Pemenang Contest Teka Gambar dan Menang Topup...

,21:20 | 3 Comment
before that, aku nak ucap terima kasih sangat-sangat kepada yang sudi join Contest aku yang tak seberapa ni..tanpa sponsor walaupun seorang .. alhamdulillah. budak 18 tahun ni akhirnya  mampu melengkapkan contest ni.

even tough tak ramai yang join, aku tetap bersyukur. and pasal peraturan yang sentiasa diubah-ubah tu, sorry sangat2.. .. aku kan newbie lagi dalam menganjurkan contest ni. so, otak ni belum dapat menjana peraturan2 dengan sempurna. sorry to say, yang bilangan kepingan Topup yang akan diberikan telah dikurangkan kepada 2 orang sahaja,,.... well, at least tak de la ayat "GA secara automatik akan DIBATALKAN jika takde sambutan"

and sorry lagi sebab lambat sangat umum pemenang. sampai ada yang email aku. hehe..satu lagi black hole disitu. but dont worry .takkan la aku nak mungkir janji kan. breaking promise is not my style lahh.. hohohooo

harap korang paham,dengan keadaan tidak mengizinkan.. aku terpaksa lewatkan tarikh pengumuman ni.
ye la, tengah struggle dengan exam pengesanan Mac lagi, nak kena ambil result SPM lagi.. pening nak pikir pasal kos untuk masuk U lagi... it's been really hard for me.

so, apa jawapan yang tepat untuk gambar ni ??


tadaaaaaaa!!!

 cermin mata/ kaca mata/ spectacles .. sume aku terima.hehe..

haaa.. overall memang bagi jawapan yang tepat.


so, for the first winner is,, orang yang first sekali join contest aku ni...... dan bagi jawapan yang tepat..


You've got RM5 Topup!! tahniah!

dan, pemenang berdasarkan Cabutan bertuah dari tangan aku sendiri ,

setelah baca Bismillah 3 kali and aku cabut undi ......
jeng..jeng..jeng...



congrats!!
oh yea. karimah zulkafali, saya bagi awak menang bukan sebab awak email sy okey. dah memang rezeki , saya cabut, dapat nama awak, hehe..

sila PM FB Isya Purple dalam masa 3 hari dari tarikh ni utk tuntut Topup anda.
jika tidak, cabutan lain terpaksa dilakukan.....

 sila pm Guna FB yang sama, bagitahu Nak Maxis/Celcom.

dan untuk menghargai para peserta semuanya, aku akan buat satu list, nanti senang korang nak blogwalk. tapi..err.. follower widget problem lahh.. sampaikan aku sendiri takleh nak follow korang. =,=

so, aku nasihatkan pasang button follow yang warna kelabu macam kat atas kiri blog aku nih ..sebab button tu berfungsi. trust me. bukan susah pun nak pasang menda tuh.
so, ape2 pun thank you banyak2 and jumpa lagi dilain siaran...


MiniGiveaway #1 by Ayie Atiqah

,09:10 | 2 Comment
 jom support GA nih. #LAST DAY.

Aku Otak Kiri ???

,09:00 | 4 Comment


semalam masa godek2 FB, terjumpa friend yang post satu video pasal test otak kiri or kanan .. >SiNI< aku pun dengan eksaitednya mencuba. bila keluar result, eh.eh. aku otak KIRI ?? bila tengok personality2 otak kiri tu, rasa macam tak percaya aku ni otak kiri.

Logical
Verbal
Structured
Neat
Anaytical
Good at Languages
Imaginative
hah. yang pasal imaginative tu aku setuju lahh.. tapi tang "Neat" , "Verbal" ape sume tuh.. pelik jugak aku. adakah test aku buat ni salah or memang aku yang tak kenal ngan diri aku sendiri? 
and bila tengok ciri-ciri otak kanan pulak, aku rasa macam kena aje dengan aku,
Visual
Outspoken
Artistic
Impulsive
Intuitive
Daydreamers
Disorganised
yang pasal daydreamers tu paling aku akui. kehkehkeehh..
so, apa lagi. terus aku google. mana tau ada ujian yang lain kan.. and jumpe kat satu website nih.
http://ms.sommer-sommer.com/ujian-otak/
dan lepas aku buat tu.. keputusannya... 
jeng
jeng
jeng .....

Otak kiri???
aku macam .. erk.
 what the heaven is going right now...?

aduis. nampaknya makin bertambah tambah la kekonfiusan aku nak pilih course nanti. oh .terasa malas nak update UPU. tarikh tamat dah nak dekattt .. oh pelis

perlukah aku percaya pada ujian ni ..
atau teruskan dengan apa yang aku tahu pasal diri aku sendiri????

moral : jangan biarkan kehidupan anda diselubungi Misteri ......

