#1 Topup Giveaway Contest

,14:54 | 3 Comment
klik banner


Apasal engko suke sangat Curse orang Melayu, hah?

,12:02 | 1 Comment

ekcelli aku dah pernah terjumpa entry Cursing Malay ni kat fB. tp masa tu belum tertarik sangat. tadi aku terjumpa lagi entry dia, (taktau le sape yang share. aku klik aje)
and lepas baca entry-entry yang lain, terus melekat. heheheee..

walaupun guna nama 'Cursing Malay' , apa yang dia curse tu takde la over sangat. dia cakap benda yang betul. tapi biasalah. Malaysian Style. kalau ada yang pelik sikit or tak sependapat dengan majoriti (a.k.a PEMBANGKANG) mesti kita terus pandang serong...

maybe ada yang nampak blog ni macam negative. tapi apa yang dia tulis tu semuanya lebih kurang sama aje yang aku duk pikir selama ni. cuma aku belum seberani 'dia' untuk mengetengahkan isu tu dalam blog aku nih..

ni salah satu entry dia yang aku suka sangat . 
seriously selama ni aku duk pendam je perasaan aku bila tengok rancangan-rancangan hijabist kat Tv. nak je aku sembur diorang kaw-kaw. tapi sape la aku ni kan.. 
bila baca entry tu, aku cam "hah. betol la tu," "memang pun" , "entah! poyo aje diorang tu, kan?"

hehehee... and sebab aku memang tak suka dengan drama Ariana Rose , jadi aku nak share gak kat korang entry ni, sila bace sampai habis, ok! 

lastly, aku suka sangat entry ni sebab aku pun pakai tudung labuh gak, .. jom layan,,,

oh ya! jangan lupe join segmen aku ni !
Contest Teka Gambar dan Menang Topup!

Derma Darah + Ekspo Makanan Halal Kelantan.

,22:43 | Comment


kenapa ada 'plus' disitu? hehehee.. sebab kedua-dua benda tu aku alami pada hari ni. mula-mula tu ada program derma darah kat sekolah. aku memang la cukup syarat.. tapi sebelum boleh derma darah tu, kena pi test dulu darah kita, nak tahu darah cair ke, darah rendah ke, .. aku ngan kawan aku pi tengok je at first tu. untuk test tu dia guna jari tengah. lepas sapu ubat barangkali, dia cucuk dengan 'pen' tu , then dia picit-picit jari kita nak bagi keluar darah. pastu dia amek 3 titik sebagai sample. aku tang 'cucuk' tu takpe lagi, tapi bila tengok dia picit-picit jari tu jadi seriau sikit.

ok. tu takpe lagi. tak berapa seram . then aku move on pi tengok orang yang tengah derma darah. mula-mula macam biasa la, dia baringkan kita atas kerusi yang landai. dah macam katil dah aku tengok. pastu siap kena selimut lagi. ada yang dapat 'makcik' tolong selimutkan. ada gak yang dapat 'abang' yang tolong selimut. err.. agak awkward disitu, ok. (tapi paling best kalau dapat 'abang' yang sorang tu. hencem. mesti bertambah-tambah semangat nak derma darah. silap-silap boleh derma sampai 2 beg. hahahaaaa.. gatal betul aku nih.)

so, sambung balik, lepas baring tu dia sapu ubat (kot) kat lengan. then suntik pulak ngan ubat bius. lepas suntik ubat tu baru la dia masukkan jarum yang membuatkan aku rasa nak terkencing dalam lengan. jarum tu kan bersambung dengan wayar untuk salurkan darah ke dalam beg darah tu. so, masa dia masukkan jarum tu, memang kena kat urat kot, then terus lajuuuu jer darah tu mengalir terus ke dalam wayar. masa tu aku memang rasa nak pengsan dah. dah terketar-ketar lutut. orang yang derma darah tu diberi sesuatu untuk dipegang dan digenggam-genggam. macam nak suruh tangan kita bergerak la, tak nak la diam ajer. mungkin takut kebas ke, ape ke.. orang yang aku tengok tu kawan kepada kawan aku. masa dia tengah derma darah tu, sempat kawan aku pi tanya dia, sakit ke tak . boleh dia jawab 'rasa geli' ..? bia betik ? aku yang tengok ni pulak rasa seriau.

