2 Malam Tanpa Bantal.

,20:30 | Comment
Assalamualaikum..

amboi tajuk entry ko.. kemain lagi. macam la tak penah tido tanpa batal....

hohoho. memanglahh..kalau qiamullail kat sekolah, biase aje tido atas lantai tanpa batal. tak kesah sangat punn.. tak de beza sangat pun.

tapi 'bantal' di sini hanyalah salah satu elemeb dari unsur yang lebih besar . wahh.. ase cam tengah mengajar chemistry pun ade.. hahahaa.. in a simpler meaning, bantal tu aku simpan dalam luggage aku dalam stor unisza.!

nak diluahkan perasaan la.. aku ni budak sem 1 (pendek). ari sabtu ari tu baruu.. je daftar balik untuk sambung sem 2. aku sampai bilik dalam pukul 1 tengahari camtu. pastu kawan aku cakap stor dah tutup. aku pun cam ,ok. takpe lah. ambik esok. maka malam tu aku pun tido la tanpa bantal dan selimut sebab kedua-dua elemen penting atas sesebuah katil tu aku simpan dalam stor. sampaikan pagi tu aku terjaga awal sebab nak terkencing oleh kerana kesejukan yang teramat sangat seperti berada di hujung kutub utara. fuh. amek ko aku punya description macam nak buat essay.

tapi aku redha je la. ingat nak pi amek esok. tapi esok pulak aku ada kelas pukul 11. stor pulak memang bukak pukul 11.30 - 12.30 je kalau ikut jadual ...pastu memang takkan dibukak sampai keesokan hari. so aku cam errr.. redha aje la. pi kelas.maka malam itu bermulalah kembali hikayat penuh kedukaan dalam hidup aku . tidur pakai sweater berbantalkan towel dan berbungkus kain batik!! ok laahhh.. malam ke2 tu tak kesejukan sangat la sebab pakai sweater kannn.

pagi tu aku bangun ko tahu housemate aku cakap ape? "kesian aku tengok hang tidur dengan kain batik semalam.." aku pun cam umm..nasib badannn.... housemate aku tu pun tak amek lagi barang dia kat stor.

so? malam ni?? ??? haa... nasib baik pagi tadi housemate aku yang sem lepas tolong keluarkan barang-barang aku tu.. oh my darling. thank you soooo much!! hihi.

mula-mula aku bukak luggage aku tu, first thing yang aku pegang is bantal aku la. then selimut. you guys! i really miss u guys !! ahaks! jadi malam ni malam first la aku tidur ditemani bantal and selimut aku.......

puas. annoyed. lega. fuhh.

wassalamualaikum...Thanks for visiting!

Rumah 'Baru' Rupa Dah Macam Bengkel.

,19:14 | Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
hiasan dr Google semata-mata.
 ok macam yang aku cakap dalam entry yang lepas, minggu ni aku start belaja balik kat Unisza kann.. soo buat pengetahuan umum, aku yang dari Blok I kena pindah ke blok D yang mana blok D tu sebelum ni diduduki oleh penghuni berlainan jantina dari aku a.k.a LELAKI. 
 

sebab tu memang sebelum check in bilik pun aku dah dapat bayang dah betapa banyak aku kena kemas. betapa kotor rumah tu dan betapa banyak sampah yang ditinggalkan kat situ!!
nasib baik aku sampai agak lewat dari roomate aku . so bilik tu kebanyakannya dia la yang bersihkan. oh terima kasih kawan. hahaa.. tapi ya ruang tamu rumah tu memang aku speechless gile masa mula-mula masuk. nak berjalan pun aku rasa berhabuk je sepanjang masa. 

