Holiday at : 3negeri, dalam 3hari!!

,17:04 | Comment
 

Ape kaba semua??

Hum..hari ni nampaknya kabar Isya tak berapa nak baik laa..sedih tahap gaban kot..ye laa..ingat lagi tak,Isya janji nak update pasal holiday 4hari tu dari semasa ke semasa?? Masa tu bajet nak tulis post panjang-panjang la..taruk gambaq banyak-banyak.. hesh!banyak gile kot Isya amek gamba mase pi holiday hari tu and memang cadang nak letak dalam blog nih. Last-last,bila balik rumah,kabel wayar kamera pulak tak tau la pi makan angin kat mana..tak reti-reti nak balik rumah!habes sume gambaq tak boleh nak pindahkan kat dalam laptop ni hah.

Isya pun faham..ape la ertinya post yang panjang berjela,tapi sebutir gambar pun tak dak! So,Isya decide nak tulis simple post je la pasal holiday tuu.. L
Ok,actually holiday ni adalah Family Day yang diadakan oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Camane pulak Isya boleh join??ehhee..ayah Isya kan keje di bawah company tuh...so,tiap-tiap tahun Isya ngan family join program ni. Gile tak mau join!sume belanjawan anda ditanggung 100% ok! Nak pi travel jauh-jauh pun takpe..Duit Minyak : claim ikot resit. Makan :  biase dia tempah buffet kat cafe hotel.pastu bagi pulak duit makan RM300. Penginapan?paling tak payah risau..memang dah di-booking awal-awal.
Tapi yg buat Isya heran..biase dia buat kat 1tempat je..macam taon lepas Bukit Merah,Perak.Taon lepas-lepas(2010) kat Cameron Highland. Tapi taun ni Isya tengok tentatif tu,3negeri dalam masa 3hari beb!! Wah3..

takde lah grand sangat kot.pasai apa 3negeri?Isya tanye kat ayah Isya..tapi tak de jawapan yang jelas diterima. Isya tau sepenuhnya pasal Konvoi Hari Keluarga PMBK ni pun mase tengah-tengah perjalanan..
Konvoi ni akan jelajah kat 3negeri iaitu : 1-Rompin,Pahang . 2-Pulai,Johor. 3-Melaka.

ROMPIN,PAHANG :

>actually takde hape sangat yg menarik.juz konvoi beramai-ramai bersama warga PMBK dan kereta Isya tersesat seketika.tapi akhirnya selamat sampai di Rompin Beach Resort. Bilik paling murah je kot.sebab nak guna untuk tidur semalaman je.malam tu wat BBQ reramai. Bakor ayam,ikan ,ketam and udang. (Isya kempunan udang,tak sempat nak merasa,habis dikebas orang!)

Pastu keesokan hari,bangun pagi-pagi,pegi tempat parking kereta,. “oish!!apsal ramai sangat orang ni?” setelah Isya tinjau-tinjau,barulah ku tahu,rupa-rupanya kat sini adalah tempat pertemuan antara Kumpulan PMBK dengan Kumpulan R.. Kumpulan R tu amende?? ‘R’ tu merujuk pada ROYALTI!! Diorang datang sebab nak tuntut royalti minyak laa..Korang mesti tau kan pasal royalti minyak negeri kelantan?kalau tak tau,pandai2 la korang Google.malas nak habaq.

Kumpulan R ni actually tengah buat Konvoi Royalti : Jelajah Malaysia. So,kumpulan PMBK pun bergabung la dengan Kumpulan Royalti.Konvoi reramai memang bez bez bez giler!! Dari sumber yang boleh dipercayai,about 40-50 buah kereta berkonvoi.,tau tak?untuk menunjukkan yang kitorang ni tengah tuntut hak kitorang sebagai rakyat kelantan, sume kereta ditampal stiker royalti besar-besar.pastu sepanjang perjalanan kitorang pasang lampu signal kiri and kanan sekaligus!ala..lampu emergency..bez gile tengok lip lap lip lap di tengah hari!! Kumpulan PMBK juz buat tu je..yg basic2..kumpulan R memang over gila!siap letak bendera Kelantan besar2 lagi..ade jugak yang pasang siren woo..

Pastu, pandangan orang sekeliling: ade yang buat vodo je..ade yang tengok macam tengah tengok kucing takde telinga.ade jugak yg tengok dengan takjubnye. Pastu yg paling Isya tak boleh blah,ade yg angkat tangan kat ayah Isya,pastu buat ‘thumbs up’ ..yeahh..ade jugak yg bagi feedback yg menggalakkan.wahaaau..banggenyer..
*arrived at Johor*

-to be continued..-

No comments:

Post a Comment

Silakan u olls komen disini dulu ye. Your comment memang tak akan terus keluar kat sini.. I will publish and reply your comment once I open this blog. Ok? ☺

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...