CPUV paling kelakar kot dalam sejarah .

,23:10 | 2 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
  
as for Nuffnang ni, aku baru sign up bulan Februari hari tu. maklumlah, blog picisan macam aku ni, tak berani nak main nuffnang. tapi takpelah. akhirnya aku sign up jugak. baru la ada warna warni sikit kat blog aku ni kan. haha.. penuh iklan atas bawah. 
 
dah tu ,until now, CPC punya earning baru cecah seringgit ko tau. CPUV takyah cakap lah. 

masa mula-mula tu, gigih la jugak jenguk kot-kot ada CPUV yang masuk kan. tapi lepas tu putus asa dah.. ekcelli 2 3 hari ni ada terpikir jugak nak buang ikan nuffnang yang memberatkan ni. 

tapi, bila aku cek balik tadi ..


haaa... nampak tu? CPUV tu dapat lebih 10hari yang lepas kot.. aku baru tahu hari ni and it has been credited, ok! haha.. tapi yang paling lawak earning dia tu hah.. 0.02 sen.

well, gelaklah kalau korang nak gelak.
but at least aku dah dapat CPUV. nampak peningkatan di blog aku ni. 
2 bulan masa yang diperlukan untuk dapat menda alah ni .

tuptup bila dah dapat , disia-siakan macam tu aje.
nampak sangat lah kan yang blog aku ni takde visitors tegar.  :P

and one more. 
I think CPUV ni mungkin hanya singgah selama 5 minit sahaja. no, 2 minit. or worst, 30 seconds. hahahaha


CerPen : Hey You! Jangan Sentuh Aku! (Part 10)

,19:29 | Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
"Assalamualaikum, Umi!" sapa Humaira' girang, sehingga Puan Asiah terpaksa menjauhkan sedikit telefon bimbit dari cuping telinganya.
"Waalaikumussalam. Humaira' apa khabar?"
"Alhamdulillah. Ira sihat. Umi pulak?"
"Umi baik-baik saja. Tapi kalau tiap kali Umi telefon, Ira cakap terjerit-jerit macam ni, boleh sakit jantung Umi tak lama lagi," Puan Asiah sengih. Humaira' turut gelak kecil.
"Ye la... Ira mintak maaf. Habis, Umi jarang sangat call Ira. Rindu la.." Humaira' bersuara sayu, cuba menarik perhatian ibunya.
"Ira bukan tak tau. Umi bukannya ada banyak kredit,"
Sebuah senyuman terukir dibibir Humaira'. "Ira tahu lah, Umi. Ira gurau aje,"
"Umi telefon ni pun sebab ada berita penting yang Umi nak bagitahu Ira," kata-kata Puan Asiah itu menerbitkan rasa getar dalam hati Humaira'. Entah kenapa, dia dapat merasakan sesuatu dari nada suara ibunya tadi.
"Ada apa, Umi?"
"Umi cakap terus terang aje la ye? Petang tadi... ada orang datang rumah,"
Humaira' jadi tertanya-tanya. Kenapa tiba-tiba sahaja suara Puan Asiah bertukar serius sedemikian rupa?
Klik sini untuk sambung baca cerpen ini...

Untuk Senarai Penuh part2 dalam cerpen ni, klik >SinI<
 

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2

,19:22 | 3 Comment
As-Salam

[ Tekan banner di atas kalau nak join ]

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2 ini dianjurkan oleh Emas Putih 
dan disponser oleh Syiera , Iskandar Daughter , Saidatul dan Syira Lokman dan Mahamahu :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...