"Sebelah Sayap" by Mat Luthfi

,20:39 | Comment
 
 
o.....keyy... maybe dah ramai yang tengok  video latest dari mat luthfi ni. tapi kalau ade yang belum tengok, boleh la usha video kat bawah ni ...



so, how? best kan? harap-harap lepas ni mat luthfi akan perbanyakkan lagi video-video macam ni... I mean, yang lebih bermanfaat. faham? BERMANFAAT. hehe.
yes. sebab kalau video yang bermanfaat , bile orang tengok, at least kita dapat pahala jugak, kan? kalau video takde pekdah? haa.. views beribu-riban pun, kita tak dapat apa.. dapat habuk jaa..

ok la. aku kalau membebel kat sini panjang-panjang kang kena marah ngan mat luthfi pulak. haha. (kidding.bro)

ouh, yes! kata-kata kat atas tu bukan di'aim'kan kat peng'upload'2 video je.. sama la .. kita sebagai blogger pun kena la share benda-benda yang bermanfaat . kepada orang lain, kepada bangsa, and kepada agama kita.

so, peace.no.racist.

Bila LELAKI buat TUTORIAL TUDUNG...

,18:12 | 1 Comment
Assalamualaikum..
Haiih.. Kau Pun Dah Start Usha Tutorial Tudung ke, Cik Isya oii?
Yup! tadi baru start usha. tu baru yang dalam bentuk video.. belum tengok yang dalam bentuk gambar.. memang berlambak!

kebanyakan tutorial tu dari para WANITA. well.. dah name pon tutorial TUDUNG, kan? mesti la POMPUAN yang buat.

antaranya macam kat bawah ni hah..






 ni kalau yang simple .. nak yang rumit sikit, kat bawah ni...

 

 but! have U ever thought... Kalau LELAKI yang buat TUTORIAL TUDUNG, macamana ekk?
haaa..nak tengok? 
"nak!nak!nak!"
 so, apelagi? jom! tengok video kat bawah ni...


Tolong la JANGAN share video macam ni kat FB!!!

,21:38 | Comment
Assalamualaikum,,

Video macamana?? video macam kat bawah ni hah.. cer korang pasang. but make sure tutup terus sound laptop tu, and tengok dari jauh. kenape?? nak tau kene lah tekan link video kat bawah ni..

https://www.facebook.com/photo.php?v=148794048488389

 so, kenapa saya tegah anda dari share video macam ni?
sebab....... kite tak tau siape yang akan pasang video ni.. kalau la orang yang pasang video ni ade sakit jantung .. tak ke meninggal terus kat depan lappy? aku pun dah terkena tadi. kebetulan aku gune headphone sekarang ni. selalu jarang gune headphone. maunye tak terkejut! bukan terkejut sebab gambar die tu, tapi terkejut sebab sound die tu hah..

so? video ape yang korang boleh share kat FB??

haaaaa... contohnye video 'MrTheAllShared' ..
video dakwah yang best-best belake..

and tadi aku baru lepas tengok video ni..

 

best jugak.. walaupun hanye gune bahasa arab tahap aku boleh faham(tanpa tengok subtitle) , tapi banyak pengajarannya...

so, selamat meng'share' video...!! fikir2kan keselamatan orang lain..

wassalam!

YOU!!! You Yang Komen Entri I Hari Tu, Kan?! Baik Ngaku!

,20:15 | Comment
Assalamualaikum...
 
 
 Yes. If someone ade terase dengan tajuk entri aku kali ni, sila angkat tangan. Tak cukup... Tak cukup... Nak lebih gempak? Awak boleh tengok saya reply komen awak hari tu . Klik >SINI<
 
untuk yang tak tahu ape yang aku tengah cakap ni,.. (sebelum tu, nak mintak maaf kalau korang rase perkataan 'aku' dan 'korang' agak kasar.. It just that.. I prefer to use that word daripada membahasakan diri aku dengan name aku. B'coz .. I don't know, but it sounds a bit of  'Gediks' disitu,ok!)
 
 So, back to the point..
Ekcelli entri ni bukanlah mahu memalukan sesiapa or nak aim kat mane2 individu. Tapi kalau ade sape yang terasa tuh, nak buat macamana, kan?

So, ape masalah yang besar sangat tu , sampai kau buat entri ni, cik Isya, ooii??
Hek elleeehh...aku komen macam tu pun, siap nak buat entri bagai lagi! Nak cari gaduh ke,hah?

Haa..!! Tu la pasal. Aku takde la nak marah-marah or membebel tak tentu pasal kat sini. Bukan jugak berniat mahu memperbesarkan masalah yang sedia ada.

But. Even bagi korang masalah tu kecik, tapi bagi aku, ia agak besar.

Alaahhh... Nampak sangat kau tu tak penah kena bash,kan? Normal la wey.. Dalam dunia blog ni, mane ade orang yang tak kena macam tu?
 
 
 Yes. Aku tahu hakikat tuh. Tapi mengenai entri aku yang mendapat komen yang agak pedas tu.. I really really very care about it. nasib blog aku ni readers ciput je. Kalau ramai? Mesti la ramai jugak yang nak bash aku,kan?

So, I'm here bukannya nak cakap kat orang tu supaye jangan judge aku , kau tak kenal aku, kau ni apsal tetibe marah aku , bla bla bla and so on..

