Barang-barang yang diperlukan untuk ke UniSZA

,11:46 | 13 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
  
Unisza? anda ialah salah seorang manusia yang apply dan dapat tawaran ke Unisza? ke memang anda tak apply langsung Unisza, tapi tak tahu camane boleh tetiba dapat Unisza,kemudian anda redha je dengan ketentuan Ilahi? hahaha... tak kiralah anda dari golongan mana, tapi mesti anda tertanya-tanya kan.. benda ape yang boleh bawak dan perlu bawak bile masuk unisza? benda ape yang tak leh dan juga tak perlu dibawak ke Unisza? 
so, disini saya dengan berbesar hati nak menolong adik kakak abang sedikit sebanyak lah..
saya cume akan mention benda-benda yang biasa ditanya kepada saya sebelum ni oleh mereka-mereka yang baru nak masuk Unija nih..
1. Water Heater
eh? start dengan water heater? tak ke pelik ko ni syah.. hahaha.. takpe lah.
 pelik tapi benar....... 
haa! ekcelli aku ni kalau nak kata senior, tak adelah berapa nak senior sangatt...baru setahun 2 bulan berada di unija tersayang ni.. tapi sepengetahuan aku lah, para mahasiswa dan mahasiswi yang baru menjejakkan kaki di unija ni, mesti akan ditempatkan di blok-blok baru.. ape maksud blok baru?.macam yang saya dah mention dalam entry saya sebelom ni, di unija ni kira ada 2 kategori blok kediaman lah.. blok lama dan blok baru. macamana nak cam korang dapat blok lama or baru? haaa.. kalau blok lama, blok tu dinamakan dengan nama-nama tokoh-tokoh dan srikandi islam. 
contoh?
contohnya "fatimah", "habibah", "juwairiyah", "farabi", "ummu sulaim", "sa'odah" .. and so on...
kalau blok baru pulak?
haaa.. blok baru ni nak sebut namanya tu senang sikit.. sebab ia dinamakan dengan huruf-huruf abjad jee.. contohnya "blok C", "blok D", "blok I", "blok G", and so on...
maka.. ape sebenarnya yang nak aku sampaikan nih?.hahaha...  apa yang aku nak cakap sebenarnya simple je. .. :
BUDAK BLOK BARU TAK DIBENARKAN BAWAK WATER HEATER !
blok lama? haa.. yang ni aku tak berapa nak arif.. sebab macam ni.. kat blok baru ni pihak unija memang dah sediakan sebijik water heater elektrik kat dapur setiap rumah.. kat blok lama pulak takde disediakan... so, berdasarkan pengalaman yang aku pernah lalui sebelum ni lah kann.. kalau ade .. KALAU lah ade. spotcheck di blok kediaman baru, maka sesape yang bawak heater akan dirampas heaternya tuh.. kalau blok lama, aku kurang pasti.. dengar kata tak kena rampas. tapi korang takyah risau lah. sebab korang kan akan duduk di blok baru mase tahun 1 ni.. 
so, takleh bawak lah ekkk water heater? 
haa. yang ini aku tak decide lagi. sebab ramai je budak blok baru yang bawak sebenarnya. kahkahkahh... 
sebab?
ups.. haaa.. jangan nak memandai cakap kitorang ni jenis yang suke langgar peraturan sesuka ati ek..kitorang ade alasan tersendiri. 
macam aku, mase sem 1 memang aku duduk di blok I, tingkat 5. blok yang sangat terjaga kerapiannyaa..dan water heaternya memang berfungsi dan boleh digunakan setiap hari untuk bancuh air koko setiap pagi masa sahur.. dan rebus air untuk rendam maggi. hehehe.. 
tapi bile masuk sem 2, aku dipindahkan ke blok D, (yang mana keadaannya memang tersangat "ma sha Allah ni rumah orang ke tempat pemeliharaan cipan" seperti yang aku dah cerita dalam entry sebelom ni.. aku malas nak taip balik...) so, water heater nya tak payah cerita.. memang tak boleh pakai!! 