Masih struggle Untuk Follow Blog Korang..

,21:06 | 6 Comment


walaupun Follower Widget sekarang ni ala-ala mati segan, hidup tak mao, aku tetap masih tidak berputus asa untuk follow balik blog-blog yang dah follow aku ni.. dah lama tak follow back orang. bila nak start operasi, eh. tetiba follower widget buat hal pulak ...

tapi aku still bw lagi di blog korang .. kalau ada yang letak button follow macam kat atas kiri blog aku ni, boleh jugak nak follow. kalau tekan button 'Join This Site' , ada blog yang ada 'More Options', tu masih ada harapan lagi. tapi kalau yang guna Google Friends Connect, memang takleh nak wat ape dah..

so, ape2 pun. kesimpulannya, kena tunggu Doktor pakar blogger tolong bedah widget tu. maybe tertelan kapur whiteboard kot. tu yang tetiba jem. hohohhooo...

so, kita lekk dulu. and layan Running Man ep 190!! wihuuu...!!

wassalam..

Dah Tebus Baucer KFC !!!

,09:12 | 2 Comment




HAAA.... nampak, tu! nampak??? "redemption complete". best jugak main jawab2 Survey ni,, aku baru jawab 2,3 survey, dah boleh tebus baucer RM10 KFC. humm.. ingat nak tebus McD. tapi teringat pasal boikot. hehe..tak jadi lah..

korang nak try jugak? boleh ,, kasi email kat aku, nanti aku invite korang okeyh.. heheheee.. 

"Tali Kasut Tercabut,"

,09:55 | Comment



tiba-tiba teringat pulak kisah aku diusik oleh sorang abang yang kerja baiki paip kat jalan on the way ke rumah aku hari tu.. Masa tu ada operasi tukar paip apa ntah. Tapi yang pasti,diorang kena korek balik tar tu then timbus balik lubang yang dikorek tu. Tiap-tiap hari masa balik dari sekolah, memang aku terpaksa lalui jalan yang berliku tu. Dengan mesin pengorek , dengan jentera yang bawa tanah and pasir lagi .. 

Satu hari tu, masa aku lalu, ada salah sorang pekerja tu tegur aku (ekcelli dalam dialek kelate, tapi aku translate.kang aku tulis dlm dialek kelate kang, korang pulak yang ternganga-nganga)

"Tali kasut tercabut tu"
aku pun yang trauma dengan kasut bertali yang aku pakai tahun lepas, terus tengok ke bawah. Tapi kepala aku tak bergerak la, cuma mata je jeling ke bawah tak sampai satu saat, pastu terus tersedar. Pandang atas balik.

"Kenapa tengok bawah? Kasut tu bukan ada tali pun,," si 'abang' tu cakap sambil sengih.

Aku pun turut tersenyum gak.. Hehe.. Nak wat canne, aku kan selalu je tali kasut tercabut masa nak balik rumah. Biasanya aku jalan je  macam tu sebab malas nak ikat balik. Paling rajin pun aku selit je tali tu kat tepi kasut. And kadang-kadang memang ada pakcik-pakcik yang tegur. Tu yang aku jadi trauma tu.hahahahaa..

"Jangan marah .. Saya gurau je.." the 'abang' cakap lagi lepas tu.

Tapi biasa aku jarang nak senyum bila ada lelaki yang tegur. Tapi 'abang' tu aku tengok gaya dia tegur bukan gaya nak menggatal, tapi gaya cam boring sebab dari pagi sampai petang duk baiki jalan tu, .. So bila ada orang lalu, dia tegur la... At least ada aktiviti jugak, selain berjemur tengah panas tu je.. 

Tu kalau jumpa ngan 'abang' yang 'baik' , tapi ada gak jenis yang annoying.. Contoh masa aku dalam perjalanan nak gi sekolah ari tu. Bas berenti kat stesen, so aku kena jalan lagi baru sampai kat sekolah. Masa tu dah agak lewat ,so aku jalan pun kaki macam tak jejak tanah , muka pulak masam cam asam keping. Masa lalu kat area pasar tu, ada banyak van tengah hantar bahan-bahan mentah. So ada salah sorang pekerja lelaki tu tegur aku, "Lor.. Sedihnya gi sekolah," 

aku lalu macam kilat je tepi dia ekcelli. Ntah apa dia cakap pun aku tak faham. Sedih pergi sekolah? Bila masa lak aku cakap aku sedih? Tapi dia cakap tu memang dalam nada annoying tahap petala ke-16 la... Aku pun terus membebel-bebel dalam hati, "memandai-mandai je cakap aku sedih.aku punya la semangat nak pi sekolah. Ko tu ape tahu. Tu laa...dulu kecik2 malas gi sekolah. Besar2 keja tukang angkat barang je." haha.. And I know I'm bad. Hehe.. 

