Segmen 12 Jam Bloglist #11 Mialiana.com

,19:16 | 4 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 

Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 13 Oktober 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #11 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?


12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

 
 

Kerepek Ubi Kayu Rangup Home made!

,01:29 | 2 Comment
masa balik cuti raya haji ari tu, aku tengok ada 3 biji ubi kayu kat dapur. ubi yang abah tanam sendiri tepi rumah. mulanya , umi suruh buat 'something' guna ubi tu.... dan 'something' tu aku tak dapat kenal pasti nama rasmi dia, aku cuma tahu nama yang diguna oleh orang kelantan aje. hahahaa.. tapi something tu memang susah untuk dimasak..
so, aku cadang la kat umi nak buat kerepek. umi pon apa lagii.. macam biasa la, umi bagi aje aku nak buat ape pun dengan ubi tu. asalkan aku yang buat sendiri. asalkan tak libatkan effort umi. asalkan hidup aku bahagia. asalkan tak meletop dapur umi. bhahahahaa..!
bila dah dapat green light, memang aku pecut la laju-laju! terus pergi parut ubi pastu rendam dalam air garam. rendam dari tengahari sampai petang. petang tu start la upacara goreng menggorenggg.. then dengan hati yang gumbira aku pun ngap la sekeping kerepek ubi yang baru diangkat dari kuali..
hasilnya??
ummmm...!! rangup!!! kan kadang-kadang ubi kat kedai pun tak berapa nak krup krap krup krap kan? so, of kors le aku rasa bangga dengan diri aku sendiri sebab first time buat dah rasa sedap macam chef wan yang buat. hihihii..
haaa... inilah rupanya ubi kayu akuu.. rasa lemak-lemak tawar yang dapat menambat hati sesape aje yang  memakan beliau. (nampak tak disitu betapa ketaranya kesalahan tatabahasa aku?? :p)
maka dengan keyakinan 100 percent, terus aku arahkan adik aku parut seketul lagi ubi untuk dibuat kerepek lagi.. bahahahaaa. sebab adik aku tu kalau pasal makan kerepek, memang dia tak kenal erti kenyang perut. so, peraturan aku senang aje. nak makan? hah buat!
jadi setelah berlalunya fasa ugutan itu, maka keesokan paginya aku pun dengan semangat yang berkobar-kobar masuk ke dapur untuk buat kerepek ubi perasa tomyam! hahhaaa..  ala , guna cara yang sama aje, .. just lepas goreng tu, aku tabur serbuk yang ada dalam plastik mee segera jenama 'IMAN' kat ubi kayu tu then gaul la sampai sebati..
disebabkan hari tu (hari sabtu sebelum raya haji) aku puasa, maka terpaksalah aku menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari pagi sampai petang. so, aku suruh adik aku yang try . nak tau la jugak sedap ke takk.. masa dia try tu, macam biasalah budak tu, selalu buat muka macam mintak penampoo.. aku bukan tak tau.. pastu dia cakap tak sedap la, muak la, . .. alih-alih, bila time lepas aku bukak puase tu, aku tengok dah separuh kerepek tu habis!!! bila aku tanya dia, dia cakap dia ngan kakak aku yang makan. eleh.. siap nak tambah 'kakak aku' yang makan kononnn.. macam aku tak tau yang dia mesti makan berganda banyak dari kakak aku tu. haaaa.. tak ke munafiq namanya tuuu... pagi tu sesedap rasa aje mengutuk kerepek aku.
dan malam tu jugak budak tu habiskan semua kerepek yang aku buat.. humm...
maka dengan itu, berakhirlah kisah seketul ubi kayu yang ditanam ditepi rumah aku..

Posted via Blogaway

Kotak vs KFC..

,19:49 | 2 Comment
tadi kirim KFC kat kawan yang keluar pi bandar.... balik je dari meeting 'surprise' yang boleh membuatkan aku mati katak, terus berlari-lari pecut naik bilik kawan aku tu nak makan KFC. lapar tak lapar, dari pagi sampai petang tu , biskut oreo dengan biskut kering aje yang masuk dalam perut aku. tu pun berapa keping aje..
dann... yang membuatkan aku rasa nak buat entri ni is..
bila aku bandingkan gambar kfc di kotak dan ayam kfc yang sebenar.....
errr...
ase nak gunting kotak tu je pastu kunyah dan telannn... -,-




jap. jom tengok bahagian tepi kotak , kat bawahhh sekali tu. "Serving featured are for illustration only"

k fine.   =_=

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...