haaaa.. so, disebabkan itulah, aku terpaksa bawak water heater.. aku rase hampir setiap bilik kot ade water heater. hehehee... tapi tak pernah kantoi dan kena rampas lagi lah.. pandai2 lah korang nak idup..takkan aku nak ajar satu satu.. 
so, sekarang ni, terpulanglah pada anda.. nasihat aku, bawak je dulu sebijik kalau ade water heater yang lebih la kat umah.. pastu dah sampai bilik nanti, pi la usha ke dapur.. tengok samada water heater tu boleh diguna or dah K.O. huhu.. so, kalau ok, suruhlah mak ayah korang bawak balik ke rumah semula water heater yang korang bawak tu.. kalau K.O, haa kan senang dah ade backup, water heater sendiri..huhu.
kfine. panjang gile aku hurai.. pasal water heater je pun.hahaha..
2. BAJU KURUNG /JUBAH.
haaa. ini memang benda compulsory lah untuk budak first year bawak. sebab budak first year memang diwajibkan untuk pakai baju kurung / jubah untuk ke kelas.. baju kurung tu bawak lah dalam 8 pasang ke atas.. jubah dalam sehelai dua je pun takpe.. terpulang pada korang.
lelaki pulak macam biase lah.. kemeja or tshirt berkolar. 
tapi aku paham je pesen orang pompuan nii.. mesti malu kan nak pakai baju same tiap-tiap minggu? padahal baju tu basuh je pun.. dan suci. bukannye tak basuh punn.... kann? tapi kenapa malu ? sebab nanti takut orang kata kite dah takde baju lain selain tu..hahahaha.. aku tengok budak laki kelas aku rilek je pakai baju sama 3 hari berturut-turut. kohkohkohh. 
so, kalau pegi ke cafe dan pergi beriadah pun wajib pakai baju kurung ke kak? 
hahahahahaa...agak-agak la weyy..takde la peraturannya menggila sampai macam tu sekali. kalau pi cafe, pakai je lah tshirt muslimah yang sangat ayu dipandang tu. pakai tudung cam biase.. lelaki pulak perlu ke aku cerita? haa ok.. pakai lah tshirt tido korang pun boleh.. sekali pakej dengan kain pelikat. huhuuu.. 
3. EXTENSION WIRE ?
bagi yang tak tahu ape tu extension, boleh lah rajinkan diri menggoogle perkataan tu. hehehe. alahh. aku jamin kat rumah korang ade je benda ni.. 
so, perlu bawak ke datang Unija? untuk Universiti lain, maybe kena bawaklah kot.. 
tapi kalau korang ditempatkan di blok baru unija, korang kena sedar yang sebenarnya koranglah antara manusia yang peling beruntung di malaysia ni sebab dapat blok kediaman yang sangat terasa seperti duduk di apartmen , okey! 
kalau nak tahu, di blok lama, plug yang disediakan dalam setiap bilik cuma ada 2 sahaja. which mean setiap sorang satu plug lah.. yang mana sangat leceh bile korang tengah cas powerbank dan tetiba ade hal urgent nak gune laptop dan laptop korang habis bateri. haha.. jadi memang wajib bawak extension ke blok lama.
 tapi di blok baru, korang akan dapat 2 plug untuk setiap orang. .. maknanya total plug dalam bilik tu ade 4.. aku jamin memang korang takkan alami fenomena tak cukup plug kecuali kalau korang ade sorang kawan korang yang memang suke datang dan sambung charger laptop or henfon die kat bilik korang... pastu at the same time korang nak panaskan air untuk breakfast dan sambil nak panaskan air tu korang nak iron baju nak ke kelas pagi tu.. haaa. ok fine. admit it. aku penah alami benda ni. terpaksa 'pinjam' plug kat bahagian roomate punya. *sigh*
4. KASUT BUT KUNING PUA CHU KANG.