ok.kesimpulannya, aku memang tak derma darah la. sebab? aku nak jugak ekcelli,.. tapi aku ni jenis mudah nervous. mudah sangat.sangat. benda kecik pun nervous macam kena suruh berucap depan satu malaysia.

tapi alasan yang paling kuat adalah sebab aku nak pi stadium sultan Muhammad ke-4 petang tadi. jalan kaki je dari sekolah aku. so, kalau aku derma darah, dah konpem-konpem la rasa letih. pening tu takyah cakap le. kang pengsan tengah jalan sape nak tolong dukung? mueheheheheeee

so, petang tadi aku teruskan agenda aku di stadium. ada Ekspo Makanan Halal Antarabangsa. hari ni hari first ekspo tu. pi jenguk2 je sebenarnya. masa baru masuk tu ada la ternampak gerai Hot Burger yang Fizo Omar punye tu. tetiba kawan aku cakap "eh. tu bukan ke fizo omar?" aku pun tengok la, ada sekumpulan lelaki tengah berbual tepi gerai tu. nampak sorang yang pakai Cermin Mata hitam. oh. tu le Fizo Omar. takde la hensem sangat pun. heheheee.. ekcelli dah pernah tengok dia dulu masa Nasi Lemak Kopi O shooting kat Masjid Kubang Kerian.

so? apa yang aku beli?
hah.. ni dia...

Cheezylicious Marie Layer. memang bercheeese sangat, okey! at first tu dia bagi try. sedap la jugak. harganya RM5 . beli 3, dia bagi RM 13. aku amek satu, kawan aku amek 2.

 
ni pulak pin. comel sangat. yang warna pink tu sangat gebu, ok. RM1 sahaja. tak kira besar mana pun. murah! aku amek 2 je. sebab bukan pakai sangat pun. nak bagi hadiah kat kawan aku jer..
 
ni beg RM14. nampak tak sangat besar perbezaan warna? hehe.. maklumlah. kamera cap ayam pencen. ekcelli warna dia memang terang macam gambar kat bawah ni,
 


 ni masa aku dah makan. nampak tak betapa bercheesy nya kek ni? ok fine. memang tak nampak. gambar blur tahap obor-obor tua.
k . tu je la yang aku beli dengan duet yang aku bawak . takde duet weyy.. nanti nak ajak Umi gi sekali, baru boleh shopping sakan.

notakaki: malam ni ada show UNIC kat stadium tu. adehh.kempunan nak pergi. takde jodoh, nak wat canner. hehehee..

McDonald's tiru idea aku!!!

,16:58 | 2 Comment



mesti korang dah pernah dengar pasal McDonalds Brekkie Wraps ni kan? ye la, sekarang ni kecoh tengah promo kat Tv and radio, boleh beli dengan harga 1 hingget.

tapi apa yang korang tak tahu, sebenarnya McDonalds tiru idea aku, ok!! tak tipu .. betul ni.. sebab beberapa hari sebelum tu, aku ada buat hidangan macam yang korang tengok dalam gambar kat bawah ni....



nampak tak disitu? aku letak sosej, telur hancur dan cheese yang aku patah-patahkan. then aku wrapkan dengan daun salad!!

hohohooo.. cuma Mc Donalds guna roti tortilla. 
ekcelli memang betul pun aku buat benda ni beberapa hari sebelum McDonalds lancarkan brekkie wraps ni. tapi takde la McDonalds ni tiru aku. sebab sebelum ni aku memang tak pernah upload gambar ni kat mana-mana media social networks pun. 