No!! Tidak sama sekali. Aku tak marah 'kau' pun. Tak salahkan 'kau' sikit pun. Sebab maybe ade hikmahnye bile Allah buat someone yang komen entri aku macam tu.
 
Contoh?
Maybe Allah mahu menyedarkan aku supaya aku tak jadik macam orang yang kau sebut dalam komen kau tu. Yes. Ia akan lebih mengingatkan diri aku supaya tak mudah riya' , perasan, takabbur, ... Kan???

Second, komen tu mengajar aku untuk lebih kerap 'tajdid niat' , or dalam bahasa ibunda,  'memperbaharui niat'.
 
 Yup. Memang banyak dugaannya kalau kite terasa nak share benda yang baik ni. Silap hari bulan, tak dapat apa-apa pun jika ada walau secebis rasa nak show off ke, perasan bagus ke, dan sebagainya.

Mungkin juga Allah mahu menyedarkanku yang mungkin terasa riya' dikala menyiapkan entri tu. Anyway, thanks lah kepada orang yang komen kat entri aku tu. Macam yang aku cakap, kite ambik yang baik, and buang yang buruk. So, in this case, aku ambil kira komen kau tu dari sudut yang baik.. Banyak jugak hikmahnye, kan? So, apa kata kau pulak yang ambil kira entri aku tu dari sudut positif. ?? Yeah, I know you can do it.
 
So, baru lah kite same-same dapat manfaat.oh ye! Ekcelli memang aku dah mula decide .. Sejak aku tengok video MrTheAllShared kat Utube, aku jadi malu sendiri. Malu kat abang-abang yang sanggup buat video berunsur keagamaan macam tu. Sedangkan aku? Apa yang dah aku buat untuk ISLAM hari ni?
So, sebab tu la aku decide nak banyakkan lagi entri-entri yang bermanfaat pada masa akan datang. And I have started with 'that' post. And Alhamdulillah.. SEMUA respon yang diterima membuatkan aku jadi lebih bersemangat. To all my blog readers, sokongan anda amat saya alu-alukan.

Tak lupa jugak, aku nak mintak maaf la kalau entri aku hari tu korang nampak macam aku ni perasan bagus tahap petala kelapan ke. ... Sori sangat-sangat.
In sya Allah pada masa akan datang, aku akan cuba perbaiki lagi cara penyampaian aku.
sebenarnya entri tu hanyalah luahan isi hati aku.yup, tentang fesyen tudung zaman sekarang ni..
 
Alaa.. Macam orang lain jugak, contoh kalau dia declare ngan pakwe die ke, lepastu cerita kat blog die, korang takde pun bash die kan?

Then, kalau ade orang yang dapat cek nuffnang, pastu siap buat entri lagi.. 'hai..hari ni cek nuffnang saya dah sampai dah.... Bla..bla..bla..' so?korang takde pulak nak cakap diorang tu nak show off kan?
Contoh lagi.. Kalau someone post 'hai! hari ni I makan kat hotel 5 bintang Uolls.. Well..boleh tahan la..makanan die pon.... . . Bla..bla..bla..'
sooo..?? Korang takde pun nak cakap diorang tu perasan bagus,kan?

But why do we always want to bash someone who share something good? Kalau tersilap cakap sikit,mulalah nak cakap kitorang nak show off la..berlagak alim la..
Korang..korang..and korang.. Kitorang yang cakap pasal agama ni pun,manusia jugak.sama je ngan korang.. So, kitorang pun tak lari dari kesilapan.
 
And aku harap korang sudi maafkan kesilapan aku. Segala yang salah tu, korang letak sebagai sempadan, .. Aku sentiasa mengalu-alukan teguran korang, tapi biarlah dengan cara yang berhemah. Mane yang baik tu pulak, sudi-sudi lah korang ambil sebagai pengajaran ye.. Kita ni manusia yang mudah lupa. So, apa salahnye saling mengingati sesama sendiri..
 
(jom layan video MrTheAllShared kejap.)

2 X 5


And kalau korang ade ape-ape komen ke, don't feel bad to drop it here, ok? ANY comment goes.

Thanks kepada sesiape yang dah sudi bertahan untuk bace entri ni sampai habis. Korang memang Ohsem! Hope korang akan sudi jugak nak bace entri-entri aku yang seterusnya.

Sebelum aku nak publish entri ni, mungkin ada baiknye aku bagitau kat sini.....
"Mr The All Shared , anda.semua.hebat. you know what? You guys have became my inspiration!! You guys dah kembalikan semangat aku untuk terus berkhidmat for Islam.! Thank you! Thank You soooooo much!!! Love you guys. Mmmuah!" (hehe. Part 'muah' tuu tak perlu kot.)

jom like page Mr The All Shared!
wassalam...

Lorr.. Apsal SINGKAT sangat??

,22:18 | 10 Comment
tadi aku jenjalan kat satu website yang jual tudung. konon nak beli tudung online lah. haha.. padahal selama ni tak penah pun beli online.

tudung nye memang banyak yang cantik-cantik.. bright and soft colour.. aku pun tetibe ter'minat' tudung yang satu ni mase tengah usha2 tu..

http://www.tudung2u.com.my/1342-4904-home2/tudung-awning-3-layer-chiffon.jpg 

cantik kan?pepel gitu.. aku pun ape lagi, terus tekan kat gambar tu untuk tengok explanation yang lebih terperinci.. 
tapi, bukak-bukak je... mak aii!!!

