assalamualaikum.. Hai all.. selamat hari pekerja. saya nak ambik kesempatan ni untuk update cerpen saya yang dah berhabuk tu. hope u guys masih sudi membacanya. sorry sangat2 sebab lambat update.. sorry.sorry.sorry.sorry. *nyanyi lagu "sorry sorry-SUJU".* haha. ok. enjoy this!!
Pandangannya dilontar jauh ke dasar kolam renang di halaman belakang rumah.
Terasa kedamaiannya seolah-olah berada di situ. Dari balkoni, dia berjalan
perlahan-lahan menuju ke meja tulis. Tangannya ligat mencari Samsung Galaxy S3
di sebalik timbunan kertas di atas meja. Nombor didail dan dia menekupkan
telefon itu ke telinga.
"Hello..."
"Hello. Ada apa, Am?"
"I nak keluar kejap ni. U nak ikut?" Bukan sengaja Irham mahu
menggatal dengan anak dara orang , tetapi keadaan mendesaknya berkelakuan
sebegitu. Pernah sekali dia terlupa mengajak Wawa keluar makan bersamanya, dia
langsung dihamburkan dengan kata-kata kesat ayahnya sebaik sahaja tiba di
rumah. Jika bukan kerana ayahnya juga, dia tidak akan pernah mahu berbaik-baik dengan
gadis segedik Wawa. Jauh sekali mahu keluar berdua-duaan.
“Sorry la, Am. I tak boleh ikut U. Kaki I sakit lagi ni,” Wawa bersuara
manja, cuba mencari perhatian Irham.
“Oh… Kalau macam tu takpe la. I boleh pergi sendiri, “ Saat itu sebenarnya
Irham terasa seperti mahu sahaja melompat-lompat di atas katil dan menyanyikan
lagu ‘Wonderpets’ sekuat hati. Namun, nada dan intonasi suaranya dikawal agar
menyerupai seseorang yang baru kehilangan seguni barang kemas.
and untuk senarai2 BAB2 sebelumnya dalam cerpen / novelette bersiri ni, sila klik kat >SINI<...