Pageviews Naik Mendadak.. : erk??!

,18:41 | 1 Comment
 Tengok tu... wahh.. kak hajar masuk Metro lahh!!! >MetroOnline<
Subhanallah... lihatlah kebesaran Allah buat insan solehah..
ok. simple post. juz nak cakap.. pageviews naek tetibe lepas publish post ni >> Kak Hajar.
bukan bertujuan untuk menunjuk2.. cuma mengingatkan diri sendiri agar tidak alpa.. alhamdulillah.. 
pageviews jd banyak tetibe.



oh ye. mungkin korang memang biase dpt pageviews macam ni. tp bg blogger macam sy ni, .. urm.. jarang la kot.. hehe.

Susulan Kisah Pemergian Kak Siti Hajar Ahmad Sabir..

,14:35 | 2 Comment
Mase mule2 aku dapat mcg dari besfren aku sejak sekolah rendah hari tu, aku buat dek aje. as if nothing happen..

(sms dlm dialek kelantan. cuma diterjemah agar mudah difahami.)

Kawan : Aisyah, knl tak k.hajar? kakak si nabilah tu? hajar sabir......
aku : kenal gitu2 je la... nape?

kawan : die kemalangan isnin lepas! inna lillah.. die operate selasa ari tu.. tulang belakang die patah. doktor kate, die kemungkinan lumpuh.. doakan die jugak biar ade keajaiban..

kawan : die skrg okey dah kot.. dah boleh makan bubur..

kawan : alhamdulillah kak hajar dah boleh bercakap. um.. ari tu lepas operate tak bercakap langsung. mata je celik.. hum, ya Allah tabahkan hatinya dan hati2 orang yang menyayanginya...

aku doa pon , doa main2 jer.. ya Allah.. rase bersalah and menyesal sangat sekarang ni.. 
sebab mase tu, aku ingat eksiden biase jer.. aku tak fokus betul2.. aku tak bace betol2 mcg tu.. ya Allah.. rase bersalah sangat.........! aku pikir, "um... kejap lagi baek la tu.. abang aku pun penah eksiden ape! sekarang ni, takde apeper pon.. sihat wal afiat je" ya Allah... ape la yang aku pikir mase tu? kenapa aku tak terdetik langsung nak doakan die betol-betol?????

Sehinggalah hari dimana aku bukak fesbuk, then ade 1post dari kawan sekelas aku mase sekolah rendah dulu yang menyatakan kak hajar dah pergi dijemput Ilahi.. mase tu, memang aku shock giler!! macam tak percaye, tau! rase simpati, terharu, sedih, and marah . kenapa aku sanggup abaikan die?? tapi sayang, semua dah terlambat... die sudah pergi. jauh.

mesti korang dah bace kisah yang ditulis sendiri oleh ibunya sendiri kan?? kalau belum, boleh klik sini >> Blog Kak Hajar.
aku pun ade share kisah die semalam.. aku copy paste jer.. and bile aku tengok, ramai giler blogger2 yang bace and share artikel tu kat blog diorang,, kat fesbuk pun kecoh pasal ni.. setiap hari, ade je yang post pasal kak hajar. Subhanallah.. aku tak pelik. sedikitpun tak merasa aneh. aku tau, kisah kak hajar wajar dan layak disebarkan ke seluruh negara. bahkan ke seluruh dunia. 

Aku tidak merasa itu suatu kejadian yang luarbiasa. kerana aku tahu.. itulah ganjaran Allah buat orang sebaik kak hajar. . . .

Ape hubungan aku dengan die?? owh.. macam ni cerita sebenarnya.. dulu, aku sekolah sekali ngan kak hajar., adik beradik die sume ade 3 orang yang sempat bersekolah sekali ngan aku. aku ingat lagi.. kak hajar ade 2 orang adik yang sekolah kat situ jugak. sorang name aisyah, sorang lagi name nabilah. kak nabilah ni sekelas ngan kakak aku .. dioarang tu sume, pangkat kakak la dengan aku. jujur aku cakap, mase tu aku kecik lagi. so, muke diorang aku tak berapa nak ingat sangat. muke yang paling aku tak ingat, muke kak hajar la.. tapi yang paaaaling aku ingat, 3orang adik beradik tu, baek giler ngan aku! terutama kak Aisyah. (name pon dah same ngan aku). serius. die layan aku macam adek sendiri. even kakak aku pun tak layan aku macam tu, tau!!! tapi, nak dikisahkan la... dioarang ni selalu berpindah randah. mase tu, aku tak tau aku darjah berapa, diorang dah pindah ke negeri laen.. then, lame sudah tak dengar cerita. kakak aku pun tak de la rapat sangat dengan kak nabilah tu.