Cweetnya Allah Tat Titew !

,21:05 | Comment
Assalamualaikum...

Subhanallah! video yang sangat indah. sebak jugak dada aku ni.
taknak lepas peluang share video ni! mane tahu dapat jugak saham sikit. . . . congrats again to 'MrTheAllShared' ....! nice vid!
aku harap sangat sape yang tengah bace post ni, sudi tengok video ni.
alhamdulillah.. I feel lucky to have Allah by my side... are you?




Yey~! Esok Nak Bawak Buku Masuk Dewan Exam!!!

,20:27 | 2 Comment
Yey!~ Esok nak bawak buku masuk dewan Exam!!!

Haa.. Tu mesti korang pikir aku nak meniru dalam exam kan? Please,ok! Aku ni bukan jenis cheater kelas bawahan camtu.

Hum.. Bagi yang dah tau tu, mesti paham ape yang aku cakap ni. Especially SPM candidates 2013.
Yup! Memang kitorang dibenarkan bawak buku masuk dewan exam.bukan setakat 'dibenarkan' , tapi memang 'disuruh' bawak ! Tak caye? Tengok gambar kertas soalan kat bawah ni..


sila sengetkan kepala anda untuk tengok dengan lebih jelas,.,


ni muka surat sebelah. kertas exam ni memang sehelai je. hehe


 Haa.. Nampak?nampak? Soalan tu pun diberi sebulan sebelum exam. Siap dengan tajuk lagi! So,exam kali ni kire aku bawak buku form4 je. Form5 tak payah. Ahahahahaaaaa.. *gelakjahat*

eh,eh. Syok sendiri pulak aku ni! Lupe nak bagitau sejak bile wujud exam ni. Umm... Malas la pulak nak taip ..sebab sebelum ni pun aku pernah buat entry pasal exam ni. Taun lepas. Nak tengok klik je >SINI<

dah bace?? So, how? Best kan? Aku rase ni la exam yang paling senang dalam dunia ni. Dalam SPM nanti, sejarah kertas3 ni dikire 20% daripada markah keseluruhan. So,kalau kite dapat seratus paper3 ni,memang 20 markah dah ade dalam tangan. Huahuahuahuaaaah!! *gelaksengau*

 I guess that's all for today.
And for all my friends, batch 1996, juz remember. WE.are soooo..... Lucky! Agaknye la. Huhu...
*kadang-kadang aku rase macam jadik lab rat pun ade.* LOL.LOL.LOL.



"Mr The All Shared." Thumbs Up!

,22:25 | 1 Comment
 
 
actually aku penah tengok video diorang ni kat Utube. tapi mase tu aku tak peka sangat tentang 'uploader' video ni. mase kawan aku cakap, suruh cari salah satu video diorang hari tu, baru la aku dapat kenalpasti siapakah gerangannya 'Mr The All Shared' ni.. hehe.. 
 
banyak lagi video yang aku belum layan , ni. juz nak shared a few video yang aku dah tengok tadi.. 
 kalau nak tengok banyak lagi, search je kat Utube.
o.yeh!sebelum pasang video tu,make sure 'pause'kan music background blog aku ni.hehe

Kahwin Vs Couple Part 1

 
 


Kahwin Vs Couple part 2 

 

Tips Nak Tackle Awek Sampai Jatuh ( Sempoi Weyh! ) 

 

Nasyid Vs K-Pop 

 

so, my opinnion?? good job bro! tak ramai anak muda nak buat video macam ni zaman sekarang.
teruskan perjuangan korang, jangan putus asa even orang akan kutuk korang satu ari nanti.
sebab mencegah kemungkaran tu hukumnya WAJIB. jalankan amanah kite. teruskan perjuangan para Ulama' , walau dengan cara tersendiri. yang penting, kite dah cuba. bila kita disoal diakhirat kelak, at least kite ada jawapan. 

peace.no.war!

wassalam....

Idea Berlambak, Tapi Times Up!

,19:56 | 3 Comment
assalamualaikum.. tak jawab dosa.

humm.. tiap kali aku nak post something yang gempak, mesti ade je halangan ..
yela.. biase aku dengar, ramai orang yang takde idea nak buat entry.. tapi aku? idea memang siap berterabur tengah jalan lagi, sebab dah penuh sangat dalam pala otak aku . humm.... yang menghalang, is? masa.

"Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian.. melainkan yang beriman dan beramal soleh. "

see??
aku pun taktau la nape aku selalu rase tak cukup mase nak update blog. yes. memang la aku selalu jugak update. tapi cube korang tengok entry tu pasal ape?
entry merapu.. entry syok sendiri.. entry berangan.. dan yang paling horrible is entry copy pasta. eh,hello! aku bukan kopiket ekk.. aku kopi dalam FB, and siap bagi link post tu lagi. *aku bukan calang-calang kopiket*

ekcelli tahun ni aku SPM. so, paham-paham je la kan? ni, esok ni exam Biology ni.. bace buku tak habis lagi. adoiy...... fenim-fenim.. . . . . . . . . . . .


so? the conclusion is.. sorry la my dear follower yang baek hati sangat sebab nak follow blog aku ni. Cerpen Bersiri masih akan diteruskan. In sya Allah. tapi page 'Resipi' tu payah sikit aku nak sentuh. haha.

