BAB 3
Pagi itu, Irham berlari-lari anak ke arah kafeteria
untuk berjumpa dengan rakan-
rakannya di tempat biasa, seperti yang dijanjikan
semalam. Dia kelihatan seperti
sedang menanggung rindu yang amat untuk berjumpa
dan sudah tidak sabar untuk bersua muka. Dari kejauhan, dia melihat Ikmal
sedang duduk sambil menghirup jus tembikai di satu sudut yang agak terpencil
dalam kafeteria itu. Dia kemudiannya mengambil tempat di tepi rakannya itu.
"Hey,bro! Aeril tak datang ke?" Irham segera
menanyakan tentang kehadiran rakannya yang seorang lagi itu, kerana dia amat
memerlukan mereka untuk menjalankan misi penting pada hari ini : memalukan
seorang perempuan serabai di perpustakaan. Dia tahu, budak dua orang ni boleh
jalankan misi itu dengan baik dan lancar, kerana mereka memang sudah dilabelkan
sebagai 'toyol' di kolej ini.
"Wey...! Mestilah aku ade,beb! Kau ni ape hal?
Rindu kat aku? Tak boleh sabar ke?" Aeril datang menyergah dari belakang
Irham sambil menepuk belakangnya.
"Gila aku nak rindu kau?! Aku tak sabar,la bro!
Aku dah tak sabar nak balas dendam! Perempuan tu belum kenal lagi aku ni siape!
Ni anak Dato' Zainal la...!"
Mereka ketawa berdekah-dekah setelah mendengar
kata-kata Irham itu. Kemudian, mereka memulakan perbincangan. Mereka
berbisik-bisik sesama sendiri. Kadang-kadang, ketawa meletus dari bibir.
Seketika pula, mereka kelihatan serius seperti sedang mengadakan Mesyuarat
Agung PIBG. Hai... entah ape la yang sedang dirancangkan mereka.
untuk SENARAI PENUH BAB-BAB DALAM CERPEN INI , BOLEH KLIK DI >SINI<
No comments:
Post a Comment
Silakan u olls komen disini dulu ye. Your comment memang tak akan terus keluar kat sini.. I will publish and reply your comment once I open this blog. Ok? ☺