Jom Join Giveaway April by Syira Lokman!
,22:01 |
1 Comment
GIVEAWAY INI SEMINGGU SAHAJA :D
Jom join Giveaway April by Syira Lokman.
Hadiah menarik, rugi kalau tak join :D
Novel x1 - msredcheesecake
Hadiah misteri x1- Diyana
Keychain x5 -Izzat
Bookmark Doodle Foam x1-Sarah
Zinc Complex x 1-Liyana
Shawl x1-Liyliz
Hadiah misteri x 5 org pemenang -Nadhirah
Topup rm5 x2 - Atikah
Topup maxis rm5 x1 - Ryna
Topup RM5 x 2 - Fatin
Topup RM5 x 2- Isya
Topup maxis/celcom RM5 x 3- Syira
Review blog x 3- Liniey Nor
Review blog x 2 -Syira
GiveAway Contest Gila Buasir Otak: Artikel Pilihan
,20:52 |
2 Comment
Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim....
Kisah ini saya garap berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri..
Beberapa
hari yang lepas.. mungkin ada pelajar-pelajar sekolah lain yang sedang
bercuti. tapi tidak bagi saya. oleh kerana tahun ini saya bakal
menempuhi peperiksaan SPM, maka cuti itu dipenuhi dengan kelas tambahan
di sekolah. selepas kelas tambahan di sekolah, saya ambil kesempatan itu
untuk menghadiri kelas intensif Add math yang berdekatan sekolah saya.
Jam 4 petang, kelas intensif tamat. barulah nafas lega boleh ditarik
perlahan.
sejujurnya,
saya tidak suka bergantung kepada sesiapa , termasuk keluarga . ye,
memang abang yang selalu menghantar saya ke sekolah, kerana amat sukar
mencari bas yang dapat sampai awal ke sekolah. tapi, jika pulang dari
sekolah, jarang sekali saya meminta sesiapa menjemput saya. kalau ada
sekalipun, kerana saya ada urusan yang harus diselesaikan dengan segera.
jika tidak mempunyai urusan, saya lebih rela menunggu bas berjam-jam ,
daripada meminta ayah atau abang menjemput saya di sekolah.
Petang
itu... saya keseorangan. biasanya, saya ditemani sahabat yang sama-sama
mengikuti kelas intensif. tapi, hari itu entah mengapa dia meminta
abangnya menjemput dia pulang. barangkali sudah jemu menunggu bas setiap
hari. atau mungkin dia mempunyai urusan peribadi sendiri.
Lalu,
dengan hati yang hiba saya melangkah ke arah stesen bas berdekatan dan
setelah lebih kurang satu jam menunggu , bas yang dinanti tiba jua.
ramai. ramai sekali yang menaiki bas ini , terutamanya yang baru pulang
dari tempat kerja. majoritinya adalah makcik-makcik. jadi, saya berikan
laluan untuk mereka dahulu. malu kalau berebut naik bas dengan
makcik-makcik. hehe..
semasa
saya menaiki bas itu, memang kebanyakan tempat sudah dipenuhi. saya
berjalan lagi, mencari tempat yang kosong. namun, mungkin kerana
kesesakan dalam bas ketika itu, saya tidak dapat melihat tempat duduk
kosong selain tempat duduk yang berada dibelakang sekali. saya lihat
tiada orang disitu. kelima-lima kerusi masih kosong. lalu, saya mengatur
langkah kearah kerusi-kerusi itu dan mengambil tempat dihujung sekali,
ditepi tingkap bas.
seperti
biasa, bas hanya dibenarkan bertolak dari stesen setelah 30 minit. saya
terpaksa menunggu lagi. ahhh.. penantian itu memang sesuatu yang
menyeksakan. namun, lebih menyeksakan lagi apabila seorang lelaki yang
berumur dalam 30-an datang duduk di deretan kerusi itu juga. selang 2
tempat duduk dari saya.
saya mula memujuk hati, agar tidak mudah gementar. mujur lelaki itu boleh dikira pangkat 'pakcik' pada saya.
namun,
ujian datang lagi. tidak lama selepas itu, datang seorang lelaki yang
berumur lingkungan 20-an. ahhh... cubaan lagi. saya kentalkan hati. jika
tidak, pasti saya sudah bangun dari tempat itu dan memilih untuk
berdiri. tapi , ya Allah.. kaki saya sudah lenguh. bahu juga sudah
sakit, menyandang beg sejak dari tadi.
alhamdulillah..