eh? knapa pulak tetibe sebut pasal kasut but nih? kena pakai kasut but ke pergi kelas? 

hahaha...mane ade.. gile ko nak pakai kasut but pegi kelas!. 
sebenarnya benda ni aku dah pernah cerita dalam entry aku kat blog ni.. pasal BANJIR.. so, ingat unija, ingat banjir. unija dan banjir berpisah tiada. tanpa banjir siapalah unija. bhahahaha.. apekebenda aku merapu ni.. tak pepasal cipta slogan baru pasal banjir unija. kahkahkahh..  
kalau nak tahu, tiap kali musim tengkujuh, unija memang takkan terlepas dari fenomena bencana alam yang dinamakan banjir kilat. kenapa banjir kilat? sebab banjir tu berlaku sepantas kilat.. kohkohkohh.. ehh betul lahh.. dalam masa satu malam je ,.kalau hujan tak berhenti, memang air akan naik hingga hampir ke paras lutut. sebab tu kalau nak utamakan keselamatan, bawaklah kasut but tuu.. kihkihkihh.. tapi tak ramai lah yang buat cenggitu sebenarnya.. aku pun teringin nak try, tapi malas nak beli kasut but sebab mahal.. kihkihkihh. jimat duet lahh.. sekarang kan kite membangun bersama GST. hohooi.. so, pilihan aku senang je. redah dengan kasut plastik. tapi kena jaga-jaga lah time arus deras tu.. jangan sampai hanyut kasut tu. 
abeh nak buat camane, kalau dah lecturer tak nak cancel kelas.. terpaksa la harung air..
tapi tu untuk hari first banjir je lah.. lepastu kalau dah teruk sangat, diorang akan umumkan darurat..maka saat tu lah yang paling best.. sebab sume kelas cancel dan ade orang hantar makanan ke blok.. hahahahahahahawww.. walaupun cume biskut kering dan pau sahaja. time macam ni lah megi memainkan peranannya yang sangat penting.. huhu.. nak redah air semata-mata nak ke cafe? fuhh.. memang tak lahh.. sanggup ke bhaii nak membasahkan stokin, kasut , seluar dan kain anda dengan air banjir yang hanyir dan menggatalkan kulit tuu..?
okeyy.. aku rasa setakat ni, tu je yang ade dalam pala otak aku..
kalau korang ade persoalan lain, bolehlah diajukan terus diruangan komen kat bawah entry nihh... ataupun boleh contact saya melalui email je : lurvepurple16@gmail.com .. 
lastly, aku nak ucap beribu tahniah la kat korang sebab ditaqdirkan untuk sambung pelajaran di Unija terchentaa nihh.. bersyukur je lah apa adanya.. memula memang rase segan...bile orang tanye,.study mane? dan kite jawab "unisza.." mesti muke diorang jadi macam "ohhh" je. tak pun lagi teruk "eh?uniza? U mende tu?.tak pernah dengar pun? oh.. ipts ehh...?" kfine kalau orang macam tu siries aku ase nak hempuk kepala die. haha. 
tapi takpe.. jangan down. teruskan usaha.. nanti grade, same je kalau result bagus, tetap dapat apply kerja bagus2.. kalau study kat UM sekalipun, tapi result hambar, tak gune jugakk...kannnnn? so, dont bother with people perception, just go on with your life. its your own life anyway. not theirs. 
 
mORE StorY abOUt UNISZA?? click here pleasee.... >UNISZA GONG BADAK<

Belajar untuk Adapt dengan Pantas!

,09:06 | 3 Comment

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
 

Hari Sabtu , 20/6/2015.
Aku tiba di UniSZA. Dengan semangat perjuangan baru.
Semester baru kini bermula.
Walau berhadapan dengan kotak bersaiz separuh katil bujang untuk diangkat dari stor ke bilik ‘baru’, namun hati tetap kena redha. Kena sadho.

 https://amaliasolicha.files.wordpress.com/2009/03/pindahan.jpg

Tengahari itu aku sampai ke bilik.
Aku tenung katil ‘baru’ aku. Dan almari ‘baru’ aku. Juga meja study ‘baru’ aku.
Bilik air. Ampaian. Tandas. Tempat basuh baju.
Semua berbeza. Completely different.