cuma kebetulan je..... 
atau......... suratan?( haha . ayat khaleel cakap kat Lia suraya, drama Cinta Jangan Pergi) 

sebenarnya aku buat salad wraps ni sebab teringin sangat nak makan macam aku tengok dalam Running Man tu. biasa la, peminat setia RM kan, .. semua benda aku nak tiru. hari tu dah try buat Egg Rolls. hohhohoo.. tapi RM wraps benda lain la.. aku? main rembat je ape yang ada. kebetulam Umi beli salad banyak sangat. pastu pagi tu Umi buat telur hancur untuk makan ngan roti. aku pun godek2 freezer, jumpa sosej and cheese. so? hantam saja laa.. aku bukannya food expert pon.. tapi tak sangka pulak bila tengok iklan McDonalds brekkie wrap ni, tetibe boleh sama pulak! bangga! ahaks! petanda tu..petanda..
petanda aku ada bakat jadi food expert . ? hahaahahaaa.. 

korang masih ada peluang untuk menang!! join contest saya jom!

Dipaksa minum air hijau pekat berlendir.!

,22:21 | Comment



wahh.., tajuk bukan main lagi! padahal minum air perisa epal je kot.. tapi seriesly bukan air biasa, tau! ye la, kalau air epal biasa, takde la nak berlendir bagai! 

ekcelli air ni kira macam minuman kesihatan la,.. untuk bantu pencernaan and 'cuci' usus. namanya GreenFit , dari syarikat Avail . aku ni bukan nak promo, tapi nak cakap kalau minum air ni, konfem esok hari senang nak membuang. but watch out! sebaiknya pastikan esok hari tu anda tak ada apa-apa perancangan penting macam meeting ke, ada class ke, kursus ke, sebab nanti susah pulak kalau nak membuang. hohohoo.

alkisahnya, semalam hari sukan peringkat sekolah aku. tapi, biasa lah, hari sukan means 'hari membeli belah sedunia' bagi aku. hehe.. sebab banyak sangat gerai yang dibuka, so apa lagi! masa ni la nak cuba makan makanan-makanan yang belum pernah aku cuba!

balik je sekolah, perut aku memang rasa macam nak pecah la. wuhuuu. and I didn't eat dinner . sebelum tidur baru la minum air tu. 1 sachet kena campur ngan 250ml air. dah ada bekas khusus yang disediakan untuk sukat air and terus goncang then terus minum dari situ. 

memang aku tak sempat nak snap gambar. sebab lepas goncang tu kena terus minum sebab kalau lambat minum, air tu akan jadi berlendir semacammm..
seram, ok! tambah pulak warnanya hijau tua yang sangat keterlaluan!

nampak tak apa yang ditulis kat kotak tu? "Mix apple powder drink with OAT powder..
haa! tang OAT POWDER tu yang aku lemah tu! coz oat powder tu macam mengembang bila dicampur ngan air. so, sekali ngan tekak aku le jadi kembang!

masa minum tu memang wajib tutup mata and hidung. hehehee.. sebab bila tutup hidung, deria rasa kita pun akan berkurang . tapi time nak habiskan yang bahagian bawah gelas tu, fuh!! memang derita habis wooo.. sebab tahap ke'lendir'an tu memang menjadi-jadi wa cakap lu....
 semalam memang aku sendiri hampir muntah , nasib baik sempat sampai kat sink. terus aku ludahkan balik segala lendir yang aku telan tadi. hohohoo..

aku ingat lagi, masa first time Umi aku minum air tu. masa tu dah lewat malam. so, aku memang dah tidor le. boleh dia kejutkan aku balik semata-mata nak suruh aku habiskan air tu, sebab dia memang dah tak sanggup nak telan. aku pulak, kalau dah tidur, tak kira orang kejut macamana pun, dah tentu aku takkan bangun, terutama kalau aku tahu tu cuma hal remeh temeh. sejak dari hari tu, sampai sekarang ni, Umi tak pernah berniat lagi nak minum air tu . hohohooo..

