Showing posts with label Cerpen. Show all posts
Showing posts with label Cerpen. Show all posts

Cerpen Bersiri : Hey, You! Jangan Sentuh Aku! (BAB 3)

,15:34 | Comment


 
 BAB 3



Pagi itu, Irham berlari-lari anak ke arah kafeteria untuk berjumpa dengan rakan-
 rakannya di tempat biasa, seperti yang dijanjikan semalam. Dia kelihatan seperti 
 sedang menanggung rindu yang amat untuk berjumpa dan sudah tidak sabar untuk bersua muka. Dari kejauhan, dia melihat Ikmal sedang duduk sambil menghirup jus tembikai di satu sudut yang agak terpencil dalam kafeteria itu. Dia kemudiannya mengambil tempat di tepi rakannya itu.

"Hey,bro! Aeril tak datang ke?" Irham segera menanyakan tentang kehadiran rakannya yang seorang lagi itu, kerana dia amat memerlukan mereka untuk menjalankan misi penting pada hari ini : memalukan seorang perempuan serabai di perpustakaan. Dia tahu, budak dua orang ni boleh jalankan misi itu dengan baik dan lancar, kerana mereka memang sudah dilabelkan sebagai 'toyol' di kolej ini.

"Wey...! Mestilah aku ade,beb! Kau ni ape hal? Rindu kat aku? Tak boleh sabar ke?" Aeril datang menyergah dari belakang Irham sambil menepuk belakangnya.

"Gila aku nak rindu kau?! Aku tak sabar,la bro! Aku dah tak sabar nak balas dendam! Perempuan tu belum kenal lagi aku ni siape! Ni anak Dato' Zainal la...!"

Mereka ketawa berdekah-dekah setelah mendengar kata-kata Irham itu. Kemudian, mereka memulakan perbincangan. Mereka berbisik-bisik sesama sendiri. Kadang-kadang, ketawa meletus dari bibir. Seketika pula, mereka kelihatan serius seperti sedang mengadakan Mesyuarat Agung PIBG. Hai... entah ape la yang sedang dirancangkan mereka.



                                                                              Go to Part 4>

untuk SENARAI PENUH BAB-BAB DALAM CERPEN INI , BOLEH KLIK DI >SINI<


CerPen Bersiri "Hey,you! Jangan Sentuh Aku! " -BAB 2!

,16:21 | Comment
 
 
 
Maaf atas keterlewatan meng'update' episod baru untuk cerpen bersiri ni...
(hehehee..macam lah ade orang yg tunggu cerpen aku ni!)
ok lah,ni episod2 untuk cerpen ni. untuk bace episod pertama, sila lawat page 'Cerpen Bersiri'..
Bab 2


“Hish! Bengang betul aku! Kalau ikutkan hati,dah lama aku karate mamat tak sedar diri tu!” Humaira’ masih belum dapat menyejukkan hatinya walaupun sudah menghabiskan segelas nescafe ais di kafeteria tadi. Kakinya dihentak-hentak pada lantai rumahnya yang tidak bersalah itu. Pintu juga tidak terlepas daripada hukuman. Ia dihempas sekuat hati. Mujurlah rumah itu diperbuat daripada simen,kalau tidak sudah lama ia runtuh dek hentakan kaki Humaira’.

Dia segera merapati sofa di ruang tamu lalu duduk dengan perasaan marah. Dia tahu,jika seseorang itu sedang marah dan ia sedang berdiri,maka hendaklah ia duduk untuk meredakan marahnya.

“Astaghfirullah al azim..astaghfirullah..astaghfirullah....” Humaira’ lantas beristighfar beberapa kali. Dia mahu menghapuskan rasa marah itu. Seketika kemudian,mukanya yang merah mula berubah ke warna yang asal.

“Assalamualaikum...” suara rakan-rakan Humaira’ mencecah gegendang telinganya.

“Waalalikumussalam...”  Humaira’ terpaksa menjawab dalam keadaan marahnya yang ditahan-tahan daripada keluar. Kalau tidak,mahu sahaja rasanya dia mencekik rakan-rakannya yang langsung tidak bersalah itu.

“Eh,bukan ke kau kata kau balik lewat petang ni?” Sarah bertanya dengan wajah yang kehairanan.

