Kisah Semalam.. : Gara-gara Deepavali.

,14:00 | 1 Comment
 
bosan...bosan..dan bosan lagi.
aku pun tak tau nak buat ape cuti ni,.nasib baek minggu depan dah ade kelas tambahan..dapatlah jugak dengar cikgu potpet potpet..
 keje aku kat umah sekarang ni : ngadap laptop . kalau tak ,ngadap TV. kalau tak jugak?aku main daun terup ngan family aku. kalau  tak jugak,lagi?? aku terus masuk dapur,cari bahan-bahan nak masak..hahaha..pastu sibuk tanye mak boleh tak nak masak ni,nak masak tu.. sampai mak aku cakap 'suka ati kau laa' haha. padan muke.

ok,ekcelli nak cite pasal kisah semalam ni,..gara2 semalam adalah hari Deepavali,aku nak tengok TV pun tak senang! bukak channel ni, orang tengah berjoget.bukak channel tu,orang tengah masak makanan India.last2,aku bukak TV9, tengok 'Adik&Al-quran' ,pastu sambung ngan 'Pesan Atok'.. hehehe..walaupun dengar cam childish,tapi banyak manfaat woo..

so,mase aku tengok tu,'Pesan Atok, topik die pasal "patung-patung" . banyak info aku dapat..which is yang aku sedia tau , iaitu tak boleh simpan patung dalam umah. kalau ade,malaikat tak masuk. so,kalau malaikat takde, takde la sape2 yang nak tolong jagakan umah kite tu.

tapi aku dapat satu info yang aku baru tau : iaitu :kalau patung tu adalah untuk mainan macam patung ultraman ker..pastu budak-budak selalu main ngan patung tu,pukul2,tarik kaki,belokkan tangan die ,.yang itu dikecualikan !!!sebab yg tu memang konfem untuk mainan.tapi kalau korang beli patung angry bird misalnye,pastu korang simpan dalam almari,buat hiasan,. tu dikira tak boleh!! 

pastu,'atok' cakap kalau korang ade trofi yg berbentuk patung,and sayang nak buang,korang kene kasi potong kepala die,pastu baru boleh simpan!

>k,sekadar perkongsian.harap bermanfaat....!!!


KLIK SINI>> http://my.churpchurp.com/isyapurple/share/DragonSearch
campaign image
Dragon Search menjadikan carian online Pantas, Tepat & Bijak!
Apabila membuat carian online, memang benar kita inginkan jawapan yang lebih terperinci. Mudah saja setakat mencari maklumat di pelbagai enjin carian. Tetapi, bagaimana jika anda sedang menggunakan smartphone ataupun tablet? Memang menyusahkan. Dragon Search membolehkan anda mencari maklumat dari lima sumber berbeza tanpa perlu meninggalkan aplikasi!

Segmen = Jom Follow Sempena Cuti Sekolah

,12:03 | 13 Comment
 
 
 

 
 
 
Memandangkan hari ni aku bosan giler2, so aku nak join segmen ni!! banner die sangat cute,okeyh!!
heheheheee..sape2 nak join,sila klik banner..syarat2 die pun simple n nice je!
 

Cerpen Bersiri : Hey,you! Jangan Sentuh Aku! -part 1.

,20:20 | 2 Comment

Bab 1


“Ya Allah..!!lima minit je lagi..lima minit je..!!”

Hati Humaira’ menjerit sekuatnya tatkala dia sedang berlari-lari anak menuju ke dewan kuliahnya petang itu. Masakan tidak,kelas Puan Zaiton akan bermula kurang lima minit lagi,sedangkan dia baru menjejakkan kaki di luar rumah sewanya itu setelah menyambar buku-bukunya di atas meja. Otaknya sudah tidak dapat berfikir seperti orang normal. Apa yang dia tahu,dia harus segera sampai ke dewan kuliah sebelum pintu dewan ditutup secara automatik oleh tangan Puan Zaiton. Dia tahu,pensyarahnya itu amat bencikan orang yang tidak menepati masa.

Mujurlah rumah sewanya tidak terletak jauh dari kolej tempat dia menuntut. Perjalanan menggunakan kaki sendiri juga hanya memakan masa 8-10 minit. Malangnya, dia tertidur dan hanya tersedar pada pukul 2:50 minit petang. Rakan-rakannya yang lain pula berada di perpustakaan sejak pagi lagi.