takde niat nak mengutuk ekcelli. cuma.. a bit annoyed disitu.
so, the moral?
jangan la suka bagi orang sakit hati ekk.. dah la tak kenal, pastu boleh keluarkan ayat macam tu pulak.lagi la aku bertambah stres...

Hey, you! Jangan Sentuh Aku! (Part 9)

,21:44 | Comment

Dia menapak perlahan-lahan menuruni tangga masjid. Matanya tertumpu pada sekumpulan gadis yang sedang berjalan melewati pintu pagar masjid itu. Syakir menepuk bahunya dengan tidak semena-mena.
"Enta ni dah kena sampuk pulak, ke?" soal Syakir, sinis. Sekali lagi perkataan 'enta' digunakan untuk menyindir Fakhrur agar tidak merenung gadis-gadis dihadapan mereka terlalu lama.
"Takde la... Kita kan selalu solat kat sini. Tapi aku tak pernah nampak pulak gadis-gadis 'solehah' tu sebelum ni," sengaja Fakhrur menekankan perkataan 'solehah' itu, merujuk kearah 8 orang gadis yang memakai tudung yang labuh hingga ke paras punggung kesemuanya, sedang berjalan sambil galak bercerita.
Jarak antara mereka tidaklah terlau jauh dan tidak terlalu dekat. Sempat juga Syakir menangkap beberapa butir bicara mereka itu.
"Kita nak pergi makan kat mana ni?" tanya salah seorang gadis yang memakai pashmina labuh berwarna coklat.
"Entah. Mana tempat yang best hah?" soal gadis yang lain pula.
"Aku tak pernah pun makan kat area sini. Habis tu, kita nak tanya siapa ni?" suara gadis yang berada di tengah-tengah kumpulan itu membuatkan Fakhrur sedikit tersentak. Sungguh, dia kenal dengan pemilik suara itu. Syakir pula tiba-tiba sahaja melajukan langkah kakinya membuatkan Fakhrur tidak sempat menahan dan hanya mampu menurut.
Syakir menyapa kelapan-lapan orang gadis itu dengan salam. Mereka semua tersenyum manis kecuali Humaira' seorang sahaja yang agak terkedu melihat kehadiran Syakir. 'Ni bukan ke kawan 'dia' tu? Kalau kawan 'dia' ada kat sini, maknanya...' sedang Humaira' berkira-kira sendiri dalam hati, wajah Fakhrur sudah terpamer dihadapannya. Tepat sekali tekaan Humaira' kali ini. Hampir sahaja dia menepuk dahinya sendiri apabila melihat Fakhrur sedang tersenyum simpul ke arahnya. Akhirnya Humaira' ambil keputusan untuk tampal senyum plastik di bibirnya.
Klik sini untuk sambung baca cerpen ini...

                                                                    Go to Part 10>>

Untuk Senarai Penuh part2 dalam cerpen ni, klik >>SinI<<

sorry sangat2 sebab lambat giler update cerpen ni. harap korang paham, aku sedang sibuk sekarang ni. terutama lepas result SPM keluar. hope korang masih setia menanti . kekekee..


Ada orang nak bagi duet ....

,07:43 | 2 Comment

hari tu ada terima satu email ni ....tengok ..


hah. bace .. jangan tak baca. punya la panjang lebor dia tulis email ni. pastu send guna software entah pape. last2? terus aku tekan Report Spam. ngeh ngeh ngeehh.... ayat yang paling aku tak leh blah ialah "walaupun jumlahnya tidak seberapa,saya harap anda sudi menerimanya" bebb!! 1.3 juta dollar kot!!!
pastu boleh pulak duet tu kalau tak tuntut, akan jadi hak milik negara AS?

teringin rase nak balas and cakap ...
"takpelah kak, saya kalau setakat 1.3juta dollar tu, celah gigi ajer.. kalau nak bagi, laen kali bagi la banyak sikit...akak ambek je lah duet tu. saya sedekah." hahahahaaaa...

#Result SPM.

