Kisah Semalam.. : Gara-gara Deepavali.

,14:00 | 1 Comment
 
bosan...bosan..dan bosan lagi.
aku pun tak tau nak buat ape cuti ni,.nasib baek minggu depan dah ade kelas tambahan..dapatlah jugak dengar cikgu potpet potpet..
 keje aku kat umah sekarang ni : ngadap laptop . kalau tak ,ngadap TV. kalau tak jugak?aku main daun terup ngan family aku. kalau  tak jugak,lagi?? aku terus masuk dapur,cari bahan-bahan nak masak..hahaha..pastu sibuk tanye mak boleh tak nak masak ni,nak masak tu.. sampai mak aku cakap 'suka ati kau laa' haha. padan muke.

ok,ekcelli nak cite pasal kisah semalam ni,..gara2 semalam adalah hari Deepavali,aku nak tengok TV pun tak senang! bukak channel ni, orang tengah berjoget.bukak channel tu,orang tengah masak makanan India.last2,aku bukak TV9, tengok 'Adik&Al-quran' ,pastu sambung ngan 'Pesan Atok'.. hehehe..walaupun dengar cam childish,tapi banyak manfaat woo..

so,mase aku tengok tu,'Pesan Atok, topik die pasal "patung-patung" . banyak info aku dapat..which is yang aku sedia tau , iaitu tak boleh simpan patung dalam umah. kalau ade,malaikat tak masuk. so,kalau malaikat takde, takde la sape2 yang nak tolong jagakan umah kite tu.

tapi aku dapat satu info yang aku baru tau : iaitu :kalau patung tu adalah untuk mainan macam patung ultraman ker..pastu budak-budak selalu main ngan patung tu,pukul2,tarik kaki,belokkan tangan die ,.yang itu dikecualikan !!!sebab yg tu memang konfem untuk mainan.tapi kalau korang beli patung angry bird misalnye,pastu korang simpan dalam almari,buat hiasan,. tu dikira tak boleh!! 

pastu,'atok' cakap kalau korang ade trofi yg berbentuk patung,and sayang nak buang,korang kene kasi potong kepala die,pastu baru boleh simpan!

>k,sekadar perkongsian.harap bermanfaat....!!!


KLIK SINI>> http://my.churpchurp.com/isyapurple/share/DragonSearch
campaign image
Dragon Search menjadikan carian online Pantas, Tepat & Bijak!
Apabila membuat carian online, memang benar kita inginkan jawapan yang lebih terperinci. Mudah saja setakat mencari maklumat di pelbagai enjin carian. Tetapi, bagaimana jika anda sedang menggunakan smartphone ataupun tablet? Memang menyusahkan. Dragon Search membolehkan anda mencari maklumat dari lima sumber berbeza tanpa perlu meninggalkan aplikasi!

Segmen = Jom Follow Sempena Cuti Sekolah

,12:03 | 8 Comment
 
 
 

 
 
 
Memandangkan hari ni aku bosan giler2, so aku nak join segmen ni!! banner die sangat cute,okeyh!!
heheheheee..sape2 nak join,sila klik banner..syarat2 die pun simple n nice je!
 

Cerpen Bersiri : Hey,you! Jangan Sentuh Aku! -part 1.

,20:20 | 2 Comment

Bab 1


“Ya Allah..!!lima minit je lagi..lima minit je..!!”

Hati Humaira’ menjerit sekuatnya tatkala dia sedang berlari-lari anak menuju ke dewan kuliahnya petang itu. Masakan tidak,kelas Puan Zaiton akan bermula kurang lima minit lagi,sedangkan dia baru menjejakkan kaki di luar rumah sewanya itu setelah menyambar buku-bukunya di atas meja. Otaknya sudah tidak dapat berfikir seperti orang normal. Apa yang dia tahu,dia harus segera sampai ke dewan kuliah sebelum pintu dewan ditutup secara automatik oleh tangan Puan Zaiton. Dia tahu,pensyarahnya itu amat bencikan orang yang tidak menepati masa.

Mujurlah rumah sewanya tidak terletak jauh dari kolej tempat dia menuntut. Perjalanan menggunakan kaki sendiri juga hanya memakan masa 8-10 minit. Malangnya, dia tertidur dan hanya tersedar pada pukul 2:50 minit petang. Rakan-rakannya yang lain pula berada di perpustakaan sejak pagi lagi.

Selepas melalui kafeteria,Humaira’ mahu menambah kelajuan kakinya ketika dia tiba-tiba dirempuh oleh seorang lelaki yang tinggi lampai. Segala buku dan kertas assignmentnya segera melayang dari tangan dan mendarat dalam longkang berhampiran.

“Aduh!!!Ya Allah!!!buku aku!assignment aku!” Humaira’ menjerit lantas meluru ke arah buku-buku dan kertas assignmentnya yang sedang enak berendam dalam air longkang.

“Matilah aku..! habis basah!!!” Humaira’ benar-benar tidak kisah tentang buku-bukunya,tetapi bermati-matian mengipas-ngipas kertas-kertas assignment yang perlu dihantar tiga hari lagi.

“Oh my God!sorry , I’m really sorry! Saya tak sengaja!” lelaki yang merempuh Humaira’ bersuara tatkala melihat keadaan Humaira’ yang kelam-kabut itu.

