Susulan Kisah Pemergian Kak Siti Hajar Ahmad Sabir..

,14:35 | 2 Comment
Mase mule2 aku dapat mcg dari besfren aku sejak sekolah rendah hari tu, aku buat dek aje. as if nothing happen..

(sms dlm dialek kelantan. cuma diterjemah agar mudah difahami.)

Kawan : Aisyah, knl tak k.hajar? kakak si nabilah tu? hajar sabir......
aku : kenal gitu2 je la... nape?

kawan : die kemalangan isnin lepas! inna lillah.. die operate selasa ari tu.. tulang belakang die patah. doktor kate, die kemungkinan lumpuh.. doakan die jugak biar ade keajaiban..

kawan : die skrg okey dah kot.. dah boleh makan bubur..

kawan : alhamdulillah kak hajar dah boleh bercakap. um.. ari tu lepas operate tak bercakap langsung. mata je celik.. hum, ya Allah tabahkan hatinya dan hati2 orang yang menyayanginya...

aku doa pon , doa main2 jer.. ya Allah.. rase bersalah and menyesal sangat sekarang ni.. 
sebab mase tu, aku ingat eksiden biase jer.. aku tak fokus betul2.. aku tak bace betol2 mcg tu.. ya Allah.. rase bersalah sangat.........! aku pikir, "um... kejap lagi baek la tu.. abang aku pun penah eksiden ape! sekarang ni, takde apeper pon.. sihat wal afiat je" ya Allah... ape la yang aku pikir mase tu? kenapa aku tak terdetik langsung nak doakan die betol-betol?????

Sehinggalah hari dimana aku bukak fesbuk, then ade 1post dari kawan sekelas aku mase sekolah rendah dulu yang menyatakan kak hajar dah pergi dijemput Ilahi.. mase tu, memang aku shock giler!! macam tak percaye, tau! rase simpati, terharu, sedih, and marah . kenapa aku sanggup abaikan die?? tapi sayang, semua dah terlambat... die sudah pergi. jauh.

mesti korang dah bace kisah yang ditulis sendiri oleh ibunya sendiri kan?? kalau belum, boleh klik sini >> Blog Kak Hajar.
aku pun ade share kisah die semalam.. aku copy paste jer.. and bile aku tengok, ramai giler blogger2 yang bace and share artikel tu kat blog diorang,, kat fesbuk pun kecoh pasal ni.. setiap hari, ade je yang post pasal kak hajar. Subhanallah.. aku tak pelik. sedikitpun tak merasa aneh. aku tau, kisah kak hajar wajar dan layak disebarkan ke seluruh negara. bahkan ke seluruh dunia. 

Aku tidak merasa itu suatu kejadian yang luarbiasa. kerana aku tahu.. itulah ganjaran Allah buat orang sebaik kak hajar. . . .

Ape hubungan aku dengan die?? owh.. macam ni cerita sebenarnya.. dulu, aku sekolah sekali ngan kak hajar., adik beradik die sume ade 3 orang yang sempat bersekolah sekali ngan aku. aku ingat lagi.. kak hajar ade 2 orang adik yang sekolah kat situ jugak. sorang name aisyah, sorang lagi name nabilah. kak nabilah ni sekelas ngan kakak aku .. dioarang tu sume, pangkat kakak la dengan aku. jujur aku cakap, mase tu aku kecik lagi. so, muke diorang aku tak berapa nak ingat sangat. muke yang paling aku tak ingat, muke kak hajar la.. tapi yang paaaaling aku ingat, 3orang adik beradik tu, baek giler ngan aku! terutama kak Aisyah. (name pon dah same ngan aku). serius. die layan aku macam adek sendiri. even kakak aku pun tak layan aku macam tu, tau!!! tapi, nak dikisahkan la... dioarang ni selalu berpindah randah. mase tu, aku tak tau aku darjah berapa, diorang dah pindah ke negeri laen.. then, lame sudah tak dengar cerita. kakak aku pun tak de la rapat sangat dengan kak nabilah tu.

the best of all, ibu kak hajar pernah datang rumah aku dulu, tau. sebab kak nabilah kan sekelas ngan kakak aku.. tapi, sayang sekali,. mase tu pun, aku kecik lagi.. hehe.. and again. aku tak berapa nak ingat sebab diorang datang..

ekcelli, aku agak terkesan dengan artikel yang ditulis oleh ibu kak hajar.. rase sedih sangat2.. aku dah terlambat nak doakan kesembuhan die.. yang aku mampu, hanya berdoa agar roh Kak Hajar ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.. Amin...... 
kak Hajar, I'M SORRY..

Serius! Terharu. sedih. Tapi Bangga. *KorangWajibBace*

,15:20 | Comment
 
 
"RENTETAN PENGALAMAN DI HARI HARI TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR"
 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan kehadrat Allah swt. Blog yang telah lama saya tidak update akhirnya diminta isi dengan suatu hikmah yang besar dari seorang mujahidah yang telah pergi ke alam sana. Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada arwah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca. 
_________________________________________________________________________________
6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami  tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi,  kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang  kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.



Sticker Logo ROYALTI At My Sidebar!!!

,17:55 | Comment
Assalamualaikum,,,..


Royalti !

Tetibe rase nak letak gambar ni kat sidebar pulak. eh.. sejak tgk pierre andre pakai sticker Royalti ni kot., hehe..


 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiqHHyPXzuLfc1QGVgd1kFMCxhCJkahkYFqa5fMWiMcKO1_dA1AtA_rVvunjC2kbYJhfcv_IFPPiDde2q1gG3w68xLA6Q9kFxf6G3WeBTLzdzHoBacL8o9dTvLLPzM_6EpEe5sXcE9asFrb/s1600/oki+n+pierre.jpg

anyway, gambar tu aku edit sendiri. and.. gambar logo R tu aku yg amek gambar, .. actually ni gambar sticker untuk lekatkan kat keta mase aku pegi konvoi Royalti ari tu.. tu pasal ade nampak kedut2 cket, dah tu, senget pulak. haha.. gambar snap gitu lor..

p/s: tulisan jadi warna merah tetibe. *semangat terlebih dos.* hehee.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...