,13:58 | 9 Comment
assalamualaikum..
hari ni aku nak cerita pengalaman yang aku dapat rasa hanya sekali seumur hidup ni..
19/3:
bila bukak FB, memang kawan-kawan sume pakat post pasal result SPM. geng-geng Junior pun turut serta mengucapkan Good Luck jugakk..
tapi entahlah. aku tak rasa gementar pun masa tu. terpikir jugak, 
"eh. esok Result lah." 
"humm... so what?"
hahahaaa.. padahal orang lain punya tak lalu nak makan, tak leh nak tido.. aku boleh selamba je tak rasa apa-apa.
anyway ..that night, lepas online, dalam pukul 11 gitu, aku buat solat hajat .. thats for sure lah ,kan.
aku tak pernah mintak result yang tinggi .. 
cuma result yang cukup untuk tidak mengecewakan Umi and Abah, yang cukup untuk membalas segala penat lelah aku selama ni.. dan yang terbaik untuk masa depan aku. 
masa tu memang aku admit , aku nangis. bukan kerana terlalu takut jika aku dapat result rendah,tapi aku takut jika result aku itu tidak berbaloi dengan semua usaha, tenaga dan wang yang telah dilaburkan oleh Umi and Abah selama aku berada di tingkatan 5.
nangis sampai bengkak mata. tapi masa tu memang terasa malu yang teramat. malu dengan Allah. ye lah, selama ni aku bukanlah selalu ingat kat Dia. selalu lalai. tapi bila nak mintak benda, hah baru nak buat solat sunat bagai. mintak itu, mintak ini. aku terfikir.. Betapa baiknya Allah pada hamba-hambanya.. walaupun kita selalu lupakan Dia, tapi dia tetap sudi mendengar rintihan kita...
nak tidur terus lepas tu? oh.. memang tak lah. sebab kalau aku tidur terus, esok bangun pagi, mesti mata aku bengkak cam panda pakai spek Harry Potter.
so?apa lagi? terus tengok Running Man episod 188! huhuuhuuu... 
Guest :Kim Woo Bin. Rain.
'waaahhh.. Choi Young Do!' eheheeheee.. to be honest, dalam cite 'The Heirs' tu, aku lebih suka tengok Choi Young Do dari Kim Tan. meaning, aku lebih suka tengok Kim Woo Bin dari Lee Min Ho. hahahahaa..
tengok RM sampai pukul 12:40 pagi la lebih kurang... lepas tu terus zzzzz....
20/3:
pagi tu, bangun. semayang subuh tu tak perlu la nak bagitau kan. 
tapi lepas semayang, terus " qada' " tidur. haha.. ekcelli kebelakangan ni memang aku selalu tidur lewat. sebab tengah ada exam pengesanan Mac. aku kan daftar enam bawah. just in case kalau tak dapat masuk U. heheheee..
so, tidur dalam 1jam, lepas bangun baru breakfast. siap2, kawan aku datang rumah dalam pukul 11:30 . 
sebab aku mintak tolong dia bonceng aku ngan motosikal. hihihi. sampai kat sekolah dalam pukul 12:15.
terus masuk dewan,. masa tu tak penuh lagi dewan. yang ada cuma budak-budak form 5 yang tengah feeling-feeling macam diorang pulak nak amek result. hohohoo.. tapi lepas tu diorang keluar lah. sebab dewan tu hanya mampu memuatkan kurang lebih 400 orang sahaja dalam satu masa. calon SPM sekolah aku dah 300 lebih dah. tambah dengan ibu bapa lagi, memang penuh dewan. bukan setakat dalam dewan, kat koridor luar dewan pun penuh sesak. ramai yang terpaksa berdiri.
masa diumumkan satu persatu nama tu, aku memang tak rasa nervous ape la.. sebab instinct aku kata aku memang tak leh naik dah. kat sekolah aku ni, hanya orang yang dapat 8A keatas sahaja yang akan disebutkan nama dan ambik result dari tangan Pengetua atas pentas. kawan aku yang bonceng aku tadi tu, ekcelli dia dah check melalui sms, so dah tau yang dia akan naik pentas. cuma dia tak bagitau aku dia dapat berapa A..
tunggu punya tunggu, tengok-tengok, dia dapat 11A, tau! terkezutt eden! adoiy. aku duduk kat sebelah orang genius rupanya. hahahahaa.. 
and congrats to my BFF, dia pun dapat 11A jugakk.. for your info, kat sekolah aku ada 27 orang yang dapat 11A. agak menurun dari tahun lepas, 31 orang. huk hak. tapi G.P naik tau.. dari 2.8 ke 2.7 .. haa.. GP ni , lagi sikit, maknanya lagi bagosz..
satu persatu nama disebut .. ramai jugak kawan - kawan aku yang rapat dapat naik pentas. kawan aku yang duduk kat kiri kanan aku sekarang ni(Form 6), dua-dua naik pentas!! wahh.. aku diapit la nampaknya.. aku sorang je yang tak dapat naik.
dah siap penyerahan slip oleh mudir, yang tak dapat naik pentas, kena pegi ambik dengan guru kelas. aku dengan kawan aku yang sorang ni je yang tak dapat naik pentas .  aku memang rapat dengan dia sebab dulu kitorang sekelas. tapi masa form 4, aku turun ke kelas kedua. dia pulak kekal di kelas pertama. and buktinya!! bilangan A kitorang sama, okey!! memang la tak sama bagi setiap mata pelajaran, tapi bilangan bagi setiap gred tu sama 100% !!!
bilangn A+, A  solid, A- , B+ , B solid, and C+ semuanya sama! haha.. aku dengan dia ni memang pasangan sejati kot. dah kitorang pun pergi tempat tuisyen yang sama. 
and yes.aku ada C+. tau tak apa aku dapat C+ ?? tak lain tak bukan... jeng .. jeng .. jeng ....
ADDITIONAL MATHEMATICS!!!!!


