDeletekat u uni,,memang keras..tak dinafikan..
ReplyDeleteuni pun penakut..tp slamber ja p toilet tgh2 malam..
& uni akan pk.. "aku xkaco ko..ko xpayah la kaco aku.."
hehehe dan uni bjaya grad dgn selamat. so adik2 xpayah nak takut sgt k..