#Celebrating : Birthday Umi!!!

,08:53 | Comment

Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan "UMI AKU".
Allah selamatkan kamu... 
hehe
semalam ialah hari jadi Umi yang ke.. er...( jap. nak bukak kalkulator.  ) 
KE-46!! (sia2 je ko amek addmath weh. nak kira tahun pun pakai kalkulator)
so, aku balik sekolah awal hari ni, walaupun sebenarnya dah plan nak gi jalan2 ngan kawan aku lepas waktu sekolah. 
sebab?? 
sebab nak masak MAKARONI BAKAR untuk Umi ...huhu..
dah balik tu, ingatkan abah beli kek ke, apa ke.. rupe2 nye takda menda pun.
sama cam taon lepas la jugak kiranya,.. bila aku cakap hari tu birthday Umi, terus kelamkabut keluar pi cari kek. .. tapi taon ni aku tak cakap.(jahat tak aku?) sebab aku sendiri yang nak buat kek untuk Umi tersayang .hohohooo..
so, petang tu, cari resipi ape sume, siapkan bahan2 such :
-ayam dan daging yang dicincang sendiri dengan penuh kasih sayang . (tak main le pakai yang abang Ramly punyer..)
-cincang segala jenis bawang yang ade.
-rebus makaroni tu tak payah cakap la..
dah tu, malam tu pukul 7 baru start projek.. dah cukup klung klang klung klang kat dapur, siap jugak akhirnya.. eh.. belom lagi! kena bakar dulu ..aku guna pemanggang ajaib je instead of oven . senang , pantas dan sedap. (eh. ada kena mengena ke?)
haa.. dah siap dah.. tabur bawang goreng sahaja. no cheese or lada or daun bawang ( habis stock)
Aku namakan "MAKARONI KASIH SAYANG KHAS UNTUK BIRTHDAY UMI" haa.. kemain panjang namanye..
malam tu, celebrate. eh. celebrate ker? yang ada kat ruang tamu masa tu, umi, aku dan adik aku jer. aku cakap "Umi, potong la...Kak Cik(nama pggilan kat umah) buat kek hari jadi Umi ni..."
pastu, aku amek telefon Umi, rakam video ..adik aku tukang nyanyi "selamat hari jadi" dengan suara sumbangnya. hahahaaa..
and still, abah belum balik umah lagi masa tu. so, tak tahu apa2. kihkihkihh.. jahat tak aku? jahat tak?

Pemenang Contest Teka Gambar dan Menang Topup...

,21:20 | 3 Comment
before that, aku nak ucap terima kasih sangat-sangat kepada yang sudi join Contest aku yang tak seberapa ni..tanpa sponsor walaupun seorang .. alhamdulillah. budak 18 tahun ni akhirnya  mampu melengkapkan contest ni.

even tough tak ramai yang join, aku tetap bersyukur. and pasal peraturan yang sentiasa diubah-ubah tu, sorry sangat2.. .. aku kan newbie lagi dalam menganjurkan contest ni. so, otak ni belum dapat menjana peraturan2 dengan sempurna. sorry to say, yang bilangan kepingan Topup yang akan diberikan telah dikurangkan kepada 2 orang sahaja,,.... well, at least tak de la ayat "GA secara automatik akan DIBATALKAN jika takde sambutan"

and sorry lagi sebab lambat sangat umum pemenang. sampai ada yang email aku. hehe..satu lagi black hole disitu. but dont worry .takkan la aku nak mungkir janji kan. breaking promise is not my style lahh.. hohohooo

harap korang paham,dengan keadaan tidak mengizinkan.. aku terpaksa lewatkan tarikh pengumuman ni.
ye la, tengah struggle dengan exam pengesanan Mac lagi, nak kena ambil result SPM lagi.. pening nak pikir pasal kos untuk masuk U lagi... it's been really hard for me.

so, apa jawapan yang tepat untuk gambar ni ??


tadaaaaaaa!!!

 cermin mata/ kaca mata/ spectacles .. sume aku terima.hehe..

haaa.. overall memang bagi jawapan yang tepat.


so, for the first winner is,, orang yang first sekali join contest aku ni...... dan bagi jawapan yang tepat..


You've got RM5 Topup!! tahniah!

dan, pemenang berdasarkan Cabutan bertuah dari tangan aku sendiri ,

setelah baca Bismillah 3 kali and aku cabut undi ......
jeng..jeng..jeng...



congrats!!
oh yea. karimah zulkafali, saya bagi awak menang bukan sebab awak email sy okey. dah memang rezeki , saya cabut, dapat nama awak, hehe..

sila PM FB Isya Purple dalam masa 3 hari dari tarikh ni utk tuntut Topup anda.
jika tidak, cabutan lain terpaksa dilakukan.....

 sila pm Guna FB yang sama, bagitahu Nak Maxis/Celcom.

dan untuk menghargai para peserta semuanya, aku akan buat satu list, nanti senang korang nak blogwalk. tapi..err.. follower widget problem lahh.. sampaikan aku sendiri takleh nak follow korang. =,=

so, aku nasihatkan pasang button follow yang warna kelabu macam kat atas kiri blog aku nih ..sebab button tu berfungsi. trust me. bukan susah pun nak pasang menda tuh.
so, ape2 pun thank you banyak2 and jumpa lagi dilain siaran...


MiniGiveaway #1 by Ayie Atiqah

,09:10 | 2 Comment
 jom support GA nih. #LAST DAY.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...