#Result SPM.

,13:58 | 13 Comment
assalamualaikum..
hari ni aku nak cerita pengalaman yang aku dapat rasa hanya sekali seumur hidup ni..
19/3:
bila bukak FB, memang kawan-kawan sume pakat post pasal result SPM. geng-geng Junior pun turut serta mengucapkan Good Luck jugakk..
tapi entahlah. aku tak rasa gementar pun masa tu. terpikir jugak, 
"eh. esok Result lah." 
"humm... so what?"
hahahaaa.. padahal orang lain punya tak lalu nak makan, tak leh nak tido.. aku boleh selamba je tak rasa apa-apa.
anyway ..that night, lepas online, dalam pukul 11 gitu, aku buat solat hajat .. thats for sure lah ,kan.
aku tak pernah mintak result yang tinggi .. 
cuma result yang cukup untuk tidak mengecewakan Umi and Abah, yang cukup untuk membalas segala penat lelah aku selama ni.. dan yang terbaik untuk masa depan aku. 
masa tu memang aku admit , aku nangis. bukan kerana terlalu takut jika aku dapat result rendah,tapi aku takut jika result aku itu tidak berbaloi dengan semua usaha, tenaga dan wang yang telah dilaburkan oleh Umi and Abah selama aku berada di tingkatan 5.
nangis sampai bengkak mata. tapi masa tu memang terasa malu yang teramat. malu dengan Allah. ye lah, selama ni aku bukanlah selalu ingat kat Dia. selalu lalai. tapi bila nak mintak benda, hah baru nak buat solat sunat bagai. mintak itu, mintak ini. aku terfikir.. Betapa baiknya Allah pada hamba-hambanya.. walaupun kita selalu lupakan Dia, tapi dia tetap sudi mendengar rintihan kita...
nak tidur terus lepas tu? oh.. memang tak lah. sebab kalau aku tidur terus, esok bangun pagi, mesti mata aku bengkak cam panda pakai spek Harry Potter.
so?apa lagi? terus tengok Running Man episod 188! huhuuhuuu... 
Guest :Kim Woo Bin. Rain.
'waaahhh.. Choi Young Do!' eheheeheee.. to be honest, dalam cite 'The Heirs' tu, aku lebih suka tengok Choi Young Do dari Kim Tan. meaning, aku lebih suka tengok Kim Woo Bin dari Lee Min Ho. hahahahaa..
tengok RM sampai pukul 12:40 pagi la lebih kurang... lepas tu terus zzzzz....
20/3:
pagi tu, bangun. semayang subuh tu tak perlu la nak bagitau kan. 
tapi lepas semayang, terus " qada' " tidur. haha.. ekcelli kebelakangan ni memang aku selalu tidur lewat. sebab tengah ada exam pengesanan Mac. aku kan daftar enam bawah. just in case kalau tak dapat masuk U. heheheee..
so, tidur dalam 1jam, lepas bangun baru breakfast. siap2, kawan aku datang rumah dalam pukul 11:30 . 
sebab aku mintak tolong dia bonceng aku ngan motosikal. hihihi. sampai kat sekolah dalam pukul 12:15.
terus masuk dewan,. masa tu tak penuh lagi dewan. yang ada cuma budak-budak form 5 yang tengah feeling-feeling macam diorang pulak nak amek result. hohohoo.. tapi lepas tu diorang keluar lah. sebab dewan tu hanya mampu memuatkan kurang lebih 400 orang sahaja dalam satu masa. calon SPM sekolah aku dah 300 lebih dah. tambah dengan ibu bapa lagi, memang penuh dewan. bukan setakat dalam dewan, kat koridor luar dewan pun penuh sesak. ramai yang terpaksa berdiri.
masa diumumkan satu persatu nama tu, aku memang tak rasa nervous ape la.. sebab instinct aku kata aku memang tak leh naik dah. kat sekolah aku ni, hanya orang yang dapat 8A keatas sahaja yang akan disebutkan nama dan ambik result dari tangan Pengetua atas pentas. kawan aku yang bonceng aku tadi tu, ekcelli dia dah check melalui sms, so dah tau yang dia akan naik pentas. cuma dia tak bagitau aku dia dapat berapa A..
tunggu punya tunggu, tengok-tengok, dia dapat 11A, tau! terkezutt eden! adoiy. aku duduk kat sebelah orang genius rupanya. hahahahaa.. 
and congrats to my BFF, dia pun dapat 11A jugakk.. for your info, kat sekolah aku ada 27 orang yang dapat 11A. agak menurun dari tahun lepas, 31 orang. huk hak. tapi G.P naik tau.. dari 2.8 ke 2.7 .. haa.. GP ni , lagi sikit, maknanya lagi bagosz..
satu persatu nama disebut .. ramai jugak kawan - kawan aku yang rapat dapat naik pentas. kawan aku yang duduk kat kiri kanan aku sekarang ni(Form 6), dua-dua naik pentas!! wahh.. aku diapit la nampaknya.. aku sorang je yang tak dapat naik.
dah siap penyerahan slip oleh mudir, yang tak dapat naik pentas, kena pegi ambik dengan guru kelas. aku dengan kawan aku yang sorang ni je yang tak dapat naik pentas .  aku memang rapat dengan dia sebab dulu kitorang sekelas. tapi masa form 4, aku turun ke kelas kedua. dia pulak kekal di kelas pertama. and buktinya!! bilangan A kitorang sama, okey!! memang la tak sama bagi setiap mata pelajaran, tapi bilangan bagi setiap gred tu sama 100% !!!
bilangn A+, A  solid, A- , B+ , B solid, and C+ semuanya sama! haha.. aku dengan dia ni memang pasangan sejati kot. dah kitorang pun pergi tempat tuisyen yang sama. 
and yes.aku ada C+. tau tak apa aku dapat C+ ?? tak lain tak bukan... jeng .. jeng .. jeng ....
ADDITIONAL MATHEMATICS!!!!!