Selepas melalui kafeteria,Humaira’ mahu menambah kelajuan kakinya ketika dia tiba-tiba dirempuh oleh seorang lelaki yang tinggi lampai. Segala buku dan kertas assignmentnya segera melayang dari tangan dan mendarat dalam longkang berhampiran.

“Aduh!!!Ya Allah!!!buku aku!assignment aku!” Humaira’ menjerit lantas meluru ke arah buku-buku dan kertas assignmentnya yang sedang enak berendam dalam air longkang.

“Matilah aku..! habis basah!!!” Humaira’ benar-benar tidak kisah tentang buku-bukunya,tetapi bermati-matian mengipas-ngipas kertas-kertas assignment yang perlu dihantar tiga hari lagi.

“Oh my God!sorry , I’m really sorry! Saya tak sengaja!” lelaki yang merempuh Humaira’ bersuara tatkala melihat keadaan Humaira’ yang kelam-kabut itu.

“Hey,you! Mata kau letak kat mana,hah?! Habis assignment aku..!!” Humaira’ terus mengomel seorang diri.

Lelaki tadi segera mengangkat tangan seperti penjenayah yang menyerah diri kepada polis. “I said I’m sorry!ok,ok. I’ll help you to fix it! Esok,pukul 10,library!” Dia kemudian terus memecut ke ruang parkir seperti dikejar anjing.

Humaira’ sempat menangkap bait-bait perkataan lelaki itu antara dengar dan tidak. Dia masih berasa terkejut dengan kejadian yang berlaku. Kini,bukan setakat dia terlewat ke kelasnya,tapi segala bahan-bahan assignment yang siap disusun telah dibasahi air longkang berhampiran kafeteria. Dalam hatinya,dia tidak habis-habis memarahi lelaki tadi. ‘Sudahlah langgar orang sesuka hati,lepas tu terus lari macam kene kejar hantu!’  Omelan Humaira’ semakin pedas setelah mengenangkan bahunya yang sakit dan keadaannya yang berserabai seperti orang yang sesat di hutan selama 3 hari. ‘Poyo punya mamat! Nasib baik tak ada yang makan selipar aku ni tadi!hish!’

Lebih teruk lagi,pintu dewan kuliahnya sudah pun dikunci semasa dia memulas tombol pintu itu dengan sekuat hati.

“Aaargh...!!!ni semua kau punya pasal la! Sia-sia je aku lari macam tengah Marathon tadi!” Kepanasan hati Humaira’ sudah mencapai tahap maksimum. Mukanya juga sudah kelihatan seperti gunung berapi yang akan meletus bila-bila masa sahaja.

“Siaplah kau esok!!!” Tiba-tiba,bibir Humaira’ mula mengukir senyum yang penuh bermakna. Seketika kemudian,dia ketawa terkekeh-kekeh seperti orang yang sudah hilang akal. Sudah gilakah dia???


---------------------***---------------------

 
Irham masuk ke dalam kereta Mercedesnya sepantas kilat setelah penat berlari dari dewan kuliahnya ke tempat parkir. Bukan senang hendak mengelak daripada bertembung dengan gadis gedik yang terkenal dengan nama ‘Wawa’ di kolej itu. Biasanya,sebelum tamat masa kuliah,dia sudah tersembul di muka pintu dewan kuliah Irham untuk mengajak lelaki itu keluar bersama.

“Fuhh..lega aku! Nasib baik sempat!” Irham melepaskan nafas kelegaan walaupun dia masih termengah-mengah akibat berlari lebih kurang sejauh 300 meter tadi. Tanpa diduga, beberapa ketukan di cermin keretanya membuatkan dia kembali meratapi nasib malangnya.

‘aduh...apalah nasib aku hari ni! Perempuan ni pun satu. Dah macam hantu. Sejak bila pula dia ada tepi kereta aku ni!’ Walaupun hatinya tidak berhenti membebel, dia tetap membuka cermin tingkap kereta itu perlahan-lahan.

“eh!Wawa! Kebetulan pulak! I dah nak balik dah ni,” Irham menyambut kedatangan Wawa dengan dialog palsu dan senyum yang sangat plastik. Bagaikan tetamu yang tidak diundang,Wawa terus membuka pintu kereta dan duduk di atas kusyen empuk itu.

‘alamak! Aku lupa nak kunci pintu! Kalau tak,aku dah terus pecut kereta,tinggalkan perempuan gedik ni. Biar dia terjerit terlolong panggil mama dia!’ Irham memang rimas jika terpaksa berkepit  dengan Wawa.