and kalau korang nak tau, mase duduk sorang-sorang dalam bilik sekarang ni mesti aku akan berangan : nanti kalau aku dah habis study, pastu aku kawin, ade anak.. aku taknak keje dah. nak duk umah, jaga anak. bangun pagi > bancuh susu > buat breakfast > suami(?) pegi keje > basuh baju > kemas umah > and Blogging!!! > masak > suami(?) balik > makan > Blogging lagi!!! > and tidooo.. kroohhh...krohh.. (aku tido bunyi camtu ker?)

hahaaa.. tinggi betul angan-angan aku kan?? entah-entah takde orang nak kawen ngan aku nanti lepas bace entry aku ni. huhu...

okey. tu je la luahan perasaan aku hari ni. blog aku sekarang ni memang kerap menjadi tempat luahan perasaan daripada tempat perkongsian ilmu .

last words from me, korang kena tunggu aku kawen dulu baru blog ni akan jadi macam blog ! haha..

wassalam..






Waaaaahhh... Feed dah okeyyyy...!

,08:27 | 2 Comment


alhamdulillah.. dah okey pun, ... kalau lepas ni problem balik, aku taktau la nak cakap pe.. feedburner pon buat sakit ati je. hummm..

dush!!dush!! tumbuk kang feedburner ni!
hehee..


 





K-poppers tentu sukakan drama yang bertema K-pop kan? Ikutilah kisah hidup tiga pasangan anak muda dalam perjalanan mereka untuk mencapai impian masing-masing. Apakah yang akan berlaku dalam episod 2 Rabu ni? Adakah Kharina mengikut nasihat Mia akhirnya?
Tontonilah Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara setiap Rabu, jam 9 p.m. di Astro Ria (Saluran 104), dengan siaran ulangan setiap Sabtu jam 5 p.m. Jangan ketinggalan!
 
dah lame tak letak kempen churpchurp ni. agak2 ade orang nak tekan tak?? hehe.. kat sidebar pon dah lame buang. umm.. :(



May Giveaway By Amer Corner

,07:53 | 3 Comment

Bismillahirrahmanirrahim...
 joined this GA!! 
In sya Allah syarat2 die sume dah dipenuhi. arap2 xde yg tertinggal.. 
 korang nak join?? klik banner. 

Segmen: 9 Jam

,22:15 | 3 Comment
 
 joined!!!

Baru Lepas Layan 'Bunga Merah Punya' ..

,22:08 | Comment
Assalamualaikum..

sayang pulak rasa nak tinggal laptop. orang laen pi tengok dalam TV. aku ? live streaming. haha.... kalau tak salah ni episod last kan? naseb baik sempat tengok. tapi part last sekali tu... yg mase Bunga mati ..  dengan hujan buatannya , (konon cam awan yg berarak pun sedih dengan kisah cinta Merah dan Bunga.) , pastu bunga pulak mati dalam dakapan cinta hatinya, merah.. urm... it's kinda... 

entah! tak tau nak cakap. tau-tau je la kan, bile ujan.. kalau laki tahan sikit. ni kalau pompuan .. tak ke nampak bentuk badan tu? tetibe aku pulak yang rase malu. padahal bukan aku yang tengah tidur telentang atas lelaki bukan mahram tengah2 hujan gitu. hehe....takleh bayang wey....

and ayat Bunga sebelum mati :  "Bunga selalu berdoa supaya kita disatukan kat Syurga nanti.."
lebih kurang gitu la ayat dia.
and it's make me thinking. ... patot la budak2 zaman sekarang bercinta bagai nak rak, konon nak pi masuk syurga sesama.. urmm... pengaruh media massa upenya.. heh. dah macam karangan BM pulak. 
"Faktor-faktor berlakunya gejala sosial". huhu...

peace.no.war! 

luahan . hanye lah sekadar pendapat peribadi.
and sebagai seorang Muslimah sejati. Insya Allah. 


Thanks sudi Review Blog Burok Ni..

,18:26 | 4 Comment
Assalamualaikum...

hari ni isya baru usha entry2 yang review blog Muslimah Purple ni.. ade dua...

thanks to blog yg sudi selitkan blog Isya dalam entry >INI< dan >INI<

ekcelli Isya rase kesian sangat kat blogger2 ohsem cam diorang ni sebab terpaksa gak review blog burok Isya ni.. hum.. sampai diorang tak tau ape nak komen pasal blog ni, kan???? ye laa... sebab terok sangat. kalau nak komen lebih2 kang takot Isya terasa pulak.

hehe.. tapi sebenarnya Isya tak kesah pon.. lebih banyak korang komen, lebih banyak Isya tau kekurangan blog ni.. and Isya suke je bile sape2 pon yg tegur pasal blog ni, even at the smallest matter. and I appreciate it soooo much.!

buat blog bajuwarnacoklat.blogspot.com , atas cadangan anda, Isya dah pun remove widget selamat datang tuh.. ekcelli letak widget tu mase baru tau pasal widget2 blog tu sume.. tu yang try letak tu. dah lame dah I hajat nak buang. akhirnya sampai jugak hajat I.. thanks ehk...

and buat diarijejakahangat1.blogspot.com , thanks sebab puji lagu. and I know angah mesty blur mase nak review blog ni , kan?? hehe.. takpe la.. tak kesah pon..

tapi I prefer kalau korang komen banyak2 pasal blog ni . bukan suruh puji, tapi suruh tegur segala kesalahan yang mungkin saya tak sedari dalam blog ni.. hum.. ye laa.. kite nak suruh orang review sebab nak tau kekurangan blog ni. bukan sebab ape pun.. hehe....

takpe la, at least korang sudi gak review blog Muslimah Purple ni kan?? thanks sangat.sangat.sangat....!!!


