Menjadi Perempuan yang 'Diminati' atau yang 'Dihormati'.. You Choose!!!

,20:32 | 2 Comment
 


Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim....

Kisah ini saya garap berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri..
Beberapa hari yang lepas.. mungkin ada pelajar-pelajar sekolah lain yang sedang bercuti. tapi tidak bagi saya. oleh kerana tahun ini saya bakal menempuhi peperiksaan SPM, maka cuti itu dipenuhi dengan kelas tambahan di sekolah. selepas kelas tambahan di sekolah, saya ambil kesempatan itu untuk menghadiri kelas intensif Add math yang berdekatan sekolah saya. Jam 4 petang, kelas intensif tamat. barulah nafas lega boleh ditarik perlahan. 

sejujurnya, saya tidak suka bergantung kepada sesiapa , termasuk keluarga . ye, memang abang yang selalu menghantar saya ke sekolah, kerana amat sukar mencari bas yang dapat sampai awal ke sekolah. tapi, jika pulang dari sekolah, jarang sekali saya meminta sesiapa menjemput saya. kalau ada sekalipun, kerana saya ada urusan yang harus diselesaikan dengan segera. jika tidak mempunyai urusan, saya lebih rela menunggu bas berjam-jam , daripada meminta ayah atau abang menjemput saya di sekolah.

Petang itu... saya keseorangan. biasanya, saya ditemani sahabat yang sama-sama mengikuti kelas intensif. tapi, hari itu entah mengapa dia meminta abangnya menjemput dia pulang. barangkali sudah jemu menunggu bas setiap hari. atau mungkin dia mempunyai urusan peribadi sendiri.

Lalu, dengan hati yang hiba saya melangkah ke arah stesen bas berdekatan dan setelah lebih kurang satu jam menunggu , bas yang dinanti tiba jua. ramai. ramai sekali yang menaiki bas ini , terutamanya yang baru pulang dari tempat kerja. majoritinya adalah makcik-makcik. jadi, saya berikan laluan untuk mereka dahulu. malu kalau berebut naik bas dengan makcik-makcik. hehe..

semasa saya menaiki bas itu, memang kebanyakan tempat sudah dipenuhi. saya berjalan lagi, mencari tempat yang kosong. namun, mungkin kerana kesesakan dalam bas ketika itu, saya tidak dapat melihat tempat duduk kosong selain tempat duduk yang berada dibelakang sekali. saya lihat tiada orang disitu. kelima-lima kerusi masih kosong. lalu, saya mengatur langkah kearah kerusi-kerusi itu dan mengambil tempat dihujung sekali, ditepi tingkap bas. 


 

seperti biasa, bas hanya dibenarkan bertolak dari stesen setelah 30 minit. saya terpaksa menunggu lagi. ahhh.. penantian itu memang sesuatu yang menyeksakan. namun, lebih menyeksakan lagi apabila seorang lelaki yang berumur dalam 30-an datang duduk di deretan kerusi itu juga. selang 2 tempat duduk dari saya. 
saya mula memujuk hati, agar tidak mudah gementar. mujur lelaki itu boleh dikira pangkat 'pakcik' pada saya.

namun, ujian datang lagi. tidak lama selepas itu, datang seorang lelaki yang berumur lingkungan 20-an. ahhh... cubaan lagi. saya kentalkan hati. jika tidak, pasti saya sudah bangun dari tempat itu dan memilih untuk berdiri. tapi , ya Allah.. kaki saya sudah lenguh. bahu juga sudah sakit, menyandang beg sejak dari tadi.

alhamdulillah.. semasa bas hampir bertolak, datang seorang makcik dan duduk ditepi saya, menjadi pemisah antara saya dan dua lelaki itu tadi. tenang sebentar... saya keluarkan telefon . 'Selawat Relaksasi' alunan kumpulan nashid UNIC saya pasang dengan volume perlahan. 

hampir sahaja saya tertidur,.. namun gelak tawa dua orang gadis yang sedang berdiri tidak jauh dari tempat duduk saya menangkap perhatian. saya perhatikan mereka. ralit . pada saya, umur mereka tidak mungkin lebih dari 20 tahun. sedang asyik bermain telefon bimbit masing-masing. namun, setiap butir percakapan mereka kedengaran hampir di segenap ruang bas itu. iya. itulah yang menarik perhatian saya.

