Kotak vs KFC..

,19:49 | 2 Comment
tadi kirim KFC kat kawan yang keluar pi bandar.... balik je dari meeting 'surprise' yang boleh membuatkan aku mati katak, terus berlari-lari pecut naik bilik kawan aku tu nak makan KFC. lapar tak lapar, dari pagi sampai petang tu , biskut oreo dengan biskut kering aje yang masuk dalam perut aku. tu pun berapa keping aje..
dann... yang membuatkan aku rasa nak buat entri ni is..
bila aku bandingkan gambar kfc di kotak dan ayam kfc yang sebenar.....
errr...
ase nak gunting kotak tu je pastu kunyah dan telannn... -,-




jap. jom tengok bahagian tepi kotak , kat bawahhh sekali tu. "Serving featured are for illustration only"

k fine.   =_=

Bermulalah Kehidupan Aku dengan Kitab-kitab Tebal...

,13:52 | 3 Comment
dulu masa sem 1.. rase macam budak sekolah.. ..series. sebab buku sumenya nipis.. harga pun lebih kurang seploh ringgit aje.. pelajaran pun tak masuk mendalam sangat. macam syllabus SPM je banyakk..
tapi..
bila dah masuk sem 2 ni, baru rasa macam masuk universiti!! buku tebal-tebal!  or lebih tepat, kitab bahasa arab!! macam gambar kat atas tu hahh. harga pon boleh tahann. ada yang sampai rm36 sebijik. tu baru sebijik. masalahnya aku kena beli berbijik-bijikkkk.. hahaha.
bila bukak aje kitab, ase macam nak berenti belajar tengah jalan aje. tapi its okay lahh.. kalau senior-senior lain boleh lakukan, kenapa tidak aku?? hihihi.. ayat dah macam iklan suruh berhenti merokok.
maka aku kena la wake up dari sekarang! kalau sem lepas, aku stat baca ibuku masa seminggu sebelum exam pun boleh skor A. tapi sem ni, aku takleh jamin. sebab banyak nak kena hafal! dah tu semua dalam bahasa arab!! kalau tak pun bahasa inggeris. memang rasa tak mampu, memang rasa macam nak quit. tapi bak kata senior aku, "korang tak belajar lagi dah kata susah! kalau dah belajar tu takpe la...." 
"erk..kalau betul susah pun, kena la usaha!" <-- (ayat cover senior aku. haha.) :p

Posted via Blogaway

Study bersama Megi

,11:27 | 3 Comment
ang. ang. angg.. jangan nak stat cakap yang megi tak baik untuk otak pastu nanti habis semua ilmu aku baca tak masuk sangat lahhhh....,.
itu aku pun tahu..
sebab tu la aku tak makan mee segera jenama maggi . dah la produk nestle!
ishh! boikot!boikot!
aku makan megi jenama 'iman' and 'duha' aje... kalo tak percaya, pi la search google. mee segera yang takde MSG dan 100% keluaran muslim!! dijamin halal! sedap ke tak?? ummm..
kalo nak banding dengan maggi buatan non muslim dan tak sure apa yang diorang campak dalam adunan mee segera tuu...
mestilah lagi sedap mee segera dari hasil air tangan muslim niii!!! hehehe

Posted via Blogaway

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...