semasa bas hampir bertolak, datang seorang makcik dan duduk ditepi
saya, menjadi pemisah antara saya dan dua lelaki itu tadi. tenang
sebentar... saya keluarkan telefon . 'Selawat Relaksasi' alunan kumpulan
nashid UNIC saya pasang dengan volume perlahan.
hampir
sahaja saya tertidur,.. namun gelak tawa dua orang gadis yang sedang
berdiri tidak jauh dari tempat duduk saya menangkap perhatian. saya
perhatikan mereka. ralit . pada saya, umur mereka tidak mungkin lebih
dari 20 tahun. sedang asyik bermain telefon bimbit masing-masing. namun,
setiap butir percakapan mereka kedengaran hampir di segenap ruang bas
itu. iya. itulah yang menarik perhatian saya.
selang
beberapa minit, bas berhenti. beberapa orang lelaki menaiki bas. wajah
yang sangat muda. mungkin lebih muda daripada saya.kira-kira 3 orang,
atau mungkin empat. maaf. saya tidak sempat untuk menghitung.
mereka
berdiri di bahagian hadapan bas. namun, setiap kali dua orang gadis
tadi berbicara, mata mereka terus tertumpu kearah gadis-gadis itu. saya
lihat , galak sekali mata mereka memerhati kedua - dua gadis itu.
tidak
lama. tidak lama selepas itu, seorang yang berpangkat 'kakak' pada
saya, yang duduk dikerusi hadapan menekan loceng. sebaik sahaja dia
turun, 'makcik' yang duduk di tepi saya terus bangun dan duduk di tempat
'kakak' itu.
Ya Allah.. masa tu Dia sahaja yang tahu perasaan saya.
"Mak cik.. kenapa makcik 'tinggalkan' saya?"
hati saya merintih. pedih.
sementara
itu, kedua orang gadis yang berdiri tadi juga telah mendapat tempat
duduk masing-masing. itu saya tidak kisah. ape yang saya kisahkan, salah
seorang dari lelaki yang berdiri dibahagian hadapan bas tadi datang
meluru ke arah belakang bas. hati saya berdegup kencang. Rab.Rab.Rab. Ya
Rabbi... bantu hambaMu ini..
sekelip
mata, lelaki itu sudah duduk di kanan saya. namun, masih selang satu
tempat duduk. alhamdulillah.. mungkin melihat diriku yang berpakaian
begini, dia tidak berniat mahu memanggil rakannya yang lain untuk
mengisi kekosongan kerusi disebelahnya, atau dengan kata lain, juga
kerusi disebelah saya.
yeee..
lebih kurang beginilah penampilan saya. yang berbeza hanya pada warna
pakaian. tudung dan baju saya sudah semestinya berwarna putih, seperti
baju sekolah biasa. walaupun ada dua orang rakannya yang duduk dikerusi
yang sama, (it means satu kerusi, 2orang yang duduk) namun dia tidak
sedikitpun berani mengajak rakannya itu duduk ditempat kosong di sebelah
saya.
saya
cuba tabahkan hati. Alhamdulillah.. sedikit pun tidak merasa terganggu
dengan lelaki itu. pandangan dihalakan kearah tingkap. melihat kenderaan
yang berpusu-pusu mahu pulang ke rumah masing-masing.
tidak
semena-mena, kedengaran salah seorang dari dua orang gadis tadi
menjerit kecil, namun suaranya yang lantang sudah cukup membuatkan
seluruh bas bergema.
"heesshh.. tak baik menjerit dalam bas. kenapa menjerit?" (dialog yang diterjemah dari dialek kelantan)
"tak, makcik.. dia kacau kite...."
saya
masih memerhati. tajam. mencari tuan empunya badan yang dinamakan 'dia'
.. namun, tanpa perlu melihat lagi, hati saya sudah pasti apabila
mendengar kata-kata makcik itu lagi. seratus peratus saya yakin,
kata-kata itu ditujukan kepada salah seorang dari sekumpulan
lelaki-lelaki tadi yang duduk tidak jauh dari saya dan amat dekat dengan
dua orang gadis itu.