haha.. add math tak payah cakap la. aku memang selalu dapat E. masa trial pun. ni dapat C+ pun dah kira bersyukur sangat dah.. eh. ..at least Mate Moden aku dapat A+ tau....!
aku agak nebes masa nak ambil result dengan cikgu kelas aku tu... 
sebelum dia bagi slip tu kat aku, mesti lah dia tilik dulu puas-puas. malu gile. pastu dia boleh pulak cakap, "Good. banyak A.. (bla..bla..bla..)" masa tu dewan tu memang bising sangat. aku tak dengar sangat Teacher cakap apa. pastu aku cam pikir. ala, tcer ni memang,,.. nak sedapkan hati aku aje sebenarnya. padahal result aku terukk.. aku ambik, pastu salam dengan tcer and terus keluar dewan. tak tengok pun dapat berapa A!!!
lepas kawan aku desak suruh tengok , aku pun tengok dan kira lah..
so, ? sape dapat teka aku dapat berapa? aku belanja choki-choki satu. hehehe...
-
--
---
----
-----
------
-------
--------
---------
----------
-----------
------------
-------------
--------------
---------------
----------------
-----------------
elehh.. ko ni, gempakz je lebih.padahal bukan orang nak tahu sangat pun result engko tuh. 
haha.. okey la.. okey la.. aku bagitau . aku dapat 7A jerrr...
kurang 1A je lagi untuk naik pentas!!!!! hahahaa...
tapi takpelah. tak kempunan pun naik pentas.. ..tiap-tiap tahun dah nama aku disebut kat atas pentas tu.. tahun ni biar orang lain la pulak. .. (wehekks... angkat bakul sendiri.)
masa semua nama selesai disebut, aku cam rilek je cakap kat kawan kat sebelah aku (yang bonceng aku tadi and dapat 11A) "eh, dah habis dah? kejap nye? tahun lepas kan lamaaa... ???"
pastu semua pelajar-pelajar cemerlang yang lain dijemput naik ke atas pentas untuk ambil gambar beramai-ramai. kawan aku tu pun pergi la . at that time jugak semua pelajar yang lain berebut-rebut pergi depan, nak dapatkan slip masing-masing.
aku tengok kawan aku(yang tak dapat naik pentas) yang duduk sebelah kawan aku tadi. tengok mata dia agak berair. aku malas la nak pi pujuk , tepuk bahu, cakap 'La Tahzan' bagai.. sebab nantikan makin nangis pulak dia. ye la.. perasaan ni, kalau dilayan, makin menjadi-jadi. lebih baik kita buat derrkk aje. . .. 
lepas tu, bila kitorang compare result kitorang, masa tu la baru tahu yang memang bilangan A , B dan C semuanya sama! jadi tak adalah salah seorang tu rasa ketinggalan atau merendah diri ..kan? 
Allahu Akbar! Subhanallah! 
betapa indah takdir Tuhan..
walaupun aku tak dapat naik pentas, tapi 7A tu dah cukup baik dah bagi aku. at least sama dengan bilangan A kakak aku.
nak tau satu cerita? 
aku sebenarnya selalu 'tiru' kakak aku dalam result exam besar ni..
Upsr : kakak aku 5A. aku 5A jugak.
PMRU( masa form 2) : kakak aku dapat 10A (straight A). aku pun.
PMR : dapat 9A. aku sama jugak,
SMU (masa form 4) : kakak dapat 10 Mumtaz(mumtaz tu bahasa arab, maksudnya macam gred "A" la) , aku pun dapat 10 jugak!! (memang subjek dia semua ada sepuluh je)
pastu hari tu sebelum result, kakak aku pernah tanya " SPM ko nak tiru aku jugak tak?" 
aku masa tu rasa cam tak mampu dapat 7A, aku cakap la taknak ..
tup tup, bila keluar, dapat yang sama! hahahahaaa... kan dah cakap.. aku selalu tiru dia.. 
yang aku tak dapat A tu, 4 beradik kembar siam thailand tu hah.. Biologi, Fizik, Kimia dan Addmath. 
sama la dengan kakak aku. dia pun tak dapat skor 4 beradik tu jugak.
tapi, tau tak apa aku janji dengan kawan-kawan aku sebelum ambik result tu, ?? "Sape yang dapat result paling tinggi, kena belanja makan." !!!!
hahahahahaaa.. makan ape, tak kisah. asal belanja. so, kawan aku yang dapat 11A tu lah yang kena belanja nampaknya. heheheee..
nanti lain kali kitorang keluar lagi untuk tuntut janji tu!!
so, bila sampai rumah tu, bukak je pintu, Umi yang tengah ada dalam bilik sebenarnya, terus keluar tanya result. ekcelli dia cakap , kalau dah dapat nanti mesej dia. tapi aku cam tak sempat . nak cepat-cepat balik, tunjuk slip depan muka dia, baru senang sikit. hahahaha..
masa Umi tengah tengok slip aku tu, aku cakap la aku dapat sama dengan kakak aku. at least takde la dia kecewa sangat . ehehehh.. 
and sebenarnya memang Umi rancang nak pergi sekolah aku. tapi aku tak bagi. takut dapat result rendah. kang tak pasal-pasal, aku buat muka selamba je, tapi Umi pulak yang menangis. hohohoohooo..
so, setakat ni je lah aku cerita pengalaman aku. 
mesti korang pun dah ada pengalaman kan? 
pada yang belum tu, siap la korang nanti ... 
and for all SPM candidates 2013, apa pun result korang, teruslah tersenyum dan ucap Terima Kasih pada Allah.
aku dah mintak yang TERBAIK dari Allah. and I believe, this is it.
so, korang pun kena percaya jugak..
bersyukurlah korang dapat sebanyak tu . mungkin ada yang dapat lagi sikit dari korang. renung-renungkan balik usaha korang selama ni. mungkin ada silap dimana-mana.
bak kata ustazah aku, Allah akan bagi mengikut usaha kita. kalau kita usaha banyak, maka banyaklah yang Allah bagi.
***NOTA KAKI : PMRU dan SMU tu mungkin most of you all tak pernah dengar kan. exam ni cuma ada disekolah Ugama sahaja. dan BUKAN di semua sekolah Ugama. exam ni diiktiraf sama dengan Shahadah  I'dadiah dari Maahad Buuth Islamiah Universiti Al-Azhar atau Sijl Menengah di negara-negara Arab.
the best of it, kalau ada sijil SMU tu , tak payah ambil kursus kahwin! hahahaa... tunjuk je sijil tu. boleh terus pi nikah .haha. kalau dah gatal sangat la kan..