selang beberapa minit, bas berhenti. beberapa orang lelaki menaiki bas. wajah yang sangat muda. mungkin lebih muda daripada saya.kira-kira 3 orang, atau mungkin empat. maaf.  saya tidak sempat untuk menghitung.

mereka berdiri di bahagian hadapan bas. namun, setiap kali dua orang gadis tadi berbicara, mata mereka terus tertumpu kearah gadis-gadis itu. saya lihat , galak sekali mata mereka memerhati kedua - dua gadis itu. 

tidak lama. tidak lama selepas itu, seorang yang berpangkat 'kakak' pada saya, yang duduk dikerusi hadapan menekan loceng. sebaik sahaja dia turun, 'makcik' yang duduk di tepi saya terus bangun dan duduk di tempat 'kakak' itu. 
Ya Allah.. masa tu Dia sahaja yang tahu perasaan saya. 
"Mak cik.. kenapa makcik 'tinggalkan' saya?"
hati saya merintih. pedih.

sementara itu, kedua orang gadis yang berdiri tadi juga telah mendapat tempat duduk masing-masing. itu saya tidak kisah. ape yang saya kisahkan, salah seorang dari lelaki yang berdiri dibahagian hadapan bas tadi datang meluru ke arah belakang bas. hati saya berdegup kencang. Rab.Rab.Rab. Ya Rabbi... bantu hambaMu ini..

sekelip mata, lelaki itu sudah duduk di kanan saya. namun, masih selang satu tempat duduk. alhamdulillah.. mungkin melihat diriku yang berpakaian begini, dia tidak berniat mahu memanggil rakannya yang lain untuk mengisi kekosongan kerusi disebelahnya, atau dengan kata lain, juga kerusi disebelah saya.







yeee.. lebih kurang beginilah penampilan saya. yang berbeza hanya pada warna pakaian. tudung dan baju saya sudah semestinya berwarna putih, seperti baju sekolah biasa. walaupun ada dua orang rakannya yang duduk dikerusi yang sama, (it means satu kerusi, 2orang yang duduk) namun dia tidak sedikitpun berani mengajak rakannya itu duduk ditempat kosong di sebelah saya.

saya cuba tabahkan hati. Alhamdulillah.. sedikit pun tidak merasa terganggu dengan lelaki itu. pandangan dihalakan kearah tingkap. melihat kenderaan yang berpusu-pusu mahu pulang ke rumah masing-masing.

tidak semena-mena, kedengaran salah seorang dari dua orang gadis tadi menjerit kecil, namun suaranya yang lantang sudah cukup membuatkan seluruh bas bergema.

"heesshh.. tak baik menjerit dalam bas. kenapa menjerit?" (dialog yang diterjemah dari dialek kelantan)

"tak, makcik.. dia kacau kite...."

saya masih memerhati. tajam. mencari tuan empunya badan yang dinamakan 'dia' .. namun, tanpa perlu melihat lagi, hati saya sudah pasti apabila mendengar kata-kata makcik itu lagi. seratus peratus saya yakin, kata-kata itu ditujukan kepada salah seorang dari sekumpulan lelaki-lelaki tadi yang duduk tidak jauh dari saya dan amat dekat dengan dua orang gadis itu.

"ehh.. kenape kacau orang perempuan, ni??" dalam nada yang lembut, tapi amat tegas, makcik itu bersuara.

diam . sepi. tiada jawapan. saya terkedu. ape yang dilakukan lelaki itu sehinggakan gadis itu menjerit sedemikian rupa? dicuitnya, kah? dicubitnya, kah? atau dipukulnya, kah? atau... ah.. saya tidak mampu menebak lebih jauh.
astaghfirullah al azim..
a'u zubillahi min zalik.

saat itu, hati saya mula bergelora. risau. lelaki tadi masih disebelah saya. dengan kedudukan saya yang berada di  belakang bas dan paling hujung sekali sebegitu... saya tidak mampu membayangkan apa-apa lagi.
namun, hati ini tidak putus-putus berdoa kepada Ilahi.

