Ape Korang Ingat Perempuan aje ke yang Complicated!?

,20:49 | 2 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 

untuk makluman,
entry ni aku tulis disebabkan oleh ketidakpuasan hati aku dengan makhluq bernama LELAKI.
  maka jika korang ni jenis yang berfikiran tertutup dan susah nak terima pendapat peribadi orang, mohon segera tinggalkan blog ini.

ko ni dah kenapa sebenarnya syah...? tak habis-habis lagi nak anti dengan lelaki ke? apa lah salah diorang kat ko.

 ehh.. hello... kalau diorang tak buat hal dengan aku, takdenya aku nak me'tidak gemari' mereka tu... masalahnya sekarang ni memang diorang saja nak cari pasal dengan aku!

masalah aku dengan sorang lelaki ni sebenarnya sejak sem lepas lagi timbul. its obviously salah lelaki tu and aku hanyalah manusia yang disalahfaham dengan kejam sekali oleh lelaki itu. starting from that moment, baru aku tahu rupa sebenar lelaki tu. dan aku memang nekad takmau lagi bercakap walau sepatah perkataan pun dengan dia!

but something happen in this semester. ketua kelas aku suruh aku and 2 of my friend to handle about a thing yang tak perlu kot aku detailkan perkara itu. dan disebabkan hal ini lah, aku terpaksa berurusan dengan pihak lelaki yang mana seperti yang korang sedia maklum, memang aku tak suka. sebab aku tahu diorang ni banyak songeh. buat kerja kekadang gaya macam nak mintak penampor. (but bukan semua lah) ...

dan secara aku tak tahu, lelaki yang tadi tu yang jadi wakil pihak lelaki untuk handle that thing. aku tahu pun sebab tetiba pada suatu hari yang indah tanpa rasa resah dan gundah, aku terima whatsapp dari die, cakap pasal that thing. aku masa tu perasaan memang dah bercampur baur. kalau ikutkan hati aku yang jahat ni, nak aje aku ignorekan wassep dia tu, sebab luka dihati aku masa di'blame' kan oleh dia sem lepas masih belum hilang. aku still ingat lagi pada hari kejadian tu, macamana dia wassep aku dengan emoticon dan bahasa yang bagi aku memang kurang ajaran Islam.



tapi masa tu aku pikirkan professionalisme. urusan peribadi dan kerja harus diasingkan. benda ni kena settle cepat-cepat supaya aku tak perlu lagi nak berurusan dengan die. tapi malangnya, lelaki tu bagitahu aku bahawasanya pihak lelaki ada problem sikit dan kitorang terpaksa tangguhkan that thing yang kitorang cadang nak buat pada minggu tu sebenarnya ke tarikh yang dia bagi. dan aku bersama pihak perempuan lain pun tunggu je macam orang bodo. bila tarikh yang lelaki tu janji dengan aku tiba, aku tunggu je dia wassep aku. aku nak tanya die dulu? memang tak lah wey.. memang aku tak sudi. dan macam yang aku mention kat atas tadi, ini lah antara contoh lelaki yang buat kerja gaya cam nak mintak penampor!

sebab? dia boleh duk senyaaappp aje macam tapak sulaiman kat dasar lautan tu dan langsung tak inform kat pihak perempuan apa-apa langsung pasal that thing! maka kami masih setia menanti dan menanti sampai lah lebih sebulan tahu takk... walau tanpa secebis khabar dan berita.

last sekali aku suruh one of my friend yang terlibat jugak dalam handling that thing untuk wassep lelaki tu tanya pasal benda ni. barulah lelaki tu nak cerita masalah yang pihak lelaki hadapi.. dan it turned out that kitorang terpaksa tunggu lagi hingga lebih kurang 2 minggu kot barulah masalah tu settle.

and thats when lelaki tu wassep aku balik dan inform aku. lalu die tanyakan aku bile nak proceed dengan that thing (yangmana dah dirancang berkurun-kurun lamanya tu..)

aku masa tu memang hati tengah serabut dan aku memang takde answer untuk jawapan dia tu. sebab ada benda lain yang aku belum settlekan lagi , membuatkan that thing tak tau bile boleh proceed. tambahan pulak aku kena deal balik dengan sume budak pompuan yang memang dah tawar hati untuk buat that thing sebab dah terpaksa menunggu sekian lama macam nak tunggu kucing keluar sayap bidadari. lagipun masa tu dah lewat petang dan aku baru habis kelas. baru nak makan,mandi, dan layan the maze runner : scorch trials. hehehehe.. dan malam tu memang aku busy sebab keesokannya ada test. buku dah la banyak tak habis baca lagi. jadi aku langsung terlupakan wassep die tu yang mana bagi aku takde lah penting sangat pun sebenarnya.