*status menyibok : aduhhh.... lame lagi ke nak boleh bukak puase ni.. kepala I dah fenim ni.. tekak pun haus semacam je. ..... :( *

Segmen: Jom blogwalking jom..!

,19:48 | 4 Comment

 
 
Jom blogwalking kat blog ni sebab .... ......... er..... er.... sebab...... errr.... sebab...... emm..... sebab........ . . . . . . . . .. .uhmm..... becoz...... urm........... adoiyai! tak tau la sebab ape! hehe..
 
rileks2.. paly jangan marah. . . tengah pikir ni...
umm.. sebab aku suka tengok orang jenjalan kat blog aku ni , kot.... kot lah. huhu.
and aku nak tambah kenalan and follower aku. ekcelli follower tak kesah sangat. cuma mahu jalinkan ukhuwah yg lebih utuh. bukan sekadar follow mengfollow. okey. done!!!
 
sape nak be fren boleh add aku kat >SINI<

First Day daftar Tuisyen..

,19:11 | 2 Comment



Assalamualaikum...






Seriesly,memang selama ni aku tak pernah pi tusyen kat luar daripada sekolah. Ye la.. Kalau setakat UPSR ngan PMR tu ,objektif je yang banyak.. Tak perlu la kot pi tusyen, and I still got straight A's.

Tapi SPM ni penangan dia lain macam betol la.. Aku decide nak daftar tusyen ni pun sebab rase cam dah nak muntah dah ngadap buku. Memang takleh diselamatkan lagi.




And pada 10/5/2013, dgn rasminya aku daftar
tusyen kat tempat yg bercampur laki ngan pompuan. Sampaikan aku nak naek pi tempar daftar pun bukan main menggeletar seluruh badan ni,tau! Rilex..rileks... Bukan harimau tu, manusia jugak! Same macam kau! (eh.same ke? Die pakai kopiah,aku pakai tudung.hehe..)

so,lepas daftar, aku pun dgn nebesnya jalan pi kat kelas. Dari pintu yg lutsinar tu, aku nampak kepala-kepala menghadap ke pintu tu. What?? Weyy.. Apsal la dia taruk whiteboard tu tepi pintu. Nanti kalau orang masuk,kang mengganggu tumpuan sume orang...

Hesh.. Dah la aku ni first day datang,pastu masuk lewat pulak. Adusss .. Harap-harap takde la yang tengok aku. Sikit pun aku tak tengok kat bahagian lelaki tuh. So,takde sebab la kan diorang nak tengok kat aku?

Biology and BI telah aku lepasi dengan amannya. Sehinggalah tiba time Addmath. Cikgu addmath tu ekcelli boleh kira tauke pusat tusyen tu la. Lepas ngajar beberapa minit, dia pun tanye : "sape yang baru masuk hari ni?"

aku pun angkat la tangan.
And ada sorang lagi pelajar yang angkat tangan jugak, baru masuk. Tapi tidak dapat aku kenalpasti siapakah gerangannya sebab dia duduk kat belakang, so, aku malas nak pusing kepala.

Cikgu tanye lagi : "awak sekolah kat mane?"
aku jawab.

Then,cikgu pun tanye lagi : "awak duduk(tinggal) kat mane?"
cikgu tengok aku. Aku jawab la. Pastu, cikgu tanye soalan yg same gak kat sorang individu lagi tu.

"sape yang mak dia call cikgu semalam, cakap nak daftar tuisyen?"

aku tunduk je. 'bukan mak aku........'

yang sorang lagi tu pun aku rase tak bagi respon jugak.. Yang menyebabkan cikgu tanye lagi : "mak awak keje ape?" aku angkat kepala. Aku tengok Cikgu tengah pandang aku. Aku tak jawab soalan cikgu. Just geleng kepala. 'mak aku mane keje ,beb...!'

and I guess individu yg sorang lagi tu jawab kot.. Sebab aku betol-betol tak dengar pun suara die! Entah pompuan,entah laki.
Tapi cikgu cakap la kat individu tu lepas tu : "ohh.. Betul la tu. Mak awak yg call cikgu semalam.."

adoiy.. Apasal kau tak cakap terus je mase cikgu tanye tu, ? So tak perlu la cikgu nak tanye aku sampai macam tu sekali. Hesshh..

Nothing lah ekcelli. Saje nak share kat sini. tusyen kat tempat bercampur ni memang susah bagi yg lemah iman macam aku ni. susah nak jage hati. tak macam kat sekolah. .. suke hati je nak buat ape. sebab sume pelajar pompuan. best sangat.sangat.sangat.sangat. hehe...

Letak Lagu Dalam Blog. Again!!

,13:47 | Comment
Assalamualaikum...
 
dah lame ekcelli tak letak lagu dalam blog ni.. ni baru try letak balik. ye la.. kadang-kadang tu memang bosan gak dengar lagu same je tiap kali view blog., ..
 
tapi lagu kali ni lain sikit. maybe lebih tenang jiwa kalau dengar lagu ni..
nak dengar?? sila bukak blog ni. hehe... 
 

