Study bersama Megi

,11:27 | 3 Comment
ang. ang. angg.. jangan nak stat cakap yang megi tak baik untuk otak pastu nanti habis semua ilmu aku baca tak masuk sangat lahhhh....,.
itu aku pun tahu..
sebab tu la aku tak makan mee segera jenama maggi . dah la produk nestle!
ishh! boikot!boikot!
aku makan megi jenama 'iman' and 'duha' aje... kalo tak percaya, pi la search google. mee segera yang takde MSG dan 100% keluaran muslim!! dijamin halal! sedap ke tak?? ummm..
kalo nak banding dengan maggi buatan non muslim dan tak sure apa yang diorang campak dalam adunan mee segera tuu...
mestilah lagi sedap mee segera dari hasil air tangan muslim niii!!! hehehe

Posted via Blogaway

#MMSUNISZA : Kenapa Tandas Perempuan Selalu Penuh?

,21:14 | Comment

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
  masih lagi berkisar tentang minggu mesra unisza ..
dan kali ni tajuknya maybe kedengaran agak 'kotor' pada pandangan sesetengah makhluq. tapi aku bukan nak cerita apa pun.. just nak cerita pasal kelimpahan yang berlaku dalam tandas perempuan ni hahh..

masa MMS ni memang kita akan banyak guna dewan Gym. sebab tu je dewan yang boleh memuatkan ramai manusia. kat dewan gym ni pulak, paham-pahamlah, tandas dia just ada 2 biji aje! bila tiap kali dia bagi waktu break untuk makan pagi or petang, memang masa tu tandas perempuan akan dibanjiri oleh mahasiswi-mahasiswi ibarat bazar ramadhan pada hari first bulan puasa!. dan disini, kenapa aku fokuskan pada tandas perempuan aje?? tandas perempuan je ke yang penuh?

jawapannya memang ya! tandas perempuan aje yang penuh, bro! sebab? 
sebab kuantiti siswi lagi banyak even kalau korang double kuantiti siswa ! bayangkanlah ratio antara pompuan dengan lelaki kat situ! 

pastu pulak hari kedua terakhir tu boleh pulak satu tandas tu rosak , then bayangkanlah canne 500+ siswi nak berebut satu toilet???!!

sampai satu kali tu, masa tu time break untuk makan pagi or petang aku lupe dah.. tapi memang masa break tu dah habis dah, and penceramah dah stat ceramah dalam dewan. so salah sorang akak PM datang lah cek tandas and masih ramai yang beratur.. dia pun dengan selamba buat keputusan suruh sape-sape yang nak gi tandas lelaki, pergi lah. sebab lelaki kan memang selalu kosong aje tandas diorang. aku? malas dowhh.. bila dah ramai yang 'berhijrah' ke tandas lelaki tu, aku pun dapat la beratur kat depan. so, aku just go on je lah beratur kat tandas pompuan.

tetibe tengah syok-syok beratur tu, aku terdengar suare bising-bising dari luar pastu tetibe pompuan-pompuan yang pegi tandas lelaki tadi tu masuk balik tandas pompuan pastu cerita yang tadi sebenarnya ada lelaki lagi dalam tandas tu. yang siswi-siswi ni pulak dengan innocentnya pergi tunggu giliran kat depan tandas tu sebab ingatkan dalam tandas tu perempuan.. upe-upenya ada lelaki yang masih guna tandas tu.

yang part paling lawak bila diorang cakap.. lelaki tu masa bukak pintu tandas tu memag terkejut siot la, pastu sambil garu kepala dia keluar dari tandas secepat mungkin dan sempat lagi dia tengok sign kat depan pintu tandas tu.. ye lah.. mana tau, kot dia tersalah masuk tandas ke.. korang bayangkanlah, kalo korang mas
uk tandas pompuan dengan amannya, pastu bila bukak pintu tandas tu, dah nampak lelaki tengah beratur tunggu giliran. tak ke terkejut beruk dibuatnya??? puhahahahaa... haa.. tu ler.. lain kali pergi lagi masuk tandas lelaki.....
 

Hari Ini Kita Mungkin Berkata...

,21:03 | Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
 
  mungkin atau pasti. akan terdetik di hati kita sebagai manusia, " kenapa ujian aku begitu berat?"
"kenapa orang lain hidup dia normal?"
 "kenapa dia tidak hadapi apa yang aku alami?"
"apa dosa aku hingga diuji sebegini rupa?"
dan dengan fikiran itu, kita terkadang lupa..
mungkin orang lain tidak menghadapi masalah seperti kita..
ya, mungkin mereka tidak berhadapan dengan ujian seperti kita..
atau mungkin dari sudut pandangan mata kita, hidup dia berjalan lancar sahaja, tanpa cacat cela.
tapi kita tidak akan pernah tahu..
mungkin orang itu punyai masalah yang lebih besar dari kita..
mungkin sebelum dia mengecapi kebahagian itu, dia telah melalui bermacam-macam liku hidup.
percayalah. 
Allah itu MAHA ADIL.
Allah tahu apa yang TERBAIK untuk hamba-Nya.
  tugas kita hanya terus mencuba dan tidak berputus asa.
tidak hilang kepercayaan pada Allah.
tidak hilang rasa syukur pada Allah.
kerana pada hakikatnya.
kita hanyalah seorang HAMBA.
 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...