Sebaik sahaja Humaira’ menghampiri pintu untuk keluar dari
perpustakaan, dia ternampak kelibat Irham yang sedang merenungnya tajam. Dengan
segera dia mengalihkan pandangannya ke arah lain. Kakinya dihayun laju sehingga
melepasi pintu perpustakaan itu.
“Ira? Kau okey?” soal Alya tiba-tiba. Riak wajah Humaira’
yang berkerut seribu membuatkannya sedikit khuatir.
“Okey aje,” balas Humaira’, lalu sebuah senyuman plastic
ditampal pada wajahnya, dengan harapan ia dapat menghilangkan rasa getar yang
mula memuncak dalam hati. Sarah pula hanya mampu memerhati dalam senyap.
Mereka bertiga akhirnya tiba dikafeteria untuk mengisi perut
yang sedang menyanyi sejak tadi. Tiga pinggan nasi campur dan 3 gelas air sirap
bandung selamat sampai di atas meja mereka tidak lama kemudian. Namun, sebelum
sempat suapan pertama masuk ke dalam mulut mereka, Wawa menerpa ke arah meja
itu bersama 3 orang rakannya yang telah menjadi saksi kepada kemelut yang
berlaku antara Humaira’, Irham dan juga Wawa. Mereka ialah gadis yang diberi
nama Farah, Nadia dan Maria.
“Oh… jadi, ini lah perempuan yang kononnya nak rampas Irham
dari aku tu?” kata Wawa dengan nada megah tahap petala keenam belas. Matanya
melirik pada Humaira’ dari atas hingga ke bawah, memerhati penampilan gadis
itu. ‘Ceh! Perempuan macam hantu bungkus
ni nak pikat Irham? Dia ingat Irham nak sangat kat dia?’ Dalam diam,
hatinya sempat mengutuk. Percuma sahaja sudah dapat dosa kering.
Klik di >SINI< untuk lihat semua part dalam Cerpen ni.
No comments:
Post a Comment
Silakan u olls komen disini dulu ye. Your comment memang tak akan terus keluar kat sini.. I will publish and reply your comment once I open this blog. Ok? ☺