semalam masa aku minum pun dia hanya mampu merenung dengan muka tak percaya. aku apa pedulik! terus minum tapi kepala otak memang fikir macam-macam , pasal The Inheritors la, pasal blog la, contest la, bisnes la,.. sebab kalau aku pikir "ok.sekarang ni aku sedang cuba untuk menelan air warna hijau lumut yang berlendir tahap ikan keli sebanyak 250 ml yang baunya memang tidak menyenangkan ..." memang sampai ke subuh le air tu tak habis, jawabnya!

so, nasihat aku bagi sesiapa yang nak telan something yang tak berapa nak sedap ni, just do it in one go! jangan pause, jangan koma. untuk kebaikan kita jugak kan..
alhamdulillah, pagi tadi memang senang nak membuang. selesa je rasa perut ni. 

jom join contest saya! masih ada peluang menang! 
Contest Teka Gambar dan Menang Topup!

COKOLAT COKOLI SEGMEN BY TENGKUBUTANG

,22:21 | 1 Comment



klik banner!


Now, Aku dah jadi Glitterati !!

,22:56 | 2 Comment


wauw! 
Fantastic Baby! (tetibe je nyanyi lagu BigBang.haha)
wihiiii... overdose of excitement kot. hehe.. sebab? cuma sebab dah jadi ahli glitterati. baru je ari sabtu hari tu sign up as nuffnanger. diorang cakap 7 hari baru boleh approve jadi Glitterati. ni baru 4 hari , dah jadi glitterati. heee. tu yang aku eksaited macam dapat BE. haha.. padahal earning RM 0.00 lagi. 
adoiyy.. biasa la, aku kan newbie lagi dalam bab-bab nuffang ni. hope korang sudi klik iklan - iklan nuffnang aku yang bertaburan di seluruh blog ni. hehe.. 
oh yeah! tadi baru lepas tengok episod akhir The Inheritors. setelah sekian lama.. fuh. akhirnya habis jugak. terseksa betol jiwa dan bakul kain aku , tengok dari episod first sampai akhir. tu pun maen skip-skip-skip dan skip sahaja. hahaahaa.. aku ada post pasal aku tak suka sangat tengok cerita ni hari tu. tengok >SINI<.
so? kenapa aku boleh habiskan jugak tengok sampai episod akhir? 
Yoon Chan Young and Lee Bo Na!
sweeeeeeeeeetttttt je tengok diorang! hehe..
and aku suka tengok persahabatan antara Choi Young Do and Kim Tan.
Also pertalian saudara antara Kim Tan and his Hyung. what is his name again? haa.. tengok, skip lagi banyak-banyak. nama dia pun ko tak ingat. padahal baru je tadi tengok episod akher. hoho..

and tu je lah antara faktor-faktor yang membuatkan aku terus bertahan tengok cerita ni. hehee.. 

pelik, tapi benar. wihiii..

join contest saya, jom! masih ada peluang menang!
Contest Teka Gambar dan Menang Topup!

Button Badge RM2/pcs aku tempah dah sampai!!

,22:55 | 3 Comment




hari tu aku ada tempah button badge online. 
  yang R4BIA and imarahkan masjid tu diorang bagi free. hehe. peace, yow!aku design sendiri. ada 3 design. campur semua design, aku tempah 50 pcs. diorang bagi harga RM 2.00 je/ pcs, tau! sebab sekarang ni tengah promotion fabulous february. 50 pcs , dapat RM100 je, then free postage. nak tempah jugak? klik sini > Button Badge Murah









tak serik-serik ke tengok kawan kau mati?!!

