Minggu Mesra Siswa UniSZA 2014/2015
Barang-barang yang diperlukan untuk ke UniSZA
#MMSUNISZA : Hari Pendaftaran di UniSZA.
Bermulalah Pembentukan "Kolam Buatan" UniSza.
cuma saje nak share pengalaman aku kat Unisza ni. nanti kalau ada bebudak SPM tahun-tahun akan datang nak apply masuk Unija, senang la bagi mereka nak baca dan 'korek' ilmu tentang unisza ni.. aku nak mudahkan kerja orang lain. masuk je blog aku, search je keyword "UniSza", haa.. nanti keluar la sume cerita. kan ke senang dan menjimatkan masa? sume information hanya dalam satu blog! tak payah nak meng'google' banyak-banyak kali!
ni gambar pagi tadi ... bukan gambar tahun lepas ke ape ekk.. |
nampak tak tangga tu? dalam gambar ni tangga first tu tak tenggelam lagi.. tapi masa kitorang nak gi kelas tadi memang dah tenggelam. |
ni video banjir tahun lepas.. tapi masa diorang rakam ni, aku tengok takde la tinggi sangat paras airnya.. yang pagi tadi punye lagi tinggii wooo....
The End of Semester 3.
Ok. So, aku get up balik lah akhirnya..
And… that’s it! Akhirnya berjaya jugak habiskan final sem ni walaupun memang berjalan tak berapa nak lancar seperti yang dirancang. Huhuhuh… sebab?
Banyak buang masa!! Study week tak payah cakap ape lahh.. dalam sehari tu sentuh buku 30 minit je.. pastu duk melayan movie . tak pun bersembang dengan housemate sampai tak hengat duniaa.. bhahahahaa..
Humm.. jap aku nak kira bintang kat langit dulu. Kalau dah habis kira nanti baru aku boleh predict dapat ke tak dean list tuu..
What do I have for this 2 weeks semester break? Haa.. jangan terkezut bila aku tulis 2 weeks sebab cuti sem unisza memang “alahkenapasekejapsangatmakjemahoiii..”
That memang aku tak boleh nak buat pape.. kecuali kalo korang berani nak bersua muka dengan TNC . kahkahkahh..
Jadi I redha + redah aje lah mana yang mampu I buat sepanjang cuti ni..
Anyway, aku dah buat list dah pun makanan ape aku nak masak sepanjang cuti ni. Whahaha.. melampauuuww.. eh. U ape tahu! Kat unisza sane bukan boleh masak pun! 6 bulan kot aku tunggu peluang ni..
Tapi sedih gile sebab kat rumah takde bahan-bahan nak memasak.. so, mission ditangguhkan. Tunggu aku gi shopping the ingredients dulu lahh.. hehe.
Ok. Plan B is BUKU. Yeahh.. I got a lottt of books to read.. seriously a lot. Daripada pembelian guna baucer buku sampailah buku-buku inggeris yang aku beli kata Big Bad Wolf yang diadakan kat UniSZA baru-baru ni…
Belajar untuk Adapt dengan Pantas!
Kat UniSZA ada "Mak Cik Karipap" ke??
Kerusi Paling Atas di Stadium.
seumur hidup aku, aku rasa termasuk kali ni baru 2 kali aku pernah jejakkan kaki dalam stadium. pertama masa aku kecik-kecik dulu . tu pun pegi sambut merdeka, tengok bunga api.
dan kali kedua?? ari isnin ari tu! hihi. tu pun bukan pegi tengok bola. aku pi stadium tertutup kat terengganu ni sebab nak sertai forum perdana. ahli panelnya ialah dr. fadzilah kamsah dan dr. ridhuan tee bin abdullah.
dengar nama panel aje dah tau mesti best. unisza sediakan 4 buah bas dan memang penuh gile sampai 2 seat tu kena duduk 3 orang. tu pun ruang berdiri penuh jugakk..
so mase dah sampai tu aku dan kengkawan pun jejakkan lah kaki dengan penuh perasaan macam rusa masuk kampung. hihii..
bila masuk tu, tempat duduk kat bahagian bawah memang dah penuh sebab ahli panel pun dah memang tengah duduk atas pentas. (dalam erti kata lain kitorang lewat laaaa..)
maka dalam keadaan terpaksa tapi teruja kami pun mendaki ke tempat duduk paling atas kat stadium tertutup tuu.. hahaha.
dan inilah view yang kami dapat dari atas tu. ni kalau ambik guna DSLR konpem lagi cantekkk.. warna warni gile.
forum perdana ni berjalan selama kurang lebih 2 jam la kott.. masa forum ni baru la aku tahu yang dr. ridhuan tee abdullah ni sebenarnya baru sahaja menjadi salah seorang lecturer kat UniSza. huuu.. nampak sangat aku ni tak ikut perkembangan semasa kan. haha.
kesimpulannya forum ni memang best gile tapi kenapa kejap sangat.. tak puas nak dengar weyy.. huhu.
tapi yang paling aku hampakan..
tak sempat selfie dengan dr. fadzilah kamsah!!!! huuuu,..