As we all know, untuk semester pendek kedua ni, semua orang kena pindah bilik. Obviously, semua kena pindah ke blok kediaman lama. Sebab blok baru budak diploma kemasukan baru yang duduk. So, kami sebagai senior baru yang prihatin dan cakna akan keselesaan para junior pun berbaik hati untuk membiarkan mereka mengambil alih ‘rumah kami’ yang sudah hampir satu tahun diduduki. Kahkahkahh…

Kalau dahulu..
Bukak pintu rumah je, ade rak kasut. Ruang tamu. Bilik air. Tandas. Dapur. Ampaian. Pastu ada 6 buah bilik. Selesa. Macam duduk apartment.

Tapi kini…
Bukak-bukak pintu je, nampak katil terus. Almari disini pula tidak seluas dan banyak ruang seperti almari dulu. Meja study tak payah cakap.. ade drawer sebiji je. Tu pun punye susah giler nak bukak sampai terangkat meja bila ditarik drawer tu. Hahaha.. kalau dulu, almari punye la banyak drawer sampai tak tahu nak bubuh ape dalam tu. Banyak sangat ruang! Sampaikan bile kawan USIM aku tengok gambar meja study aku tu, dia boleh cakap “untunglah.. meja study cantik..” Masa tu rasa cam ‘eh. Apakah??’ jerr.. sebab tak tahu yang meja study orang lain tak seindah itu. Hahaha.. ni sekali kena atas kepala sendiri… hurmm.. baru tahu rasaaa..

Tu belom nak cerita pasal bilik air. Sangat lain dan ambil masa untuk aku sesuaikan diri. Kalau dahulu, di blok kediaman baru, ada bilik air yang besar dan selesa. Dalam tu ada 3 tempat shower dan 3 biji tandas. Disediakan dalam setiap rumah yang diduduki maksimum hanya 12 orang. Kalau ada yang lagi naseb baik, satu rumah ada 8 orang je. So, bilik air dan tandas memang mencukupi, selesa, tak perlu tunggu orang lain mandi.

Tapi di blok lama?
Satu aras ada 25 bilik. Which make the total of students is 50. Dan bilik air disediakan di kedua-dua belah hujung tangga kiri dan kanan. Setiap bilik air bilangan shower dan tandas sama macam di blok baru jugak.. tapi yang berbeza ialah bilangan pelajar yang menggunakan bilik air tu. Bayangkan kalo dulu 12 orang untuk satu bilik air. Kali ini 25 orang untuk satu bilik air! Dan tempat membasuh kain memang sangat tak efisien sebab hanya ada di salah satu belah tangga sahaja. (naseb baik dekat dengan bilik aku) .. dan dalam tu hanya ada  3 buah sinki sahaja! So, jangan cakap kitorang ni anak dara pemalas kalo lepas ni kitorang basuh baju guna washing machine je .. haha.

Dan satu lagi cerita lawak bila aku terpaksa tanya bebudak blok lama pasal cara-cara nak survive kat sini. Sampaikan soalan yang paling noob pun aku tanye gak.. which is “ wey.. nak basuh pinggan kat manee?” hahhaa.. sebab?? Sebabnyaaa.. kat blok baru dulu, ada disediakan dapur. Kan aku cakap.. blok baru tu dia macam apartmen. So, memang ada dapur yang sangat comfortable. Dengan kabinetnya, water boiler, dan sinki khas untuk basuh pinggan.

Kat sini?? Memang kena gune sinki tempat basuh baju tu jer lah.. takpun kalo korang rela nak pi basuh pinggan dalam sinki kat bilik air pun takpe.. which is sangat aku tak suke. Ahhahaaa..

Aku terbitkan entry ni bukan untuk mengkomplain fasiliti di UniSZA.
Apa yang aku nak sampaikan disini ialah tentang kebolehan dan kemampuan seorang mahasiswa (or mahasiswi) untuk meng’adapt’kan diri dalam apa jua situasi. Terutama kat UniSza yang memang wajib ambik short sem untuk bebudak diploma. Short sem hanya makan masa selama 7 minggu sahaja. (tak termasuk cuti raya and else) so, memang kena belajar adapt dengan pantas.