,06:24 | 4 Comment

dah berapa banyak kali aku bunuh kawan dia. boleh dikatakan setiap hari. sebab setiap kali aku duduk goyang kaki, pasti mereka akan datang mengganggu aku. sakit ,tahu!
sakit kaki, lengan, pipi, dan paling penting sekali sakit hati.
aku depakan kedua-dua tangan aku, sambil memerhati mereka berkeliaran disekeliling aku .tajam padangan aku mengekori mereka.
aku tunggu dengan sabar, sebelum ....

PAPP!! 
tampar mereka. satu persatu mati ditangan aku, diatas lantai.
aku duduk lagi sambil blogging. mereka datang lagi!!! 
ish! tidak gerunkah melihat 'mayat' rakan-rakan mereka itu??



peace no racist. hehe.. 
geram sangat dgn incik nyamuk. 

join contest sy jom!
http://isyapurple.blogspot.com/2014/02/contest-teka-gambar-dan-menang-topup.html

wassalam..

Blogku sekarang yang dihiasi Iklan..

,23:05 | 1 Comment
first time sign up kat nuffnang! hehehe.. tetibe terasa banyak iklan pulak kat blog ni. biasa tak ada langsung pun kat sidebar tu.  apatah lagi kat atas header. hoho. ..
mesti lepas ni kena banyak belajar lagi pasal nuffnang. ye la, selama ni bila tengok para bloggers post pasal nuffnang, mesti aku duk baca sambil nganga mulut je. tak paham! so, tunjuk ajar ku, sifu! 
hikhookk.
wassalamualaikum.

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014

,21:05 | 3 Comment

Letih aku menyorok belakang kain jemuran ni, tau !

,21:26 | 1 Comment



Kenapa aku menyorok belakang kain jemuran? Main sorok-sorok? Sembunyi sebab takut kena marah dengan mak?  No.. No.. No.. Bukan sama sekali. 

Alkisahnya tadi sepupu aku (lelaki) datang umah, sebab nak suruh ayah aku baiki kenderaan dia. Dari pagi sampai pukul 2 la jugak. So macam biasa la, aku kalau tak jejak kaki kat dapur masa Umi tengah masak, memang kena bebel sampai esok pagi la gamaknya.

Dah siap masak tu, aku menjelajah je la dapur tu sebab kalau nak pergi tengok TV pun takde cerita best. Makanan dah siap hidang kat ruang tamu , air basuh tangan pun dah sedia. Tetiba pulak abah masuk dapur, nak basuh tangan. Aku masa tu rilek je la kan. Pastu Umi yang duk kat ruang tengah antara ruang tamu and dapur tetiba cakap kat aku, "tu, dia(sepupu aku) nak masuk basuh tangan jugak," . Aku terus terkesima sebab dia tu bukan baru nak masuk, dah memang sampai muka pintu dapur dah. Nasib baik masa tu aku tengah berdiri belakang peti.

Then aku yang takleh nak pikir nak lari menyorok kat mana dah masa tu terus pecut pegi kat kain jemuran kat dapur. Kalau nak masuk tandas tak boleh, sebab kena lalu muka pintu dapur tu hah..

And for your info, memang kat dapur aku ada tali untuk sangkut baju-baju dengan hanger. Bukan sidai kat tali tu. Pastu depan baju-baju jemuran tu ada peti satu lagi. Fuhh. Lega kejap.

Haaaih.. Tapi punya la lama diorang tu. Aiesh. Basuh tangan je sudah la. Siap berbual pasal sabun Joy ape ntah.aku ni dah lenguh membongkok kat belakang kain jemuran ni hah.. Dia siap boleh berbasa basi dengan Umi, tak nak makan sekali ke. Ish. Ko ni, orang dah bagi makan tu, pi je la. Dah la main serbu je dapur orang, pastu duduk lama-lama. Kang kalau aku hempuk kepala ko dengan periuk belanga ko tanya kenapa pulak..