“Am, you nak balik,ye? Kalau macam tu,tumpangkan I sekali. On the way nanti, kita boleh singgah makan-makan and shopping!” Wawa terus mengeluarkan idea ‘bernas’ nya  tanpa diminta.

‘Banyak cantik muka minah ni! Sudahlah masuk kereta orang macam ‘pendatang asing tanpa izin’, lepas tu ikut sedap hati dia je suruh aku habiskan minyak kereta aku ni.’ Irham tidak habis-habis membebel dalam hatinya. Bibirnya pula terus mengukir senyum sumbing yang memang sudah dikhaskan untuk Wawa seorang.

Antara rela dengan tidak, kereta itu akhirnya mendesup laju membelah jalan raya di hadapan kolej itu.

‘Semua ni sebab budak serabai tu,la! Kalau la dia tu tak letak mata dia kat lutut, aku mesti sempat lari dari minah gedik ni!menyusahkan betul!!! Tunggu je la esok... tau la aku apa nak buat! Jangan ingat budak hingusan macam kau boleh main-main dengan Irham Zikri bin Zainal!!!’ Irham mula membayangkan rancangannya untuk esok hari. Sekejap matanya bersinar-sinar,sekejap bibirnya digigit,sekejap pula keningnya terjongket-jongket.

Wawa yang sedari tadi memerhati kelakuan Irham merasa aneh,tetapi tidak mempedulikannya. Apa yang penting, rancangannya berjaya. ‘mungkin Irham terlalu teruja keluar dengan aku,’ Dalam diam,dia mula menyusun teori sendiri. Teori yang tidak pernah dan tidak akan pernah tepat untuk seumur hidupnya.


--------------bErsAmbuNg.......


untuk SENARAI PENUH BAB-BAB DALAM CERPEN INI , BOLEH KLIK DI >SINI<

Ekspo MAIK at Istana Negeri Kelantan

,19:36 | Comment


Argh...borinknyer..boring nyer...
Aku ekcelli dah lame terseksa dengan keboringan ni..so memandangkan ade ekspo MAIK  (Majlis Agama Islam Kelantan) yg diadakan kat Istana Negeri Kelantan,aku dah lebih seploh kali desak mak aku suruh pegi sane..weheheee..





Macam yg korang tengok kat atas tu..ekspo ni berjalan dari 1nov – 6disember.. lame gak tuh..

Disebabkan istana negeri ni dekat je ngan rumah aku,dlam mase  4minit setengah gitu  kalau jalan kaki..aku mesti la wajib pegi,kan??orang jauh2 pun datang ..takkan aku yg dekat ni tak boleh?well..lagipun kan,bila lagi nak masuk istana negeri..selain dpd hari jadi sultan,memang tak boleh masuk arh..lainlah kalau aku ni kerabat diraja ker...(berangan je lebih)

So,10 / 11 mak aku ajak pegi.aku pun ikut je laa..aku pegi tu lepas Zohor..aktiviti pentas kebanyakan ade belah pagi..
So,mase aku pegi tu memang takde persembahan ape2..ADE APE KAT SANE??
PAMERAN..yup,.pameran sejarah Islam ..gempak jugak wey..aku tengok tak putus2 orang kuar and masuk dewan pameran tuh..... macam2 dia pamer..yg aku sempat tengok such as pedang Saydina Ali,Uthman Affan..and banyak lagi pedang,tapi aku tak sempat hafal name..tapi replika je la.

Pastu ade quran yang sudah berusia and yang unik macam yg ditulis atas daun lontar and pelepah tamar. And yg buat aku terkezut,ade jugak al-Quran tulisan tangan pelajar2 sekolah Yayasan Islam Kelantan dipamer kat situ!!well..sekolah aku antara sekolah dibawah Yayasan Islam Kelantan la..nak tau??al –quran tulisan tangan tu ditulis by pelajar2 sekolah aku la kebanyakannye..sebab acara tu dibuat sempena Sambutan Jubli Intan yg diadakan kat sekolah aku around bulan March ari tu. Seramai 604 pelajar yg join bende ni..1orang,tulis 1 muka surat. Dalam mase 1jam,sebuah al-Quran tulisan tangan siap!! Tau tak??acara ni dapat masuk dalam Malaysia’s Book Of Record tau!!! Jangan main-main! Kakak aku and kawan2 aku pun turut sama tulis .kakak aku dah belek2 quran tu,cari muka surat yg die tulis.jumpe!! eksaited rase,tau!!