Try Resipi Aiskrim..

,19:47 | Comment
ingat tak ari tu aku ade post resipi aiskrim yg aku amek dari FB tu?? tengok >SINI<.. nahh..hari ni baru nak try cuba test buat. haha.. *sila abaikan ayat tunggang langgang aku.*
and.. nak kongsi a few picture..


 
mase ni duk tengah mix lagi.. kembang 2X ganda woo...


now ready to get into the fridge! *eh. betol ke aku tulis nih?


yg ni satu bekas lagi. banyak woo boleh dapat dengan resipi tu. .. kire macam beli kat kedai yg dalam bekas tu lah..yg bekas besar tu,bukan bekas kecik. 
(ya Allah.... apasal la merapu je ayat aku hari ni.)
ok lah! nak share tu je! and tak sabar nak tunggu die keras ..esok la kot baru boleh makan. tapi kalau iman aku tak cukup kuat, mau malam ni jugak aku habiskan! hehe...

Feed buat hal lagi......

,22:24 | 2 Comment


wahai feed blog yg ku sayangi, cari pasai nampak??


adoiy... tak tau nak buat ape dah.. fenim..fenim..

Kelantan Darul Miskin??? benarkah?

,21:42 | Comment
Assalamualaikum.....
 
nothing to say ekcelli. juz nak share something yg aku dapat dari FB...
 
 
SEBARKAN !!:: KELANTAN DARUL MISKIN ::.

Di negeri miskin itulah,
Mempunyai seorang Sultan, kesayangan rakyat.

Di negeri miskin itulah,
Jual beli dihentikan bila azan berkumandang..

Di negeri miskin itulah,
Selebriti wanita popular tanah air bertudung ayu..

Di negeri miskin itulah,
Berebut ibu ayah mendaftar anak di Maahad..

Di negeri miskin itulah,
Diperkenalkan sistem gadaian Islam Ar-Rahnu menolak riba..

Di negeri miskin itulah,
Kerja 5 hari seminggu mula berkuatkuasa..

Di negeri miskin itulah,
Hari Jumaat dijadikan hari menuntut ilmu agama..

Di negeri miskin itulah,
Cuti bersalin mula ditambah dari 40 ke 60 hari..

Di negeri miskin itulah,
Elaun Menteri Besar dipotong untuk Tabung Serambi Mekah..

Di negeri miskin itulah,
Amalan memberi cenderamata kepada pemimpin dihentikan..

Di negeri miskin itulah,
Waktu bekerja pada bulan Ramadhan dipendekkan..

Di negeri miskin itulah,
Cuti iddah diberikan khusus kepada kakitangan wanita yang kematian suami..

Di negeri miskin itulah,
Tak mungkin sekali kelihatan pawagam dan tempat hiburan..

Di negeri miskin itulah,
Papan tanda cara menjaga aurat ditayangkan..

Di negeri miskin itulah,
qaryah ramadhan dibina..

Di negeri miskin itulah,
Peringatan waktu solat di sepanjang jalan..

Di negeri miskin itulah,
Ramai orang mula mengenal Tuhan..

Di negeri miskin itulah,
Lahirnya tokoh-tokoh islam terkenal..

Pernahkah anda melihat kesederhanaan seorang SULTAN dan RAJA sebuah negeri di Malaysia?

YANG BERKOPIAH dan sekadar BERBAJU MELAYU serta BERKAIN PELIKAT itu adalah SULTAN MUHAMMAD V, "Sultan negeri Kelantan Darul Naim". Di sebelahnya yang BERJUBAH PUTIH dan BERKOPIAH adalah MENTERI BESAR negerinya.

Satu kombinasi yang mantap! Inilah Pemimpin dan Sultan dambaan rakyat jelata. Bertuahnya rakyat negeri Kelantan Darul Naim yang memiliki pemimpin dan raja yang hatinya bertaut dengan ISLAM.

Takbir!!!! ALLAHU AKBAR!!!!!
 
ekcelli aku rase post ni dah lame tersebar.. (aku rase la.....) sampai aku pun konpius sape penulis sebenar post ni. heheee.. btw, yg ni aku amek kat >SINI

so,kalau korang nak bukti yg lebih 'padu' lagi, boleh ler klik link tuh. banyak giler komen, ...hehe.

sebagai rakyat kelantan, aku amat bangga dengan negeri aku sendiri.. and setiap orang ada hak nak puji negeri sendiri. bukan la aku nak cakap yang negeri lain tak bagus, negeri aku je yg bagus... no,no,no.. tidak sama sekali.

Resipi Aiskrim!!!!

,21:13 | Comment

resipi ni Isya dapat kat Page ni.. > Buku Resepi<

waahhh.... lepas ni boleh la buat aiskrim ssendiri!! semalam baru suruh Umi beli ovellette. hehe...

Resepi Aiskrim coklat
Oleh: Naimah Md Ludin

1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1 tin air (guna tin susu)
1 biji telur
2 sudu besar ovellete
1 sudu besar coklat emulco
1 sudu kecil asen vanila
1 sudu besar tepung jagung

cara:
masukkan semua bahan dalam mixer
(kalau nak buat pelbagai perisa jgn masukan perisa masa mix..bila dh kembang baru asingkan dan cmpur perisa kegemaran)
pukul dengan kelajuan perlahan selama 5 mnt
pukul kelajuan maximum selama 10-15mnt
adunan akan kembang 2-3x ganda (hampir penuh mixer)
bila adunan dah pekat boleh masukkan dalam bekas
sejukkan dalam peti semalam.

