Cerpen : Hey, you! Jangan Sentuh Aku! - Part 13

,11:38 | Comment
so.. setelah lama menghilangkan diri.. akhirnya aku update jugak cerpen aku ni. fuh! penat. sorry sebab lambat sangat. agak-agaknya dah basi dah cerpen aku ni. takpelah. just enjoy this.
  PART 13
  
Sebaik sahaja Humaira’ menghampiri pintu untuk keluar dari perpustakaan, dia ternampak kelibat Irham yang sedang merenungnya tajam. Dengan segera dia mengalihkan pandangannya ke arah lain. Kakinya dihayun laju sehingga melepasi pintu perpustakaan itu.

“Ira? Kau okey?” soal Alya tiba-tiba. Riak wajah Humaira’ yang berkerut seribu membuatkannya sedikit khuatir.

“Okey aje,” balas Humaira’, lalu sebuah senyuman plastic ditampal pada wajahnya, dengan harapan ia dapat menghilangkan rasa getar yang mula memuncak dalam hati. Sarah pula hanya mampu memerhati dalam senyap.

Mereka bertiga akhirnya tiba dikafeteria untuk mengisi perut yang sedang menyanyi sejak tadi. Tiga pinggan nasi campur dan 3 gelas air sirap bandung selamat sampai di atas meja mereka tidak lama kemudian. Namun, sebelum sempat suapan pertama masuk ke dalam mulut mereka, Wawa menerpa ke arah meja itu bersama 3 orang rakannya yang telah menjadi saksi kepada kemelut yang berlaku antara Humaira’, Irham dan juga Wawa. Mereka ialah gadis yang diberi nama Farah, Nadia dan Maria.

“Oh… jadi, ini lah perempuan yang kononnya nak rampas Irham dari aku tu?” kata Wawa dengan nada megah tahap petala keenam belas. Matanya melirik pada Humaira’ dari atas hingga ke bawah, memerhati penampilan gadis itu. ‘Ceh! Perempuan macam hantu bungkus ni nak pikat Irham? Dia ingat Irham nak sangat kat dia?’ Dalam diam, hatinya sempat mengutuk. Percuma sahaja sudah dapat dosa kering.

Klik di >SINI< untuk lihat semua part dalam Cerpen ni.
 

Entry "Stay Up".

,05:20 | 2 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
  hari ni stay up bersama kengkawan, siapkan movie assignment yang kena hantar hari ni!!! haa.. kul 4:30 pagi, layan secret recipe dulu yg dibeli lepas berbuka semalam.. huuu. 'semalam' tu rasa cam ' tadi' jeee... sebab tak tidooo..
fuh. entry tanpa tidur, menguji samada seseorang blogger itu profesional ataupun tidak. hihiihii..
 

*still trying to wake up my 'stay up friends' . erk! apsal sume orang tanak bangun sahur niiii.........?!*

Trying To Stop Blogging..

,17:45 | 2 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
  

  well, sejak masuk UniSZA ni, aku berazam nak stop blogging. tapi ketagihan itu semakin memuncak pulakk.. haha.. tu dulu la.. masa mula-mula habis orientasi. sekarang ni assignment dah bertimbun. so, Im gonna say goodbye to blog . see u soon, ok!

maybe I'll be updating this blog once in a while. tengok keadaan la kott.. hihi.. 
so, annyeong !! Im gonna miss u guys!
 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...