the best of all, ibu kak hajar pernah datang rumah aku dulu, tau. sebab kak nabilah kan sekelas ngan kakak aku.. tapi, sayang sekali,. mase tu pun, aku kecik lagi.. hehe.. and again. aku tak berapa nak ingat sebab diorang datang..

ekcelli, aku agak terkesan dengan artikel yang ditulis oleh ibu kak hajar.. rase sedih sangat2.. aku dah terlambat nak doakan kesembuhan die.. yang aku mampu, hanya berdoa agar roh Kak Hajar ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.. Amin...... 
kak Hajar, I'M SORRY..

Serius! Terharu. sedih. Tapi Bangga. *KorangWajibBace*

,15:20 | Comment
 
 
"RENTETAN PENGALAMAN DI HARI HARI TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR"
 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan kehadrat Allah swt. Blog yang telah lama saya tidak update akhirnya diminta isi dengan suatu hikmah yang besar dari seorang mujahidah yang telah pergi ke alam sana. Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada arwah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca. 
_________________________________________________________________________________
6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami  tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi,  kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang  kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.



Sticker Logo ROYALTI At My Sidebar!!!

,17:55 | Comment
Assalamualaikum,,,..


Royalti !

Tetibe rase nak letak gambar ni kat sidebar pulak. eh.. sejak tgk pierre andre pakai sticker Royalti ni kot., hehe..


 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiqHHyPXzuLfc1QGVgd1kFMCxhCJkahkYFqa5fMWiMcKO1_dA1AtA_rVvunjC2kbYJhfcv_IFPPiDde2q1gG3w68xLA6Q9kFxf6G3WeBTLzdzHoBacL8o9dTvLLPzM_6EpEe5sXcE9asFrb/s1600/oki+n+pierre.jpg

anyway, gambar tu aku edit sendiri. and.. gambar logo R tu aku yg amek gambar, .. actually ni gambar sticker untuk lekatkan kat keta mase aku pegi konvoi Royalti ari tu.. tu pasal ade nampak kedut2 cket, dah tu, senget pulak. haha.. gambar snap gitu lor..

p/s: tulisan jadi warna merah tetibe. *semangat terlebih dos.* hehee.

Terlepas Bicara Selebriti. Again!!!

,21:03 | Comment
 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiqHHyPXzuLfc1QGVgd1kFMCxhCJkahkYFqa5fMWiMcKO1_dA1AtA_rVvunjC2kbYJhfcv_IFPPiDde2q1gG3w68xLA6Q9kFxf6G3WeBTLzdzHoBacL8o9dTvLLPzM_6EpEe5sXcE9asFrb/s1600/oki+n+pierre.jpg
Wahh.. pierre andre pakai sticker ROYALTI tuuu!!! hehe
 gambar ni curi kat sini.


akhirnya... seperti yang dijangka.. aku terlepasBicara Selebriti. Again!!!
Dah kali ketujuh ni, tau! TUJUH kali!!! yet, i'm still missing it.
padahal tempat tu dekat gilew ngan umah aku. 10minit je kowt!!!!!!!
faktor?? oweh..sememangnya bukan salah aku
tapi takdir tidak menemukan aku dengan para panelis yang gempak2 giler tuh!! (ekcelli ayah aku malas nak bawak.)
cer tengok post aku kat bawah post ni. o . yeah! sangat ohsem.
so,  aku terpakse godek2 you tube.. itulah tv kegemaranku. hehe.. now tengah tengok bicara selebrtiti 6. yang 7 belum jumpe lagi. jumoe yang amin idris nyanyi jex. hehe. tengok SINI >> aMIN iDRiS
bicara selebriti 6 boleh tengok sini >>> B.S 6


IKLAN CHURP2 :

This talc-free formulation gives optimal coverage as well as moisture to your complexion so the final result is matte but not cakey. Extremely silky and sophisticated to the touch, it is formulated with a pool of different mineral which are extremely skin compatible.

Bonus: Broad spectrum sunscreen provides protection against UVA/UVB rays. Made with Vitamin E. Fragrance Free.

Bicara Selebriti 7 : at Balai Islam,Lundang,KB,Kelantan.!