 
 
tu baru aku. yang sampai mula-mula? hmph! roomate aku cakap, sampah berterabur, habuk tak payah cakap lahh.. almari? laci? meja study? sume kotor!
pastu dalam roomate aku punye almari pulak, siap ada beras, susu krimer, gula, uncang teh.. hah cakap aje. sume ade. 
 
http://islammy.com/wp-content/uploads/2013/07/buruk-sangka-kucing.jpg

tandas??? oh no.no.no. tak sanggup aku nak cerita. dengan sinki berkulat berlumut. lantai tak payah cakap lah. rase nak bunuh diri aje masa aku mula-mula jenguk tandas tu.

kitorang ni macam Ma sha Allah.. padahal umah kitorang dulu, sebelum nak check out tu, sebijik habuk pun takde tau. kalau ada barang yang kitorang tinggal pun, yang boleh jadi kegunaan ramai. sebab dulu kitorang housemate kongsi beli barang-barang rumah. so benda-benda macam selipar tandas, ridsect, cecair pencuci lantai, sos, kicap, memang kitorang tinggal sebab takde sape nak bawak balik.

fuh. memang beruntung llaa orang yang dapat rumah kitorang tu. tak payah kemas ape-ape dah. memang akan rasa macam check in hotel. aku? rasa macam check in rumah yang terbiar selama 2 tahun. padahal baru 3 minggu.

 humm.. aku agak kecewa la. bukan nak mengutuk. cuma nak luah perasaan. bengang tu, sape tak bengang. memang sume orang bengang. tapi nak buat macamana, senang kata, REDHA aje laaaaa....
 

Minyak Panas dan Ubat Gigi

,07:43 | Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
 
Ookkeyyyy.. tahu. Tajuk enty aku teruk gile kan? Ni kes lame tak update blog la niii.. huuhuu.
Tak kisah la. Nanti aku akan perbaiki balik dari semasa ke semasa.
So. Apa kaitan minyak panas dan ubat gigi? Rasanya most of you guys mesti dah tau kann.. terutama yang selalu kena minyak panas . (secara tak langsung maksudnya yang selalu masuk dapur tolong mak masak laa.. :P hewhewhew)


Sebab semalam aku tolong Umi masak sup ayam. Masa tengah tumis perkakas-perkakas sup yang kering tu (kulit kayu manis and the geng) , tiba-tiba dia meletup bomm tebabom la pulakk… haa.. amek ko. Sekali masa tu memang muka aku dekat sangat dengan periuk . alhasilnya menjerit la aku dengan suara bak penyanyi opera. Hahahaa.. ehhh.. jangan main sedap mulut aje cakap aku tak biasa kena minyak panas. Kalau setakat kena minyak masa goreng ikan tu, tak de la pulak aku nak update dalam blog ni. Masalahnya sekarang ni benda tu meletup memang kuat giler..

So, lepas tu aku terus gi sapu minyak but-but. Tahu tak? Ala senang cite macam minyak gamat la jugak. Tapi kepanasannya semakin menjadi-jadi pulak. Dah la kena minyak tu kat bahagian mata. Pedih woo.. so jalan penyelesaian terakhir, aku terus pi masuk bilik air dan sapu ubat gigi. Lepastu baru la start rasa sejukkk… rasa nyaman gile muke. Haha.

Dan Alhamdulillah, kesan minyak panas tu ada la , merah sikit-sikit tapi tak teruk la sampai gelembung .

So? Korang expect aku nak cakap yang lepas ni aku takkan goreng apa-apa dengan minyak panas lagi sebab trauma? Hah. Tak payah nak mengada. Try la cakap camtu kat Umi. Batu lesung makannya. Hahaha.. kalau bukan aku dengan kakak aku, sape lagi yang nak tolong Umi masak? pastu pulak akak aku baru pergi KL minggu lepas .. So kebanyakannya memang aku la yang kena masak. Kadang-kadang masak dengan Umi. Kadang-kadang masak sorang-sorang. Huu.

Humm.. anyway minggu depan aku pulak kena kembali ke UniSza balik.
Hari tu Umi tanya aku masuk balik bila. Bila aku cakap minggu depan, dia cakap dia ingatkan minggu depan satu lagi. Humm.. pastu boleh pulak dia bagitau aku tak payah pergi lagi sebab dia nak suruh aku masak kat rumah. Aku pun macam ohh.. jadi aku ni ada kat rumah Cuma untuk masak, basuh pinggan, kemas rumah aje la yeee...
Hhaha.. rasa macam dipergunakan. Tapi takpelah. Bila Umi cakap macam tu , aku rasa berharga la jugak. Well at least ada benda aku boleh buat untuk berbakti pada Umi..kannn???

*rasa sedih pulak nak tinggal Umi. Nanti sape nak tolong cuci pinggan, masak, dan kemas rumah? :((  *
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...