Contest Teka Gambar dan Menang Topup!

,23:59 | 16 Comment
*TAMAT*

*Siapa yang Menang ? KLIK SINI.*


Assalamualaikum!! selamat pagi Malaysia! hehe.. eksaited sebab nak lancarkan first Contest kat blog aku ni. Contest yang simple-mimple aje, In Sha Allah,..
Syarat:
1. Warganegara Malaysia yang ada blog dan Facebook.
2. Follow blog saya ni . yes. blog ni la. blog mana lagi. huhu
3. Like page ni > Just Lady's Mart <
4. Tekan iklan ni : Terima Kasih dan tunggu sampai habis loading. (before that, please clear your cache and cookies. tak tau? tengok tutorial ni :  Tutorial : Clear Cache and Cookies )
Cara:
1. buat 1 entry bertajuk [Contest Teka Gambar dan Menang Topup!]
2. letak banner contest ni and backlink ke entry ni.
3. publish entry!
so, inilah gambar yang korang perlu teka.
klu : benda
*updated!*cara nak hantar jawapan, pergi kat Page Just Lady's Mart tu,
then Pm aku.
tulis NAMA, LINK ENRTY yang korang buat tadi, and jawapan korang.
send!
mana-mana peserta yang tidak memenuhi mana-mana syarat , maka penyertaan mereka tidak akan diambil kira. sila jujur. kalau tak, tak berkat hidup.
3 pemenang dicari untuk dapat Topup RM 5. 
*UPDATED!!*
>peserta pertama yang paling tepat jawapan dan paling pantas akan dinobatkan (ceh) sebagai pemenang! 
>2 lagi pemenang akan dipilih secara RANDOM antara peserta-peserta yang bagi jawapan betul. so, walaupun korang join lewat, still ada peluang menang! 