So, kesimpulan dan moralnya. Ye, saya tau korang tu lelaki. Lelaki memang tak pernah faham perempuan. Kalau korang duduk tempat kitorang baru korang akan tahu. Sebab korang tak pernah rasa. Sebab bila ada tetamu lelaki datang rumah, korang yang tengah syok lepak kat ruang tamu tak perlu lari pegi sembunyi dalam bilik. Even kalau tetamu perempuan pun korang tak perlu lari. Sebab tu bila korang datang rumah orang, korang (kebanyakan lelaki) main serbu je. Kalau kitorang perempuan takpe la. Kalau kitorang serbu pun, bila ternampak perempuan lain, bukan dikira aurat. Kalau ternampak lelaki pun takpe jugak. Lain la kalau lelaki tu pakai towel je.. Tapi kalau towel yang tutup lutut , okey la. Dah tutup aurat dah.

so, tolonglah faham perasaan kaum hawa ni. paling aku tak suka kes yang bila bagi salam sambil jenguk melalui pintu. adoiyy.. kang kalau masa tu kitorang (pompuan) tengah tido tertonggeng ke, hah. sapa nak jawab? dalam Islam pun dah ajar ekceli, bila bagi salam tu, jangan berdiri direct depan pintu. berdiri kat tepi. kalau la rumah tu kecik macam rumah aku, dari pintu boleh nampak sampai ke ruang tengah, hah. kan ke naya kitorang kaum hawa ni. and one more. 

kalau lepas bagi salam tu, tunggu la 5 saat baru bagi salam balik. korang bukan tahu dalam rumah tu masa tu ada lelaki or perempuan sahaja. kalau lelaki, senangla , diorang terus pi kat pintu jawab salam. kitorang perempuan, kena masuk bilik dulu, cari tudung, pakai, hah. tak ke makan masa di situ? so, hope sangat para kaum adam sekalian yang baca post ni akan bertindak dengan akal yang waras sebelum menyerbu rumah orang lain kali.

peace.no.racist.
wassalam.. 

Kelantan dah mula panas ...

,18:45 | Comment

ekcelli dari hari sabtu or ahad hari tu dah start panas . tapi hari ni baru aku nak update, heh heehh .. takpe la. asalkan update sudah. negeri tercinta kan, mana boleh miss update. 

as sume orang tahu, beberapa minggu lepas memang sejokk gile kat kawasan pantai timor ni kan. termasuk le kat Kelantan. paling sejuk kat Kuala Krai. kampung aku tu. tapi sekarang aku duk kat Kubang Kerian. pun shejukk sampai tulang tahu! pagi-pagi takyah cakap la. pukul 7 aku turun rumah, pi tunggu bas, angin bertiup sikit pun dah menggigil-gigil. terpaksalah menempuhi kesejukan itu seorang diri di tepi jalan raya pada pagi hari. macam Paris, u olls. hehee.. tapi bukan paris masa winter la. masa spring season kot. hehe..

tapi best sejuk, kan? even tengahari pun tak perlu pasang kipas, tetap rasa macam duk Cameron. hehe. 
tapi hari ahad tu masa turun nak pi tunggu bas, baru perasan cuaca dah mula panas. semalam memang matahari terikk sangat. hari ni okey sikit. fuhh. lebih suka sejuk . sejuk tanpa Hujan. haa.. mana nak cari. susah nak jumpa cuaca macam tu , tahu!

anyway, "tak jadi turun salji la.." bhahahaaa...

Jom kumpul Point dan tebus hadiah Samsung Galaxy Camera!

,21:26 | Comment

mesti dah ramai yang tahu pasal WhoHAA ni  kan? haa.. senang je. tak payah share iklan and tunggu orang klik. just tengok iklan yang disediakan, and jawab soalan yang diberi. soalan senang pulak tuh! dah memang jelas tertulis dalam iklan tu. cuma perlu copy dan paste kan aje. 


banyak hadiah menarik tau korang! kamera, pendrive, baucer kfc, tesco, and so on. so, wanna give it a try? click >>HERE<< and register now!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...