"ehh.. kenape kacau orang perempuan, ni??" dalam nada yang lembut, tapi amat tegas, makcik itu bersuara.
diam
. sepi. tiada jawapan. saya terkedu. ape yang dilakukan lelaki itu
sehinggakan gadis itu menjerit sedemikian rupa? dicuitnya, kah?
dicubitnya, kah? atau dipukulnya, kah? atau... ah.. saya tidak mampu
menebak lebih jauh.
astaghfirullah al azim..
a'u zubillahi min zalik.
saat
itu, hati saya mula bergelora. risau. lelaki tadi masih disebelah saya.
dengan kedudukan saya yang berada di belakang bas dan paling hujung
sekali sebegitu... saya tidak mampu membayangkan apa-apa lagi.
namun, hati ini tidak putus-putus berdoa kepada Ilahi.
bas
berhenti di satu traffic light. traffic light yang amat saya nantikan.
kerana tidak jauh dari situ lah saya akan turun dari bas itu, seperti
hari-hari sebelumnya.
saya
pandang loceng di atas. agak tinggi. ya Allah.. agak susah sebenarnya
untuk saya capai loceng itu dalam keadaan begini. lelaki ada betul-betul
disebelah saya. aaahh.. 'ape aku peduli! kalau aku tak tekan, takkan la
bas ni nak berhenti sendiri!' bisik kecil hati saya itu membuatkan saya
tekad. saya sangkut beg di bahu. buku ditangan disusun kemas-kemas.
'aduhh.. macamana nak keluar ni..?' .lelaki yang duduk disebelah saya
itu sebenarnya agak menghalang laluan keluar .
sekali
lagi ujian menimpa. namun, tidak lama. mungkin kerana dia melihat
keadaan saya yang sudah bersiap sedia untuk turun pada bila-bila masa
sahaja. tanpa sebarang arahan, dia bangun, menuju ke arah sebuah kerusi
yang diduduki oleh dua orang rakannya tadi.
setelah
itu juga, saya bangun. baru sahaja mahu mengangkat tangan untuk menekan
loceng, seorang wanita di bahagian hadapan bas berdiri. loceng ditekan
tepat pada waktunya. alhamdulillah.. ada orang yang mahu turun disitu
juga rupanya.
saya berjalan keluar dari deretan kerusi itu. sampai sahaja di kerusi yang diduduki oleh dua orang lelaki tadi, saya terhenti.
bayangkan.
sebuah kerusi. diduduki dua orang. sudah semestinya salah seorang itu
badannya terkeluar sedikit dan menghalang laluan . itu belum cukup
parah. yang lebih parah, lelaki yang duduk disebelah saya tadi juga
turut berdiri di tepi kerusi itu. bayangkan apa yang terjadi? laluan itu
benar-benar tertutup sepenuhnya!!!
sesaat. saya tunggu. lelaki yang berdiri itu berpaling. saya cuma berdiam diri.
"weyy.. orang nak lalu.. orang nak lalu......"
katanya
kepada dua orang rakannya yang duduk di kerusi itu. serentak dengan
itu, dia menolak badan rakan-rakannya untuk memberi ruang kepada saya.
ya
Allah... saya rasa anda boleh bayangkan sendiri. kerusi yang sudah
cukup sempit untuk diduduki dua orang, ditambah lagi dengan seorang yang
berdiri ditepinya. namun, saya lihat, lelaki itu bersungguh-sungguh
menolak rakan-rakannya sehingga mereka benar-benar terhimpit. seperti
sardin dalam tin.
saya lihat ruang yang tersedia. agak sempit. sebenarnya, memang sempit.
namun, saya tidak boleh menunggu lebih lama, atau bas akan memecut lebih jauh.
saya
tarik nafas. hanya dalam sekelip mata, saya berjaya melepasi 'halangan'
itu. alhamdulillah... sedikitpun badan saya tidak tersentuh dengan
'halangan' itu.
Allahu akbar. Allah maha besar.
saya turun dari bas pada hari itu membawa seribu kenangan .. sejuta pengajaran..
yang membuatkan saya ingin berkongsi dengan semua orang.
sedikitpun
tidak berniat mahu menunjuk-nunjuk. hanya sekadar berkongsi pengalaman
yang sangat berharga. doa saya hanya satu. Ya Allah... Engkau berikanlah
petunjuk dan hidayah kepada kami agar dapat menjadi insan yang lebih
baik pada hari esok.
diharap perkongsian yang tidak seberapa ini mampu memberi walau sedikit manfaat buat pembaca-pembaca sekalian..
mana yang baik, jadikanlah pengajaran. dan mana yang buruk, jadikan sempadan.
Wassalamualaikum...
so, what is your choice? menjadi perempuan yang 'DIMINATI, atau yang 'DIHORMATI' ??. choose right!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)