Posted via Blogaway
Sementara masih ada waktu...
Aku Balik Esok..
Ada Apa pada Konsert UNIC?
ni masa atas pentas.. |
ni diorang otw nak balik..sempat lagi bro fakhrul berenti sebab ade orang nak selfie. huhu.. kalau aku yang panggil agak-agak dia nak berenti tak? hahahahaha |
dan ni aku dapat dari FB bro Bazli UNIC kalau tak silap.. |
ni pun gambar dr Fb Bro Bazli.. cer cari dimanakah akuu?? hahahaha... |
2 Malam Tanpa Bantal.
amboi tajuk entry ko.. kemain lagi. macam la tak penah tido tanpa batal....
hohoho. memanglahh..kalau qiamullail kat sekolah, biase aje tido atas lantai tanpa batal. tak kesah sangat punn.. tak de beza sangat pun.
tapi 'bantal' di sini hanyalah salah satu elemeb dari unsur yang lebih besar . wahh.. ase cam tengah mengajar chemistry pun ade.. hahahaa.. in a simpler meaning, bantal tu aku simpan dalam luggage aku dalam stor unisza.!
nak diluahkan perasaan la.. aku ni budak sem 1 (pendek). ari sabtu ari tu baruu.. je daftar balik untuk sambung sem 2. aku sampai bilik dalam pukul 1 tengahari camtu. pastu kawan aku cakap stor dah tutup. aku pun cam ,ok. takpe lah. ambik esok. maka malam tu aku pun tido la tanpa bantal dan selimut sebab kedua-dua elemen penting atas sesebuah katil tu aku simpan dalam stor. sampaikan pagi tu aku terjaga awal sebab nak terkencing oleh kerana kesejukan yang teramat sangat seperti berada di hujung kutub utara. fuh. amek ko aku punya description macam nak buat essay.
tapi aku redha je la. ingat nak pi amek esok. tapi esok pulak aku ada kelas pukul 11. stor pulak memang bukak pukul 11.30 - 12.30 je kalau ikut jadual ...pastu memang takkan dibukak sampai keesokan hari. so aku cam errr.. redha aje la. pi kelas.maka malam itu bermulalah kembali hikayat penuh kedukaan dalam hidup aku . tidur pakai sweater berbantalkan towel dan berbungkus kain batik!! ok laahhh.. malam ke2 tu tak kesejukan sangat la sebab pakai sweater kannn.
pagi tu aku bangun ko tahu housemate aku cakap ape? "kesian aku tengok hang tidur dengan kain batik semalam.." aku pun cam umm..nasib badannn.... housemate aku tu pun tak amek lagi barang dia kat stor.
so? malam ni?? ??? haa... nasib baik pagi tadi housemate aku yang sem lepas tolong keluarkan barang-barang aku tu.. oh my darling. thank you soooo much!! hihi.
mula-mula aku bukak luggage aku tu, first thing yang aku pegang is bantal aku la. then selimut. you guys! i really miss u guys !! ahaks! jadi malam ni malam first la aku tidur ditemani bantal and selimut aku.......
puas. annoyed. lega. fuhh.
wassalamualaikum...Thanks for visiting!
I'm Rooting for Drama "Aku Pilih Kamu" !
sebenarnya mase aku balik cuti sem aritu, aku tak layan pun cerita ni. tetibe mase hari episod akhir drama ni, kawan aku pesan kat aku suruh tengok sebab cite ni best katanya.. aku pun tengok je la walaupun tak tahu hujung pangkal sebab tak pernah tengok satu episod pun sebelum ni. tapi malangya, aku tak sempat tengok sampai pengakhiran episod ni sebab Umi tetibe panggil mintak tolong taipkan kertas kerja dalam laptop. hum.. takde rezeki..
so, balik je ke unisza, hidup aku yang dipenuhi kebosanan setiap masa membuatkan aku teringat nak tonton drama ni. mula-mula tu aku download satu episod jee.. saje nak try test tengok , best ke tidaak... dan lepas je tengok episod pertama, terus aku download episod-episod seterusnya sebab tak shabar nak tahu kisah dia selanjutnyaa.. hahah..
kedua, cerita ni ade elemen kekeluargaan. aku ni. yes, aku. aku memang suke drama yang mengetengahkan elemen family dan friendship. dalam drama ni, ade jugak elemen friendship, tapi yang lebih ditonjolkan ialah pasal keluarga. disebabkan harta, keluarga sendiri berpecah belah.
