Sahur...

,05:11 | 4 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
  kenapa ada tiga dot disitu?
tu menunjukkan yang aku takde mood .
hehehe.. boleh pulak.
patutnya excited la sebab diberi peluang untuk sampai ke bulan Ramadhan lagi. Alhamdulillah...
tapi...
sahur ni aku makan roti aje.
no nasi. no lauk. no duduk bersila atas lantai ramai-ramai.
fuhh. rindu family?
eh. tak lah. tak rindu mana punn.. *air mata dah nak meleleh*

Nak Putihkan GIGI!

,22:00 | 8 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
  malam ni aku tak tau nape, rase nak cari jalan untuk putihkan gigi lak. ekcelli benda ni tak mengganggu aku sangat punn.. sebab aku tengok gigi Yoo Jae Suk tu pun kuning gakk.. ramai aje yang minat dia. haha. 
ok. 
dah la mengumpat kat orang. tak baik wooo.. hihi..
so, berdasarkan research (kononnya) yang aku jalankan selama ni, kalau search kat uTube, memang jawapan yang korang akan dapat is GUNA SODA BIKARBONAT. kann?? banyak omputih yang buat menda ni. tapi diorang sendiri tak galakkan amal selalu sebab boleh mendatangkan kesan lain yang bahaya. so, this one, aku reject.
jadiiii.. aku teruskan research (kononnya, lagi) aku kat google . bila godek blog-blog dan website anak melayu ni, aku jumpa banyak cara. tapi memang kebanyakannya akan merosakkan enamel gigi dan boleh bawak mudarat. so, no.no.no.

dan finally, Ive decided cara yang aku taktau la berkesan ke tak sebab aku tak cuba lagi, tapi yang penting aman dan selamat untuk diamalkan. tu pun berdasarkan research ( tak habis2 dengan 'research' ko) aku laa.. bukan pengalaman. ingat nak try ugak kalo ada kesempatan. so.. apa dia  cara tu?

MINYAK ZAITUN, KULIT OREN/LEMON, DAN KULIT PISANG!


haa... minyak zaitun tu mungkin aku akan try dalam masa terdekat . malam ni keee??? sebab aku memang ada bawak stok minyak zaitun asli datang UniSZA ni hahh... hehe. korang jangan buat gila pulak gi tuang minyak zaitun yang dah diwangikan tu dalam mulut korang. kang tak pepasal masuk spital, datang saman aku pulak. minyak zaitun yang asli sahaja, ok!
caranya just guna minyk tu sebagai ubat gigi korang.. pastu boleh bilas laa..


tang kulit oren dan pisang tu, lain kali aje lah .... mana aku nak cekau pisang dan oren kat sini oiiii.. kat cafe ada ke, ekk? entah la. tak pernah teroka. hahahahaa..

kalo korang nak cuba boleh la . gosokkan aje bahagian dalam kulit tu kat gigi korang selama 2 minit. jangan tempek kulit tu semalaman kat gigi korang pulak.. kang semut gi hurung korang marah kat aku pulakk.

so, tu aje lah kot untuk hari ni. gile malas siot aku nak hapdet blog sebenarnya. pikir pasal assignment yang takde progress ni pun buat aku pening kepala dah.. acanner nak buat. dah assignment berkumpulan kann.. kena la buat sama-sama.

humm.. ok.
adios amigos
wassalamalaikum..
 

#MMSUNISZA : Hari Pendaftaran di UniSZA.

,08:04 | 58 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
  ok. walaupun hari tu aku da cerita sedikit sebanyak, kira aku nak repeat dengan agak mendalam la sikit kali ni. huhu.
masa mula-mula sampai tu, masuk pintu pagar. (of kos la kan, kalo tak masuk through pintu pagar, takkan nak masuk ikut longkang kutt. ) key, dalam surat tawaran tu, dia tulis daftar kat Foyer Pejabat Asrama Baru kann.. so , kalo taktau jalan, jangan risau , pak guard belambak kat situ ok. tanye aje jalan kat dia. sumenya baik-baik belaka. hehe. dah sampai foyer tu, ehem . ekcelli masa aku sampai tu, foyer dah kosong dahh.. well, pukul 11:30 kot. jadi tak ada lah acara beratur panjang-panjang macam tunggu nak amek air milo free. hahaha..

