Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim....
Kisah ini saya garap berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri..
Beberapa hari yang lepas.. mungkin ada pelajar-pelajar sekolah lain yang sedang bercuti. tapi tidak bagi saya. oleh kerana tahun ini saya bakal menempuhi peperiksaan SPM, maka cuti itu dipenuhi dengan kelas tambahan di sekolah. selepas kelas tambahan di sekolah, saya ambil kesempatan itu untuk menghadiri kelas intensif Add math yang berdekatan sekolah saya. Jam 4 petang, kelas intensif tamat. barulah nafas lega boleh ditarik perlahan.
sejujurnya, saya tidak suka bergantung kepada sesiapa , termasuk keluarga . ye, memang abang yang selalu menghantar saya ke sekolah, kerana amat sukar mencari bas yang dapat sampai awal ke sekolah. tapi, jika pulang dari sekolah, jarang sekali saya meminta sesiapa menjemput saya. kalau ada sekalipun, kerana saya ada urusan yang harus diselesaikan dengan segera. jika tidak mempunyai urusan, saya lebih rela menunggu bas berjam-jam , daripada meminta ayah atau abang menjemput saya di sekolah.
Petang itu... saya keseorangan. biasanya, saya ditemani sahabat yang sama-sama mengikuti kelas intensif. tapi, hari itu entah mengapa dia meminta abangnya menjemput dia pulang. barangkali sudah jemu menunggu bas setiap hari. atau mungkin dia mempunyai urusan peribadi sendiri.
Lalu, dengan hati yang hiba saya melangkah ke arah stesen bas berdekatan dan setelah lebih kurang satu jam menunggu , bas yang dinanti tiba jua. ramai. ramai sekali yang menaiki bas ini , terutamanya yang baru pulang dari tempat kerja. majoritinya adalah makcik-makcik. jadi, saya berikan laluan untuk mereka dahulu. malu kalau berebut naik bas dengan makcik-makcik. hehe..
semasa saya menaiki bas itu, memang kebanyakan tempat sudah dipenuhi. saya berjalan lagi, mencari tempat yang kosong. namun, mungkin kerana kesesakan dalam bas ketika itu, saya tidak dapat melihat tempat duduk kosong selain tempat duduk yang berada dibelakang sekali. saya lihat tiada orang disitu. kelima-lima kerusi masih kosong. lalu, saya mengatur langkah kearah kerusi-kerusi itu dan mengambil tempat dihujung sekali, ditepi tingkap bas.