***Bilangan kepingan Topup yang diberikan mungkin terpaksa dikurangkan jika sambutan tidak menggalakkan..***

Kenapa Tak Boleh Follow????

,10:40 | 4 Comment


sedihnya... 2 hari baru aku tinggal blog ni..bila bukak semalam and nak follow balik insan-insan terpilih, google cakap macam ni,
"We're sorry... We were unable to handle your request. Please try again or return a bit later."

ala... ni yang aku tak suka nih. aku tak usik apa-apa pun padahal.. hari last aku bukak blog , elok je boleh follow.. ada sesape yang dapat tolong? penah alami benda ni? inform me, okey.

wassalam...

Giveaway by shafiquestevenson

,20:25 | 3 Comment

dah follow 2 blog tu and like page ... 
cara pilih pemenang, random je la kot... ?

Segmen : Jom Blogwalking By SukaGelak

,21:07 | 12 Comment
 jom join segmen ni... klik banner!

oh ye. jangan lupa join contest saya ni jugak ..
Contest Teka Gambar Dan Menang Topup
masih ada peluang .. jom2!

Panggung Wayang Roboh disebabkan POPCORN?

,17:07 | 1 Comment
 
 
 
BETUL wey!! tadi aku tengok ada sebuah panggung wayang ni. ada sekor kura-kura yang jaga tempat lampu untuk tayang gambar tu. masa tu dia jenguk ke luar melalui lubang depan lampu tu, pastu dia tetiba terjatuh. cermin mata dia tercabut dan terjatuh kat depan lampu tu. then boleh pulak layar putih tu terbakar disebabkan cermin mata yang memfokuskan cahaya dari lampu tu. maka merebak la api tu. yang paling menakjubkan, api tu tak bakar kerusi and penonton. tapi merebak ikut ruang kat tengah-tengah tu pastu sampai kat bilik yang simpan popcorn. disebabkan panas, maka semua popcorn dalam tu masak and kembang sampai penuh satu panggung! hanya rocko dan kawannya sahaja yang berjaya lari sebelum semua penonton dalam tu ditenggelami popcorn and panggung wayang tu pecah! hancur! hahahahahahahahhhhhaaaaa....

gelak, gelak.. jangan tak gelak.

ekcelli tadi aku ada tengok cite kartun Rocko's Modern Life. heheheee.. jangan mara.. nanti cepat tuaa.. bukan aku yang nak tengok sangat .,. tapi ada budaks tu hah.. kalau orang nak tengok cite Be careful with my heart, dia marah. so, terpaksa lah turutkan aje..
 
masa tengok tu, aku jadi terpikir, seriously, orang yang buat kartun ni, mesti imaginasi dia tahap petala ke 16. ada ke panggung tu boleh pecah disebabkan popcorn???? 

 entah. ada kot?

Nasib Baik Tak Pitam

,21:20 | 2 Comment
 
 
alkisahnya tadi aku senggugut. biasalah kan, perempuan. ada yang senggugut sampai tak leh bangun , tak datang sekolah. aku biasanya sakit perut and sakit belakang aje. tapi tengahari tadi sakittt sangat perut aku. aku buat rilek aje lah. sebab memang tabiat aku macam tu, ..kalau  rasa sakit, buat tak layan je. ye lah, kalau aku layan, makin menjadi-jadi pulak sakitnya. 

so , semalam dah plan ngan kawan nak pi Festival Thai dekat ngan sekolah aku. esok and lusa ada extra class. so, hari ni je peluang nak pegi. aku ikut je la. jalan tu agak jauh la dari sekolah aku. tapi makanan-makanan kat sana buat aku lupa kejap tentang perut aku yang sakit ni. dah siap round-round semua gerai, kawan aku nak gi beli roti tisu. dia tanya aku, nak beli apa. aku geleng kepala je. masa tu perut aku memang sakit gile-gile. kepala cam berpusing-pusing. 