Minggu Mesra Siswa UniSZA 2014/2015

,20:05 | 17 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
  
macam yang aku janjikan, aku akan cerita pasal minggu orientasi aku dari hari first sampai hari terakhir kat UniSZA ni. kalau ada yang belum tahu, UniSZA ni singkatan kepada Universiti Sultan Zainal Abidin . dulunya dikenali sebagai Universiti Darul Iman Malaysia. dulunya lagi dikenali sebagai KUSZA. haa.. kemain banyak namanya, kan? hehe.. kiraa dulu kolej la.. sekarang ni da jadi Universiti . IPTA ok! jangan main gatal mulut aje cakap UniSZA ni IPTS. mentang-mentanglah nama pelik. 

Apa yang membuatkan Jejaka Hencem Ni nangis?

,19:44 | Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
tajuk tak boleh blah. haha.
just nk share 1 video dimana ada lelaki tak malu kena record menangis.. hahaha.. 
jom usha..
 sweet kan , diorang? huhuhu..
and that man. 'Abang' Ariz Forteen! hehe.. kenal tak? tak kenal sudahh.. haha
saja je boring-boring, layan youtube kejap. nasib line wifi ok. 
suka bila tengok lelaki menangis. tak nampak cengeng punn.. nampak cute aje. hihihi. kebanyakan lelaki kan malu nak nangis sebab katanya nanti nampak tak cool la. tapi bagi aku , lelaki yang tak menangis ni, hati kering kot. 
contoh macam dalam video kat atas tu kan, kita da penat-penat habbis duet, balut berkali-kali, takkan bila bukak tu , dia nak buat muka tak de feeling kan? at least kalo dia nangis, nampak la usaha kita berbaloi. rasa dihargai. huhuhu... tu pendapat aku la. so, para lelaki sekalian, jangan nak control macho sangatlah. sesekali menangis, apa salahnya. jangan menangis sebab clash dengan girlfriend sudaahhh..
 

Di manakah rasionalnya?

,23:01 | 5 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
  
gambar dicuri dari sini

so, sekarang ni, aku menetap kat Unisza, macam yang aku bagitau sebelum ni kan . aku dapat blok paling hujung.. blok I.

yang membuatkan aku post entry dengan tajuk yang entah apa-apa malam ni is, 
aku bengang sangat dengan keadaan kat blok aku ni. korang bayangkanlah, sederet kot dari blok apa ntah kat depan tu, sampai la blok I ni, semua penghuni pompuan! kira memang kawasan blok pompuan. kat unisza ni, ada satu board kat depan setiap blok yang bagi warning "lelaki dilarang masuk ke kawasan asrama perempuan" dan sebaliknya. tapi, macam yang korang nampak kat gambar atas tu , tu la blok yang aku nampak setiap kali bukak pintu rumah aku.

biasanya kosong aje. senyap sunyi. dengar kata, belum ada penghuni,
tapi tetibe aje petang tadi, masa aku baru balik dari mydin mall, lalu kat situ for sure la kan, sebab nak balik bilik. boleh pulak aku ngan kawan-kawan nampak lelaki dalam tu! 

masa tu memang rasa geram yang amat lah!
aku pun tak sure mamat-mamat ni datang dari mana.
yang aku pasti, memang aku geram sebab diorang ditempatkan kat kawasan blok pompuan! 
diapit kiri kanan oleh blok pompuan! aku jugak yang kena hadap blok ni tiap-tiap hari, tahu!!
kena lalu blok ni kalau nak pi kelas. ! adushh..
 rasa cam nak buat repot.

diorang lelaki tu dah la selalu jalan berkelompok. kitowang yang perempuan ni, selalu rilek aje lalu nak pi cafe, tetiba hari ni rasaa terancam dan tak selesa.

ia seolah-olah sudah tidak ada istilah "kawasan blok pompuan" sebab kawasan kitowang dah dicemari oleh pihak adam!!! 
ohhooo no.
hope penempatan ni hanya sementara.
really hoping.

GA Mini Popia Ikan Bilis Nurul Yui

,13:08 | 2 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
  

Saya nak Mini Popia Ikan Bilis Nurul Yui kerana
kalau saya tak dapat makan popia ni masa raya tahun ni, saya takut nanti saya akan gi pecah masuk rumah Kak Yui malam raya dan curi semua balang popia kak Yui biar masa pagi raya tu, kak Yui sekeluarga kempunan nak makan popia ikan bilis dan tetamu yang datang pun pakat intai nak rasa popia kak Yui yang saya curi . kahkahkah..

 

Ha Ha Ha..