haha.. add math tak payah cakap la. aku memang selalu dapat E. masa trial pun. ni dapat C+ pun dah kira bersyukur sangat dah.. eh. ..at least Mate Moden aku dapat A+ tau....!
aku agak nebes masa nak ambil result dengan cikgu kelas aku tu... 
sebelum dia bagi slip tu kat aku, mesti lah dia tilik dulu puas-puas. malu gile. pastu dia boleh pulak cakap, "Good. banyak A.. (bla..bla..bla..)" masa tu dewan tu memang bising sangat. aku tak dengar sangat Teacher cakap apa. pastu aku cam pikir. ala, tcer ni memang,,.. nak sedapkan hati aku aje sebenarnya. padahal result aku terukk.. aku ambik, pastu salam dengan tcer and terus keluar dewan. tak tengok pun dapat berapa A!!!
lepas kawan aku desak suruh tengok , aku pun tengok dan kira lah..
so, ? sape dapat teka aku dapat berapa? aku belanja choki-choki satu. hehehe...
-
--
---
----
-----
------
-------
--------
---------
----------
-----------
------------
-------------
--------------
---------------
----------------
-----------------
elehh.. ko ni, gempakz je lebih.padahal bukan orang nak tahu sangat pun result engko tuh. 
haha.. okey la.. okey la.. aku bagitau . aku dapat 7A jerrr...
kurang 1A je lagi untuk naik pentas!!!!! hahahaa...
tapi takpelah. tak kempunan pun naik pentas.. ..tiap-tiap tahun dah nama aku disebut kat atas pentas tu.. tahun ni biar orang lain la pulak. .. (wehekks... angkat bakul sendiri.)
masa semua nama selesai disebut, aku cam rilek je cakap kat kawan kat sebelah aku (yang bonceng aku tadi and dapat 11A) "eh, dah habis dah? kejap nye? tahun lepas kan lamaaa... ???"
pastu semua pelajar-pelajar cemerlang yang lain dijemput naik ke atas pentas untuk ambil gambar beramai-ramai. kawan aku tu pun pergi la . at that time jugak semua pelajar yang lain berebut-rebut pergi depan, nak dapatkan slip masing-masing.
aku tengok kawan aku(yang tak dapat naik pentas) yang duduk sebelah kawan aku tadi. tengok mata dia agak berair. aku malas la nak pi pujuk , tepuk bahu, cakap 'La Tahzan' bagai.. sebab nantikan makin nangis pulak dia. ye la.. perasaan ni, kalau dilayan, makin menjadi-jadi. lebih baik kita buat derrkk aje. . .. 
lepas tu, bila kitorang compare result kitorang, masa tu la baru tahu yang memang bilangan A , B dan C semuanya sama! jadi tak adalah salah seorang tu rasa ketinggalan atau merendah diri ..kan? 
Allahu Akbar! Subhanallah! 
betapa indah takdir Tuhan..
walaupun aku tak dapat naik pentas, tapi 7A tu dah cukup baik dah bagi aku. at least sama dengan bilangan A kakak aku.
nak tau satu cerita? 
aku sebenarnya selalu 'tiru' kakak aku dalam result exam besar ni..
Upsr : kakak aku 5A. aku 5A jugak.
PMRU( masa form 2) : kakak aku dapat 10A (straight A). aku pun.
PMR : dapat 9A. aku sama jugak,
SMU (masa form 4) : kakak dapat 10 Mumtaz(mumtaz tu bahasa arab, maksudnya macam gred "A" la) , aku pun dapat 10 jugak!! (memang subjek dia semua ada sepuluh je)
pastu hari tu sebelum result, kakak aku pernah tanya " SPM ko nak tiru aku jugak tak?" 
aku masa tu rasa cam tak mampu dapat 7A, aku cakap la taknak ..
tup tup, bila keluar, dapat yang sama! hahahahaaa... kan dah cakap.. aku selalu tiru dia.. 
yang aku tak dapat A tu, 4 beradik kembar siam thailand tu hah.. Biologi, Fizik, Kimia dan Addmath. 
sama la dengan kakak aku. dia pun tak dapat skor 4 beradik tu jugak.
tapi, tau tak apa aku janji dengan kawan-kawan aku sebelum ambik result tu, ?? "Sape yang dapat result paling tinggi, kena belanja makan." !!!!
hahahahahaaa.. makan ape, tak kisah. asal belanja. so, kawan aku yang dapat 11A tu lah yang kena belanja nampaknya. heheheee..
nanti lain kali kitorang keluar lagi untuk tuntut janji tu!!
so, bila sampai rumah tu, bukak je pintu, Umi yang tengah ada dalam bilik sebenarnya, terus keluar tanya result. ekcelli dia cakap , kalau dah dapat nanti mesej dia. tapi aku cam tak sempat . nak cepat-cepat balik, tunjuk slip depan muka dia, baru senang sikit. hahahaha..
masa Umi tengah tengok slip aku tu, aku cakap la aku dapat sama dengan kakak aku. at least takde la dia kecewa sangat . ehehehh.. 
and sebenarnya memang Umi rancang nak pergi sekolah aku. tapi aku tak bagi. takut dapat result rendah. kang tak pasal-pasal, aku buat muka selamba je, tapi Umi pulak yang menangis. hohohoohooo..
so, setakat ni je lah aku cerita pengalaman aku. 
mesti korang pun dah ada pengalaman kan? 
pada yang belum tu, siap la korang nanti ... 
and for all SPM candidates 2013, apa pun result korang, teruslah tersenyum dan ucap Terima Kasih pada Allah.
aku dah mintak yang TERBAIK dari Allah. and I believe, this is it.
so, korang pun kena percaya jugak..
bersyukurlah korang dapat sebanyak tu . mungkin ada yang dapat lagi sikit dari korang. renung-renungkan balik usaha korang selama ni. mungkin ada silap dimana-mana.
bak kata ustazah aku, Allah akan bagi mengikut usaha kita. kalau kita usaha banyak, maka banyaklah yang Allah bagi.
***NOTA KAKI : PMRU dan SMU tu mungkin most of you all tak pernah dengar kan. exam ni cuma ada disekolah Ugama sahaja. dan BUKAN di semua sekolah Ugama. exam ni diiktiraf sama dengan Shahadah  I'dadiah dari Maahad Buuth Islamiah Universiti Al-Azhar atau Sijl Menengah di negara-negara Arab.
the best of it, kalau ada sijil SMU tu , tak payah ambil kursus kahwin! hahahaa... tunjuk je sijil tu. boleh terus pi nikah .haha. kalau dah gatal sangat la kan..

