Minyak Panas dan Ubat Gigi

,07:43 | Comment
 Ø§Ù„سلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
 
Ookkeyyyy.. tahu. Tajuk enty aku teruk gile kan? Ni kes lame tak update blog la niii.. huuhuu.
Tak kisah la. Nanti aku akan perbaiki balik dari semasa ke semasa.
So. Apa kaitan minyak panas dan ubat gigi? Rasanya most of you guys mesti dah tau kann.. terutama yang selalu kena minyak panas . (secara tak langsung maksudnya yang selalu masuk dapur tolong mak masak laa.. :P hewhewhew)


Sebab semalam aku tolong Umi masak sup ayam. Masa tengah tumis perkakas-perkakas sup yang kering tu (kulit kayu manis and the geng) , tiba-tiba dia meletup bomm tebabom la pulakk… haa.. amek ko. Sekali masa tu memang muka aku dekat sangat dengan periuk . alhasilnya menjerit la aku dengan suara bak penyanyi opera. Hahahaa.. ehhh.. jangan main sedap mulut aje cakap aku tak biasa kena minyak panas. Kalau setakat kena minyak masa goreng ikan tu, tak de la pulak aku nak update dalam blog ni. Masalahnya sekarang ni benda tu meletup memang kuat giler..

So, lepas tu aku terus gi sapu minyak but-but. Tahu tak? Ala senang cite macam minyak gamat la jugak. Tapi kepanasannya semakin menjadi-jadi pulak. Dah la kena minyak tu kat bahagian mata. Pedih woo.. so jalan penyelesaian terakhir, aku terus pi masuk bilik air dan sapu ubat gigi. Lepastu baru la start rasa sejukkk… rasa nyaman gile muke. Haha.

Dan Alhamdulillah, kesan minyak panas tu ada la , merah sikit-sikit tapi tak teruk la sampai gelembung .

So? Korang expect aku nak cakap yang lepas ni aku takkan goreng apa-apa dengan minyak panas lagi sebab trauma? Hah. Tak payah nak mengada. Try la cakap camtu kat Umi. Batu lesung makannya. Hahaha.. kalau bukan aku dengan kakak aku, sape lagi yang nak tolong Umi masak? pastu pulak akak aku baru pergi KL minggu lepas .. So kebanyakannya memang aku la yang kena masak. Kadang-kadang masak dengan Umi. Kadang-kadang masak sorang-sorang. Huu.

Humm.. anyway minggu depan aku pulak kena kembali ke UniSza balik.
Hari tu Umi tanya aku masuk balik bila. Bila aku cakap minggu depan, dia cakap dia ingatkan minggu depan satu lagi. Humm.. pastu boleh pulak dia bagitau aku tak payah pergi lagi sebab dia nak suruh aku masak kat rumah. Aku pun macam ohh.. jadi aku ni ada kat rumah Cuma untuk masak, basuh pinggan, kemas rumah aje la yeee...
Hhaha.. rasa macam dipergunakan. Tapi takpelah. Bila Umi cakap macam tu , aku rasa berharga la jugak. Well at least ada benda aku boleh buat untuk berbakti pada Umi..kannn???

*rasa sedih pulak nak tinggal Umi. Nanti sape nak tolong cuci pinggan, masak, dan kemas rumah? :((  *
 

No comments:

Post a Comment

Silakan u olls komen disini dulu ye. Your comment memang tak akan terus keluar kat sini.. I will publish and reply your comment once I open this blog. Ok? ☺

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...