Segmen : Kenape mesti follow? by Paly
,17:37 |
5 Comment
rase nye tak perlu la kot aku tulis lagi sape tuan empunya segmen ni sebab dah terbentang seluas samudera dah banner segmen ni kat atas tu.. tu...tengok tulisan yg warna ijau tu.. tu la name pencipta segmen ni.. hehe.. wassup, bro??
haha..stop da nonsense.
ok,straight to the pointt! pandangan aku tentang blog Paly ni..urm.. pandangan yg penuh santai kot..sebab blog die simple plus ohsem. and tak menyerabutkan kepale otak..
kenape perlu follow blog paly??
sebab warna air basuhan toto dan selimutnya yg mengerikan dan kite boleh dapat laporan khas tentang kejadian kecurian di Kelantan.. hehehe.. ntahpapentah aku merapu nih..
ok la..blog paly ni simple yet meaningful. (macam ni kire jwab soalan tak?hehee)
kenapa perlu follow blog aku??
haa..soalan ni yg aku suke ni.. korang2 perlu follow blog aku ni sebab aku ni baik, sweet, cute, understanding, sporting, and ... irritating. haha.. takde arh ..ekcelli aku nak kumpul follower ramai2 supaya aku dapat ramai kawan yg baik2.. kalau follower beribu ,tapi semua taknak layan aku merapu pun, tak best jugak. so, sudi2 la tegur aku yer.. kalu takde aral melintang, memang konfem aku cuit blog korang balik..
ok,done.
Wassalam....
Cerpen Bersiri : Hey, You! Jangan Sentuh Aku! (BAB 3)
,15:34 |
Comment
BAB 3
Pagi itu, Irham berlari-lari anak ke arah kafeteria
untuk berjumpa dengan rakan-
rakannya di tempat biasa, seperti yang dijanjikan
semalam. Dia kelihatan seperti
sedang menanggung rindu yang amat untuk berjumpa
dan sudah tidak sabar untuk bersua muka. Dari kejauhan, dia melihat Ikmal
sedang duduk sambil menghirup jus tembikai di satu sudut yang agak terpencil
dalam kafeteria itu. Dia kemudiannya mengambil tempat di tepi rakannya itu.
"Hey,bro! Aeril tak datang ke?" Irham segera
menanyakan tentang kehadiran rakannya yang seorang lagi itu, kerana dia amat
memerlukan mereka untuk menjalankan misi penting pada hari ini : memalukan
seorang perempuan serabai di perpustakaan. Dia tahu, budak dua orang ni boleh
jalankan misi itu dengan baik dan lancar, kerana mereka memang sudah dilabelkan
sebagai 'toyol' di kolej ini.
"Wey...! Mestilah aku ade,beb! Kau ni ape hal?
Rindu kat aku? Tak boleh sabar ke?" Aeril datang menyergah dari belakang
Irham sambil menepuk belakangnya.
"Gila aku nak rindu kau?! Aku tak sabar,la bro!
Aku dah tak sabar nak balas dendam! Perempuan tu belum kenal lagi aku ni siape!
Ni anak Dato' Zainal la...!"
Mereka ketawa berdekah-dekah setelah mendengar
kata-kata Irham itu. Kemudian, mereka memulakan perbincangan. Mereka
berbisik-bisik sesama sendiri. Kadang-kadang, ketawa meletus dari bibir.
Seketika pula, mereka kelihatan serius seperti sedang mengadakan Mesyuarat
Agung PIBG. Hai... entah ape la yang sedang dirancangkan mereka.
untuk SENARAI PENUH BAB-BAB DALAM CERPEN INI , BOLEH KLIK DI >SINI<
Subscribe to:
Posts (Atom)