bas berhenti di satu traffic light. traffic light yang amat saya nantikan. kerana tidak jauh dari situ lah saya akan turun dari bas itu, seperti hari-hari sebelumnya.

saya pandang loceng di atas. agak tinggi. ya Allah.. agak susah sebenarnya untuk saya capai loceng itu dalam keadaan begini. lelaki ada betul-betul disebelah saya. aaahh.. 'ape aku peduli! kalau aku tak tekan, takkan la bas ni nak berhenti sendiri!' bisik kecil hati saya itu membuatkan saya tekad. saya sangkut beg di bahu. buku ditangan disusun kemas-kemas. 'aduhh.. macamana nak keluar ni..?' .lelaki yang duduk disebelah saya itu sebenarnya agak menghalang laluan keluar .

sekali lagi ujian menimpa. namun, tidak lama. mungkin kerana dia melihat keadaan saya yang sudah bersiap sedia untuk turun pada bila-bila masa sahaja. tanpa sebarang arahan, dia bangun, menuju ke arah sebuah kerusi yang diduduki oleh dua orang rakannya tadi.

setelah itu juga, saya bangun. baru sahaja mahu mengangkat tangan untuk menekan loceng, seorang wanita di bahagian hadapan bas berdiri. loceng ditekan tepat pada waktunya. alhamdulillah.. ada orang yang mahu turun disitu juga rupanya.

saya berjalan keluar dari deretan kerusi itu. sampai sahaja di kerusi yang diduduki oleh dua orang lelaki tadi, saya terhenti.
bayangkan. sebuah kerusi. diduduki dua orang. sudah semestinya salah seorang itu badannya terkeluar sedikit dan menghalang laluan . itu belum cukup parah. yang lebih parah, lelaki yang duduk disebelah saya tadi juga turut berdiri di tepi kerusi itu. bayangkan apa yang terjadi? laluan itu benar-benar tertutup sepenuhnya!!!

sesaat. saya tunggu. lelaki yang berdiri itu berpaling. saya cuma berdiam diri.

"weyy.. orang nak lalu.. orang nak lalu......"

katanya kepada dua orang rakannya yang duduk di kerusi itu. serentak dengan itu, dia menolak badan rakan-rakannya untuk memberi ruang kepada saya.
ya Allah... saya rasa anda boleh bayangkan sendiri. kerusi yang sudah cukup sempit untuk diduduki dua orang, ditambah lagi dengan seorang yang berdiri ditepinya. namun, saya lihat, lelaki itu bersungguh-sungguh menolak rakan-rakannya sehingga mereka benar-benar terhimpit. seperti sardin dalam tin.

saya lihat ruang yang tersedia. agak sempit. sebenarnya, memang sempit.
namun, saya tidak boleh menunggu lebih lama, atau bas akan memecut lebih jauh.
saya tarik nafas. hanya dalam sekelip mata, saya berjaya melepasi 'halangan' itu. alhamdulillah... sedikitpun badan saya tidak tersentuh dengan 'halangan' itu.

Allahu akbar. Allah maha besar.

saya turun dari bas pada hari itu membawa seribu kenangan .. sejuta pengajaran..
yang membuatkan saya ingin berkongsi dengan semua orang.

sedikitpun tidak berniat mahu menunjuk-nunjuk. hanya sekadar berkongsi pengalaman yang sangat berharga. doa saya hanya satu. Ya Allah... Engkau berikanlah petunjuk dan hidayah kepada kami agar dapat menjadi insan yang lebih baik pada hari esok.

diharap perkongsian yang tidak seberapa ini mampu memberi walau sedikit manfaat buat pembaca-pembaca sekalian..

mana yang baik, jadikanlah pengajaran. dan mana yang buruk, jadikan sempadan.

Wassalamualaikum...




so, what is your choice? menjadi perempuan yang 'DIMINATI, atau yang 'DIHORMATI' ??. choose right!!!

2 comments:

Silakan u olls komen disini dulu ye. Your comment memang tak akan terus keluar kat sini.. I will publish and reply your comment once I open this blog. Ok? ☺

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...