lalu setelah aku habis study, aku sedang mempersiapkan diri aku untuk beradu diatas tilamku yang sudah 2 malam tidak aku gunakan sebab aku tidur atas lantai aje. saja aku on wifi masa nak baring tu ye lah mana tahu kut tetibe ade ketua kelas inform bahawasanya test cancel ke hape ke.. hehehe..

and aku menyesali perbuatan aku tu pada saat tu jugak. aduuhh.. apesal lah aku on wifi? kang lelaki tu dah wassep aku lagi... haish.. "aku cakap sorang2 rupenya..." lebih kurang macam tu lah sindiran pedas yang die bagi kat aku. iihhh...lelaki nih kangg.. kalau aku cincang-cincang buat sambal belacan pun aku tak sanggup nak makan tauu..

dan aku terpaksa reply juga wassep die tu dengan ayat yang takde lah kasar pun tapi padat dan pedas .. "tahu takpe". tu je pun! 2 patah perkataan tu je aku taip. pastu aku sedarkan diri sendiri dan jawab pertanyaan yang dia tanya petang tu. dengan ayat yang aman tanpa perang dan tidak melibatkan soal peribadi. secara kesimpulannya aku bagitau die aku akan deal dengan budak pompuan dulu dan bagitau die balik pasal ni.

so, bila dah ada information terbaru dari dia, keesokannya barulah aku mulakan langkah seterusnya iaitu terpaksa deal balik dengan kaum hawa kelas aku dan buat perbincangan dan decision bagi pihak kami. then, balik je ke bilik petang itu, aku terus wassep lelaki tu dan bagitau keputusan kami. dan barulah aku ajukan beberapa persoalan yang dah lama berlari-lari anak tawaf mengelilingi kepala otak aku selama ni.

lepas je aku send wassep tu, aku tetibe terpikir 'wait a minute. lelaki ni mesti marahkan aku pasal lambat reply semalam kan? and ...... no way. he's not gonna do that,right? dont tell me that he's thinking about revenge and not replying my whatsapp too? no way.. thats too childish for a 19 years old-man to do!'

so i just waited and keep waiting for him to read my whatsapp. and there it goes! dia dah read wasep aku dan dia tak reply sepatah habukkk punnnn!!! what the fishhh... weyyyy...! oh please! aku tak sangka lelaki pun ada yang spesies macam ni. main merajuk merajuk sampai kerja tergendala. sangat euw ok, lelaki macam ni! bukan ke aku ke yang patut marah dia sebab die punca kerja ni takleh nak proceed dan aku terpaksa disscuss balik dengan pihak pompuan pasal ni. ? bukan ke aku ke yang patut marah dia sebab dia biarkan kitorang menunggu pihak lelaki settle masalah diorang macam orang vodoh tanpa mendengar secebis pun khabar berita dari pihak sana? bukan ke aku yang patut marah dia sebab apa yang dia janjikan dia tak tepati? again, bukan aku ke yang patut marah dia???!!!

*sigh*. well, i guess memang wujud kot spesies lelaki yang macam ni. too complicated to understand. too cruel. too selfish. too girly (sebab ngengada nak merajuk macamlah ada orang nak pujuk.puih)

so, for all guys out there, please hentikan lah pemikiran bahawa "semua perempuan complicated. susah nak paham. suka merajuk dan etc)" sebab kaum lelaki pun same aje! ape korang ingat aku senang sangat nak paham korang ni? ape korang ingat korang tak banyak kerenah? tak banyak songeh? mohon sedar diri.

aku bukan racist dengan lelaki. aku cuma tak mau gender racist. lelaki perempuan same aje. kalau dah jenis complicated tu, mengaku aje lah!.



 and up to this moment, that guy still haven't reply my whatsapp. 
 

 alahai.. anak emak. anak manja. anak tak sedar diuntung! huh!
 

Segmen 12 Jam Bloglist #17 Mialiana.com

,19:13 | 12 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
 


Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Oktober 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #17 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?


12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...