Giveaway "I Love U" Chocolate

,07:44 | 4 Comment
 
 
 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.... jawab jangan ta jawab..hehe.
hari ni nak join giveaway yang sangat simple.! sponsor yg kena follow pon SORANG je.. boleh dapat ceklat lagi,tuuu.... 

so, tunggu pe lagi? jom join ramai-ramai!

wassalam.. babai!

Cerpen Bersiri : Hey,you! Jangan Sentuh Aku! Bab 6!!!

,14:08 | 2 Comment
 
 
Mintak lalu sikit.. mintak lalu.....!! nak update cerpen bersiri yang dah bersawang kejap!!
And for my dear readers yang sudi baca cerpen ni sejak bab1 hinggalah bab 5 yg ada setakat ni, saya nak ucap TERIMA KASIH sangat.sangat.sangat. kat korang... yes, I know, readers I ciput je. takpe lah, asal ade yang sudi baca. 
then, untuk pengetahuan semua.. Ni adalah kali terakhir, In Sya Allah , Isya update cerpen ni. kenapa? no, no , no.. tak tamat lagi la.. it just that ... you know lah. taon ni nak SPM dah. so, maybe lepas SPM baru la saya sambung lagi update ni. In Sya Allah.. tunggu ekkkk...????
so, enjoy this! BAB 6 dah!!~
 
Fakhrur menatap wajah mulus milik Humaira' tanpa berkelip. Humaira' pula langsung tidak sedar akan kelakuan Fakhrur itu. Andai sahaja dia tahu, sudah pasti sebuah jelingan maut akan dihadiahkannya kepada pemuda itu.

    Selang beberapa saat, Fakhrur tersedar dari lamunannya apabila terdengar jeritan kecil Humaira'. Rupa-rupanya , gelas Humaira' terjatuh ketika dia mahu mengambil buku dari dalam beg sandangnya di atas meja. Lebih parah lagi, gelas itu jatuh diatas kaki seorang lelaki yang ditakdirkan lalu di tepi meja Humaira' pada waktu itu.

    Fakhrur beristighfar berkali-kali. Wajahnya diraup. Dia sedar, perbuatannya tadi sudah melampaui batas. Dengan segera dia memalingkan kepalanya daripada meja yang diduduki Humaira'.


 ______________************_______________




    "Ya Allah...! Sorry, awak! Saya tak sengaja!" Ucap Humaira' sambil mengambil kembali gelas yang sudah berada di atas lantai.

    "Tak apa. Bukan sakit pun. Basah sikit je," balas lelaki itu, lembut. Namun, sejurus Humaira' mendengar suara itu, dia tersentak.

    'Macam pernah kudengar suara ini... Tapi di mana, ya?' Bisik hati kecil Humaira'. Dengan segera dia mendongakkan kepalanya. Wajah lelaki yang sedang berdiri dihadapannya ditatap dengan penuh teliti.

Klik sini untuk sambung baca cerpen ini...
 
                                                                         Go to Part 7>
untuk senarai penuh bab-bab dalam cerpen ni, sila klik di >SINI<

Segmen Topup By Emas Putih Part #3

,08:56 | 2 Comment
As-Salam


Segmen Topup by Emas Putih Part #3
Klik banner di atas kalau nak join.

Ada 40 x Topup RM5 untuk dimenangi !!
Tarikh tamat : 23 Jun 2013





Menjadi Perempuan yang 'Diminati' atau yang 'Dihormati'.. You Choose!!!

,20:32 | 2 Comment
 


Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim....

Kisah ini saya garap berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri..
Beberapa hari yang lepas.. mungkin ada pelajar-pelajar sekolah lain yang sedang bercuti. tapi tidak bagi saya. oleh kerana tahun ini saya bakal menempuhi peperiksaan SPM, maka cuti itu dipenuhi dengan kelas tambahan di sekolah. selepas kelas tambahan di sekolah, saya ambil kesempatan itu untuk menghadiri kelas intensif Add math yang berdekatan sekolah saya. Jam 4 petang, kelas intensif tamat. barulah nafas lega boleh ditarik perlahan. 

sejujurnya, saya tidak suka bergantung kepada sesiapa , termasuk keluarga . ye, memang abang yang selalu menghantar saya ke sekolah, kerana amat sukar mencari bas yang dapat sampai awal ke sekolah. tapi, jika pulang dari sekolah, jarang sekali saya meminta sesiapa menjemput saya. kalau ada sekalipun, kerana saya ada urusan yang harus diselesaikan dengan segera. jika tidak mempunyai urusan, saya lebih rela menunggu bas berjam-jam , daripada meminta ayah atau abang menjemput saya di sekolah.

