PART 7..
"Tengok tu, Ira! Konon alim. Kopiah atas kepala, tapi dari tadi lagi asyik tenung aku semacam je!" bebel Alya sewaktu dia baru keluar dari tandas. Ketika itu, dia, Sarah dan Humaira' sedang berjalan bersama-sama menuju ke dewan kuliah.
Humaira' hanya mampu mengangkat sebelah keningnya seteleh mendengar kata-kata Alya itu. Dia tidak berhasrat mahu memanjangkan hal itu. Lebih-lebih lagi lelaki yang dimaksudkan oleh Alya itu ialah lelaki yang telah melihatnya dipermalukan di tempat awam dan telahpun menegurnya sebaik sahaja dia melalui saat-saat yang memeritkan itu.
Ya, siapa lagi kalau bukan pemuda yang bernama Fakhrur Radzi. Semakin lama dia melihat ke arah Alya, semakin menebal rasa serba salahnya.
'Haih... Kalau aku tak tegur, takut jadi benda lain pulak.. Tapi kalau aku tengok je macam ni, lagi la dia pikir macam-macam pasal aku,' bisik hati kecil Fakhrur. Tidak lama kemudian, dia memepercepatkan langkahnya menuju ke arah tiga orang gadis yang sedang berjalan tidak jauh dari kedudukannya ketika itu. Setelah jaraknya dengan mereka sudah agak dekat, dia memperlahankan kembali langkah kakinya. Salam diberi, namun tidak dibalas dengan salam kembali. Malah, dia disajikan dengan tiga jenis raut wajah yang berlainan dihadapannya. Wajah-wajah itu seakan-akan mengeluarkan kata-kata dari hati masing-masing.
Go to Part 8>
Mahu tahu kisah sebelumnya? Klik >>>SINI<<<
ALHAMDULILLAH... siap jugak akhirnya bahagian yang ketujuh ni. sorry sebab lambat update. ada masalah teknikal yang berlaku . hehe..