,15:26 | 2 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
  serius tak tau nak letak tajuk apa. sat gi nak turun pi kelas. so, entry yang rushing. 
alkisahnya tadi class campuq dengan budak kos lain jugak. kiraa cam satu fakulti duk dalam 1 kelas .. fakulti kontemporari Islam. so, mike tak berapa nak clear. speaker yang kat depan aje menjadi. kat belakang, haram. 

jadi, sepanjang class selama 2 jam tadi, kitorang yang duduk bahagian belakang ni, terseksa jiwa raga tahap gaban .
yang paling aku tak leh tahan, bila lecturer buat lawak, orang kat depan mesti la ketawa, right? lepastu otometikly lelaki yang duk kat bahagian belakang tu ketawa kuat-kuat dengan penuh kepalsuan. "Ha. Ha. Ha" .. saja nak perli lecturer. ada la dalam 2 , 3 kali diorang buat cam tu. kahkahkah.
 
yang pompuan tak buat ekk.. kitorang just ketawa pelan-pelan sebab lucu diorang lelaki tu perli lecturer. malangnya, lecturer kitowang tu agak 'mati rasa' .

dah habis kelas tu, baru dia tanya "belakang dengar tak?"
so, kitorang yang kat belakang ni macam 
"err.. kenapa tak tahun depan aje dia tanya?"
*facepalm*

First day yang serba LEWAT.

,21:11 | 3 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
  tajuk merapu meraban. sorry . sebab ngantuk tak hilang lagi ni. hehe.
so, hari ni dah stat kelas dah. kelas yang betul-betul kelas lah! tadi kelas English1 . aku dan kawan aku yang duk blok sama, janji nak pi sama. dah tu, diorang yang lain sume tinggal kitorang!
 
kitorang ni, dah le tak kenal lagi nama-nama blok yang berpuluh-puluh kat sini. bila kawan aku tu call classmate kitorang yang dah sampai kat kelas, boleh pulak dia bagi arah yang salah! 
so, disebabkan kitorang tanya budak-budak lain, akhirnya jumpa la jugak kelas. nasib baik jugak, masa masuk duduk tu, baru lepas tu lecturer dengan rasminya start kelas. 

pastu pulak , tengahari tu ada sesi bergambar tau. amboih kemain eh bila masuk U ni! klas baru start intro, terus ada sesi bergambar. kalau kat sekolah dulu, dah nak dekat trial baru ambik gambar.

aku frust gile rase nak menonggeng aje sebab tudung tak menjadi. hahah.. turun pulak lewat. janji dengan kawan aku yang tadi jugak. and again, kitorang kena tinggal! gila bongok diorang tu. haaa.. kan dah kena. bila ada classmate a.k.a housemate aku call, aku tanya la "dah siap ke ambik gambar?" mana la tau kan, diorang memang dah lupa teruih kat kitowang yang tak glamer plus tak chumell ni hah.. 
dia pun cakap la , tak lagi. tengah tunggu kitorang 2 orang. kahkahkah.

terus aku ajak kawaan aku tu pecut. hihi.
lewat lagi . aku sampai tu, terus aje semua ambik blazer pakai. aku pun pakai la sekali. serius aku benci gile pakai blazer ko tauww!
mula-mula ambik gambar formal. pastu, buang blazer, gi amek props. ada yang pegang payung ada yang pakai topi. aku? tak amek apa-apa pun . rimas sebab pihak lelaki dah tunggu turn nak pilih props. so , aku blah aje ah.

aku jamin wooo
gambar aku dalam tu konpem sekonpem-konpemnya buruk yang amat! demi memenuhi syarat, aku beli la jugak gambar formal tu. cadangnya tak nak beli langsung kihkihkih.. orang lain sumenya beli gambar formal + yang candid tu. 

dan buat yang ke sejuta kalinya aku nak cakap ..
aku benci amek gambar!!!!

p/s : entry yang dipublish tanpa disemak terlebih dahulu . sila abaikan kesengalan yang berlaku.

Suka pulak dengar bunyi siren tu..

,20:54 | Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
  

masa minggu orientasi minggu lepas, bunyi siren tu la yang paling membingitkan telinga. paling menyakitkan hati. paling merimaskan perut. tapi, bila dah habis orientasi ni, pastu sekarang ni, geng2 yang rayuan pulak tengah orientasi, and aku dengar bunyi siren memanggil, rasa sayu pulak. rasa rindu pun ada .. rasa macam alunan melodi yang sudah sebati dalam diri. mana taknya, setiap masaa, setiap saat akak-akak tu bunyikan siren. masa nak kejut bangun pagi tu takyah cakap la kan. sampaikan kita tak sedar pun tu bunyi siren. ingatkan bunyi lagu dari mana. haha.. lena dibuai mimpi. 

um.. tengah mencari masa yang sesuai nak cerita semua pengalaman orientasi kat UniSZA ni .. nak tulis entry panjang-panjang! hehe.. tunggu hujung minggu sat lagi.. 
 