Petang itu... saya keseorangan. biasanya, saya ditemani sahabat yang sama-sama mengikuti kelas intensif. tapi, hari itu entah mengapa dia meminta abangnya menjemput dia pulang. barangkali sudah jemu menunggu bas setiap hari. atau mungkin dia mempunyai urusan peribadi sendiri.

Lalu, dengan hati yang hiba saya melangkah ke arah stesen bas berdekatan dan setelah lebih kurang satu jam menunggu , bas yang dinanti tiba jua. ramai. ramai sekali yang menaiki bas ini , terutamanya yang baru pulang dari tempat kerja. majoritinya adalah makcik-makcik. jadi, saya berikan laluan untuk mereka dahulu. malu kalau berebut naik bas dengan makcik-makcik. hehe..

semasa saya menaiki bas itu, memang kebanyakan tempat sudah dipenuhi. saya berjalan lagi, mencari tempat yang kosong. namun, mungkin kerana kesesakan dalam bas ketika itu, saya tidak dapat melihat tempat duduk kosong selain tempat duduk yang berada dibelakang sekali. saya lihat tiada orang disitu. kelima-lima kerusi masih kosong. lalu, saya mengatur langkah kearah kerusi-kerusi itu dan mengambil tempat dihujung sekali, ditepi tingkap bas. 


Kepada Yang Selalu Menghina KELANTAN... . . .

,21:09 | Comment

Gambar: izzue islam FFM25Assalamualaikum.

maybe ade yang selalu cakap benda buruk pasal Kelantan. cakap orang Kelantan ni poyo la.. ganas la.. kurang ajar la.. tak sopan.. suka cari gaduh.. bla.. bla.. bla..

tapi bile kite tanya :

>Wey, kau kenal Izzue Islam tak?
>Giler tak kenal !! dia kan tengah meletop sekarang ni!! aku peminat nombor satu die, kot! *melting*

ok. habis tu? kau ingat Izzue Islam orang ape? Brunei? Singapore?
weyyy.. Izzue Islam tu orang KELANTAN , ok! diulangi.. KE.LAN.TAN.!!!!

*juz for fun..hehe*

p/s: Selamat Pengantin Baru Izzue Islam!!..

RUNNING MAN at TV2!!!

,18:26 | Comment
Assalamualaikum..
 
ekcelli aku dah pernah tengok running man episod first ni. tapi aku layan aje lah sekali lagi, sebab hari ni first time 'running man' muncul kat TV Malaysia .. kan? hehe. 
at first, rase pelik jugak. sebab selalu tengok dalam laptop. sekarang, tak payah dah.. tengok dalam TV jer.. hehe.

K,ni antara gambar yang aku sempat snap mase tengok running man kat tv2 tadi.. saje je snap, buat kenangan.. huhu.

ha.. jangan nak memandai cakap aku snap sebab nak masuk contest snap gambar tu, pastu dapat pi konsert Kim Jong Kook. haha.. buang tebiat?

#perhatian! gambar2 dibawah sangatlah kabur kerana disnap oleh kamera telefon cap ayam pencen#

 

 (kalau korang LELAKI, jangan tengok gambar ni lama-lama sangat. sebab ade gambar pompuan tak pakai tudung. hehe*fuh.. naseb baek gambar ni blurr*)
 
Kim Jong Kook a.k.a Sparta Kook
Yoo Jae Suk.

oke. yang paling kanan tu name die Joong Ki. hehe.

*kenapa aku banyak snap gambar laki? tu nak kate aku gatai la tu. wei..wei.. kang kalau snap gambar pompuan kang susah pulak nak edit , tutup aurat die ape sume tu..*

ok..  that's all for today. sape-sape yang terlepas episod ni, jangan risau.. minggu depan ade lagi. tapi episod 2 la...
ingat! hari Sabtu, pukul 4 petang! chow !

Wassalamualaikum...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...