Selamat mencuba! :)

SEGMEN REVIEW PERCUMA

,22:01 | 1 Comment

hai! dah lame tak join segmen! tapi segmen ni sempoi sangat. sebab tu Isya rase nak join. sape nak join, boleh klik banner.

Saya Sayang........... Tok Guru!!!!

,21:42 | Comment
 
 
ya Allah... air mataku hampir menitis setiap kali melihat gambar ini. Hanya ucapan TERIMA KASIH yg mampu aku hadiahkan buat TGNA. ....
walaupun hati ni berat nak lepaskan, tapi aku Redha.. segala ketentuan itu punya hikmah tersendiri. 
 
Tok Guru, saya saaaaaaaaaayang Tok Guru!!!

"Dakwat Kekal" ...

,20:55 | Comment



Assalamualaikum..
Hehe.. Banyak la aku punya dakwat kekal.! SPM pun tak lepas lagi, dah berangan nak pi mengundi. Ekcelli tu dakwat colour magic. Tadi aku maen conteng-conteng kat whiteboard, pastu takde duster, aku sapu la pakai tangan. Huhu...  
 
Takpe2.. Angan2 boleh jadi Impian.. Dan impian boleh jadi Kenyataan.. So, tak salah aku berangan, kan.......???

and I got something for U guys!! the funniest video ever after GE13. make sure u guys watch this!!!

 


 Ya Allah... bantu kami ya Allah...


Kosong... Kosong...

,00:27 | Comment
 
 
Seriously malam ni rase 'Kosong' yang teramat sangat. rase nak nangis pun ade.
hurm..korang paham-paham sendiri la kenape aku rase cam nak berguling-guling atas lantai sekarang ni. huuuuu...

p/s : mungkin Allah masih mahu menguji kita... sejauh manakah pergantungan kita kepadaNya. Allahu Akbar!!!

Attention! kalau saya boleh jerit melalui laptop ni maybe saya akan jerit untuk pangil anda supaya bace Entry saya. Untuk kali ni sahaja. (sorry tajuk panjang. sebab saya tak tau tajuk ape yang sesuai untuk post ini. SPEECHLESS.)

,08:28 | 6 Comment
Assalamualaikum..


Saya.Tak.Bodoh. dan saya nak korang tahu yang korang pun tak bodoh. so, jangan biar diri anda diperbodohkan.

tadi, saya bukak FB. dgn semangat berkobar sebab nak tengok post kawan2 memandangkan hari ni HARI PENENTUAN. tangan tidak berhenti dari menge'like' status2 itu semua..
 tetiba saya ternampak salah sorang friend di FB shared status sebuah fanpage ni. and i was really shock! dalam hati cuma Allah yang tau..

cuba korang tengok gamba kat bawah ni and bace status tu..

tak rugi luangkan masa sekejap untuk bace ni.. 

 lepas je bace status tu, I was like.. 'wah.. so lucky of him!' so, saya pun tekan la kat gambar tu untuk tengok and bace komen2 disitu..ramai yang bertasbih, memuji dan mengagumi kejadian itu, termasuk saya. tapi, ada juga yang mushkil dan mahu tahu lebih lanjut tentang kejadian yang berlaku. tak salah , kan? ye la..kalau kite tak tau, kena lah tanye orang yang lebih tahu. dan kalau kita tahu serba sedikit, apa salahnya berkongsi dengan orang lain.

Dan Alhamdulillah... jawapan ini yang diberikan oleh 'tuan punya fanpage' itu..



Subhanallah... saya hanya mampu berharap semua ini adalah kenyataan..saya tak mampu nak nafikan, dan tak mampu juga untuk mengiakan.. hanya Allah yang mengetahui segala-galanya.. saya hanyalah manusia yang serba kekurangan. kurang Ilmu agama.. and for your Information, ekcelli Fakhrul Radhi ni johan Akedemi Alquran musim ke3. ahli kumpulan nashid UNIC. hehe.. sorry bang, saya printscreen .. minta izin...
takde niat jahat.. juz nak share dengan semua orang..

kalau nak tengok post 'asli' , boleh klik >SINI< !!!!
 
 
and video ni.. saje je letak. walaupun saya belum cukup umur nak mengundi..hehe.
Selamat Mengundi!!!


insan bertuah itu ... yang berada di tengah. hehe.


(sisipan)
sebelah sini muslimin. sebelah sane nunnn jauh, muslimat.nampak tak?

alhamdulillah.. Stadium . bukan hanya untuk main bola. tapi boleh dijadikan tempat beribadah. 
Ini lah STADIUM SULTAN MUHAMMAD , KOTA BHARU, KELANTAN.
I'm Proud To Be 'Anok Kelatey'..

Ustazah Siti Nor Bahyah (Semanis Kurma) : "INI KALI LAH!!!"

,17:22 | Comment
ASSALAMUALAIKUM..

Ustazah pakai baju pepel.. hehe.


hai semua!! tadi Isya bukak FB.. tengah syok jenjalan tu, tibe2 jumpe gambar kat atas ni.
then, I was like... wah..... ustazah pun cakap 'INI KALI LAH!' ..

hehe.. so, sila nilai sendiri gune akal yang telah dikurniakan oleh Allah kepada anda semua..