,20:56 | 1 Comment
 
 
 BICARA SELEBRITI 7

:: 20 Januari 2013 (Ahad)
:: Jam 9.00 Malam
:: Di Balai Islam, Kota Bharu

Panelis :
1. Oki Setiana Dewi
2. Pierre Andre
3. Ustaz Zamri Mantop
4. Azizul Hasni Awang

Moderator: Amin Idris Official Fan Page

Sila SHARE kepada sahabat2 semua=)

Alhamdulillah,budaya ilmu terus subur dibumi Kelantan
dibawah kepimpinan ulama'
 
 LIKE: Kelantan Negeri Serambi Mekah
 
I'm juz copying this from my Fb. juz wanna share it wif u guys. ary tu aku kempunan nak pergi bicara selebriti 6 >Baca Sini< . harap2, yang ni dapat pergi!! o yeah!

Oh, Merlin!! ~So sad~

,20:27 | Comment


Semalam. semalam episod akhir Merlin , kan? aku sempat tengok setakat time Merlin bagitau Arthur yang die tu adalah ahli sihir. Walaupun aku tak sempat tengok semua, tapi aku dapat bayangkan betapa sedihnya ending citer tu!! ruginye tak dapat tengok.....!! semalam aku memang ngantok giler2! tak boleh tahan , .. akhirnya , aku pilih untuk tido. sebab hari ni kan sekolah.. tadi pon tersengguk2 mase belajar Fizik. yang cuti tu, mesty best, kan? boleh layan Merlin sampai habess.. huuu...

ape yang aku tau, arthur, morgana, and modred mati. tinggal merlin ngan gwyneth jer. sedih yang part mase merlin bagitau arthur yang die tu ahli sihir, pastu arthur suruh die pergi. and i'm sure, mase arthur was dying tu, mesti super duper sedih, kan?? i think i would cry to death if i watch that scene. huaaaa.... tapi aku lagi sedih sebab tak dapat tengok semalam.. sekarang ni pun rase nak nangis guling2 atas lantai.. aduuuuuh!!! Merlin!!!~
I'll be missing you, sooooo much!!

Tips Mengurangkan Migrain.

,19:57 | Comment
Ape yang aku akan tulis ni adalah apa yang telah aku dengar dari cikgu biology aku sendiri. Memang aku takde pengalaman, tapi kawan2 sekelas aku banyak tanye kat cikgu care2 nak kurangkan migrain. To be honest, aku tak pedulik sangat ekcelli. Sebab aku tak pernah kena. So, aku tulis setakat ape yang aku ingat je la , ek?

First sekali, cikgu cakap, kalau mandi tu, jangan terus simbah air atas kepala. Mulakan dari bawah. Dari kaki, kemudian perlahan2 sampai ke kepala. Sebab cikgu kate, seharian kite kat luar, cas2 negatif akan keluar melalui ubun2 atas kepala. So, bile balik, kalau kite mandi main simbah air atas kepala, yang tak pernah kena migrain pon boleh kene migrain taw! if kita amalkan mandi macam tu selalu laa. Sebab cas2 negatif yang terkumpul atas kepala kite tu akan masuk balik dalam kepala and kenakan pressure yang tinggi. Tu yang jadi sakit kepala tu.. Especially yang bertudung, cas2 negatif tu tak boleh nak keluar. So, bile kite mandi start dari bawah, cas2 tu akan ditolak perlahan2 and akhirnya keluar.. cuba korang try test laa.. aku dulu pun mandi main simbah aje. Tapi sejak aku try mandi start dari bawah, macam boleh rasa ade cas2 yang naik perlahan2 ke muke .. lepas dah basuh sampai ke kepala, Insya Allah cas2 tu boleh keluar ..

Cara kedua? Cikgu cakap, ”Sujud Lama”. Yup.. sujud mase semayang laa.. pernah dengar tak, dalam otak kita, ade satu bahagian yang memang takkan ade darah mengalir kat situ, except kalau kite sujud? Mesti pernah dengar kannn..?? so, cikgu cakap, sujud lame2. Secara tak langsung, maknenye buat la solat sunat banyak2, tak pun buat solat sunat tasbih. Konfem lame punye korang kene sujud. Heheheee.. cikgu aku cakap, pada mulanya memang akan rasa sakiiiittt sangat2.! Tapi, jangan bangun! Tahan,!! and bile sampai satu tahap, kesakitan tu akan hilang serta merta. Insya Allah, kalau diamalkan selalu, serangan migrain akan berkurang..