Sementara masih ada waktu...

,18:26 | 4 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 

  ceh! ayat macam dah nak mati esok lusa. hehe.. ye lah, mana tau kan? ajal maut tu ditangan Allah.

ekcelli tajuk tu untuk minggu orientasi di UniSZA ni hah. aku kan dah lama tak update blog. nah, sementara aktiviti sukan batal sebab hujan and perut pun kenyang, plus line wifi tak buat hal , aku update lah! hehe..

takde apa nak cakap pun, just nak pesan pada adik2 yang mungkin nak masuk UniSZA nanti, kalau kena orientasi kat kampus Gong Badak, dipersilakanlah bawak banyak-banyak kasut eh..kasut aku yang aku pakai kelmarin , (hari first daftar) dah tercabut tapak dah. haha. habis melecet kaki ni hah.. korang jangan pulak gatal-gatal nak bawa kasut lawa-lawa. kalau nak lagi syiok bawak kasut sport, ok!
sebab mungkin korang akan jalan kaki lebih 2km setia hari. kihkihkihh,,

 

Mahatma Gandhi ek yang Bina Taj Mahal??

,21:04 | 2 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
  aduhh.. nak pecah perut aku ketawa tengahari tadi.. tadi masa tengok drama "Cinta Batu Belah" kat TV, aku dengar la OST dia, ekcelli aku jarang dengar lagu tu. tap tadi tetiba rasa macam nak selami lirik dia pulak. bila dengar betul-betul, ada satu baris ayat ni dai nyanyi "mendirikan Taj Mahal cinta.. seteguh kasih Shah Jahan kepada Mumtaznya..." 
pastu, masa pi dapur nak masak tu, aku saja la kasi teka-teki kat Umi, 
"Umi, cer teka, sape yang bina Taj Mahal?"
"Gandhi.. gandhi apa ntah,"
aku pun gelak la sampai sakit perut. aku tanya balik "MAHATMA gandhi ke?"
Umi pun cakap ye,.
aduhh.. aku pun sambung la gelak balik.
kihkihkih.. akhirnya aku bagitau la , Shah Jahan jawapan dia.

[VIDEO] Seorang Lelaki Terperangkap di Dalam Lif Bersama Wanita Berniqab

,11:48 | 5 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 video ni aku terjumpa masa tengah belek-belek news feed kat FB tadi. bila aku bukak video ni kat Utube, ramai gile orang yang komen and bertikam lidah tentang video ni. ada yang sokong, ada yang bantah, ada jugak yang cakap video ni hina agama Islam la, tak betul lah, tak sepatutnya buat camni lah, sepatutnya buat camtu lah,.. aku baca aje, tak komen pun. kalau korang nak tau , tengok lah video kat bawah ni,..

Cara mudah tingkatkan trafik blog anda.

,18:17 | 7 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
  aku taknak cerita panjang la.
yang tips macam blogger lain selalu bagi tu, korang dah tahu kan. especially yang tulis blog personal. kena update blog secara kerap la.. kena tulis tajuk best la.. kena tulis cerita best la..
so, sekarang ni, instead of cara-cara tu, aku ada satu cara yang paling mudah dan paling penting percuma.hehe
caranya ialah dengan...

Baru dodoi 2 minit, dah tidor...

,09:37 | 2 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
  opps.. bukan aku ekk. tapi budak ni hah..


sori gambar nya terpaksa di edit bagai sebab ada makhluq yang tidak diingini tetiba je nak menyelit masuk jugak ..huh. kureng asam betol.

alkisahnya budak ni ekcelli anak kawan Umi . masa kawan Umi datang umah, nak borak-borak mestilah susah kan sebab ada budak ni . so, Umi bagi la aku pegang. mula-mula tu ok lagi. pastu tetibe dia merengek.. ingatkan kenapa.. pastu bila aku tepuk2 dia sikit, terus dia tidur atas bahu aku. pastu tak sampai 2 minit, dah pejam mata! hahaha..comel kan dia tidur?
 

ops! nampak perut dia pulak. haha..takpe.. awak tu lelaki.

dah lama tak jumpa dia. .. hum..rindu pulak rase. hehe. entah2 sekarang ni dah boleh berjalan kot.

Jom Bagi Sumbangan untuk Projek Dakwah MTAS!

,09:29 | Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ari ni aku nak bagi info sikit, maybe dah ramai yang tahu, tapi maybe ada yang masih tak tahu, MrTheAllShared sekarang ni tengah kutip dana untuk buat projek mega diorang, bajet kos dalam 65,000 wooo... banyak tu!
ni aku copy paste dr Fanpage diorang:
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...