“A’ah la.. Awal pulak kau sampai rumah? Ni baru pukul 3 setengah?!” Alya kemudiannya menambah lagi perencah kepada soalan yang belum berjawab itu.

Humaira’ yang sedari tadi cuba untuk melupakan kejadian yang menaikkan suhu mukanya segera melepaskan keluhan yang berat. Perlukah dia me’rewind’ kembali peristiwa yang berlaku tadi?? Peristiwa yang hanya akan membuatkan dia rasa ingin menangis sekuat hati itu?

Klik untuk sambung baca cerpen ini...

untuk SENARAI PENUH BAB-BAB DALAM CERPEN INI , BOLEH KLIK DI >SINI<

Cerpen Bersiri : Hey,you! Jangan Sentuh Aku! -part 1.

,20:20 | 2 Comment

Bab 1


“Ya Allah..!!lima minit je lagi..lima minit je..!!”

Hati Humaira’ menjerit sekuatnya tatkala dia sedang berlari-lari anak menuju ke dewan kuliahnya petang itu. Masakan tidak,kelas Puan Zaiton akan bermula kurang lima minit lagi,sedangkan dia baru menjejakkan kaki di luar rumah sewanya itu setelah menyambar buku-bukunya di atas meja. Otaknya sudah tidak dapat berfikir seperti orang normal. Apa yang dia tahu,dia harus segera sampai ke dewan kuliah sebelum pintu dewan ditutup secara automatik oleh tangan Puan Zaiton. Dia tahu,pensyarahnya itu amat bencikan orang yang tidak menepati masa.

Mujurlah rumah sewanya tidak terletak jauh dari kolej tempat dia menuntut. Perjalanan menggunakan kaki sendiri juga hanya memakan masa 8-10 minit. Malangnya, dia tertidur dan hanya tersedar pada pukul 2:50 minit petang. Rakan-rakannya yang lain pula berada di perpustakaan sejak pagi lagi.

Selepas melalui kafeteria,Humaira’ mahu menambah kelajuan kakinya ketika dia tiba-tiba dirempuh oleh seorang lelaki yang tinggi lampai. Segala buku dan kertas assignmentnya segera melayang dari tangan dan mendarat dalam longkang berhampiran.

“Aduh!!!Ya Allah!!!buku aku!assignment aku!” Humaira’ menjerit lantas meluru ke arah buku-buku dan kertas assignmentnya yang sedang enak berendam dalam air longkang.

“Matilah aku..! habis basah!!!” Humaira’ benar-benar tidak kisah tentang buku-bukunya,tetapi bermati-matian mengipas-ngipas kertas-kertas assignment yang perlu dihantar tiga hari lagi.

“Oh my God!sorry , I’m really sorry! Saya tak sengaja!” lelaki yang merempuh Humaira’ bersuara tatkala melihat keadaan Humaira’ yang kelam-kabut itu.

“Hey,you! Mata kau letak kat mana,hah?! Habis assignment aku..!!” Humaira’ terus mengomel seorang diri.

Lelaki tadi segera mengangkat tangan seperti penjenayah yang menyerah diri kepada polis. “I said I’m sorry!ok,ok. I’ll help you to fix it! Esok,pukul 10,library!” Dia kemudian terus memecut ke ruang parkir seperti dikejar anjing.

Humaira’ sempat menangkap bait-bait perkataan lelaki itu antara dengar dan tidak. Dia masih berasa terkejut dengan kejadian yang berlaku. Kini,bukan setakat dia terlewat ke kelasnya,tapi segala bahan-bahan assignment yang siap disusun telah dibasahi air longkang berhampiran kafeteria. Dalam hatinya,dia tidak habis-habis memarahi lelaki tadi. ‘Sudahlah langgar orang sesuka hati,lepas tu terus lari macam kene kejar hantu!’  Omelan Humaira’ semakin pedas setelah mengenangkan bahunya yang sakit dan keadaannya yang berserabai seperti orang yang sesat di hutan selama 3 hari. ‘Poyo punya mamat! Nasib baik tak ada yang makan selipar aku ni tadi!hish!’