Pastu yang paling aku suke tengok,replika Rumah Nabi Muhammad S.A.W... kecik je rumah tu..orang ramai dibenarkan masuk.berpusu2 weyh...sampai aku tak sempat nak masuk.satu saat pun tak kosong rumah tu.aku sempat gak terpikir.,Nabi S.A.W. yg jadi kekasih Allah pun tinggal kat umah kocik macam tu.walaupun rumah aku ni takde la besar mane,yang pasti,lebih besar dari replika tuh..humm..kesian kat Nabi. (-,-)

Pastu,banyak gak gerai jualan kat sini,,tapi ade jugak several gerai jualan yang tak bukak.cuti kot..he3..aku beli ape??ape lagi?makanan laaa....!!
Aku pegi beli air float ngan ayam K.F.C...ops! jangan misunderstood..K.F.C tu bukan Kentucky Fried Chicken yg ade logo orang tua pakai spek tu..tapi ni adalah ‘Kel.f.c’ yang bermakna : Kelantan Fried Chicken..!! hahahahaaa..

Pastu aku balik,layan makan ayam ..then perut pun sudah kenyang.. The endz!!

KLIK SINI,OK !! >>

SPM sudah berakhir! Apa yang menanti selepas ini?

Selepas peperiksaan SPM berakhir, inilah masa di mana anda dibelenggu dengan pilihan kerjaya idaman anda.
http://my.churpchurp.com/isyapurple/share/AstroGradz3BM

*Yes!CUTI Sekolah! "Oh,Freedom!!"

,09:59 | Comment



hai allz...
hari ni Isya nak cerita pasal benda2 yang isya suka buat ..samada mase lapang or mase bizy..
tak kire la ade orang nak bace or tak..aku nak cerita jugak!!!
hahahahahaaa..
well..memandangkan cuti sekolah pun dah start,aku feel free nak buat hape pun.. tapi aku sedih giler sebab dapat cuti seminggu je..lepas tu,aku ade kelas intensif kat sekolah. alah,senang cakap, "kelas tembahan mase cuti" ,..well..sekolah aku memang rajin buat kelas mase cuti..tapi masalahnye,pelajar die yg tak rajin!!what to do.. sebab taun depan aku kan nak amek SPM, sekolah aku memang jadi tradisi, buat kelas mase cuti utk calon2 SPM..

ok,back to the point, First sekali,aku suke ONLINE!!
dulu kalau aku online,aku bukak facebook jer..tapi sekarang,aku lebih suke bukak blog..heheheee..
blog walking adalah pilihan aku kalau line broadband laju macam jet..aku jugak suke usha tutorial2 kak lyssa faizureen..
kalau tak??aku tulis entry la kot..

second : ni adalah perkara kedua aku nak buat kalau aku bukak laptop. tengok 'RUNNING MAN' !!!
haa..tak tau ape tu running man?? ni antara Variety Show kat korea.. aku ade buat entry pasal ni. klik la kat link atas tu.. memang tak boleh tahan,beb! bukak2 laptop je,mesti terus pasang running man..dah ade dalam laptop..bukan tengok online.,

third : Bace NOVEL!! bace novel ni ekcelli hobi aku kalau lepas exam..yup..sejak taun lepas aku rase.,almost tiap kali lepas exam,aku gi jalan2 kat KB,cari novel ..kadang2 aku pinjam kawan punye je..









oh,yeah!! ni novel terbaru aku beli .tajuk die : Hei...aku kenal CINTA!
belum khatam lagi..baru seratus lebih muka surat aku bace.. sume ade 500lebih.
aku nak bace slow2..baru feeling sikit..ehek! 
hari tu aku pinjam novel kawan aku, tajuk : love u ,Mr, Arrogant!




bez wey novel ni...seriusly..gempakz!! bilangan muka surat 462..aku bace tak sampai 2hari..hehe..
ok,tu la jer agaknye bende2 yg aku suke buat..
selain dpd tu, aku memang suuuuuuke BERANGAN!!
jadi orang kaye..berangan pasal lelaki idaman..(haha.gatal) berangan jadi artis famous.. 
bende tu semua adalah rutin hidup sy! ahahahaa..