(ustazah jangan marah saya printscreen ekk...)



Flashmob..

,13:30 | Comment
 

best tak Flashmob >nih! baru tadi aku tengok kat FB.hehe..
 
 





A Werewolf Boy. sedihhhhh...giler cite ni!

,13:08 | 1 Comment
Nangis... sob. sob. sedih sangat citer Werewolf Boy ni. yang part last tu.. huaaaa.... cian kat werewolf boy tu. utk yg belum tonton lagi tu,ekcelli citer ni ialah korean movie. best..
tapi... kenapa perlu sedih sangat sampai macam ni??? huhuu.. ok lah, kalau korang nak tengok, boleh usha kat >SINI< !!!

actually aku tengok sepintas lalu je sambil2 on9. tu pun dah rase nak nangis dah. . tak tau la kalau aku hayati betul2, maybe mata aku akan bengkak kot.. hehe.

and from my observation.. sinopsis citer ni lebih kurang camni,..
ade 1 kuarga ni,baru pindah kat 1 rumah, then jumpe ngan Werewolf boy tu. and salah sorang ahli kuarga tu , pompuan, yang lebih kurang sebaya ngan werewolf boy tu, mula2 tak suka ngan dia. tapi mak die kesian kat die, so kuarga tu pon jaga la die buat sementara. pastu lama2 die train werewolf boy tu, (macam train anjing gitu) ,then die dah mula rapat ngan werewolf boy tu. and bla..bla..bla.. perkara ni pun sampai la kat pihak berkuasa .. polis, and so on. so, diorang cam taknak serigala ni cederakan orang, dia nak tangkap la. tapi pompuan tu bawak werewolf boy tu masuk lam hutan supaya polis tak jumpe die. and then the family decide to leave the house.

but sebelum diorang pergi,memang pompuan tu sedih nak tinggalkan rumah tu and werewolf boy. bile sume orang dah ciap2 nak pindah, die sempat lagi amek buku and tulis kat situ , " wait. I'll come back" lebih kurang la...

and beberapa tahun selepasnya.. ...... pompuan tu balik semula ke rumah tu. and guess what? dia dah ade cucu , ok!! cucu die tu pon dah sebaya die mase mula2 citer ni stat. and die juz nak bermalam 1malam je kat umah tu ekcelli. and then, malam tu. die pun jumpe la ngan werewolf boy tu. werewolf boy tu hulur kertas yg die tulis sebelum die pindah ari tu. soooooo sad ! pompuan tu nangis,, sebab die cakap die tak tau and tak sangka pun yang werewolf boy tu sanggup tunggu die selama tu.. and the best part is, werewolf boy tu masih muda. cuma pompuan tu yg tua. hehe.. 

wow! aku ingat nak tulis sinopsis ringkas je tadi. tetibe jadi panjang pulak. sorry ek..tapi tak tau la betul ke tidak sinopsis aku ni. sebab aku tengok skip2 gitu. tapi lebih kurang la.. kot.
 btw, citer ni..... best sangat2!! korang mesti tengok,tau!!!!!!

Cerpen Bersiri : Hey,You! Jangan Sentuh Aku. Bab 5!

,19:46 | 3 Comment

assalamualaikum.. Hai all.. selamat hari pekerja. saya nak ambik kesempatan ni untuk update cerpen saya yang dah berhabuk tu. hope u guys masih sudi membacanya. sorry sangat2 sebab lambat update.. sorry.sorry.sorry.sorry. *nyanyi lagu "sorry sorry-SUJU".* haha. ok. enjoy this!!



             Pandangannya dilontar jauh ke dasar kolam renang di halaman belakang rumah. Terasa kedamaiannya seolah-olah berada di situ. Dari balkoni, dia berjalan perlahan-lahan menuju ke meja tulis. Tangannya ligat mencari Samsung Galaxy S3 di sebalik timbunan kertas di atas meja. Nombor didail dan dia menekupkan telefon itu ke telinga.

             "Hello..."

             "Hello. Ada apa, Am?"

             "I nak keluar kejap ni. U nak ikut?" Bukan sengaja Irham mahu menggatal dengan anak dara orang , tetapi keadaan mendesaknya berkelakuan sebegitu. Pernah sekali dia terlupa mengajak Wawa keluar makan bersamanya, dia langsung dihamburkan dengan kata-kata kesat ayahnya sebaik sahaja tiba di rumah. Jika bukan kerana ayahnya juga, dia tidak akan pernah mahu berbaik-baik dengan gadis segedik Wawa. Jauh sekali mahu keluar berdua-duaan.

             “Sorry la, Am. I tak boleh ikut U. Kaki I sakit lagi ni,” Wawa bersuara manja, cuba mencari perhatian Irham.

             “Oh… Kalau macam tu takpe la. I boleh pergi sendiri, “ Saat itu sebenarnya Irham terasa seperti mahu sahaja melompat-lompat di atas katil dan menyanyikan lagu ‘Wonderpets’ sekuat hati. Namun, nada dan intonasi suaranya dikawal agar menyerupai seseorang yang baru kehilangan seguni barang kemas.

                                                                                                      Go to Part 6>

and untuk senarai2 BAB2 sebelumnya dalam cerpen / novelette bersiri ni, sila klik kat >SINI<...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...