Kalau nak bagi contoh diri ku sendiri, masa sem satu dulu (short sem) aku duduk di blok I (blok baru). pastu masa cuti sem tu, dah kena pindah dah. Bayangkan lah barang aku pun tak berapa siap nak unpack lagi, dah kena packing beg balik!! Ingat senang? Banyak kot harta aku angkut bawak mai sini.. dahtu pulak masa tu memang aku dah selesa dengan bilik tu dan baruuu je rase dapat adaptkan diri. Baruu je rasa boleh anggap housemate tu macam family.
And worst, cuti untuk sem satu hanyalah 2 minggu. Rasa cam tak dapat rehat lagi tangan ni mempacking barang , dah kena unpack balik untuk naik ke sem 2 di bilik yang berlainan, iaitu blok D.(masih blok baru) kira okey la sebab dapat blok baru.. kirenya susunan fasiliti masih sama dengan dulu.. cume dapat housemate yang berbeza jee.. dan kena belajar untuk sesuaikan diri dengan diorang pulak..
Dan untuk sem 3 , alhamdulillah kitorang tak perlu pindah.. so masih stay disitu. Selesa. Sangat kamceng dengan housemate. Sangat understanding dengan roomate. Lebih kurang 8 bulan kami di rumah itu. Rasa dah macam rumah sendiri pun ade. Rumah kedua. Honestly said, masa cuti sem 2 itu hari, memang ada rasa rindu nak kembali ke rumah di UniSza. Walaupun memang berat hati nak tinggalkan rumah di kelantan.

http://oliess.com/wp-content/uploads/2015/04/images-3.jpg 
And bile berakhirnya sem 3, disitulah berakhirnya kebahagiaan kami. Cuti sem 3 hanya 2 minggu sahaja. Tak rasa puas duduk kat rumah sendiri. Bila rasa macam baru je nak biasakan diri kat sana, dah kena balik semula ke unija and the most  important part is kena ngangkut barang dan unpacking balik!!


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi9R8e4uP7FqlEGwGM1ZhER8z74w8QEE0GoW0OrxdDn3uWgpZLPAc2G3P-kgjycJwYOF-2p_qsadrUNpux6Qj88ynPyQusEv9fmwqUOzz2HpLGHQCXcwDJ08VfRRu5LKiQuBztdrXuUwdw/s1600/9-Tips_Penting_Ketika_Pindah_Rumah_tiperumahminimalis.blogspot.com.jpg 
Tambahan pulak, macam yang aku cakap tadi.. sem ni duduk kat blok lama.. so memang banyak yang perlu dibiasakan..

Begitu. Kehidupan seorang mahasiswa.
Perlu berani menghadapi perubahan. Perlu cekap mengendalikan ketidakbiasaan. Perlu sentiasa belajar untuk improve diri sendiri. Disini, tak ada lagi mak ayah nak tolong siapkan bilik. Segala kelengkapan, cari dan susun sendiri mengikut keperluan. Tak ada lagi siapa nak tolong tanya samada kita selesa atau perlukan apa-apa.

Belajar. Belajar. Dan sentiasa belajar.
Itu tugas kita.
tanggungjawab kita.
 

The End of Semester 3.

,11:02 | 2 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
  
Hari Selasa, 2 hari bulan 6, tahun 2015. Secara rasminya aku telah tamatkan final exam sem 3 aku dengan tak berapa boleh dikata cemerlang sangatlahh actually.. hahaha. Ni exam yang paling teruk kot penah aku hadapi seumur hidup aku kat UniSza ni.. tak dinafikan banyak cubaan dan ujian yang terkadang membuatkan aku rasa nak jatuh terduduk atas lantai hingga tak nak bangun-bangun lagi dahhh..

Tapi… bila memikirkan balik.. weyy.. baru sem 3 kot?? Tu pun kau dah rase nak tersembam bagai.. aku takleh bayang kalo ko masuk sem 5, 6 nanti weyy..
Ok. So, aku get up balik lah akhirnya..
And… that’s it! Akhirnya berjaya jugak habiskan final sem ni walaupun memang berjalan tak berapa nak lancar seperti yang dirancang. Huhuhuh… sebab?
Banyak buang masa!! Study week tak payah cakap ape lahh.. dalam sehari tu sentuh buku 30 minit je..  pastu duk melayan movie . tak pun bersembang dengan housemate sampai tak hengat duniaa.. bhahahahaa..