Lebih teruk lagi,pintu dewan kuliahnya sudah pun dikunci semasa dia memulas tombol pintu itu dengan sekuat hati.

“Aaargh...!!!ni semua kau punya pasal la! Sia-sia je aku lari macam tengah Marathon tadi!” Kepanasan hati Humaira’ sudah mencapai tahap maksimum. Mukanya juga sudah kelihatan seperti gunung berapi yang akan meletus bila-bila masa sahaja.

“Siaplah kau esok!!!” Tiba-tiba,bibir Humaira’ mula mengukir senyum yang penuh bermakna. Seketika kemudian,dia ketawa terkekeh-kekeh seperti orang yang sudah hilang akal. Sudah gilakah dia???


---------------------***---------------------

 
Irham masuk ke dalam kereta Mercedesnya sepantas kilat setelah penat berlari dari dewan kuliahnya ke tempat parkir. Bukan senang hendak mengelak daripada bertembung dengan gadis gedik yang terkenal dengan nama ‘Wawa’ di kolej itu. Biasanya,sebelum tamat masa kuliah,dia sudah tersembul di muka pintu dewan kuliah Irham untuk mengajak lelaki itu keluar bersama.

“Fuhh..lega aku! Nasib baik sempat!” Irham melepaskan nafas kelegaan walaupun dia masih termengah-mengah akibat berlari lebih kurang sejauh 300 meter tadi. Tanpa diduga, beberapa ketukan di cermin keretanya membuatkan dia kembali meratapi nasib malangnya.

‘aduh...apalah nasib aku hari ni! Perempuan ni pun satu. Dah macam hantu. Sejak bila pula dia ada tepi kereta aku ni!’ Walaupun hatinya tidak berhenti membebel, dia tetap membuka cermin tingkap kereta itu perlahan-lahan.

“eh!Wawa! Kebetulan pulak! I dah nak balik dah ni,” Irham menyambut kedatangan Wawa dengan dialog palsu dan senyum yang sangat plastik. Bagaikan tetamu yang tidak diundang,Wawa terus membuka pintu kereta dan duduk di atas kusyen empuk itu.

‘alamak! Aku lupa nak kunci pintu! Kalau tak,aku dah terus pecut kereta,tinggalkan perempuan gedik ni. Biar dia terjerit terlolong panggil mama dia!’ Irham memang rimas jika terpaksa berkepit  dengan Wawa.

“Am, you nak balik,ye? Kalau macam tu,tumpangkan I sekali. On the way nanti, kita boleh singgah makan-makan and shopping!” Wawa terus mengeluarkan idea ‘bernas’ nya  tanpa diminta.

‘Banyak cantik muka minah ni! Sudahlah masuk kereta orang macam ‘pendatang asing tanpa izin’, lepas tu ikut sedap hati dia je suruh aku habiskan minyak kereta aku ni.’ Irham tidak habis-habis membebel dalam hatinya. Bibirnya pula terus mengukir senyum sumbing yang memang sudah dikhaskan untuk Wawa seorang.

Antara rela dengan tidak, kereta itu akhirnya mendesup laju membelah jalan raya di hadapan kolej itu.

‘Semua ni sebab budak serabai tu,la! Kalau la dia tu tak letak mata dia kat lutut, aku mesti sempat lari dari minah gedik ni!menyusahkan betul!!! Tunggu je la esok... tau la aku apa nak buat! Jangan ingat budak hingusan macam kau boleh main-main dengan Irham Zikri bin Zainal!!!’ Irham mula membayangkan rancangannya untuk esok hari. Sekejap matanya bersinar-sinar,sekejap bibirnya digigit,sekejap pula keningnya terjongket-jongket.

Wawa yang sedari tadi memerhati kelakuan Irham merasa aneh,tetapi tidak mempedulikannya. Apa yang penting, rancangannya berjaya. ‘mungkin Irham terlalu teruja keluar dengan aku,’ Dalam diam,dia mula menyusun teori sendiri. Teori yang tidak pernah dan tidak akan pernah tepat untuk seumur hidupnya.


--------------bErsAmbuNg.......


untuk SENARAI PENUH BAB-BAB DALAM CERPEN INI , BOLEH KLIK DI >SINI<

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...