Laa.. 20 rakaat ke ...?
|
sekadar hiasan.. |
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..
Hari ni rasa macam nak cerita pengalaman yang sangat 'bermakna' untuk aku , my mom and my sister. biasanya tahun-tahun lepas, kitorang buat terawih kat masjid dekat ngan rumah je. jalan kaki pun tak sampai 3minit. and semalam, my dad tetibe ajak pegi kat masjid yang jauh sikit dari rumah. kalau naik kereta , tak sampai pun 2 minit.
so, seperti biasa, kitorang pun solat Isyak, and diteruskan dengan solat terawih. mak aih.. imam ni.. satu rakaat, baca 1 muka surat. aku yang muda belia ni pun , lenguh berdiri. apa lagi makcik-makcik yang dah mencecah separuh abad tu.
alhamdulillah.. akhirnya selesai 8 rakaat kami tunaikan. berdiri untuk kali kelima, aku tengok dari saf yang banyak tadi, dah tinggal 2 saf je. para muslimin pun dah ramai yang keluar. jap. ni ... terawih lagi ke, witir? aku tanya kakak aku. kakak aku tanya umi. umi ? ~tanya sama hati.. apa sebab goyang~ (nyanyi kejap.hehe..) umi ambil langkah 'tepuk dada, tanya Iman'. bhahaha. lastly, bila dah siap bagi salam, baru lah tahu.... rupa-rupanya masih terawih!! bukan witir! ahh....... 20 rakaat ke? aduhh... tak sanggup aku wei.. kakak aku pun same. lepas tu , terus dia tarik tangan aku, pi kat bahagian belakang, tinggalkan umi yang masih mahu teruskan solat terawihnya. tengok. yang muda belia ni, pemalas betul nak solat! yang buat 20 rakaat tu, kebanyakannya memang makcik-makcik, tau! aku ngan kakak aku duk bersembang je kat belakang tu. teruk betul perangai. hehe..
and balik rumah lepas tu, aku tanya abah, yang jadi imam tu, muda lagi ke? sebab dia baca 1muka surat , pastu takde tersekat-sekat. kalau orang berusia, mestilah ingatan lemah sikit, kan? satu lagi, dia rukuk punyalah laju! tak sampai 3saat, terus i'tidal. aku rasa kalau pakcik-pakcik , takkan lah tak sakit belakang dia rukuk laju macam tu, kan? it's kinda.. irregular. tak sekata. unbalanced. berdiri punyalah lama, sampai nak terlelap aku ni. pastu, tahiyat laju pulak! kesian kat makcik-makcik tu sume. termengah-mengah nak kejar. hehe..
so, jawapan untuk soalan tadi, yup. imam tu 'budak' lagi.. budak tahfiz.
(hurmm.. patutla..)
bacaan dia memang sedap. tadi aku taktau la dia guna tarannum bayati ke, nahawan (betul ke aku eja ni?) ke, .. sebab yang dengung 2 harakat, kadang-kadang tu jadi 4 harakat. daripada i'tidal, mase nak sujud tu, punya lah panjang dia punya 'Allaaaaaaaaahuakbar' . haha. I don't know sebab aku tak belajar tarannum-tarannum ni semua. kalau sempurna tajwid pun dah cukup baik dah bagi aku.
amboih kau... sodap ngutuk orang ek? kau tu, kalau orang suruh jadi imam pun, tak pernah nak. kejenya tolak kawan dia kedepan je.
haha.. aku bukan apa. takut kalau aku baca AlFatihah salah ke.. tak pasal-pasal batal solat. kesiaaaannn makmum aku tu. :p
ok lah. tu je yang aku nak share ngan korang. and the moral is? lain kali...... jangan memandai-mandai nak solat witir kalau tak tau.. tanya je la makcik-makcik yang selalu solat kat situ. hehe. aku bukan ape. masjid yang aku selalu pegi tu, biasa memang buat 8 je. tak tau pulak masjid ni ada imam yang 'rajin'. :P
oh yeee.. one more thing. ! kepada sesiapa yang nak jadi 'imam muda' terawih tahun ni, .. aku tahu la.. korang tu muda lagi, larat nak baca panjang-panjang, berdiri lama-lama... tapi, sebagai imam , kenalah care kat makmum-makmum kalian tu... mana tahu diorang ada urusan lain yang belum diselesaikan ke.. jangan la nak kejarkan khatam Quran tu. baca yang pendek-pendek pun, okey apa. bolehlah rukuk, sujud, and tahiyat lama sikit.. hehe...
wassalam...
hihi, Alhamdulillah, kat masjid sini diorang buat 8 rakaat saja. terawih dan witir berjemaah, baca pun baca ayat pendek2 je. hee :D
ReplyDeletebtw, kita muda lagi, patut lagi kuat dari makcik2 tuuu. :D :D
@Bintang hehe.. tu la pasal .. tapi takpe... nanty usaha lg,,kite kalau buat 8 rakaat tu pun dah kira baik dah. dpd tak buat lgsung. :P
ReplyDeleteakak tak pergi masjid.. buat seorang di rumah je sebab susah nak tinggalkan mak akak tak sihat..
ReplyDeletebetul tu, kasihan kepada orang tua yang dah tak berdaya tu, tambahan pula jika bacaan satu ayat lazim tu panjang.. kanak-kanak yang baru berjinak-jinak untuk tarawih pun mungkin cepat bosan juga kot..
@Mizz Aiza mane2 pun bleh buat. dpd tak buat lgsung kann...
ReplyDelete