masa nak gi beli roti tisu tu, dia tanya lagi, taknak beli apa-apa ke? ye la, tu je la satu-satunya peluang aku kalau nak beli. sebab festival tu tamat lusa. aku geleng lagi. "sakit perut......" aku cakap. dia suruh aku gi duduk dulu. memula aku taknak, ingat nak tunggu dia siap beli roti tisu, pastu terus nak gi stesen bas. tapi kepala tiba-tiba berpusing-pusing tahap kena putar dengan Hulk dah. terus aku cakap kat kawan aku tu, aku nak pegi duduk kat tempat orang ramai makan tu.. cepat-cepat aku jalan. sebab memang rasa nak pitam! 

dah duduk tu, badan rasa lemah sangat. berpeluh-peluh sampai ke kaki.. yang peliknya, biasa kalau berpeluh, mesti rasa panas. tapi aku rasa peluh aku tu sejukkkk sangat.  terus teringat cikgu aku cerita pasal strok haba semalam. takut sangat. walaupun takde selera, aku paksa gak telan air kosong yang aku bawak dari rumah. duduk tak sampai 5 minit, kawan aku yang tadi baru datang. dia senyum. aku tak larat nak senyum dah. kepala terasa berpusing-pusing lagi. ya Allah,.. dengan perut yang sakit, kepala pening, lapar, dahaga. .. still control rilek. 

masa tu, memang kitorang nak pegi stesen dah ekcelli. tapi kebetulan ada masjid agak dekat dengan tapak festival tu, so aku ajak kawan aku pi tandas kat masjid tu dulu. kena jalan lagi. masuk dalam tandas tu lega sikit. duduk bertapa agak lama. kihkihkih.. nak bertapa dalam masjid, takleh pulak . buang tudung, basuh muka dan leher . tapi still rasa macam tu jugak. tawakkal je lah. 

terus jalan ngan kawan aku pi stesen bas. jalan slow motion gitu. kang kalau jalan laju-laju, pitam kan sape nak angkat? haa.. dah naik bas tu baru rasa lega. dah kena aircond kan. masa tu baru boleh bercakap and senyum. kalau tak, masam je memanjang. orang senyum pun aku tak balas. kesian kat kawan aku, hehe..

alhamdulillah, jejak jugak kat rumah dengan selamat. terus teguk air banyak-banyak. makan, mandi. rasa okey kejap. pastu rasa tak sihat balik. ni tengah tulis entry ni still rasa tak sihat ekcelli. 

takpe lah. just nak inform korang je. kalau terasa cam nak pitam tu, cepat-cepat le duduk. jangan berdiri lama-lama. nanti rebah, susah pulak orang nak panggil ambulans bagai. 

and cuaca sekarang kan panas, so. .. banyakkan minum air ekk.. 

nak tahu info pasal Strok Haba? boleh tekan sini >Hati-hati serangan 'strok haba'

babai. nak tido.. zz... 
(padahal nak tengok Running Man. haha..)

Giveaway [1] : FanPage Publishing by yanapinkblossom.blogspot

,22:03 | 1 Comment
http://yanapinkblossom.blogspot.com/2014/03/giveaway-1-fanpage-publishing-by.html 
 

18 sponsor kena follow!! ??

,10:22 | 1 Comment

tadi masa jalan-jalan kat blog reading list, ada terjumpa satu giveaway. namanya macam best aje.. aku klik lah banner sebab terasa nak join. tup-tup bila baca syaratnya, ada 18 sponsor untuk difollow! fuhh!! mau berpoluh-poluh ketiak aku nak follow semua blog tu sekaligus! 

tapi aku masih bertimbang rasa lagi.. aku cuba tengok syarat yang lain pulak. eh. siap kena like gambar and kena letak komen lagi! aku tak putus asa.. aku godek-godek lagi, tengok senarai hadiah. hummm,... ada baju 3 helai, biskut , keychain, brooch, notebook ,shawl, header , and topup. lerr.. ingatkan hadiah apa la tadi.

but it's okay lah.. boleh le tu.. daripada contest aku yang cuma menawarkan topup rm5 x 3 ni kan. but at least aku tak guna sponsor.. huhuhuu.. 

cuba nak cari pengalaman buat contest sendiri. takpe lah hadiah tak gempakz sangat pun.. yang penting, duet tu halal. aku tak curi. and takde lah orang yang nak join contest aku tu merungut-rungut, menyumpah-nyumpah aku sebab banyak sangat blog sponsor yang nak difollow. 

so, masa ada lagi. kalau sudi, join contest saya ni,... 
Contest Teka Gambar dan Menang Topup!

sori dateline nya lama sangat.. sebab saya ambil masa nak promote. coz blog I olls tak glamer macam blog U ollssz......


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...