Masa tengah final pun same je.. seb baik exam banyak belah petang. So, pagi tu memang pulun habis la wa cakap luu. Ase nak meletop kepala hotak pun ade…

So, result pada sem ni memang takleh aku nak predict. Dah la carry mark pun tak berapa nak cun. Tambah lagi final yang ade subjek aku tak habis pun baca buku sebelom masuk peksa tu.. maen sebat aje ape yang aku sempat baca. Fuhh.. dean list?? 3.5 and above?? 
Humm.. jap aku nak kira bintang kat langit dulu. Kalau dah habis kira nanti baru aku boleh predict dapat ke tak dean list tuu..

Harapan aku memang tak tinggi sangat ah sem ni.. sebab takut kecundang. Hehehe..

Jadi, next  story..
What do I have for this 2 weeks semester break? Haa.. jangan terkezut bila aku tulis 2 weeks sebab cuti sem unisza memang “alahkenapasekejapsangatmakjemahoiii..”
That memang aku tak boleh nak buat pape.. kecuali kalo korang berani nak bersua muka dengan TNC . kahkahkahh..
Jadi I redha + redah aje lah mana yang mampu I buat sepanjang cuti ni..
Anyway, aku dah buat list dah pun makanan ape aku nak masak sepanjang cuti ni. Whahaha.. melampauuuww.. eh. U ape tahu! Kat unisza sane bukan boleh masak pun! 6 bulan kot  aku tunggu peluang ni.. 
Tapi sedih gile sebab kat rumah takde bahan-bahan nak memasak.. so, mission ditangguhkan. Tunggu aku gi shopping the ingredients dulu lahh.. hehe.

Plan B. (naseb baik ade .. hehe.. )
Ok. Plan B is BUKU. Yeahh.. I got a lottt of books to read.. seriously a lot. Daripada pembelian guna baucer buku sampailah buku-buku inggeris yang aku beli kata Big Bad Wolf yang diadakan kat UniSZA baru-baru ni… 
sumpah banyak hokeyyy…! 
ni biar aku kasik bukti..


Aku belom sempat baca sebab, baik aku baca buku pelajaran aku daripada mengadap buku-buku ni lepas tu kalau fail takdelah aku sibuk nak menyalahkan lecturer buat soalan susah, kedekut markah. Huahuahuaaa..

So, semalam aku dah mulakan plan B, dan aku berjaya habiskan sebijik setengah buku Diary Of a Wimpy Kid. Sebijik setengah tu maksudnya aku dah habiskan buku first jilid tu dan aku sambung lagi jilid kedua ‘The Rodrick Rule’ tapi tak sempat habis.. series tak boring weh baca buku ni!! Sempoi dan lain dari yang lain!!well, actually aku memang dah lama mencari buku ni sejak aku tengok film yang diadaptasi dari novel ni… hampir-hampir je aku nak beli buku ni kat bookstore masa dapat baucer itu hari…. Alhamdulillah mujur aku tak beli sebab sebijik buku tu dah rm 20++ kot..  beli kat Big Bad Wolf,dapat Box of Books hanya dengan harga rm 60 sahaja!! Oyeahh.. 

So, itu sahaja lah untuk ari ni. Aku nak pi sambung baca buku … ahh so boring kena tinggal bile Umi Abah pergi kenduri and I don’t want to follow them coz I don’t really like being in the car for a long time coz kalau lama sangat nanti perut masuk angin, rasa sebu, mual, nak muntah, nak gigit hidung orang sume ade. Kang tak pepasal aku buat long face kat kenduri orang. Spoil je mood nak berilaturrahim dengan sedara mara nanti.. huumm.. nak buat canne. Dah memang aku begini. Aku yang dulu masih yang sekarang… ohh.. 

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...