“Hey,you! Mata kau letak kat mana,hah?! Habis assignment aku..!!” Humaira’ terus mengomel seorang diri.

Lelaki tadi segera mengangkat tangan seperti penjenayah yang menyerah diri kepada polis. “I said I’m sorry!ok,ok. I’ll help you to fix it! Esok,pukul 10,library!” Dia kemudian terus memecut ke ruang parkir seperti dikejar anjing.

Humaira’ sempat menangkap bait-bait perkataan lelaki itu antara dengar dan tidak. Dia masih berasa terkejut dengan kejadian yang berlaku. Kini,bukan setakat dia terlewat ke kelasnya,tapi segala bahan-bahan assignment yang siap disusun telah dibasahi air longkang berhampiran kafeteria. Dalam hatinya,dia tidak habis-habis memarahi lelaki tadi. ‘Sudahlah langgar orang sesuka hati,lepas tu terus lari macam kene kejar hantu!’  Omelan Humaira’ semakin pedas setelah mengenangkan bahunya yang sakit dan keadaannya yang berserabai seperti orang yang sesat di hutan selama 3 hari. ‘Poyo punya mamat! Nasib baik tak ada yang makan selipar aku ni tadi!hish!’

Lebih teruk lagi,pintu dewan kuliahnya sudah pun dikunci semasa dia memulas tombol pintu itu dengan sekuat hati.

“Aaargh...!!!ni semua kau punya pasal la! Sia-sia je aku lari macam tengah Marathon tadi!” Kepanasan hati Humaira’ sudah mencapai tahap maksimum. Mukanya juga sudah kelihatan seperti gunung berapi yang akan meletus bila-bila masa sahaja.

“Siaplah kau esok!!!” Tiba-tiba,bibir Humaira’ mula mengukir senyum yang penuh bermakna. Seketika kemudian,dia ketawa terkekeh-kekeh seperti orang yang sudah hilang akal. Sudah gilakah dia???


---------------------***---------------------

 
Irham masuk ke dalam kereta Mercedesnya sepantas kilat setelah penat berlari dari dewan kuliahnya ke tempat parkir. Bukan senang hendak mengelak daripada bertembung dengan gadis gedik yang terkenal dengan nama ‘Wawa’ di kolej itu. Biasanya,sebelum tamat masa kuliah,dia sudah tersembul di muka pintu dewan kuliah Irham untuk mengajak lelaki itu keluar bersama.

“Fuhh..lega aku! Nasib baik sempat!” Irham melepaskan nafas kelegaan walaupun dia masih termengah-mengah akibat berlari lebih kurang sejauh 300 meter tadi. Tanpa diduga, beberapa ketukan di cermin keretanya membuatkan dia kembali meratapi nasib malangnya.

‘aduh...apalah nasib aku hari ni! Perempuan ni pun satu. Dah macam hantu. Sejak bila pula dia ada tepi kereta aku ni!’ Walaupun hatinya tidak berhenti membebel, dia tetap membuka cermin tingkap kereta itu perlahan-lahan.

“eh!Wawa! Kebetulan pulak! I dah nak balik dah ni,” Irham menyambut kedatangan Wawa dengan dialog palsu dan senyum yang sangat plastik. Bagaikan tetamu yang tidak diundang,Wawa terus membuka pintu kereta dan duduk di atas kusyen empuk itu.

‘alamak! Aku lupa nak kunci pintu! Kalau tak,aku dah terus pecut kereta,tinggalkan perempuan gedik ni. Biar dia terjerit terlolong panggil mama dia!’ Irham memang rimas jika terpaksa berkepit  dengan Wawa.

“Am, you nak balik,ye? Kalau macam tu,tumpangkan I sekali. On the way nanti, kita boleh singgah makan-makan and shopping!” Wawa terus mengeluarkan idea ‘bernas’ nya  tanpa diminta.

‘Banyak cantik muka minah ni! Sudahlah masuk kereta orang macam ‘pendatang asing tanpa izin’, lepas tu ikut sedap hati dia je suruh aku habiskan minyak kereta aku ni.’ Irham tidak habis-habis membebel dalam hatinya. Bibirnya pula terus mengukir senyum sumbing yang memang sudah dikhaskan untuk Wawa seorang.

Antara rela dengan tidak, kereta itu akhirnya mendesup laju membelah jalan raya di hadapan kolej itu.

‘Semua ni sebab budak serabai tu,la! Kalau la dia tu tak letak mata dia kat lutut, aku mesti sempat lari dari minah gedik ni!menyusahkan betul!!! Tunggu je la esok... tau la aku apa nak buat! Jangan ingat budak hingusan macam kau boleh main-main dengan Irham Zikri bin Zainal!!!’ Irham mula membayangkan rancangannya untuk esok hari. Sekejap matanya bersinar-sinar,sekejap bibirnya digigit,sekejap pula keningnya terjongket-jongket.

Wawa yang sedari tadi memerhati kelakuan Irham merasa aneh,tetapi tidak mempedulikannya. Apa yang penting, rancangannya berjaya. ‘mungkin Irham terlalu teruja keluar dengan aku,’ Dalam diam,dia mula menyusun teori sendiri. Teori yang tidak pernah dan tidak akan pernah tepat untuk seumur hidupnya.


--------------bErsAmbuNg.......


untuk SENARAI PENUH BAB-BAB DALAM CERPEN INI , BOLEH KLIK DI >SINI<

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...