Contest Teka Gambar dan Menang Topup!

,23:59 | 14 Comment
*TAMAT*

*Siapa yang Menang ? KLIK SINI.*


Assalamualaikum!! selamat pagi Malaysia! hehe.. eksaited sebab nak lancarkan first Contest kat blog aku ni. Contest yang simple-mimple aje, In Sha Allah,..
Syarat:
1. Warganegara Malaysia yang ada blog dan Facebook.
2. Follow blog saya ni . yes. blog ni la. blog mana lagi. huhu
3. Like page ni > Just Lady's Mart <
4. Tekan iklan ni : Terima Kasih dan tunggu sampai habis loading. (before that, please clear your cache and cookies. tak tau? tengok tutorial ni :  Tutorial : Clear Cache and Cookies )
Cara:
1. buat 1 entry bertajuk [Contest Teka Gambar dan Menang Topup!]
2. letak banner contest ni and backlink ke entry ni.
3. publish entry!
so, inilah gambar yang korang perlu teka.
klu : benda
*updated!*cara nak hantar jawapan, pergi kat Page Just Lady's Mart tu,
then Pm aku.
tulis NAMA, LINK ENRTY yang korang buat tadi, and jawapan korang.
send!
mana-mana peserta yang tidak memenuhi mana-mana syarat , maka penyertaan mereka tidak akan diambil kira. sila jujur. kalau tak, tak berkat hidup.
3 pemenang dicari untuk dapat Topup RM 5. 
*UPDATED!!*
>peserta pertama yang paling tepat jawapan dan paling pantas akan dinobatkan (ceh) sebagai pemenang! 
>2 lagi pemenang akan dipilih secara RANDOM antara peserta-peserta yang bagi jawapan betul. so, walaupun korang join lewat, still ada peluang menang! 

***Bilangan kepingan Topup yang diberikan mungkin terpaksa dikurangkan jika sambutan tidak menggalakkan..***

Kenapa Tak Boleh Follow????

,10:40 | 4 Comment


sedihnya... 2 hari baru aku tinggal blog ni..bila bukak semalam and nak follow balik insan-insan terpilih, google cakap macam ni,
"We're sorry... We were unable to handle your request. Please try again or return a bit later."

ala... ni yang aku tak suka nih. aku tak usik apa-apa pun padahal.. hari last aku bukak blog , elok je boleh follow.. ada sesape yang dapat tolong? penah alami benda ni? inform me, okey.

wassalam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...