WAllahu A'lam. Ok, that’s all. Tu je yang aku sempat ingat. Cikgu memang ade kasi doa ape sume tu, tapi aku tak sempat salin. Hehe..
Orang kate, Sharing is Caring. Sebab tu aku share ngan korang semua.. biar sedikit, mane tau berguna untuk korang.. ok lah. Gua chaw dulu,! Haha..
Wassalam..

Segmen: Makanan dan minuman kegemaran blogger Malaysia

,22:01 | 6 Comment
Assalamualaikum...

 
 
 
nak tulis post ni cepat2..! pasni nak wat homwerk. hehe..

makanan kegemaran ekk..
aku suke nasik goreng ikan masin!!! mau dua pinggan aku makan kalau nasik tu panas-panas lagi tau! haha. 
kenapa aku suke makanan ni?? sebab die masin. . aku suke makanan yang masin. haha. kena darah tinggi baru tau nanty.

second, aku suke makan nasik putih panas2, dengan ikan kering + ulam + budu / tempoyak. huih!!! yang ni memang terbaik beb! hehe. aku suke sebab aku suke la! dah aku suke, nak buat camane lagi. huhu..

pastu , aku suke ubi kentang. tak kira samada fries, wedges, mahupun yang dimasak bersama gulai ayam, semua aku suke!!! tapi ade satu yang paling aku anti habis .. mashed potato. haha. benda lain yang berkaitan dengan potatoes memang aku suke!

oh, ye! makanan yang bersup / berkuah. such as mihun sup, mee kari, nasi air, and so on .. including maggi. owh.. i love it! super2 love it! haha.

air?? hurm..... let me think. kalau aku pergi kedai biase aku order milo ais je selalu. tapi kopi ais pon aku suke. teh ais pon! eh! banyak pulak . paly kate nak satu jer kan?? ok, air kelapa. heheee..

Gara-gara Terlepas Bas!!

,21:18 | Comment
 
 
 
Ok. semuanya kerana aku terlepas bas!!! Tu pun  sebab aku pegi kedai buku Pustaka Seri Intan , nak beli pen and stationery untuk sekolah.. 15 minit je! 15 minit, je taaw!!
dan kehidupan aku berubah kerana 15minit tu!!

pukul 5:15 minit petang, bile aku and kawan aku sampai kat stesen bas tu, memang bas dah pergi dah. takde harapan. at first, aku ajak kawan aku balik jalan kaki tau! alaaa.. 7 km je kot..haha . giler.

ekcelli memang aku gurau ajer.. so, pikir punyer pikir, kitorang decide nak cari teksi. tapi , mase ni la pulak teksi takde!! eh, biase kalau time macam tu, berlambak jer kot kereta merah tu!!

then?? 

AKU? Jadi Setiausaha PPIM??

,15:59 | Comment
 
Ok.. memang bunyiknyer sangat ridiculous. tapi tu lar kenyataannye. ape yang nak dihairankan, semua majlis tertinggi taon ni adalah ahli2 PPIM taon lepas. telah dipilih and disusun oleh cik pengerusi taun lepas and diluluskan oleh guru pemimpin Pergerakan Puteri Islam sekolah aku. hahaaa..first time pegang jawatan tinggi. 

obviously, jawatan ni bukan melalui undian seperti kebiasaannya, tapi melalui kepercayaan yang telah diberi oleh kak pengerusi PPIM taon lepas.. pengerusi and naib pengerusi tu pon best fren aku jugak. haha. kitorang bukan berpakat mengampu kak pengerusi taon lepas, tapi kalau si beliau dah 'berkenan' kat kitorang, nak wat camne lagi kan? haha.. perasan tahap gaban.

aku pun terima jawatan ni dengan hati yang terbuka walaupun berdebar-debar mase dipanggil ke depan, suruh kenalkan diri. ketaq tangan cheq hang tau dak!

aku anggap jawatan ni boleh tingkatkan lagi keyakinan diri aku yang tak berapa nak tinggi ni.. taon lepas, jadi naqibah, baru aku belajar nak cakap depan orang ramai (walaupun ahli usrah hanya 11 orang). tahun ni, aku harap ..dengan jawatan yang diamanahkan, aku dapat ambil manfaat sebaik-baiknya and dapat jalankan tanggungjawab dengan ikhlas..

ye la... belum cube, belum tau, kan?? ape salahnye aku cari pengalaman.. alang2 dah ade peluang and kesempatan.

Ok.Wassalam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...