#korang Nak duet??
Dengan #PTPTN, anda layak memenangi RM100,000 dengan simpanan awal RM100 sahaja! klik sini >>http://my.churpchurp.com/buzz/img/10454/13534.jpg 

Oh,my ChurpChurp! *tolong aku...!!* S.O.S

,13:10 | Comment
 
test..test..
entry ni..huk.huk. :-(
sebenarnye.. huk.huk. ;-(
nak test churpchurp . huuu.. >0<

rase nak nangis kuat2 weyy... anybody,help me plisz..
maklumlah,,aku ni blogger baru yg tak tau ape2..baru nak try join churchurp ni..tapi aku tak tau macamane nak letak iklan churpchurp tu kat sidebar blog!!
haha..bende punye simple kan??
tapi aku tak tauuuu....!!!!!
mintak tolong otai2 ku sekalian..ajarkan,,.nanti aku belanja eskrem cornetto black n white..he3..

so,kat bawah ni,aku nak letak link 'ape bende ntah'
sebab aku nak try..and aku mintak tolong ngan insan2 yg baek hati ni supaye tekan kat situ..
aku pun tak tau menjadi ke tak..huuuw..
sodih hatiku ini..
hanye ' Running Man' menjadi pungubat duka lara..

link korang wAjiB tekan :

*TEKAN KUAT2 KAT SINI*

bantulah insan yang tak terdaya ni..huk.huk.huk.. (-,-)

Berat Sangatkah BLOG aku??

,20:16 | 2 Comment
 
 

hellow,hellow darling... i wish u have a good day.
entry ni adalah bertujuan untuk 'suke2' plus 'saje2'..
sebab rase borink mengadap FB..
weheheee..
 
takde lah..ekcelli aku seriusly,nak tanye korang ni..urmm
BERAT SANGAT KE BLOG AKU NI??
well..aku nak ukur sendiri kang tak aci pulak..
so,aku nak tanye korang2 ,makhluq2 yang tengah bace entry aku ni hah..
berape lame mase laptop korang amek utk loading blog aku ni sampai habis??
susah ker nak view ape2 kat blog aku ni??
and..
chanteq tak blog aku ni?? (haha.soalan tambahan)

well..aku harap korang dapat bagi tindak balas segera supaye aku tak rase macam aku tengah tulis post yang akan dibace oleh tiang2 letrik yang takde perasaan..
haha.rasenye semua yang bace ni manusia kan?
so,i'm looking forward for your commenz..(oh,my English!)

Segmen : Tingkatkan Follower Blog & Twitter

,08:51 | 4 Comment
 
 
 
sila klik banner kalau rase nak join!
 
 haihh...hari ni pun rase nak join segmen pulak weh... 
disebabkan banner segmen yg tersangat kiut miut ni,hatiku jadi tertarik nak join..weheheee..

so,disini aku nak mention URL blog aku sebab tuan segmen ni suruh..hahahaaa..
ni dia : isyapurple.blogspot.com

tu dia..aku siap 'bold' lagi..bagi warna purple plak tu..he3..orang rabun ayam pun boleh tengok.,
harap2 follower bertambah and bertimbun2..korang jangan kedekut pulak nak tekan button follow blog aku nih! Insya Allah memang aku akan follow.. tapi sila lah tinggalkan jejak korang tu kat ruang komen or cbox. 
k,thanks!!

>jom kite join reramai!!

Segmen : Jom UP Follower Sampai 1000++

,10:12 | 3 Comment



haiyyaaaaak!! segmen kedua utk hari ni...!!
harap tuan empunya segmen ni belum tutup lagi tarikh utk segmen ni..
wahahahaa..(desperate sangat nak join segmen)
ok,dah follow blog ni and like fanpage.
so,kire boleh join la ni,yer??
buat korang yg singgah blog ni,jangan tetibe jadi nyanyuk pastu lupe nak tekan butang follow pulak,yerp!!
k,bye..

Segmen Follower bawah 400

,09:12 | 6 Comment

klik banner kalau nak join.
 
adakah aku masih belum terlambat??
nak join segmen ni...nak join segmen ni...!!
hehehee...boleh la yer??
sebab follower saye memang bawah 400 pun..(lambat lagi kot nak sampai 400..)
hopefully follower akan bertambah..
rajin2 lah follow blog saye ni,ekk??
and thankz kat makhluq tuhan yang sudi buat segmen ni..wehekz...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...