salah satu part yang buatkan aku menitis air mata ialah bile Qasya bersatu balik dengan family kandung die. lakonan Siti Elizad sebagai Nadiya siries memang mantap ah! aku nengok muke dia je terus rase nak nangis. bile die peluk Qasya, memang terus berjurai air mata lah aku! ready dengan tisu eh kalau nak tengok part nih! heheh..
dan ketiga, yang ni kalu aku salah tolong betulkan eh.. tapi sepanjang yang aku ingat la pasal drama ni, memang jarang sangat atau boleh kata hampir tak ada scene yang melibatkan sentuhan antara lelaki dan perempuan. kalau ade pun, seingat aku,... umm.. part Farouk tolak Qasya mase nak halau die. pastu Farouk lempang Qasya. Rizman lempang Qasya. .... dann... tu je kut yang aku ingat. oh ye. banyak kali betul Qasya kena lempang dalam citer ni yer.. hahaha..
even Qasya dan Rizman dah kahwin masa episod 4 drama ni , tapi sampai episod last, scene Rizman lempang Qasya tu je seingat aku yang ade.. tu pun takkan la die lempang betul-betul kan..
Itu memang aku kasi tabik kat pengarah Zul Huzaimy! cume satu je lahh.. heroinnye tak pakai tudung.. well I guess memang jarang kut heroin drama pakai tudung kecuali kalau cerita yang adaptasi dari novel.. kannn??? tapi usaha mereka untuk menjayakan drama ni tanpa adegan-adegan yang tak sesuai ditonton oleh bebudak umur 13 tahun memang boleh dipuji jugak lah.. at least mereka tak de lah hidup dalam dunia khayalan bahawasanya bile kahwin, dapat suami romantik, tetiap hari buat surprise, kalau merajuk kena pujuk, and so on, so on.
sebab aku dah meluat dengan scene-scene macam tu lah, aku menyimpang pulak ke arah drama yang macam ni tau! dulu boleh lahh.. masa budak hingusan dulu, baru lepas SPM boleh la aku nak baca novel dan tengok drama macam tu. sekarang aku budak Universiti hokeyy.. kasi naik taraf sikitt.. memang tak ah aku nak jatuh ke lembah imaginasi bebudak tak cukup umur macam tu. hahahha..
and! walaupun drama ni takde scene heroin merajuk and hero pujuk, lepastu hero pulak merajuk and heroin malas nak pujuk, kemudian mereka bergaduh besar sebab last sekali dua-dua malas nak pujuk,.. drama ni tetap membuatkan aku tersengih-sengih sorang diri mase Rizman dah mula berbaik-baik dengan Qasya. dari guna 'Aku.Engkau' sampailah 'Saya.Awak' dan pada episod akhirnya 'Sayang' ,.. hahahhaaa.
dan tahniah diucapkan pada pelakon-pelakon drama ni (takyah nak bagi ucapan tahniah sangat la syah, macam lah diorang akan bace entry ko ni hahh) atas lakonan korang yang penuh penghayatan tu.
Walaupun Adam merupakan seorang boyfriend, abang dan anak yang baik, patuh, sweet dan caring,, tapi aku tetap suke Rizman sebab Rizman garang macam angsa yang tak tentu pasal nak kejar dan patuk orang. hahahaa..(kfine. tak lawak.)
pemilihan pelakon memang terbaik ahh.. memang sesuai tiga beradik tu.. yang bongsu paling pendek. kahkahkahh..(amboi sedap ko mengutuk eh, syah)
ape-ape pun, OST drama ni memang best. !! aku tak kenal sebenarnya sapekah gerangan Ippo Hafiz ni, tapi first time aku dengar lagu dia tajuk 'Hidayahmu' dalam fon aku yang aku taktau datang dari celah mana sebab seingat aku tak pernah download, tapi terus aku boleh suke lagu tu! dan bile dengar lagu OST drama ni, memang aku terus teringatkan die. mase tu aku tak tau lagi yang memang die penyanyi lagu OST ni,, dan semalam bila aku search, memang betul lah die!! wahh. suare die memang unik dowh.. sebab aku boleh cam dengan senang .. tak ramai penyanyi yang aku boleh ingat suara die hanya dari sebijik lagu.
Nasi Bujang RM 3
Minyak Panas dan Ubat Gigi
Hhaha.. rasa macam dipergunakan. Tapi takpelah. Bila Umi cakap macam tu , aku rasa berharga la jugak. Well at least ada benda aku boleh buat untuk berbakti pada Umi..kannn???
*rasa sedih pulak nak tinggal Umi. Nanti sape nak tolong cuci pinggan, masak, dan kemas rumah? :(( *